Eternal Love : Chapter 45







Chapter 45:Mummy’s Plan! (Part 2)

Your POV

Selepas sahaja tamat waktu persekolahan,aku menunggu Hyun Chul di hadapan perkarangan sekolah.Jaejoong pula mempunyai urusan lain,jadi dia tidak dapat menghantarku pulang.

“In Young!” panggil Min Jung.Aku pandang Min Jung yang sudah hendak pulang. “Kau tunggu siapa?” tanya Min Jung. “Hyun Chul.” jawabku.

Min Jung agak terkejut.Namun,aku hanya buat-buat tidak tahu.

“Kau kan dengan Cikgu Kim?”

“Aku dengan Hyun Chul nak bincang sesuatu.Kau jangan risau,hati aku untuk Cikgu Kim sahaja.” senyumku.Min Jung menarik nafas lega. “Nasib baik,kalau tidak...hmm,menangis cikgu kita tu.” gurau Min Jung.

“Jangan risau,Min Jung.No one can replace him in my heart,” tegasku dalam nada lembut.

“Ermm,okey!Masa berjumpa dia tu,ingat dekat Cikgu Kim sekali,ya?” sengih Min Jung.Aku ketawa kecil. “Min Jung.” muncul pula Chunji di sebelah kawanku.

Aku memberi pandangan pelik pada Min Jung.

“Oppa.Okeylah,aku balik dulu eh?” Min Jung meminta diri,sebelum dia dan Chunji melambai tangan mereka padaku.

Hmm...ada yang pelik...

Tak mengapalah,nanti aku akan tanya Min Jung.

Bahuku dicuit oleh seseorang.Aku berpaling ke belakang.Kelihatan Hyun Chul berdiri di belakangku. “Kenapa lambat?” tanyaku. “Tadi saya tolong Cikgu Kim angkat barang,” balasnya.

“Cikgu Kim?Jaejoong ke?”

Dia mengangguk. “Cikgu Kim belum balik lagi ke?” aku tiba-tiba berasa bersalah pula. “Jangan risau,saya dah cakap dekat Cikgu Kim yang saya nak keluar dengan awak,dia takkan marah awak,” sepertinya dia tahu apa yang aku sedang fikirkan.

“Oh,gomawo...” aku mengucapkan terima kasih padanya.

“Sama-sama,jomlah kita pergi sekarang,” ajak Hyun Chul.

*****

Jaejoong POV

Aku mengangkat buku-buku untuk dibawa ke bilik guru. “Cikgu,biar saya tolong cikgu,” Hyun Chul menawarkan dirinya untuk menolongku. “Tak mengapa,sikit aje,”

“Biar saya tolong...lagipun buku tu kan banyak,” balas Hyun Chul.Aku tidak dapat menolak pertolongan daripadanya.

Dia mengambil buku-buku dan membawanya.Kami berdua berjalan bersama-sama menuju ke bilik guru. “Cikgu Kim,saya sebenarnya nak minta izin dari cikgu,” kata Hyun Chul.

Aku terasa pelik. “Minta izin?Apa yang awak nak perlukan keizinan saya?”

“Sebenarnya,nanti saya nak keluar dengan In Young.Saya ada sesuatu nak dibincangkan dengan dia,” balas Hyun Chul lagi.Aku terdiam untuk seketika.Nampaknya,Hyun Chul tidak mahu aku tiba-tiba sahaja bergaduh dengan In Young jika aku mendapat tahu mereka keluar bersama.

“Cikgu benarkan,” aku menjawab,setelah berfikir.

“Terima kasih,cikgu!” dia mengucapkan.

*****

Aku sampai di Kafe Mirotic 30 minit kemudian.Aku lihat Puan Park sedang menunggu di dalam kafe itu.

Aku melangkah masuk ke dalam kafe setelah memarkir kereta. “Jaejoong ahjusshi!” Young Jae menyambutku dengan wajahnya yang sungguh ceria. “Young Jae,how are you?” tanyaku.

I’m okay,ahjusshi!” balasnya dengan ceria.

“Jaejoong,kamu dah sampai rupanya,” Puan Park tersenyum.Aku mengangguk.

Aku mengambil tempat duduk di hadapan Puan Park.Young Jae pula duduk di sebelahku,dia sedang menikmati kek coklat yang dipesan.Puan Park memberikan sebuah sampul surat besar yang berwarna coklat padaku.

“Surat apa ni?” tanyaku pada Puan Park.

“Kamu bacalah sendiri.Semuanya tentang Young Jae,” balas Puan Park.Aku membuka sampul surat itu dan membaca sehelai kertas.

Name: Kim Young Jae
Birthdate: 7th November 2008
Father’s name: Kim Jaejoong    Age: 20 years old
Mother’s name: Park In Young    Age: 16 years old


Aku terkelu apabila membaca apa yang tertulis di dalam surat itu. “Betul ke ni,mummy?” tanyaku pada Puan Park.Dia mengangguk. “Dalam sampul surat tu juga ada surat keputusan ujian DNA yang telah mummy dengan omma kamu lakukan,antara kamu dengan Young Jae,” jelas Puan Park dengan lebar.

Aku mengeluarkan sehelai kertas yang diperkatakan olehnya.Keputusan ujian itu menunjukkan bahawa aku dan Young Jae memang mempunyai ikatan antara satu sama lain.

“Macam mana omma saya boleh tahu tentang ini?” aku masih terkejut dan gembira.Dua perasaan dalam waktu yang sama.

Puan Park mula menceritakan bagaimana dia boleh mendapat tahu tentang aku dan semuanya.

*****

  Your POV

Aku dan Hyun Chul berjalan ke sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh dari sekolah kami.

Kami duduk di buaian yang ada di situ. “Apa yang awak nak cakap dekat saya?” tanyaku padanya. “Sebenarnya,ada sesuatu yang saya nak beritahu awak,” kata Hyun Chul.

“Apa dia?”

“Saranghae,” ucap Hyun Chul.Aku tergamam.Dia juga menyimpan perasaan padaku?!Aduh...mula-mula Taemin,selepas itu dia pula! “Saya cuma nak beritahu perasaan saya saja,saya tahu awak dah berpunya,” ujar Hyun Chul.

Aku mengukirkan senyuman.

“Saya memang dah berpunya,dan tak salah kalau kita jadi kawan kan?” aku memandang Hyun Chul. “Ya,” dia mengangguk.Dia menghulurkan tangan untuk berjabat.

Aku membalas dengan menghulurkan tanganku.

Kami bersembang tentang hal masing-masing,sehinggalah apabila aku terlihat dua orang lelaki mencurigakan sedang melalui kawasan taman permainan ini.

“Tengok dua orang lelaki tu,” kataku pada Hyun Chul.Hyun Chul memandang kedua orang lelaki itu. “Dorang tu penjahat ke?”

Aku mengangkat bahu.Tidak tahu.

Kedua orang lelaki itu mendekati kami berdua.Aku menggenggam penumbuk di tangan kanan.Belum sempat aku menumbuk,salah seorang daripada mereka memegang kedua belah tanganku.

“Hey,In Young,” kata lelaki yang memegang tanganku itu.Dia tersenyum.Eh?

Lelaki yang berdiri di sebelah Hyun Chul pula membuka cermin mata hitam dan topeng muka yang dipakainya. “Yunho oppa?”

Hyun Chul memandang mereka berdua dengan pelik. “Yu...yunho?U-know Yunho?” Hyun Chul kelihatan teruja.Lelaki yang memegangku itu juga membuat perkara sama yang dilakukan oleh Yunho.

“Eh,Yoohun oppa?Buat apa dekat sini?” aku hairan.Bagaimana mereka berdua boleh berdua ada di sini?

“Kami berdua saja je keluar.Tak sangka pula korang berdua ada dekat sini.Tengah buat apa ni?” Yoochun menanya. “Kitorang saja lepak dekat sini,” balasku.

“Kesian Jaejoong hyung,” geleng Yunho.

“Buat apa nak kesian,kitorang dah berbaiklah,” kataku. “Jinjja?” serentak mereka berdua menyoal.Aku mengangguk. “Jangan risau,In Young dengan Hyun Chul kawan aje,” aku menjelaskan pada mereka.

Mereka berdua mengangguk. “Err,Yunho hyung,boleh tak saya nak minta tandatangan?” Hyun Chul menanya Yunho setelah dia mendiamkan diri. “Hyun Chul,awak minat Yunho oppa ke?”

Hyun Chul tersenyum.Yunho dengan senang hatinya menandatangan di sebuah buku yang aku lihat penuh dengan gambar-gambar Tohoshinki dan gambar Yunho sendiri.Kemudian,Yoochun pula menandatangan di buku itu.

“Mana Jaejoong hyung?” tanya Yunho lagi.

“Dia kata dia ada hal dengan mummy,” balasku.Mungkin mummy hendak memberitahu tentang Young Jae.Aku juga sedang risau akan reaksinya.Harapnya dia dapat menerimanya dengan sebaik mungkin.


Hello reader!Haha!Aku dah siapkan chapter 45 ._. lol but,this story will be ended on chapter 47 @ 48 ._. sepatutnya habis dalam chapter ni ==" it's okay,aku yang tak nak bagi habis sebenarnya ;~~~; btw,lepas tu,I'll continue all fanfics in this blog,also I'm starting a new fanfic at http://myfanficsworld.blogspot.com :)

Comments

dAiA-cHaN said…
nnti habiskan ea *O* nak tau ending :D

Popular Posts