I'm Jung Yunho's Sister?!For Real?! [Chapter 1]
Dbsk - Love Is
I’m Jung Yunho’s Sister?!For Real?!
Chapter 1:She is Jung Ji Hyun...
No One POV
“Selamat pagi,presiden!” ucap Yoo Min pada presiden persatuan pelajar,Jung Ji Hyun. “Selamat pagi,Yoo Min.” balas Ji Hyun dengan senyuman.Yoo Min tersenyum dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh presidennya itu.
“Pagi ni ada apa-apa hal ke yang perlu kita uruskan?” tanya Ji Hyun yang sedang memeriksa buku catatan yang tercatatnya jadual dan aktiviti perancangan untuk persatuan pelajar pada tahun ini.
“Hmm,tak ada apa-apa rasanya.Sebab pengetua tak ada beritahu apa-apa pun dekat saya,” balas Yoo Min. “Okey.Thanks,Yoo Min.Awak boleh masuk kelas sekarang.Saya pun nak masuk kelas juga.Sebab kejap lagi kelas akan bermula.” kata Ji Hyun.
Yoo Min mengangguk sebelum meminta dirinya untuk ke kelas.Ji Hyun bangun dan menutup suis lampu dan kipas di bilik persatuan pelajar itu,sebelum beredar meninggalkan tempat itu dan ke kelasnya.
Semua yang terlihat Ji Hyun di kawasan koridor sekolah,lantas memberi ucapan hormat padanya.
“Yahh!Kenapa kamu pakai skirt pendek ni?!” tegur Ji Hyun pada seorang pelajar perempuan yang sedang berbual dengan rakannya di kawasan koridor sekolah. “Err,kain skirt saya belum kering lagi,presiden.” balas pelajar perempuan itu.
“Alasan!Saya tak nak dengar apa-apa alasan!Tak keringlah,apalah!Sekarang ni!Awak akan berada dalam perhatian saya dalam seminggu ini,kalau dalam minggu ni saya nampak awak pakai skirt yang pendek lagi,nama awak akan diserahkan pada guru disiplin!Faham?” ujar Ji Hyun dengan tegas.
“Fa...faham,presiden!” pelajar perempuan itu menunduk.
Semua pelajar yang berada di situ,memandang Ji Hyun dan pelajar perempuan itu.Mereka tahu akan ketegasan dan kegarangan Jung Ji Hyun,presiden persatuan pelajar pada tahun ini.Dialah satu-satunya pelajar perempuan yang sanggup menerima jawatan sebagai presiden persatuan pelajar,setelah presiden tahun lalu,meletak jawatan kerana tiada kemajuan dalam pimpinannya.
Bermulanya dengan pimpinan Jung Ji Hyun,semua pelajar yang bermasalah akan diubah menjadi pelajar yang baik,sehinggakan walaupun Ji Hyun dicabar untuk perkara itu,dia tetap optimis dengan tugasnya yang ingin menjadikan semua pelajar di sekolahnya itu bersikap mulia dan mengharumkan nama sekolah.
“Yang lain ni,kenapa pandang?Korang tak ada kelas ke?” soal Ji Hyun sambil bercekak pinggang.Mereka terus bergegas menuju naik ke kelas masing-masing.
“Masuk ke kelas awak,” arah Ji Hyun pada pelajar perempuan yang menunduk di hadapannya itu.Manakala rakan pelajar perempuan itu sudah melarikan diri entah ke mana.Ji Hyun naik ke kelasnya.
Sebelum masuk ke dalam kelas,dia menarik nafas dengan panjang... “Jung Ji Hyun!Fighting!” ucap Ji Hyun pada dirinya sendiri.
*****
Dong Bang Shin Ki’s apartment
“Shim Changmin!” panggil Manager Kim. “Huh?Hyung?Waeyo?” Changmin membuka matanya sedikit,lalu menenyeh matanya,dia masih mengantuk kerana semalam dia bermain game bersama Junsu sehingga lewat pagi.
“Hari ni kan kamu sekolah!Takkan kamu lupa kot?” tanya Manager Kim. “Huh?Jinjja?!” mata Changmin terus terbuka luas.
Dia memandang Junsu yang terbaring di katil sebelah.Dia dan Junsu sebilik,oleh kerana,Jaejoong,Yunho dan Yoochun berkongsi bilik.
“Hyung,serius ke ni?” tanya Changmin dengan tidak percaya.
“Hyung serius.Kamu sepatutnya dah ada dekat sekolah sekarang ni!Macam manalah kamu boleh tak tahu ni,Changmin?” Manager Kim menyoal Changmin dengan menggeleng kepalanya.
“Err...saya lupalah hyung,” balas Changmin dengan sengihan.
“Sudahlah!Cepat bersiap!” Manager Kim menyerahkan baju uniform sekolah pada Changmin,sebelum dia keluar meninggalkan Changmin yang kelihatannya masih mengantuk.
Changmin meraup mukanya.Ahhh!Kenapalah dia seorang sahaja yang belum menghabiskan sekolah menengah lagi?Semua hyungnya sudah menamatkan pengajian di sekolah tinggi,kini mereka sedang belajar di universiti.
Dia dengan perasaan yang malas,bangun menuju ke bilik air.
*****
Sesi pembelajaran tergendala untuk seketika,apabila semua pelajar berpusu-pusu turun ke luar bangunan sekolah.Ji Hyun memandang mereka yang berlari sambil menjerit-jerit seperti orang histeria itu.
“Apahal tu?Latihan kebakaran ke?Eh?Bukan ke latihan tu bulan depan?Takkanlah pengetua buat secara mengejut kot?” soal Ji Hyun pada dirinya sendiri.Dia menggaru kepalanya,sebelum menulis sesuatu di buku notanya.
“Ji Hyun-ah!” jerit Song Eun Ji,rakan baiknya. “Wae,Eun Ji?” tanya Ji Hyun. “Kenapa kau tak turun bawah?” tanya Eun Ji dengan wajah yang sungguh teruja. “Hmm...ada latihan kebakaran eh?” soalan itu membuatkan Eun Ji menepuk dahinya.
“Bukanlah,Ji Hyun!Aigoo!Kenapalah kau ni?!” Eun Ji menggeleng kepalanya kerana Ji Hyun agak blur dengan suasana persekitaran ketika ini.
“Habis tu,kenapa semua orang keluar?Tengoklah!Dengan cikgu-cikgu pun hilang!”
“Jom!Ikut aku turun bawah!” Eun Ji menarik tangan Ji Hyun,tanpa mempedulikan rungutan Ji Hyun yang tidak mahu ikut dia turun ke bawah.
Mereka menuruni anak tangga,dan keluar menuju ke luar pagar sekolah.
“Ramainya!Ada apa,Eun Ji?” Ji Hyun masih blur dengan apa yang berlaku di situ.
“Kyaaa!Max Changmin oppa!” salah seorang pelajar perempuan yang berdiri di sebelah mereka menjerit dengan kuat.Ji Hyun memandang pelajar perempuan itu. “Ah!Presiden!” pelajar perempuan itu memberi tunduk hormat padanya.
Ji Hyun hanya memberikan senyuman,sebelum pandang ke hadapan semula. “Betul ke,Shim Changmin datang sekolah kita?” soal Ji Hyun pada Eun Ji. “Jung Ji Hyun!Takkanlah dia nak datang saja-saja kot!Semestinya dia nak belajar dekat sekolah ni!” balas Eun Ji dengan yakin.
Ji Hyun mengangkat bahu.Wajahnya langsung tidak menunjukkan dia berminat dengan perkara itu.Eun Ji mengeluh dengan sikap rakannya itu yang tidak pernah mahu mengambil tahu tentang mana-mana artis Kpop yang sering muncul di kaca televisyen.
Puas juga dia memujuk Ji Hyun untuk cuba mengambil tahu,namun dibalas dengan ceramah tentang pentingnya pelajaran,dan belajar memberikan ilmu pengetahuan yang berfaedah dari melayan perkara-perkara tersebut.
*****
Changmin keluar dari van yang dipandu oleh Manager Kim.Semua pengawal menyuruh semua pelajar memberi laluan untuk Changmin berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.Jeritan para pelajar perempuan membingitkan telinganya.
Dia memberi lambaian dan senyuman sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.
Changmin terlihat wajah seorang pelajar perempuan yang memandang dia dengan pandangan yang biasa,tidak seperti yang lain,menjerit-jerit dan melompat seperti monyet.Reaksi wajah gadis itu membuatkan dia terhairan sendiri.
Takkanlah perempuan tu tak kenal siapa aku?Dia berkata dalam hatinya.Dia memberi pandangan yang manis pada gadis itu,sebelum berjalan semula. “Kyaaaa!Oppa!” mereka yang lain pula yang terjerit.
Hmm...pelik betul...
*****
“Junsu-ah!Mana Changmin?” tanya Yoochun yang baru bangun.Junsu mengangkat bahunya,tumpuannya tertumpu pada game yang dia main.Semalam dia kalah pada Changmin,namun dia tidak mahu mengalah dengan maknaenya sendiri.
“Morning!” sapa Yunho pada Junsu dan Yoochun. “Morning,hyung!” balas Junsu dan Yoochun,serentak.
“Mana Changmin?” soalan yang sama ditanya oleh Yunho.
“Entah...” Junsu berkata.
“Bukan ke korang sebilik,takkanlah tak tanya dia?” hairan Yunho dengan jawapan yang diberikan oleh Junsu itu. “Tak tahulah,hyung.Bangun je tadi,dia dah tak ada dalam bilik.” ujar Junsu dengan keluhan.
“Takkanlah dia lapar sangat sampai keluar tak balik-balik lagi?” Yunho menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Eh?Buat apa dia nak keluar nak cari makanan?Kan Jaejoong hyung ada?Suruh je hyung masak,kan senang?” soal Yoochun.
Yunho mengangguk.Tanda dia bersetuju dengan kata-kata Yoochun itu.
“Mana manager kita eh?” tanya Yoochun pula.
“Entah.” balas Yunho. “Dia teman Changmin lah tu,” kata Junsu dengan perlahan.Mereka bertiga terdiam selepas itu.
*****
Ji Hyun berjalan naik ke kelasnya semula.Eun Ji sudah menghilangkan dirinya.Dia mengeluh kecil.
“Jung Ji Hyun!” panggil Pengetua Choi. “Ahh,pengetua.Kenapa panggil saya?” tanya Ji Hyun dengan perasaan hormatnya. “Hari ini,kita ada menerima pelajar baru.Jadi,kamu kenalah tolong dia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah kita ni,” beritahu Pengetua Choi.
“Oh.Baiklah.Siapa nama dia,ya?”
“Shim Changmin,” balas Pengetua Choi dengan senyuman melebar.Ji Hyun mengangguk dan tersenyum kecil. “Jadi,mana dia pelajar baru tu?” tanya Ji Hyun sekali lagi. “Mari ikut ke bilik saya.Dia sedang menunggu awak,” ajak Pengetua Choi.
Ji Hyun mengikuti langkah Pengetua Choi di belakang.
“Shim Changmin,mulai hari ini,Jung Ji Hyun akan menjadi rakan awak,sepanjang minggu ini,untuk awak menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah ini.Ji Hyun,awak kena layan Changmin dengan baik ya?” ujar Pengetua Choi dengan senyuman.
Ji Hyun memandang Changmin di hadapannya.Senyuman diberikan.
“Saya Jung Ji Hyun.Saya harap,awak boleh berkerjasama dengan saya,” kata Ji Hyun dengan lembut. “Err...saya Shim Changmin.Saya juga berharap begitu.I hope we can be a good friend,” balas Changmin,dengan gembira dan...terpukau dengan apa yang ada berada di hadapannya ini...
She...is...so beautiful!
Changmin tersedar,apabila Ji Hyun berdehem kecil.Changmin tersenyum kecil.Dia terkantoi,kerana dia ditangkap oleh Ji Hyun sendiri,kerana merenung gadis itu dengan begitu berminat sekali...
“Jadi,kamu kenalah tolong Changmin ya,Ji Hyun?” kata Pengetua Choi dengan nada yang berharap pada Ji Hyun. “Ne.Saya akan cuba sebaik mungkin,pengetua.” balas Ji Hyun dengan senyuman.
Changmin terpukau lagi dengan senyuman gadis itu...
Aaaa....sorry for boring chapter -.- ni baru je first chapter =="
Comments
cptla smbung...
insya-Allah,nanti saya akan update,walaupun lambat sikit :D