It's You : Chapter 7 - What?! Twins?!







Chapter 7 : What?!Twins?!

Your POV

“Annyeong,Kim Jaejoong imnida.Saya ialah adik kembar kepada Kim Young Jae,pelajar kelas 2-A1.Sila beri tunjuk ajar,” pelajar lelaki itu memperkenalkan dirinya.Suasana di kelas menjadi kecoh.

          Aku benar-benar terkejut.Seorang pelajar lelaki yang bakal menjadi rakan sekelasku mempunyai wajah yang mirip seperti Young Jae.

          Kenapa Young Jae tak pernah beritahu aku pasal adik kembar dia?! hatiku terasa marah pula pada Young Jae.Aku memerhati Jaejoong,yang sedang memandangku.Erk?!Apahal dia pandang aku semacam je?

          Aku menundukkan wajahku.Tak selesa dengan renungan lelaki itu.Meskipun dia seiras seperti Young Jae,aku rasa yang mamat ni lagi ada penyakit gatal miang.Kemungkinan untuk menjadi seorang playboy adalah besar.

            “Kelas,jangan bising!Baiklah,kamu boleh duduk di sebelah Choi Min Jung.Min Jung,sila bangun,” ujar Cikgu Seung Gi.Aku tersentak.Apa?!Nak tak nak,aku terpaksalah bangun juga,lagipun Cikgu Seungi Gi yang arahkan.

            Jaejoong berjalan ke arah mejanya,yang bersebelahan dengan mejaku. “Cikgu harap kamu semua boleh berkawan baik dengan Jaejoong,” senyum Cikgu Seung Gi.Aku mengeluh.Jaejoong mengambil kesempatan itu untuk memerhatikan aku.Aku sedar matanya memerhatikan aku.Macam nak telan aku je...

            “Hai,” dia menyapaku.Tidak kuat dan tidak perlahan.Sederhana.Aku membuat seolah-olah tidak dengar.

            “Min Jung-ah,” dia memanggil namaku.Hatiku berdegup tiba-tiba.Kenapa aku rasa macam Young Jae tengah panggil aku ni?Oh Tuhan...

            Aku mengambil nota kecil di dalam buku yang sering aku tulis.Lebih kurang macam planner.Lalu aku menulis sesuatu di nota itu.Perlahan aku pass di meja Jaejoong.Cikgu Seung Gi memulakan pengajarannya.

            Buku teks sastera dibuka.

            Are you crazy?Awak tak nampak ke cikgu tgh cakap? -_- - Min Jung

            Nampak.Alah,saya nak berkenalan dengan awak,boleh ;) - Jaejoong

            Wekk :P like I care -.- awak ni such a flirter lah. – Min Jung
           
            Yes,you need to care <3 ahaha...saya suka awak - Jaejoong

            Gila ke?!Eii...benci! – Min Jung

            Yes,I’m crazy because of you <3 – Jaejoong

            </3 wekk *muntah* - Min Jung

            Aku menjeling Jaejoong.Menyampah betul!

            Saranghae,my love *chu*

            Saranghae kepala hotak dialah...boleh gila kalau layan mamat ni!Aku tidak jadi membalas lalu aku menumpukan sepenuh perhatian pada pengajaran yang sedang berlangsung.

            Tapi...aku merasakan bahawa Jaejoong sememangnya mempunyai personaliti yang lain dari abangnya,Young Jae.Walaupun baru hari ni aku mengenali dia,aku dapat membaca personaliti dirinya.

            Sekali lagi aku mengeluh.Mulai hari ni,aku kena menghadap orang yang seiras dengan Young Jae.Rasa macam terseksa pula.Sudahlah kami baru sahaja berubah.Aku baru je nak menenangkan hati yang sedang berduka lara.

            Tiba-tiba orang yang seperti muka Young Jae jadi rakan sekelasku.

            Omma...apa yang harus Min Jung lakukan?Min Jung takut jikalau tiba-tiba satu hari nanti,Min Jung keliru.Young Jae adalah cinta pertama Min Jung.Kecewa dan sedih masih bersisa di hati ini.

            Tiga tahun.Aku mengenali Young Jae sewaktu aku berumur 15 tahun.Aku tahu yang Young Jae itu nerd,tak reti sangat nak bersosial.Cinta itu datang selepas beberapa bulan berkenalan dengan dia.

            Aku akui,Young Jae adalah antara orang yang paling berjasa dalam hidupku.Dahulu,aku agak malas hendak belajar.Aku lebih suka main-main sewaktu belajar.Apabila berkawan dengan Young Jae,aku mulai berubah.

            Young Jae sering mengajar aku.Dia akan menolong aku menyiapkan kerja sekolah selepas waktu persekolahan.Kerana Young Jae,aku boleh masuk ke kelas yang pandai.Young Jae juga pernah menyatakan hasratnya untuk memasuki universiti yang sama denganku.

            Dia sudah memberitahu aku tentang masa hadapannya.Dia mahu jadi seorang doktor pakar otak yang berjaya.Satu lagi,ada satu impian yang dia mahu adalah...

            “Saya nak awak jadi isteri saya.Awak akan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik,Min Jung,” terngiang-ngiang suaranya di telinga.

            Waktu itu aku hanya ketawa,menyangkakan dia bergurau.Namun,dari sudut hatiku ini,aku merasakan itu semua adalah perkara yang serius baginya.Tanpa aku sedari,air mataku jatuh lagi.Entah untuk kali yang berapa aku pun tidak tahu.

            “Min Jung?Kenapa dengan kamu ni?” suara Cikgu Seung Gi kedengaran agak cemas.Pastilah dia terkejut apabila salah seorang pelajarnya menangis secara tiba-tiba di dalam kelasnya.

            Pertanyaan Cikgu Seung Gi membuatkan air mataku mengalir laju.Seperti air terjun.Waktu ini,semua rakan sekelasku memandangku dengan pandangan yang terkejut,bingung dan hairan.

            Aku dipeluk oleh seseorang.Aku tersedak kerana tangisanku sendiri. “Young Jae...” aku merengek tanpa disedari. “Syhhh...uljima...” suara itu seolah-olah suaranya.Selepas itu aku tidak sedar apa-apa lagi.


*****


Jaejoong POV

          Aku lihat wajah Min Jung yang sedang tekun memandang buku teks.Dia langsung tidak berganjak dari muka surat yang dibacanya.Betulkah dia sedang mendengar apa yang sedang diajar oleh guru?          
         
          Ataupun,dia sedang berangan.Aku memerhati dengan penuh minat.Beruntung betul Young Jae.Si nerd tu pun boleh ada girlfriend yang cun macam Min Jung ni.

          Eh?Kenapa buku teks tu macam basah?Takkan Min Jung selesema sampai terkeluar hingus kot?Ish...

          Badannya seolah-olah bergegar.Min Jung? “Min Jung?Kenapa dengan kamu ni?” cemas Cikgu Seung Gi menanya.Aku mulai risau dengan Min Jung.Walaupun aku baru mengenali gadis itu hari ini,entah kenapa aku rasa risau sangat.

          Aku bangun lalu mendekati Min Jung.Dia menangis?Tanpa aku sedari,aku memeluk gadis itu. “Young Jae..” aku agak terkejut.Kenapa dia panggil Young Jae? “Syhhh...uljima...” aku cuba menenangkan dia.

          Min Jung pengsan dalam pelukanku.Aku terus meminta izin dari Cikgu Seung Gi untuk membawa Min Jung ke bilik rawatan sekolah.Aku mencempung Min Jung dan berlari keluar dari kelas.

          Kenapa dengan Min Jung?Dia sakitkah?Hatiku tidak berhenti membuat andaian.

*****

Young Jae POV

          Aku ternampak Jaejoong sedang berlari di luar kelas.Aku lihat dia seperti sedang mencempung seseorang.Siapakah itu?Hmm...takkanlah ada pelajar perempuan di kelasnya pengsan gara-gara histeria melihat dia?

          Aku menggeleng-gelengkan kepala.Jaejoong memang ramai peminat.Haha.

          Aku teringat pula kepada Min Jung.Apakah reaksi dia apabila dia melihat wajah Jaejoong yang serupa denganku?Adakah dia terkejut?Marah?Atau langsung mengambil peduli tentang Jaejoong yang serupa dengan wajahku?

          Walaupun kami baru berpisah,aku masih menyayangi dia sepenuh hati.Aku tahu Min Jung salah faham.Dia keliru.Dia tidak mahu mendengar penjelasanku terlebih dahulu.Aku berharap benar yang Min Jung akan kembali padaku semula.

          Semuanya kerana salah faham.Aku pasti dia terlihat Jaejoong ketika dia di kelab malam.Jaejoong suka menghabiskan masanya di kelab malam.Tidak mustahillah Min Jung menganggap bahawa aku yang berada di kelab malam itu.

          Aku tidak menyalahkan Jaejoong mahupun Min Jung.Akan aku jelaskan perkara sebenar pada Min Jung.Tetapi bila?Aku mengeluh perlahan.Aku tidak lagi fokus pada pembelajaran yang sedang berlangsung.

          Ketika ini aku hanya fikirkan tentang Min Jung.Saya masih sayangkan awak,bisikku dalam hati.


Hello guys~sorry for late updates.Aku act mmg nak publish chapter 7 ni about two weeks ago,tapi yelah manusia hanya mampu merancang...selama dua minggu lepas aku balik kampung.Serius tak boleh nak buat apa without laptop dgn internet -.- This chapter agak pendek sikit,so jangan marah ye?Act aku nak letak/tunjuk gambar Young Jae (Jaejoong) yg mcm nerd tuh,but,unfortunately,link gambar yg aku jumpa kat tumblr dua bulan lepas tu ada kat PC,then PC takleh nak on,I guess terkena virus maybe ;AA; habislah semua file psd poster yang ada kat photoshop tu,sekalilah dgn texture utk poster bla,bla,bla...Okey.Aku nak mulakan satu cerita pasal Yunho,but it's like Eternal Love's continuation or whatsoever it called.Watak Dr.Ayumi Tanaka tu aku nak expand,she's gonna be an important role with Yunho.Cerita tu tajuknya 'My Destiny',dan akan dipublish di blog lain,hehehe,so tunggulah.Lol ada ke orang nak baca? ._. Oh ya,gambar perempuan ulzzang tulah gambar yang aku bayangkan dia tu Min Jung,but aku rasa Baek Su Min lagi sesuai kot ._."

Comments

Popular Posts