Eternal Love : Chapter 47
Chapter 47
Your POV
Sepanjang perjalanan ke rumah keluarga Jaejoong,kami berdua hanya senang untuk berdiam diri,kerana aku tidak tahu hendak bercakap apa dengan si dia.
Lamunanku terhenti apabila aku terdengar suara seseorang memanggilku.Jaejoong memegang tanganku. “In Young?”
Aku memandang dia,sambil memberi pandangan pelik. “Kenapa?”
“Kita dah sampai,” balas Jaejoong dengan senyuman.Aku juga tersenyum,tidak tahu mengapa,tetapi bibirku ingin mengukirkan senyuman selepas melihat senyumannya.
Aku membuka pintu kereta.Aku berdiri di hadapan kediaman keluarganya.Inilah kali pertama aku ke rumah keluarganya.Tiba-tiba aku menjadi takut dan gementar.
“Kenapa tak masuk?” tanya Jaejoong. Aku diam. “Jangan takut,omma dengan appa orang baik.Hyun Joong dan Jae Kyung pun sama,” ujar Jaejoong dengan perlahan.
Aku memandang dia.Dia menghulurkan tangannya.Dengan rasa teragak-agak,aku memegang tangannya,kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah keluarganya.
“Omma!Appa!Hyun Joong!Jae Kyung!” laung Jaejoong.
Aku yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.Muncul dua orang pasangan suami isteri yang tersenyum pada kami.Aku pasti mereka adalah ibu bapa Jaejoong.
“In Young-ah,ini kali kedua kita bertemu!” Puan Kim memelukku.Aku agak terkejut,namun terus membalas pelukannya.
“Mama!” aku terus meleraikan pelukan apabila terdengar suara Young Jae. “Young Jae-ah!” aku mencium dahi Young Jae.Dia kelihatan gembira di sini. “In Young!” Jae Kyung pula menyambutku.
Aku ketawa melihat gelagatnya. “Awak kena ceritakan semuanya pada saya nanti,” bisik Jae Kyung. “Cerita apa?” aku keliru. “Alah,pasal bagaimana awak dengan abang saya boleh bercintalah!Sampai ada anak seorang pula tu!” balas Jae Kyung.
Aku mengangguk. “Okey,”
“Apa khabar ibu bapa kamu?” appa kepada Jaejoong,Encik Kim menanyaku. “Mereka sihat,ahjusshi.” balasku. “Jangan panggil ahjusshi,panggil appa saja,sebab kamu akan jadi menantu appa juga,” kata appa Jaejoong.
Aku tersipu malu.Tadi mummy sudah berkata tentang Jaejoong,kini giliran appa Jaejoong pula berkata begitu.
Hyun Joong memandangku dengan senyuman.Aku membalas senyuman.Kacak juga abang Jaejoong,tapi...Jaejoong lebih kacak.Hehe...
“Marilah kita ke ruang makan,omma dah sediakan minum petang,” ajak Puan Kim.Kami semua menuju ke ruang makan.
*****
“Bila korang rancang nak kahwin?” tanya Jae Kyung dengan tiba-tiba.Terhenti suapanku,aku menjeling Jae Kyung.Jaejoong juga memandang adik bongsunya itu.
“Jae Kyung...” Encik Kim menegur.Jae Kyung hanya tersengih.
“Mungkin lepas saya tamatkan pengajian di sekolah menengah,” tenang aku membalas. “Betul ke?!Maknanya tak lama lagilah tu!” Jae Kyung begitu teruja. “Omma akan terima menantu tak lama lagi!” sambungnya lagi.
Hyun Joong mencubit pipi adiknya. “Sakitlah,oppa!”
“Awak,betul-betul serius ke?” bisik Jaejoong padaku.
Aku mengangguk. “Ya,saya serius.Awak tak nak ke?” aku terasa sedikit kecewa. “Tak,saya tak nak awak terbeban dengan komitmen,” katanya. “Tak,saya dah bersedia,” balasku.
Jaejoong memegang tanganku. “Kamsahamnida,”
*****
Jaejoong POV
“Apa pendapat oppa tentang In Young?” tanya Jae Kyung. “In Young?Hmm...dia cantik,berbudi bahasa dan bijak...” aku memberi jawapan,yang jujur dari hatiku.
In Young sedang berbual dengan omma dan appa.Young Jae juga bersamanya. “Kau patut jadikan dia sebagai wife kau.Don’t let her go again,” nasihat Hyun Joong.
“Yeah.Aku takkan lepaskan dia lagi.Cukuplah sekali...” aku bersetuju dengan kata-kata Hyun Joong itu.
“Comel betul Young Jae tu.Untung Young Jae dapat mama macam In Young.Dia begitu manjakan Young Jae,” kata Jae Kyung.Aku mengangguk. “Jadi,dia Kim Young Jae...kan?” tanya Jae Kyung lagi.
Aku mengangguk lagi.Kim Young Jae,anak aku dan In Young.
Young Jae.Aku teringat akan perbualan aku dengan In Young sebelum kami berpisah pada beberapa tahun yang lalu...
***
“Oppa,” panggil In Young. “Waeyo?” aku menanya. “Kalau nanti In Young jadi isteri oppa,apa nama anak kita eh?” tanya In Young dengan senyuman di bibirnya.
“Anak?” aku agak terkejut. “Yes,In Young suka baby.Dorang comel...kalau oppa,nak berapa orang anak?”
“Dua orang perempuan,satu lelaki,” jawabku dengan jujur. “Omo!Dua orang perempuan?Nanti oppa nak dorang muka macam oppa ke?” soal In Young dengan tawa meletus. “Eh?Waeyo?” aku hairan.
“Iyelah,oppa kan cantik.Nanti mesti anak-anak kita cantik macam oppa,” kata In Young.Aku mencubit pipinya. “Nakalnya dia ni!Sampai hati cakap oppa cantik!” aku sengaja bernada rajuk.
In Young memegang pipiku. “Oppa...kalau kita letak nama anak kita,dari gabungan nama kita?”
“Hmm,boleh jugak...In Young dah fikir ke?” aku menanya. “Tak,kena tunggu bila kita dah kahwinlah!” dia ketawa. “Eii!Gatalnya In Young,” aku mengusik dia.
“Oppa!” dia menumbuk bahuku dengan lembut. “Apa kata letak nama anak lelaki kita sebagai Young Jae?Okey tak?” aku mencadangkan nama itu padanya.
“Okey jugak tu!” dia terus saja bersetuju.
*****
“Oppa?”
“Jaejoong?”
“Eh?” aku tersedar dari angan.Kelihatan semua orang memandangku dengan pelik. “Berangan ke mana tu?” tanya omma.Aku menggeleng dan tersenyum.
In Young hanya tersenyum kecil melihat tingkahku.
“Appa,” panggil Jae Kyung. “Ne,Jae Kyung,” appa memandang anak bongsunya itu. “Nanti appa kena aturkan pertemuan keluarga antara keluarga kita dengan keluarga In Young,” beritahu Jae Kyung.
“Untuk apa?” soalku pada Jae Kyung.
“Untuk kahwinkan oppa dengan In Younglah!Nanti Young Jae dapat jadi anak saudara Jae Kyung!Kan In Young?” Jae Kyung mengerling ke arah In Young.
Dia tidak berkata apa,sebaliknya mengangguk.Adakah itu bermaknanya dia bersetuju?
“Aigoo,In Young-ah!Kamu memang padan dengan anak omma!” puji omma dengan senyuman.Aduhai omma...sudahlah tu,kesian In Young,aku berkata dalam hati.
*****
No one POV
Changmin bersandar di sofa dengan perasaan senang hati.Junsu pula sedang bermain game di PSP miliknya. “Hyung,mana Jae hyung?” tanya Changmin pada Junsu.
Junsu mengangkat bahu. “Molla-yo...”
Changmin menghembus nafas. “Laparnya...” rungut Changmin.
Junsu menggeleng melihat maknaenya. “Hyung,tolong masak!” pinta Changmin. “Mwo?!Michi gae soh?!” Junsu terkejut. “Hyung...saya lapar ni...” pujuk Changmin.
Junsu memberhentikan fokusnya terhadap game yang sedang dia main. “Mana Yoochun hyung?”
“Tidur kot,” balas Changmin. “Hmm...okey.Kita masak spaghetti!” cadang Junsu.Changmin memandang hyungnya itu dengan perasaan yang agak risau.
“O...key...” Changmin bersetuju.
“Jom!Kita pergi ke dapur!” ajak Junsu dengan riang. “Baik,hyung...” Changmin mengikut langkah Junsu ke dapur.
*****
Your POV
Aku meminta diri untuk pulang bersama Young Jae. “Nanti datanglah selalu,” kata Puan Kim dengan senyuman.Aku mengangguk. “In Young!Esok jumpa kat sekolah tau!” Jae Kyung memberi pesan.
“Ish!Macamlah esok dah tak jumpa!” getus Hyun Joong.Jae Kyung menjelirkan lidahnya. “Bye-bye nenek!Datuk!” Young Jae berkata sambil melambaikan tangannya.
Kami bertiga masuk ke dalam kereta. “Nak singgah jumpa Yoochun ke?” tanya Jaejoong dengan tiba-tiba. “Boleh ke?”
“Boleh je.Lagipun In Young kan adik sepupu Yoochun?” Jaejoong membalas soalanku. “Okey,” aku tidak membantah,sekadar menurut kata-katanya.
“Mama...Yoochun tu siapa?” tanya Young Jae. “Dia tu pak cik kepada kamu dan kawan baik papa,” balasku. “Oh,dia baik ke?” tanya Young Jae lagi. “Mestilah baik,kan Jaejoong oppa?”
Jaejoong mengangguk,menandakan dia mengiyakan. “Jaejoong oppa,” panggilku. “Hmm?” dia memandang ke hadapan,fokus pada pemanduannya.
“Kalau nanti peminat Tohoshinki tahu akan kewujudan Young Jae,oppa nak mengaku yang Young Jae tu memang anak oppa ke?”
“Mestilah!Sebab dia kan memang anak oppa.” jawabnya dengan pantas.Aku menghela nafas panjang. “Mereka hanya peminat,jangan risau...mereka pasti akan terima kenyataan yang oppa dah ada seorang anak,” sambung Jaejoong lagi.
*****
No one POV
“Alamak!” Junsu menepuk dahinya.
Changmin sedang mengunyah snek hanya memandang dengan selamba. “Wae,hyung?”
“Kuah untuk spaghetti tu dah hangus!” dia menunjukkan kuah yang tidak seperti kuah spaghetti yang dimakan oleh dia dan ahli-ahli lain sewaktu dimasak oleh Jaejoong.
Ting tong!
“Siapa pulak tu?” Changmin menanya.Junsu tidak ambil peduli,kerana dia sedang memikirkan bagaimana hendak menjelaskan tentang kuali yang sudah hampir rentung itu,juga kuah yang hangus.
“Takkanlah Jae hyung dah balik?!” kata-kata Changmin membuatkan Junsu berpaling. “Oh my God sun!” dia menjerit.
“Hyung?” suara Yoochun sedang menanya seseorang. “Apa bau hangit ni?” kedengaran suara Jaejoong menanya Yoochun. “Alamak!Habislah kita!” serentak Changmin dan Junsu berkata.
“Yah!Kim Junsu!Shim Changmin!Apa korang buat ni?!” Jaejoong muncul dengan pandangan yang tajam.
Hahaha ._. tinggal lagi tiga chapter je *aku panjangkan sampai 50 chapter ^o^* ignore sebarang typo -.-
Comments