Eternal Love : Chapter 34







Dbsk - No


Chapter 34:Past 4 [Flashback]

Your POV

Aku bersama abangku,Jin Young dan kakakku,Hye Young berjalan keluar dari balai ketibaan.Akhirnya kami sampai di Tokyo.Sudah lama juga aku tidak menjejakkan kakiku ke negara matahari terbit ini.

Aku memegang dadaku.Aku memegang tangan kakakku,Hye Young.Dia pelik melihat aku berkelakuan seperti itu. “Nak ke tandas ke?” tanyanya.Aku mengangguk.

Hye Young menyuruh Jin Young menungggu kami.Aku segera ke tandas.Mujurlah tandas di sana mudah untuk dicari.Jika tidak,lama juga lagi aku hendak ke tandas.

Aku berdiri di hadapan singki dan muntah.Entah berapa kali aku muntah,untuk hari ini.Sebelum bertolak tadi,aku juga muntah di rumah.Hye Young hampir-hampir menyuruh kami membatalkan tiket penerbangan ke Tokyo,disebabkan keadaanku yang dilihat agak teruk.

Jin Young pula tidak berkata apa-apa.

Namun,aku cepat-cepat mengatakan bahawa aku okey,cuma memberitahu yang perutku dimasuki oleh angin.

Hye Young menghulurkan tisu kepadaku,selepas aku mencuci mukaku.Aku mengelap mukaku menggunakan tisu.

“Feeling better now?” tanya Hye Young padaku.

Aku mengangguk perlahan,tekakku masih terasa perit.

  “Unnie...” aku memandang Hye Young. “Nanti kita buat pemeriksaan,” balas Hye Young.Kami keluar dan menuju ke arah Jin Young yang sedang menunggu kami.

*****

Aku dan kakakku,bersepakat untuk berkongsi bilik,kerana aku ingin dia menemaniku sepanjang kami bercuti di Tokyo.

“Unnie,dah tempah tiket untuk konsert Tohoshinki tu ke?” tanyaku.Hye Young tidak membalas. “Unnie?”

Hye Young memandangku dengan perasaan yang bersalah. “Ada apa-apa yang terjadi ke unnie?” tanyaku lagi.

“Tiket...tiket tu...dah habis.Sold out...” balas Hye Young perlahan. “What?!Biar betul unnie?!” aku tidak percaya.Hye Young mengangguk.Aku mengeluh kecil.

“Dah tak ada rezeki kan...lain kali jelah,” kata Hye Young,yang sudah terbaring di katil.Aku memuncungkan bibir.Tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa.

Bilakah lagi aku akan bertemu dengan Young Woong?

Akan ada lagikah peluang untuk aku bertemu dengan dia?

“Janganlah sedih,ya?” pujuk Hye Young.Dia bangun,dan menepuk bahuku dengan perlahan.

Aku mengangguk dengan lemah.

*****

Aku termenung di luar balkoni hotel.Suasana permandangan di waktu malam di Tokyo sungguh cantik.Aku dapat melihat Menara Tokyo yang tersergam indah.

Esok,konsert itu bakal diadakan.Aku masih tidak dapat memujuk hatiku agar tidak terlalu kecewa kerana tidak menghadiri konsert itu.

Aku baru saja selesai makan bersama ibu bapaku di restoran yang terletak berada di hotel ini.Mereka masih punyai banyak kerja untuk diselesaikan.Hmm...entah bilalah akan selesai...

Mummy dan daddy jarang berada di Korea.Jika mereka ada pun,mungkin dalam dua tiga hari saja mereka di sana.Kemudian,ke Jepun,China,Hong Kong...dan pelbagai tempat.

Aku teringatkan pertanyaan mummy sewaktu kami makan bersama-sama.

***

“Kenapa mummy tengok kamu ni macam dah berisi aje?” tanya mummy,dengan tiba-tiba.Aku hampir tersedak dengan minuman yang aku minum.

“Maria,janganlah tanya budak tu waktu macam ni,tengok,kan dah tersedak,” daddy menegur mummy.Mummy hanya tersengih apabila ditegur sebegitu.

“Sorry ya,sayang?Mummy cuma tanya je.Tak tahulah sampai kamu tersedak dengan pertanyaan mummy ni...” ujar mummy dengan lembut. “It’s okay.In Young terkejut tadi,” balasku dengan senyuman.

“Hmm...lain kali,awak jangan tanya waktu dia tengah makan atau minum,Maria.” kata daddy lagi.Aku ketawa kecil.Begitu juga Hye Young dan Jin Young yang sedang makan.

Mummy hanya senyum.

***

“Hey!Berangan pasal apa tu?” sergah kakakku.Aku mengusap dadaku. “Unnie!Nak In Young kena heart attack ke?” tanyaku dengan nada yang kononnya marah dengan tindakannya itu.

“Aigoo...mianhae,In Young-ah,” cepat-cepat Hye Young meminta maaf.Aku cuba untuk tidak ketawa dengan mimik mukanya yang hendak meminta belas kasihan daripadaku.

Akhirnya aku ketawa.

“Park In Young!” kakakku sedar yang dia dipermainkan.Dia mencekak pinggangnya.Aku melarikan diriku ke katil.Aku ketawa,kerana perutku digeletek oleh Hye Young.

“Unnie!Stop!Sudahlah...nanti kesian baby dalam perut ni!” aku berkata,sambil ketawa,kerana kegelian.

“Ohh...mengaku juga kamu mengandung,ya?”

Aku diam. “Rasanya begitulah unnie.” balasku.

“Tak mengapalah.Unnie tahu,kamu rasa perkara ni tak dijangka,dan kamu masih rasa pelik dan terkejut.So,esok kita pergi buat pemeriksaan.No excuses,” ujar Hye Young dengan sedikit tegas.

Aku memuncungkan bibirku.

“In Young takutlah,unnie,” kataku. “Jangan takut,unnie akan temankan kamu,” ujar Hye Young.Aku menarik selimut,dan baring di katil. “Esok ya?” Hye Young menanya.

Aku mengangguk perlahan.Aku terus melelapkan mataku.

*****

Keesokkan harinya,aku bangun seawal jam 7 pagi.Tekakku terasa loya.Mungkin inilah morning sickness yang dikatakan oleh wanita itu.Jadi,benarlah aku mengandung?

Hye Young masih nyenyak tidur.Mungkin dia terlalu penat.Aku duduk di sofa,selepas aku rasa elok sepenuhnya.

Aku mengusap perutku dengan perlahan. “Betul ke aku mengandung?” tanyaku pada diriku sendiri.

Aku membuka televisyen yang ada di dalam bilik itu.Berita menunjukkan tentang hal yang berlaku di Jepun,jadi aku tidak berapa ambil tahu dengan semua itu.

Pandanganku terarah pada rancangan hiburan yang menyebut tentang Tohoshinki.Mungkin mereka memaklumkan tentang Tohoshinki yang akan membuat persembahan di Tokyo Dome.

Aku hanya menganggap begitu,kerana aku tidak berapa faham dengan bahasa Jepun.Aku tidak menghabiskan pelajaran Bahasa Jepun,sewaktu aku di sekolah rendah.

Jadi,aku cuma faham apa yang aku tahu.

Aku terfikirkan satu idea.Kan elok,jika aku ke Tokyo Dome,dan melihat Young Woong di sana,walaupun tanpa tiket.Aku tersenyum dengan ideaku sendiri.Aku mengingat jadual konsert itu,yang akan bermula pada pukul tiga petang nanti.

Young Woong...tunggulah saya!

._. sorry for boring chapter -_-

Comments

Popular Posts