Eternal Love : Chapter 44






Chapter 44:Mummy’s Plan!

Your POV

Seminggu sudah berlalu...antara aku dan Jaejoong,salah seorang daripada kami langsung tidak meminta maaf.Ah!Aku bukannya tidak mahu mengalah,namun,Jaejoong yang cemburu buta!

Dalam minggu itu,aku mengelakkan diri daripada bertembung dengan Jaejoong,mahupun bertentang mata dengannya.Nampak sangat aku macam dah benci dia.

Sikapku juga berubah menjadi dingin semula.Okey,itu mungkin sebab aku tidak melayan Min Jung dan Jae Kyung.Tentang Jae Kyung,aku tidak langsung menceritakan akan pergaduhan kami padanya.

“Cik Park.” aku terdengar satu suara memanggilku.

Aku mendongakkan wajahku,wajah Jaejoong menjadi santapan mataku.Erk!Entah mengapa hatiku menjadi berdebar pula.

“Ya?” dengan nada dingin,aku menyahut.

“Awak mengelamun ke?Ingat pasal teman lelaki ya?” lembut pertanyaannya itu,namun kedengaran kasar di telingaku ini.Seperti ditikam secara perlahan,hampir berdarah juga...

“Haah,kenapa cikgu tanya?It’s not your business right?” aku menanya dengan dingin.Min Jung memandangku dengan gelengan,tidak menyangka aku sebegini.

Cikgu Kim berdehem kecil,sebelum menyuruh aku berdiri di luar kelas selama 30 minit.Huh,ingat aku kisah ke?Setakat berdiri luar kelas,sampai habis subjek pun tak mengapa!

Kalau kes si Min Jung lagi dashyat,dia didenda oleh guru Bahasa Inggeris kami kerana dia tidak bawa buku,walaupun sebenarnya dia punya buku tu tercicir di koridor.

Aku tahu akan kehilangan bukunya setelah Chunji menceritakan padaku.Pada waktu itu,aku melawat Min Jung yang terlantar di hospital,kerana didenda lari satu padang.

Aku berdiri di luar kelas dan menayang muka selamba.

*****

  Jaejoong POV

  Nampaknya In Young seperti hendak mencabar kesabaranku!Aku menyuruh dia berdiri di luar kelas untuk 30 minit.Wajahnya yang bersahaja tidak dapat aku tafsirkan.

  Perwatakannya juga sudah berubah seperti dahulu.Dingin.

  Ah!Kenapalah dia langsung tidak mengerti perasaanku ini?Aku sungguh menyesal kerana cemburu buta dan tidak mempedulikan perasaannya itu.

  Tamat kelas,aku menyuruh In Young tunggu di kelas.Dalam erti kata yang lain,aku menahan dia dari keluar berehat.Aku berjalan ke tempat duduk In Young.

  Dia sedang mengemas barangnya.

  “Apa cikgu nak?” dingin.Ya,aku sungguh tidak menyukai nada suaranya yang dingin itu.Seperti aku tidak dipedulikan olehnya.Aku memegang kedua belah bahunya.

  Matanya memandang mataku.

  Aku memeluk In Young. “Wae?Kenapa awak tak pedulikan saya?” tanyaku dengan perlahan. “I hate you,Kim Jaejoong,” bisik In Young.Aku termangu seperti orang bodoh.

  “Awak cemburu tak bertempat.Awak tahu tak saya kecewa?” sambung In Young dengan pertanyaan.Kami saling berpandangan. “Saya,minta maaf,” aku merendahkan egoku,dengan memohon maaf.

  “Oppa...” manja suaranya memanggilku oppa. “Hmm?”

  “Bogoshipda,” bisik In Young dengan senyuman di bibirnya.Aku juga tersenyum mendengar kata-katanya itu.Aku memegang tangan kanan In Young,sebelum mencium tangannya itu.

  “Young Jae anak oppa ke?” tanyaku sambil memandang matanya.In Young hanya tersenyum. “Tanyalah mummy In Young.She had an answer for you,” balas In Young,sebelum bangun,dan mengajakku turun ke kantin.

  Walaupun aku agak kecewa kerana tidak mendapat jawapan yang aku mahukan,aku gembira juga,kerana kami berbaik semula.

*****

Your POV

  Aku lihat Jaejoong makan seperti orang yang seminggu tak makan. “Kenapa oppa makan macam orang seminggu tak makan ni?” tanyaku dengan hairan.

  “Sebab gaduh dengan In Young.Oppa tak lalu nak makan,” jawab Jaejoong dengan manja.

  “Mengadanya mamat sorang ni!” aku memukul bahunya.

  “Betullah!Tanya Yoochun,Yunho,Junsu dengan Changmin.Tak pun tanya Jae Kyung,” Jaejoong tidak mahu mengalah nampaknya.

  “Okayy...I try to believe...” aku berkata dengan mengangkat keningku.

*****

  Jaejoong POV

  Aku tersenyum senang dengan perhubungan kami yang sudah pulih seperti biasa.Aku memandang In Young di sebelah. “Kenapa?” tanya dia.Aku menggeleng.

  Sewaktu aku hendak menanya sesuatu pada In Young,telefonku berbunyi.Aku meminta diri untuk menjawab panggilan.

 “Yeoboseyo?”

  “Hello,ini Kim Jaejoong ya?” seorang wanita menanyaku. “Ya,saya Kim Jaejoong.Boleh saya tahu siapa yang menelefon?” aku membalas dan menanya.

  “Saya Puan Park.Ibu kepada Park In Young.” balas pemanggil itu.

  “Oh,Puan Park.Kenapa Puan telefon saya,ya?” aku ingin tahu sebab dia menelefonku. “Saya nak bercakap pasal In Young dan Young Jae.Oh ya,panggil saya mummy,sebab nanti kamu akan jadi menantu mummy juga,”

  Aku tersenyum.

  “Ermm,kenapa mummy nak cakap pasal mereka berdua?” pelik dan hairan aku dibuatnya.

  “Hmm,lepas habis waktu persekolahan nanti,boleh tak kamu datang ke Kafe Mirotic?Ada sesuatu yang mummy nak bincangkan,” ujar Puan Park dengan lembut. “Okey,saya ajak In Young sekali,ya?”

  “Tak perlu.Hal ini adalah rahsia antara mummy dan kamu,arasso?”

“Arasso,” jawabku.Setelah itu,Puan Park menamatkan perbualan antara kami berdua.Mungkinkah ada sesuatu yang hendak ibu In Young ceritakan padaku?

Aku merasakan sesuatu antara aku dah Young Jae...benarkah aku adalah papa kepada anak In Young itu?

*****

No one POV

Puan Park tersenyum kecil selepas menamatkan panggilan itu.Dia memegang sampul surat besar berwarna coklat yang disimpannya sejak hampir tiga tahun lalu.

Harapannya hanya satu,agar anak bongsunya dapat bersama dengan orang yang mencintainya,dan cucunya,Young Jae dapat bergembira dengan papanya.

“Nenek!” sergah Young Jae dari belakang.

Puan Park memegang dadanya,terkejut.Namun masih ada senyuman kecil di bibirnya.Dia mencubit pipi Young Jae. “Nakalnya cucu nenek ni!” katanya.Young Jae mengekeh ketawa.

“Nenek tengah buat apa?” soal Young Jae sambil tersenyum.

“Hmm,tak ada apa-apa.Tengahari nanti Young Jae nak tak ikut nenek pergi jumpa Jaejoong ahjusshi?” ajaknya. “Jaejoong ahjusshi?Nak!Nenek nak tahu tak?Young Jae suka sangat kalau Jaejoong ahjusshi tu papa Young Jae,” bibir comel itu memuncung apabila berkata sebegitu.

Tersentuh hati Puan Park untuk seketika.

Dia membelai rambut Young Jae.

Kalaulah Young Jae tahu yang dia sememangnya anak kepada Jaejoong...bisik Puan Park.

*****

Your POV

Sewaktu aku sedang berjalan-jalan di sekitar koridor sekolah,aku terlanggar seseorang. “Mianhae,” ucapku. “Tak mengapa,” balas si empunya suara itu.Aku mendongakkan kepalaku.

Park Hyun Chul?Err...

“In Young...awak tak apa-apa?” tanya Hyun Chul.Aku menggeleng.Dia tersenyum. “Saya ingat,saya nak beritahu sesuatu pada awak,” kata Hyun Chul dengan perlahan.

“Ada apa?”

“Boleh tak kita jumpa dekat taman permainan lepas waktu sekolah?” tanya Hyun Chul lagi. “Okey,no problem.” balasku.Kringg!Loceng rehat sudah berbunyi,menandakan rehat sudah pun tamat.

“Jomlah kita masuk kelas,” ajaknya.Aku mengangguk,dan kami bersama-sama masuk ke dalam kelas.


Dah lama kan aku tak post fanfic ni ._. sorry!aku hampir-hampir diserang writers block -.-" btw,fanfic ni akan habis tak lama lagi T.T *kesat hingus* sedihnya ;~~~; Sepatutnya nak post dua chapter,but lagi satu tak siap lagi =.= abaikan typo ._.

Comments

Popular Posts