It's You : Chapter 5 - Hot guy?New student?
Chapter 5:Hot guy?New student?
Your POV
Aku menghela nafas.Sudah hampir tiga jam
Gikwang di rumahku.Sepanjang tiga jam itu,semua masalah aku ceritakan
padanya.Dia begitu setia menjadi pendengar,tanpa menyampuk walau sedikitpun.
“Oppa,” aku memanggil.Gikwang yang sedang
menonton televisyen beralih pandangannya.Dia memandangku.Aku meletakkan segelas
air jus oren lalu diletakkan ke meja kopi.
“Untuk oppa ke?” tanya Gikwang.Aku
mengangguk.
“Gomawo,” ucap Gikwang dengan senyuman.Dia
meneguk air jus oren itu dengan rakus,kebarangkalian dia terlalu dahaga.Pintu
rumah dibuka,omma melangkah masuk. “Eh,Gikwang?” omma agak terkejut dengan
kehadiran Gikwang.
Gikwang bangun dan menunduk,sebagai tanda
hormat pada omma.Omma mendekati kami berdua. “Bila kamu datang?” tanya omma.
“Tiga jam yang lepas,” balas Gikwang dengan pendek.
“Malam ni makan dengan omma dan Min Jung
ya?” ujar omma selepas itu. “Tak mengapalah,omma.Nanti kesian mama dekat rumah
sorang-sorang,” Gikwang menolak pelawaan omma.
“Mama kamu pasti tak kisah.Lagipun dah lama
kamu tak datang ke rumah omma,okey?” omma cuba memujuk Gikwang.Omma begitu
mengharap nampaknya.Aku lihat Gikwang seperti serba salah sahaja,aku tahu dia
tidak mahu mengecewakan omma.
“Okey,omma...” dia bersetuju.
Bibir omma mengukirkan senyuman.Aku tidak
berkata apa-apa lagi. “Min Jung,nanti tolong omma,ya?” pesan omma sebelum naik
ke biliknya. “Ne,omma!” aku patuh.Aku memandang Gikwang yang diam.
“So...apa kau nak buat sekarang ni?”
tanyaku padanya. “Buat apa?I guess,it’s not bad.Lagipun,aku dah
lama tak makan dengan omma dan kau,” balas Gikwang dengan selamba. “Hek
eleh,tadi tu sekadar lakonan je ke?Kononnya serba salah nak terima pelawaan
omma,” aku memerli dia.
“Mana adalah!Aku betul-betullah!” dia
beria-ia menafikan. “Cuma aku risau mama duduk sorang-sorang dekat rumah.” keluh Gikwang.Aku duduk di sebelahnya,sebelum
memegang bahunya. “Apa kata,kau call mama.Kau cakap yang kau akan tidur dekat
sini sekali.Sebabnya nanti tak payahlah dia risau,kalau kau tak balik,” pesanku
padanya.
“Okey,”
Gikwang membuat panggilan telefon dan
berbual dengan mamanya.Walaupun tadi aku menyebut mama,aku sebenarnya berasa janggal
dengan panggilan itu. “Kenapa diam?” tanyanya.
Aku menggeleng kepala. “Nothing,”
*****
Jaejoong
POV
Pada malam itu,aku tidak keluar untuk ke
kelab malam seperti hari-hari yang berlalu.Aku mengambil keputusan untuk
mengikut pesanan Young Jae.Aku ingin menemani dia di rumah.Pasti dia terasa
sunyi kerana aku sering tiada.
Pintu bilikku diketuk. “Masuklah,”
kataku.Young Jae masuk dengan senyuman kecil terukir di bibirnya. “Tak keluar
ke?” tanyanya.Eh,ni tanya ke perli? “Tak.Nak teman hyung.” balasku dengan
senyuman.
“Oh,baguslah.Kamu lapar tak?” tanya Young
Jae lagi.Aku menggangguk. “Nak makan apa?” dia menanya lagi. “Hmm,biar Jae
masak something yang special hari ni!” aku terus berkata.Sudah
lama juga aku tidak memasak.
“Masaklah kimchi jiggae kamu tu!” cadang
Young Jae.Aku memandang Young Jae dengan muka serius. “Betul ke ni?” aku tidak
percaya.Dia mengangguk. “Jangan menyesal nanti...” kataku dengan senyuman
misteri dibibirku.
“Huh?” Young Jae terpinga-pinga.
“Tak ada apa-apa...” balasku.
Aku dan Young Jae turun ke bawah.Kami
berdua menuju ke dapur.Aku menyuruh Young Jae mengelurkan bahan-bahan yang akan
digunakan untuk memasak kimchi jiggae. “Ermm,cili hijau tu nak letak banyak
mana?” tanya Young Jae.
“Tengok dulu macam mana,” jawabku.Padahal
di dalam fikiranku ini,aku sedang merancang sesuatu.Young Jae membantuku
memotong bahan-bahan yang akan dimasak.Aku pula menjadi tukang masak!
“Esok kamu dah bersedia?” tanya Young
Jae.Aku yang sedang mengacau terhenti perbuatanku. “Esok?” pelikku. “Esokkan
kamu akan daftarkan diri ke sekolah baru.Takkan dah lupa?Walaupun sebenarnya
hari ni...” cehh!Tanya pun siap perli aku.
“Sentiasa bersedia!” selamba aku
membalas.Ah!Buat apa hendak aku takutkan?Bukannya aku tak pernah tukar
sekolah...Cuma kali ini,aku lebih suka untuk sekolah di sekolah yang berdekatan
dengan rumah.
Shinhwa High School.Nama sekolah itu memang
sering popular kerana kepandaian para pelajarnya. “Esok jangan lambat,ya?Hyung
selalu keluar awal,dalam pukul 7 pagi dah ada dekat sekolah,” ujarnya.
Aku mengangguk.
Beberapa minit kemudian,kimchi jiggae yang
kami sediakan telah siap dimasak dan hanya menunggu untuk dimakan oleh kami
berdua.Aku dan Young Jae duduk di kerusi meja makan.Aku menghirup kuah kimchi
jiggae itu.
“Mashita!” aku menepuk tangan.Young Jae tersengih.Dia
juga menghirup kuah makanan itu.
“Uwaah!Kamu lebih pandai masak dari abang
nampaknya!” puji Young Jae. “Ahh!Mana ada,hyung!Hyung yang lebih pandai
masak,sebab dekat rumah hyung selalu masak...” aku menepis pujian darinya.
“Alahai...kan bagus kalau omma,appa dengan
Hyun Chul pun ada sekali...” keluh Young Jae dengan tiba-tiba.Aku
terdiam.Selama beberapa tahun ini,ketiadaan ketiga-tiga ahli keluargaku itu
menyebabkan aku terasa kehilangan.
Kesibukan mummy dan daddy di Australia
membuatkan kadangkala aku merasakan kami terlalu jauh dari mereka.Entah bilalah
mereka akan pulang ke sini dan tinggal bersama kami seperti dahulu...Hyun
Chul...adik bongsu kami itu tidak rapat dengan kami,kerana dia sering dibawa ke
luar negara.
“Hyung,kita tak tahu bila daddy dan mummy
dengan Hyun Chul akan pulang ke sini.So,we should continue our life as
usual...” balasku dengan perlahan.
“Hmm,” dia mengangguk.Kami berdua menikmati
makan malam dengan dua perasaan yang berbaur.Rindu dan sedih.
*****
Your POV
Omma dan Gikwang berbual dengan
rancak,manakala aku pula diam sambil menikmati makan malam pada malam
itu.Teringat pula aku kepada Young Jae.Urghh...kenapa harus aku memikirkan
dia?Bukankah hubungan kami sudah tamat?
“Min Jung-ah?Kenapa kamu diam je?” tanya
omma. “Tak ada apa-apa,omma.Min Jung lapar sangat,sebab tu diam je,” aku
memberikan alasan.Memang benar aku lapar,kerana aku tidak sempat menikmati kek
yang kupesan di kafe pada petang tadi.
“Ohh,kamu tak makan ke tengahari tadi?”
omma menanya lagi.Gikwang memandangku dengan minat. “Makan,tapi sikit je...”
jawabku.Hari ni semuanya jadi tidak kena.Gara-gara hal semalam itu.
“Makan biar kenyang...kamu pun
sama,Gikwang.Bukan selalu dapat makan dengan omma dan Min Jung.” ujar omma
dengan senyuman.Gikwang membalas senyuman sebelum dia terus menghabiskan
makanan yang dimakan olehnya.
“Dah lama omma nak jemput anak omma yang
seorang ni makan bersama.Terkabul juga hajat omma malam ni,” kata ommaku dengan
gembira.Aku hanya memandang omma.Aku tahu omma tidak pernah melayan Gikwang
dengan dingin.Berbeza dengan aku,yang begitu bencikan ibu tiriku sendiri.
“Nanti omma dengan Min Jung bolehlah datang
rumah saya pulak,” ajak Gikwang.
“Bagus juga cadangan kamu tu,” setuju
omma.Aku menguis nasi yang kumakan.Tidak berselera pula apabila omma berkata
begitu.
“Saya dah kenyang,” aku terus bangun dan
membawa pinggan yang kumakan ke singki di dapur.
“Sikitnya kamu makan,Min Jung,” tegur
omma.Aku yang sedang membasuh pinggan hanya memberi senyuman kecil.Hati aku
memang keras.Kedegilanku memang menyebabkan orang lain tidak menyenangi diriku.
“Min Jung-ah,kamu jangan keras hati
sangat.Mama Gikwang tu pun mak kamu juga,walaupun dia bukan ibu kandung kamu,”
entah kali ke berapa omma mengingatkan aku.Diam.Itu saja jalan penyelesaiannya.
Aku berjalan menuju ke bilik
tidurku.Setelah aku duduk di birai katil,aku menarik nafas sepanjang-panjangnya.Jam
di dinding bilik tidur baru sahaja menginjak ke pukul 8:30 malam.Masih awal
lagi jika hendak tidur.
Young Jae...sebutku dalam hati.Jika waktu
sebegini,pasti dia akan menelefon bekas teman lelakinya itu,supaya lelaki itu
dapat meluangkan masanya,jadi kebosanan dan kesunyiannya hilang begitu sahaja.
“Ah!Kenapa aku nak ingat mamat tu lagi?!Dia
kan dah curang dengan aku!” aku memarahi diriku sendiri.Bantal kutarik dan
disembamkan ke mukaku. “Arghh!!!” jeritku.
*****
No one POV
Seperti biasa,Shinhwa
High School sentiasa kecoh dengan keriuhan para pelajarnya.Min Jung menapak
langkahnya ke dalam kelasnya. “Morning,Jihyun!Yuri!” sapa Min Jung dengan
senyuman.
“Morning too!” balas
Yuri dan Jihyun serentak.
“Korang tengah sembang
pasal apa ni?” tanya Min Jung sambil mengambil tempat di sebelah kawan-kawan
baiknya itu. “Kau nak tau?Hari ni ada mamat hensem nak jadi classmate kita!”
beritahu Jihyun dengan nada gedik dan terujanya.
Min Jung mengangkat
keningnya. “So?Apa masalahnya?” dia menanya lagi.
Jihyun dan Yuri menepuk
dahi.
“Hot guy!Gosip dan
sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan dia tu memang women killer!”
Yuri membalas.Dia juga teruja seperti Jihyun.Min Jung membuat muka selambanya.
“Ada aku kisah?” kata
Min Jung.Keningnya terangkat.
Omg2 ;-; dah nak dekat tujuh bulan aku tak update fanfic It's You ni ._. lol last update akhir bulan Mac.Dan sekarang ni pun dah nak masuk bulan November.Mianhae -.- *bows* lagipun aku dah habis exam PMR.Harapnya korang sudi baca fanfic yang penuh kemerapuan ni *cries* Comments are needed.
Comments