It's You : Chapter 8 - Love Again?







Chapter 8: Love Again?

Your POV

          Aku membuka mata perlahan sebelum kembali memejamkannya semula.Sekali lagi aku membuka dan pandanganku terarah pada dinding berwarna putih.Where am I? tanyaku dalam hati.

          Aku bangun dari pembaringan.Secara tidak sengaja,terasa kepalaku agak pening.Aku pegang selimut yang membaluti tubuhku.Again...where am I?

          “Kau dah sedar?” satu suara menegurku.

          Aku toleh ke kanan.Okey.Confused.Who’s him?Young Jae?Or his twins?

          “Nugu?” tanyaku.Lelaki yang berada di hadapannya membulatkan matanya.

          “Wehh,kau punya kepala terhantuk kat meja ke?Ni akulah,” lelaki itu menjawab dengan dengus.Berkerut dahiku dibuatnya.Aku?Who’s aku?Aku menggeleng sebelum memandang dia dengan pelik.

          “Oh my...you’re really forgot about me.Sobs,what happened to you,girl?” Pulak...dia ni nak buat drama king kat sini ke?

          “Kim Jaejoong,by the way.Kau ni memanglah tak kenal aku agaknya.Padahal baru beberapa jam kita jadi classmates,tempat duduk sebelah menyebelah je,okay...” lelaki itu berkata dengan membuat muka.

          Aku diam.Masih memandang dia. “Huhh...kau ni memanglah...kau meroyan pasal abang kembar aku tu asal?”

          Haaaa?Bila masa pulak aku beranak ni?Aku jeling dia. “Gila,”

          “Habis tu,kenapa?” daa tanya lagi.

          “Bukan hal kaulah,penyibuk,” aku balas.

          “Yalah tu...he’s my twinnie,okay,” Jaejoong tetap tak mahu diam.Eiii,mamat ni memanglah banyak mulut sungguh.Aku pegang dahi.

          “Doktor kata kau stress,tak cukup tidur,” Jaejoong memberitahu.Aku angguk.Memanglah stress.His twinnie punya pasal.Curang dengan aku tapi tak mahu mengaku.

          “Take a rest,hmm,also...kau kena cuti untuk dua hari,” ujar Jaejoong.

          “Wae?” aku terkejut.Takkanlah aku sakit sampai teruk sangat. “Entahlah,but doc said you need a rest,” dia membalas.

          “Tak naklah aku,better aku belajar kat sekolah dari duduk terperap kat rumah,” aku membantah.Walaupun omma sentiasa ada di rumah,aku tetap tak nak datang rumah sebab nanti omma mesti nak jaga aku macam ni budak kecil.

          Omma tu protective sangat.

          “No...kau kena jugak.Duduk kat rumah.Tenangkan fikiran.Kalau tak,aku suruh abang aku datang slow talk dengan kau,” Jaejoong buat keputusan.Amboii...pandai-pandai je dia ni.Aku menarik nafas.

          “Aku tak nak.” Muktamad.

          Jaejoong mengelus rambutku.Aku membeku.Terkejut dan tidak disangka-sangka.

          “Kenapalah kau ni susah sangat nak dengar cakap.Haishh,” Jaejoong merungut.

          Aku diam.

          “Macam manalah abang aku tu boleh suka dekat kau ni?” tanya Jaejoong seolah-olah memerli aku.Aku menjeling dia lagi.

          “Love is blind,dude...” kataku tanpa aku sedari.

          Jaejoong ketawa kecil. “So,you’re blind?”

          Sarkastik.Aku ketawa.Ketawa yang dibuat-buat.

          Butakah aku?Kenapa aku suka Young Jae?

          Sebab dia baik,bijak,selalu bersabar dengan sikap aku yang kasar,suka melawan dan macam-macam lagi.

          Kenapa aku tinggalkan dia?

          Dia curang dengan aku.

          Kenapa dia curang?
         
          Sebab...sebab apa?

          Sebab perangai kau.Mungkin Young Jae dah tak sanggup nak layan dan bersabar dengan sikap dan perangai kau tu.

          Aku menekup mukaku dengan kedua-kedua belah tanganku.Jadi,salah aku jugak ke?

          “Hei,kau ni dah kenapa?” Jaejoong bersuara dengan kerisauan.

          “Teruk ke perangai aku ni?” aku menggumam padanya.

          “Entah.I just know you today,so I can’t judge how your attitude is,” balas Jaejoong.


          “Min Jung!” namaku dipanggil.

          Aku dan Jaejoong serentak memandang ke arah pintu bilik rawatan.Young Jae sedang termengah-mengah di muka pintu.Wajahnya kemerah-merahan.

          “Awak okey ke?” dia terus mendapatkan aku.

          Aku membiarkan dia memeriksa diriku.

          “Ermm,aku masuk kelas dululah.Lagipun aku dah lama sangat.By the way,bro...take care of your girl,okay?I got to go...” Jaejoong bangun dan meminta diri.

          Aku mengangguk,namun aku sebenarnya mahu Jaejoong menemani aku.Rasa janggal pula hendak memandang dan berbual dengan bekas teman lelaki sendiri.Young Jae duduk di kerusi yang diduduki oleh Jaejoong tadi.

          Matanya memandangku.Walaupun dia memakai cermin mata,aku masih lagi terasa dia memandangku dengan tajam.

          “Awak okey?” suaranya dengan lembut.

          Aku menahan rasa di hati.Sayu.

          “Hmm...”

          “Saya tahu...kita dah berpisah,tapi...please jaga diri awak.I’m still love you.” Young Jae berkata dengan perlahan.Sungguh menusuk ke hatiku ini.Aku memejamkan mata,tidak mahu air mata jatuh di hadapannya.

          I’m not strong enough...ucapku dalam hati.

          Pipiku disentuh.

          “Be mine,again?” Young Jae seolah-olah melamarku.Aku terpempan di katil.

          “Mwo?!”

          “I’m serious...saya tak boleh berjauhan tanpa awak.You’re my only one.The one I loved.” Young Jae begitu mengharap.Aku tidak tahu hendak menjawab apa.Benarkah ini semua?

          “Saya...”


*****

Jaejoong POV

          Aku terus meminta diri untuk ke kelas selepas melihat abangku,Young Jae datang ke bilik rawatan.Pastinya dia risau akan Min Jung,kerana gadis itu masih dicintainya walaupun mereka berdua telah berpisah.

          Aku berdiri di luar pintu bilik rawatan.Kakiku seakan tidak dapat bergerak.

          Aku seolah-olah tidak sampai hati untuk pergi dan meninggalkan mereka berdua di bilik rawatan tersebut.Aku bersandar di dinding dengan keluhan yang berat.

          Hari ini,aku mengenali Choi Min Jung.Gadis yang dicintai oleh abang kembarku,Kim Young Jae.Aku juga siap nak tackle Min Jung masa dekat kelas tadi.Heh...kelakar betul aku ni.Aku rasa mesti Min Jung ni jenis yang setia,sebab dia boleh frust gila dengan abang aku tu.

          Hmm...kan bagus kalau ada gadis seperti dia...setia pada cinta yang satu...

          Ingatanku tertumpu pada seseorang yang pernah menjadi cinta pertamaku.Namun,kerana dialah,aku menjadi seorang playboy.Dia membuatkan aku kecewa kerana cinta.

          Dia juga membuatkan aku kehilangan sahabat kerana permainan cintanya.Dia seorang yang sungguh kejam.

          Wujudkah cinta sejati di dunia ini?

          Aku sendiri tidak lagi mempercayai cinta.

          Jadi,mustahil benar aku akan menemui cinta sejati.

          “Be mine,again?” aku terdengar suara Young Jae menanya Min Jung.Aku terkejut dan terus cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua.

           “Mwo?!” Min Jung seperti terkejut.

          I’m serious...saya tak boleh berjauhan tanpa awak.You’re my only one.The one I loved.” Young Jae mengharapkan bekas teman wanitanya itu agar menerima dirinya semula.Oh my...dah macam climax masa tengok drama!

          Untuk seketika,tiada satu suara pun yang bersuara.Hmm...maybe Min Jung tengah fikir lah tu...

          “Saya...”

          “Kenapa kamu masih berada di luar kelas?Mana tanda nama kamu?!” tiba-tiba aku ditegur oleh seorang guru lelaki.Aku buat muka blur.

          “Saya pelajar baru,tadi saya teman kawan saya ke bilik rawatan,” balasku dengan tenang.Walaupun sebenarnya aku dah rasa jengkel betul dengan guru lelaki tersebut.Eksyen betul dia ni...

          Ohh,begitu.Kalau begitu masuk ke kelas sekarang!Oh ya,kamu ni macam Kim Young Jae.Kamu ni ke kembar dia yang berpindah ke sekolah ni?” guru lelaki itu menyoal aku pulak.Pulak...keningku hampir terangkat kerana soalannya.

          Aku mengangguk. “Saya mintak dulu!”

          Aku terus berlari masuk ke kelas.

          Haishh...kenapa semua orang nak kaitkan aku dengan abang kembar aku tu?Aku bukannya apa,tapi aku tak selesa bila orang mula kaitkan aku dengan orang lain,lagi-lagi abang kembar aku...aku tahu Young Jae dikenali sebab kepandaiannya,tapi sekurang-kurangnya hormatilah perasaan aku ni...

          Apabila aku melangkah ke kelas,tiada seorang guru pun yang ada di kelas itu.

          “Mana cikgu?” aku menanya ketua kelas,Jang Keun Suk.

          “Semua guru tengah bermesyuarat,” balasnya.

          Aku mengangguk.

          “Gomawo,” ucapku sebelum menuju ke tempat dudukku.Bolehlah aku relaks kejap...


*tarik nafas dalam2* oh my gucci ;_; dah lama aku tak update fanfic ni dan...aku terasa sungguh...teruk...uwaaa ;~; tapi maybe ini cukup untuk aku update utk bulan ni lol -.- fanfic lain punya updates akan menyusul,kalau aku ada masa... ~(@_@)~ time ni tengah cuti,tapi tk semestinya aku ada masa *cries* btw,aku punya jaejoong comel en n_n <3 lolol...

Comments

Popular Posts