It's You [Chapter 4]
Chapter 4
Jaejoong POV
Aku terdengar bunyi pintu besar rumah dikuak dengan perlahan.Aku yang sedang mengunyah snek berpaling ke arah pintu besar rumah.Kelihatan Young Jae baru sahaja pulang dari sekolah.
Serentak itu,aku menepuk dahi.Alamak!
“Hyung baru balik?” tanyaku perlahan.Young Jae mendongak,memandangku dengan wajah yang agak sedih. “Hmm,” dia sekadar membalas dengan perkataan itu.Pelik.Aku hanya lihat perlakuannya itu.
Dia meletakkan bungkusan plastik di atas meja kopi. “Makanlah,hyung ada beli untuk kamu,” kata Young Jae dengan perlahan sebelum dia melangkah naik ke atas. “Okey,” aku terus mengambil bungkusan yang terdapat sepotong kek coklat.
Aku mengambil sudu di dapur dan menyuap kek itu ke dalam mulutku. “Uwaah!Mashita!” aku menepuk kedua belah tanganku.Aku sekali lagi menyuap kek itu dan memejamkan mata kerana ingin menikmati kesedapan kek coklat itu.
Young Jae masih tidak keluar dari biliknya.Dia tidur ke?desisku dalam hati.
Aku meletakkan sudu di meja kopi dan bangun untuk naik ke bilik Young Jae.
Aku berdiri di hadapan bilik Young Jae.Pintu biliknya tidak tertutup rapat.Aku menguak perlahan.Dia sedang duduk di birai katil sambil tangannya memegang sesuatu.Aku cuba meneliti barang yang dipegangnya.
Namun,aku terbuka pintu biliknya dengan luas,menyebabkan Young Jae menyedari tindakanku,sebelum dia menyembunyikan sesuatu di dalam laci mejanya. “Err,mianhae hyung.Jae cuma nak tengok hyung je.” kataku sambil meminta maaf.
“Hmm...kamu dah makan?” tanya Young Jae.Aku mengangguk. “Kek tu sedap sangat!Mana hyung beli?”
“Oh,hyung beli dekat kafe depan sekolah.” balasnya sambil tersenyum tawar.
“Kenapa hyung macam tak happy aje?” soalku,ingin tahu.
“Tak ada apa-apa,” jawab Young Jae. “Hyung sakit lagi ke?” aku menduga.Aku takut jikalau dia mengalami masalah kesihatan.Sejak kecil,aku tahu yang Young Jae tidak sekuat mana.Dahulu,dia sering masuk hospital kerana jatuh sakit.
Namun aku tahu,Young Jae seorang yang kuat.Dia tabah dan cekal untuk meneruskan hidupnya. “Mana adalah,hyung sihat aje.Kamu janganlah risau sangat,” dia menolak kata-kataku.Aku cuba menyakinkan diriku.
“Okey,”
“Kenapa tak pergi sekolah tadi?” pertanyaan Young Jae itu membuatkan aku tersengih. “Lepas hyung pergi pagi tadi,Jae terus tidur.Tak larat nak bangun,” aku memberitahu.Aku sedar sahaja,sudah pukul 11 pagi.
“Oh.Patutlah pun.Lain kali tak payah pergi keluar malamlah,” tegas arahan Young Jae.Aku hanya mengangguk.Aku memang suka melepak di kelab malam.Walaupun selama ini Young Jae tidak melarang,aku hanya akan ikut apa-apa arahan Young Jae,jika ianya membawa kebaikan padaku.
“Senang pula kamu nak setuju?Kenapa?” dia mungkin hairan dengan reaksiku. “Hyung kan abang saya.So,kenalah ikut cakap abang sendiri kan?Lagipun,hyung dah selalu sangat tolong jaga saya,” aku membalas.
“Memanglah,tapi hyung harap sangat kamu berubah,”
Aku tersenyum kecil.Aku tidak tahu sama ada aku boleh berubah atau tidak.
“Esok kamu kena pergi daftar ke sekolah jugak,memandangkan kamu dah ambil keputusan untuk berhenti dari sekolah lama,” ujar Young Jae.Aku mengangguk lagi.Mungkin aku boleh memulakan suasana baru di sekolah baruku.
“Ne,hyung,” aku akur.Young Jae ialah seorang abang yang baik.Dialah sering bersabar dengan sikapku yang suka berfoya-foya setiap malam.Dia juga yang sering menolongku apabila aku berada dalam kesusahan.
*****
Your POV
Aku menangis teresak-esak di dalam bilikku.Sedih.Aku tahu aku telah membuat keputusan dengan terburu-buru,namun,itu yang terpaksa aku lakukan.Aku tidak mahu lagi ditipu.Aku tidak mahu diriku diperlekehkan oleh lelaki sepertinya.
Mujurlah omma tiada di rumah.Mungkin dia keluar ke rumah rakan-rakannya.Aku teringatkan appaku yang kini bertugas di Jepun.Dia akan pulang beberapa hari lagi.Ahh...aku sering menyangka bukan-bukan tentang appaku sendiri.
Hubunganku dengan appa semakin renggang selepas aku mengetahui tentang kewujudan ibu tiriku,yang juga ibu kepada Gikwang,abang tiriku sendiri.
Secara biologi,aku dan Gikwang bukan adik beradik kandung,kerana Gikwang adalah anak hasil perkahwinan Puan Lee Yoo Jin dengan bekas suaminya yang pertama.Manakala aku pula anak kepada appa dan ommaku.
Kami sebaya,dan kami membesar bersama-sama.Aku mengetahui bahawa Gikwang adalah abang tiriku setelah umurku mencecah 13 tahun,ketika itu,aku terdengar perbualan antara omma dan appa.Secara automatiknya,aku merenggangkan hubunganku dengan appa dan juga Gikwang.
Aku menjadi seorang yang degil dan sering membuat orang lain menyampah dengan diriku.Hanya Yuri dan Jihyun yang tahan dengan perangaiku ini.Aku,Yuri dan Jihyun berkawan sejak kami di sekolah rendah.
Apabila mengingati orang yang kusayangi,pasti hatiku terasa sayu.Sekali lagi aku menangis keseorangan di bilik.Young Jae...
*****
Gikwang POV
“Mama!Gikwang dah balik!” aku melaung,sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. “Gikwang-ah!Kamu dah balik,ya?” mamaku,Puan Lee Yoo Jin menyambut dengan senyuman.Aku mengangguk.
“Unnie,siapa tu?” tanya seorang wanita. “Omma?” aku terkejut dengan kehadiran omma,ibu tiriku.Omma tersenyum melihatku. “Mana Min Jung,omma?” tanyaku. “Entah,dia tu bukan nak balik awal,mungkin dia keluar date dengan Young Jae kot,” balas omma.
Semua ahli keluargaku tahu tentang Young Jae.Cuma,mereka tidak tahu Young Jae mempunyai adik kembar yang seiras dengannya.
“Oh,” aku mengangguk.Mungkinkah mereka sedang membincangkan hal yang semalam itu?Aku berasa risau pula dengan perkara itu.Adakah Min Jung akan memutuskan hubungan mereka itu?Semuanya Jaejoong punya pasal,dan Min Jung juga!
Salah faham!Itu yang membuatkan Min Jung tersalah faham.
Aku naik ke bilikku,dan menukar pakaian sebelum turun semula. “Omma,mama!Gikwang nak pergi cari Min Jung!” aku memberitahu mereka sebelum keluar dari pintu rumah.
“Apa yang penting sangat tu?Tak menyempat-nyempat!” bebel mama.
*****
Aku cuba mendail nombor telefon Min Jung,namun hanya mailvoice yang kedengaran supaya meninggalkan pesanan.
Aku mendail pula nombor telefon Young Jae,juga tidak berjawab.Sekali lagi aku cuba menelefon dia. “Hello?”
“Hello?Young Jae!Kau dengan Min Jung ke sekarang ni?!” aku terus menanya,tanpa mengetahui siapa yang menjawab panggilan telefon itu. “Min Jung?Siapa Min Jung?” aku yang kehairanan,takkan dia dah lupa nama teman wanita dia sendiri?!
“Yahh!Kim Young Jae!Takkan kau dah lupa nama girlfriend kau sendiri?!Choi Min Jung!Adik aku!” aku menjerit. “Yo!Jangan jerit!Sakit telinga aku ni weh!By the way,Young Jae tengah tidur,ni aku,Jaejoong,”
Aku terkedu.
“Jaejoong?”
“Oh ya,siapa Choi Min Jung tu?” tanya Jaejoong.Aku mengigit bibir,terasa kesal pula kerana ingin terus bercakap dengan si pemanggil,tanpa mengetahui siapakah orangnya. “Weh,kenapa kau diam?” tanya Jaejoong lagi.
“Kau cakap dengan Young Jae,yang aku call dia.Okeylah,aku ada hal ni,bye...” aku terus menamatkan panggilan.Aku menghela nafas.Fuhh!Hampir-hampir aku sebut pasal Min Jung,nasib baik tak terlalu detail,kalau tidak...
Aku menggeleng,menidakkan perkara yang berada di fikiranku ketika ini.
*****
Jaejoong POV
Sewaktu aku sedang membelek buku-buku di rak buku milik Young Jae di bilikknya,telefon bimbitnya berbunyi. “Hello?” aku memberi ucapan hello,tanpa melihat siapakah pemanggil yang menelefon abangku itu.
“Hello?Young Jae!Kau dengan Min Jung ke sekarang ni?!” aku dikejutkan dengan jeritan seorang lelaki.Uhuh...boleh terkena serangan jantung kalau macam ni.Eh?Macam kenal je suara pemanggil ni...aku melihat nama pemanggil di skrin.
Gikwang
“Min Jung?Siapa Min Jung?” aku kehairanan.Siapa pula Min Jung?Apa hubungan dia dengan Young Jae? “Yahh!Kim Young Jae!Takkan kau dah lupa nama girlfriend kau sendiri?!Choi Min Jung!Adik aku!” jerit Gikwang.
Apa?!Teman wanita Young Jae?!aku menjerit dalam hati.Aku memandang Young Jae yang tidur di katilnya.Sejak bila pula abang kembar itu bercinta?Tidak pernah pula dia memberitahu aku...
“Yo!Jangan jerit!Sakit telinga aku ni weh!By the way,Young Jae tengah tidur,ni aku,Jaejoong,” aku memberitahu Gikwang.
“Jaejoong?”
“Oh ya,siapa Choi Min Jung tu?” aku menanya dia.Ingin juga aku tahu siapakah gerangan gadis itu,dan benarkah gadis itu ialah teman wanita Young Jae.Namun,Gikwang tidak membalas pertanyaanku.
“Weh,kenapa kau diam?” tanyaku lagi. “Kau cakap dengan Young Jae,yang aku call dia.Okeylah,aku ada hal ni,bye...” Gikwang sepertinya tidak mahu aku tahu tentang gadis itu.Aku meletakkan telefon bimbitnya di meja belajar semula.
Ahh...kalau Gikwang tidak mahu memberitahu aku pun,aku pastinya boleh menyiasat siapa gadis itu.
*****
Your POV
Bunyi loceng yang bertalu-talu menyebabkan lenaku terganggu.Siapa pula yang datang waktu aku tengah tidur ni?Aku berjalan turun ke ruang tamu sebelum membuka pintu rumah.Muncul Gikwang di hadapanku.
“Min Jung!Kenapa kau tak jawab call aku?” tanya Gikwang dengan prihatin.Aku yang masih lagi dalam keadaan separuh sedar cuba untuk berfikir?Call?Bila dia call aku?Aku menggosok mataku,untuk menjelaskan penglihatanku yang kabur.
“Eh,kau rupanya.” aku berkata.
“Min Jung,jawab soalan aku.Kenapa kau tak jawab call aku tadi?” ulang Gikwang lagi.
“Kau telefon aku ke?” tanyaku.Dia mengangguk.Tangannya memegang pipiku. “Kenapa dengan mata kau ni?Kau menangis ke?”
Aku menepis tangannya,sebelum menutup wajahku. “Kau ada masalah ke?”
Aku menggeleng.Aku tidak mahu ingat apa-apa.
“Kau gaduh dengan Young Jae ke?” desak Gikwang lagi.Aku menggeleng lagi. “Cakaplah!”
“Diam!Jangan masuk campur dalam urusan peribadi aku!” aku menjerit,air mataku mula jatuh.Aku menutup wajahku,badanku membelankangi dia.Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Gikwang.Aku tidak pernah menangis di hadapan dia.
Aku dilihat sebagai seorang gadis yang kuat dan keras kepala.Aku dipeluk dari belakang. “Kau boleh luahkan dekat aku.Aku kan abang kau?Apa gunanya kalau jadi abang kalau aku tak tolong adik sendiri?Walaupun kita ni cuma adik-beradik tiri...” ujar Gikwang dengan nada lembut.
“Oppa...” aku memanggil dia oppa.Untuk pertama kalinya,setelah hampir empat tahun.Aku berhenti memanggil dia sebagai oppa sewaktu umurku 13 tahun,dan hubungan kami semakin renggang.
Tangan kasarnya mengusap rambutku.Aku menangis sepuas-puasnya.Hanya kerana lelaki yang bernama Kim Young Jae.
Yeahh aku dah update *o* lol haha.Aku makin malas -.- untuk menulis.Sebab penat -.- walaupun aku nak sangat update hari-hari,aku tak boleh nak update selalu...kerana kekangan masa ._." ignore typo -.-"
Comments
okay,nanti eden sambung ^^ thanks sebab sudi baca ^.^