Eternal Love:Chapter 48


http://www.youtube.com/watch?v=Ys6IYAK1S1U (Your Always by DBSK)

Chapter 48:Troublemaker. . .

Previous chapter:

“Yah!Kim Junsu!Shim Changmin!Apa korang buat ni?!” Jaejoong muncul dengan pandangan yang tajam.


Your POV

Junsu dan Changmin duduk di sofa,sementara Jaejoong pula memandang mereka berdua seperti harimau yang sedang kelaparan.Ini kali pertama aku melihat dia menyinga seperti saat ini.

Young Jae,Yunho dan Yoochun pula berada di bilik Yoochun.Biarlah,aku tidak mahu Young Jae melihat papanya memarahi rakan-rakannya. “Kenapa kuali tu...rentung?” tanya Jaejoong dengan pandangan tajamnya.

“Err...” Junsu dan Changmin terkelu sesama sendiri.

“Korang lapar ke?” lembut aku menanya.Mereka berdua mengangguk. “Kenapa tak pesan makanan dari luar je?” tanyaku lagi.Mereka berdua saling berpandangan,sebelum menepuk dahi.

Kedengaran Jaejoong mengeluh. “Korang ni memanglah...”

“Hyung!Mianhae!” Junsu dan Changmin melutut di hadapan Jaejoong.Aku menekup bibirku,terkejut melihat mereka berdua sebegitu. “Ish!Korang ni!Janganlah macam ni!Buat malu je,In Young tengok korang sebegini!” Jaejoong berkata.

Aku hanya diam.

Junsu dan Changmin kembali duduk di sofa.

Kroohhh....bunyi yang agak pelik itu membuatkan aku memandang Jaejoong. “Wae?” dia memberi pandangan yang pelik. “Oppa lapar ke?” soalku.

“Ani...” dia menggeleng.Kami berdua memandang Junsu dan Changmin yang diam sejak tadi.Aku bangun dan melangkah ke dapur.Aku membuka peti sejuk.

Hmm...nak masak apa ya?Aku melihat bahan-bahan makanan yang ada di dalam peti sejuk tersebut.Aku mengambil ayam cincang,lobak,kubis dan ubi kentang.

Aku memotong lobak merah,kubis dan ubi kentang mengikut saiz yang kutentukan sendiri,dan senang untuk mereka makan.Hehe...aku bukannya masak untuk seksa orang...

Aku mengambil seulas bawang besar dan dicincang...

Jaejoong POV

Aku pelik dan hairan melihat In Young yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri ke dapur. “Uhh,hyung...” panggil Changmin. “Hmm,wae?”

“Kami laparlah...” serentak Junsu dan Changmin berkata.Mereka membuat muka kesian.Hisy,mereka berdua ni saja nak buat aku mudah rasa kasihan dengan muka tu.Tsk...

“Okeylah,hyung belanja korang makan pizza je,” putusku.Aku mencapai telefon bimbit di dalam poket lalu mendial nombor perkhidmatan segera pizza.

Wajah Changmin dan Junsu sungguh bercahaya selepas aku menamatkan panggilan. “Kenapa?” jelingku.Mereka berdua terus menundukkah wajah. “Mianhae hyung...” sekali lagi mereka meminta maaf.

“Dahlah tu...tapi korang kena ganti kuali tu!” kataku dengan tegas.

“Baik,hyung!” mereka berdua seakan berjanji denganku. “Oppa,” panggil In Young dari dapur.Wajahnya agak muram sedikit.Aku bangun dan melangkah ke dapur. “Wae?” aku menanya.Aku lihat dia sedang mengacau sup yang dimasaknya.

“Mereka nak makan pizza ke?” tanya In Young.Aku mengangguk. “Oh,okey.Ermm,sup ni simpan untuk esok eh?” dia menutup api dan menuang sup tersebut di dalam pinggan.Aku risau dengan wajahnya itu.

“Hey,oppa tak tahu pulak yang kamu nak masak sup untuk Junsu dan Changmin,” kataku perlahan. “Hmm...”

“Okeylah,macam ni.Sementara mereka tunggu pesanan sampai,apa kata In Young suruh mereka minum sup dulu?” cadangku.In Young mendongakkan wajahnya. “Jinjja?”

“Ne,”

“Oppa,tolong ambilkan mangkuk untuk mereka,” dia sudah gembira semula.Aku mengambil beberapa mangkuk kecil dan sudu.Kami berdua ke ruang tamu. “Korang,marilah minum sup dulu!” laungku.

Kebetulan Yoochun dan Yunho bersama Young Jae sedang menuju turun ke ruang tamu. “Mama!Nak jugak!” cepat-cepat Young Jae berlari ke arah In Young yang sedang membawa mangkuk besar berisi sup.

“Young Jae,hati-hati!” pesan In Young.Young Jae mengundur selangkah ke belakang,faham dengan pesanan mamanya itu.

Kami bersama-sama menikmati sup ayam yang dimasak oleh In Young. “Hyungsoo...sedaplah sup ni,” aku hampir tersedak apabila Junsu memberi komen dengan suara comel yang dibuat-buat.

“Hyungsoo?” Yunho,Yoochun dan Changmin berbalas pandangan.

In Young menundukkan wajahnya,pasti malu dengan panggilan yang diberikan oleh Junsu. “Gomawo,” malu-malu dia membalas.

Ting tong!Loceng apartment berbunyi nyaring.

Yoochun dan aku menuju ke pintu.Pesanan yang dipesan sudah tiba.Aku membayar harga pizza yang dipesan. “Pizza dah sampai!” beritahu Yoochun dengan sengihan.Junsu dan Changmin mula mengerumuni Yoochun.

“Yahh!Apalah korang ni!Duduklah dulu!Tak malu ke dekat In Young?” aku menegur sikap Junsu dan Changmin itu.

“Papa!Nak pizza!”

“Young Jae...takkan nak makan lagi?” soal In Young pada Young Jae. “Alah,makan sikit je...” petah dia membalas.In Young memandangku. “Young Jae kongsi dengan papa ya?” ujarku,tidak mahu Young Jae merajuk.Young Jae tersenyum lebar.

Pizza dibahagikan dengan sama rata.Aku mengambil dua keping pizza.Satu keping aku berikan pada In Young dan lagi sekeping aku kongsi dengan Young Jae.

Namun,disebabkan pizza yang aku kongsi dengan Young Jae telah dimakan oleh Young Jae sendiri,In Young menyuapkan aku lebihan pizza miliknya. “Kamsahamnida,” ucapku.

In Young senyum.

Tetapi,Yunho,Yoochun,Changmin,dan Junsu tidak riuh bersembang sambil makan seperti tadi,mereka semua memandang aku dan In Young seperti kami berdua ini pesalah.

So romantic!” Yoochun menjerit kecil.Nampak sangat gedik dia mula datang...

Yunho,Changmin dan Junsu mengiyakan.Mereka berdua menepuk tangan.Aishh...itu pun nak kecoh ke?In Young ke dapur.Kemudian,dia muncul dengan membawa sebotol air oren dan tujuh biji gelas.

Dia menuang air oren tersebut ke dalam gelas dan memberikan kepada kami semua.

*****

Tepat jam 11 malam,aku menghantar In Young dan Young Jae pulang ke rumah.Young Jae sudah tidur di pangkuan In Young.Aku hanya mampu tersenyum melihat suasana itu.

Aku ingin melamar In Young,tapi aku harus menunggu sehingga dia menamatkan pengajiannya.Selepas itu,aku akan terus melamarnya.Sudah lama kami terpisah.

Aku tidak mahu menunggu lagi.Itu janjiku pada diri sendiri.

“Dah sampai,” aku menggerak In Young yang terlena.Dia terjaga dan senyum padaku.Aku menolong dia membuka pintu kereta. “Aigoo...Young Jae makin beratlah,” ujar In Young dengan perlahan,tawa kecil tercetus.

Aku juga ketawa.Ya...anak kami sudah semakin membesar...

“Selamat malam,” ucapku padanya. “Selamat malam juga,” balas In Young.Dia sudah menguap kecil.Aku mencium dahinya.In Young membulatkan matanya.

“Hari ini awak buat saya malu aje,” katanya.

Aku gelak. “Tak mengapa,sebab awakkan saya punya,”

In Young memukul lenganku.Aku gelak lagi. “Dahlah tu,balik cepat!Esok awak mengantuk dekat kelas pulak!” dia seperti hendak menghalauku. “Menghalau nampaknya...” aku pura-pura merajuk.

“Mana ada...I’m care about you,

Really?

In Young angguk.Dia berjalan masuk ke dalam rumah,tapi dia berpusing semula dan berjalan ke arahku. “Saranghae,Jaejoong,” bisik In Young padaku.Aku terkejut.

“Saranghae,In Young-ah...Eternal,” balasku.

Hyungsoo - Kakak ipar *lebih kurang camtulah maksudnya ._.* lol

Hi ._. dah lama aku tak post apa2 kat blog fanfic ni -.- maaf sangat2,actually aku baru habis mode hiatus.Ini pun semangat nak update tak berapa nak ada.Also,aku dah tukar tajuk fanfic ni kepada Eternal Love,sebabnya Endless Love tu common sangat tajuknya...hehe...poster pun aku tak sempat ganti *dasar budak malas* Dan,tak ada lagi dua chapter... *sob sob* TT-TT aku tak tahu sama ada nak habis sampai chapter 50 chapter 49 *confuse* so,tunggu je update seterusnya ^^

New update:Aku dah tukar poster! XD

Comments

Popular Posts