It's You : Chapter 6 - Kim Jaejoong?!
Chapter 6: Kim Jaejoong?!
No one POV
“Ada aku kisah?” kata
Min Jung.Keningnya terangkat.
“Min Jung!!!” Jihyun
geram.Yuri pula menghentakkan kakinya.Boleh pula kawannya yang seorang ini buat
bodoh tentang kehadiran pelajar baru yang hot dan spicy itu.Tsk.
“Korang ni
gediklah.Bukan boleh percaya sangat dengan gossip-gosip tu,” ulas Min Jung
dengan selamba.Jihyun dan Yuri mencebik.Mereka tahu benar akan sikap Min Jung
satu itu.Suka benar cakap sesuka hati.
“Alah...kalau dia
seperti yang dikatakan macam mana?” Yuri tidak mahu mengalah.
Min Jung mengangkat
bahu. “I don’t know.Kenapa korang beria-ia benar dengan pelajar baru tu?Is he
anyone to us?” dia menanya.
“He will,kalau kita
memulakan persahabatan dengan dia!” Jihyun tersengih.
“Suka hati
koranglah,aku tak mahu masuk campur,” Min Jung bangun dan duduk di tempatnya
sendiri.Jihyun dan Yuri saling berpandangan.
Beberapa ketika
kemudian,guru kelas mereka,Encik Lee Seung Gi masuk ke dalam kelas.Jang Geun
Suk sebagai seorang kelas memberi salam hormat kepada guru kelas mereka.
“Selamat pagi,kamu semua boleh duduk,” balas Cikgu Seung Gi.
“Baiklah.Pada hari
ini,kita telah menerima seorang pelajar baru dari Seoul Academy.Seperti kita
tahu,Seoul Academy adalah antara sekolah yang paling terkenal dan merupakan
saingan terdekat sekolah kita.Saya pasti pelajar baru ini mempunyai sebab yang
tersendiri untuk berpindah ke sekolah kita ni,” terang Cikgu Seung Gi dengan
senyuman.
Min Jung hanya
mendengar.Hmm...Seoul Academy?Biar betul?Mesti pandai gila pelajar baru tu.
“Kim Jaejoong,silakan
masuk dan perkenalkan diri awak,” jemput Cikgu Seung Gi.
*****
Jaejoong POV
“Jaejoong!Cepatlah!”
suara Young Jae melaung dari luar rumah.Aku yang sedang memakai tali leher dan
kot hanya mengeluh kecil.Leceh pulak kena pakai benda alah ni,bisikku dalam
hati.
Kata Young Jae,aku
mesti berpenampilan kemas supaya dipandang tinggi oleh semua rakan
sekolah.Heh,kalau pakai selekeh mana pun,semua pelajar perempuan masih akan
memandang aku macam tak pernah jumpa lelaki...hehehe
Beg sekolah dan fail
berisi maklumat peribadiku diambil.Aku terus mencapai sekeping roti di meja
makan sebelum berlari-lari anak ke luar rumah.Kasut sekolah diambil lalu
disarungkan.
“Jomlah!” gesa Young
Jae.
Setelah
pintu rumah dipastikan telah dikunci,kami berdua bergerak ke sekolah. “Nanti
kamu kena daftarkan diri dekat pejabat sekolah,” ujar Young Jae padaku.Aku
mengangguk tanda faham.
Tidak sampai 10
minit,aku dan Young Jae sudah sampai di hadapan Shinhwa High School.Aku melihat
para pelajar yang datang.Mesti banyak perempuan cantik dekat sini,bisik hatiku
dengan nakal.Sengihan ditarik.
“Apa yang kamu
sengihkan tu?” tanya Young Jae.Aku menggeleng,sengihan masih di bibir.
“Mari kita pergi ke
pejabat sekolah,” ajak Young Jae.Aku mengikuti langkahnya.Sambil berjalan
menuju ke pejabat sekolah,aku sempat lagi memberikan senyuman paling manis pada
para pelajar perempuan yang berdekatan.
“Omo!Kim Young Jae?!”
“Eh?Kenapa muka dorang
berdua sama?!”
Terdengar bisikan dan
pertanyaan dari para pelajar perempuan,termasuk juga pelajar lelaki.Jadi,tiada
sesiapa tahukah yang abang kembarku ini mempunyai kembar?Hmm...mungkin Young
Jae ni jenis low profile...
Kami berdua memasuki
pejabat sekolah. “Maafkan saya,saya nak daftarkan diri,” aku berkata pada
seorang kerani wanita yang bertugas di pejabat itu.Wanita itu memandangku dan
Young Jae dengan riak wajah yang keliru dan terkejut.
“Eh?Young Jae?Aik?” dia
menyoal dengan kekeliruan.
Aku dan Young Jae
ketawa.
“Ini adik kembar
saya,namanya Kim Jaejoong.” jelas Young Jae pada wanita itu.Wanita itu lantas
tersenyum kecil.
“Oh,begitu.Tak sangka
pulak kamu ada kembar!Baiklah,Jaejoong.Sila isi borang ni ya,” wanita itu
menyerahkan sehelai kertas borang.
Aku mengisi butir
peribadi tentang diriku.Selepas itu,aku menyerahkan borang itu kepada kerani
yang bertugas. “Okey,nanti kamu kena serahkan fail peribadi kamu kepada guru
kelas kamu,” beritahu wanita itu.
“Oh,okey.Boleh saya
tahu kelas mana yang akan saya ditempatkan?” tanyaku.
“Hmm,mengikut prestasi
pelajaran awak,awak boleh masuk kelas 2-A1 atau 2-A2.Dua-dua kelas tu adalah
kelas yang pertama,tapi dipisahkan menjadi dua.Jadi awak boleh pilih antara dua
kelas ni,” terangnya.
Aku diam. “Kalau masuk
kelas last pun boleh kan?” tanyaku lagi.Wanita itu cuma tersenyum.
“Kamu kan pandai,buat
apa nak masuk kelas tercorot?” tegur Young Jae.Aku cuma tersengih.Susah betul
kalau masuk kelas pandai ni...nak buat hal pun tak boleh.Nak kena jadi baik je
24 jam.
“Alah hyung...”
“Tak payah nak
beralah,kamu kan pandai.Buat apa nak sia-siakan diri masuk kelas macam tu?”
sekali lagi dia menegur.Tidak puas hati.
“Okeylah.Saya pilih
kelas 2-A2,” putusku.
Young Jae diam dan
memandangku.
“Baik.Young Jae,kamu
pergi bawa adik kamu ni jumpa dengan Cikgu Seung Gi.Dia kan guru kelas 2-A2.”
wanita itu berkata.Young Jae mengangguk.Dia mengajak aku berjumpa dengan guru
kelas 2-A2.
Sampai di bilik
guru,Young Jae menegur seorang lelaki yang sedang berbual dengan seorang guru
wanita. “Young Jae?Apa kamu buat dekat sini?” tanya guru wanita itu.
“Selamat pagi
cikgu.Sebenarnya,saya nak teman adik saya daftar masuk ke sekolah ni.Oh
ya,Cikgu Seung Gi,ni pelajar baru yang akan masuk ke kelas cikgu.Ni adik
saya,Kim Jaejoong,” beritahu Young Jae sambil memperkenalkan diriku pada
kedua-dua guru itu.
“Annyeong,Kim Jaejoong
imnida,” aku menunduk,sebagai tanda hormat.
“Annyeong,wah!Korang ni
memang seiras!Cikgu pun boleh confuse kalau macam ni,” guru lelaki itu
berkata.Guru wanita itu pula hanya mengangguk.Aku tersenyum.Memang semua orang
akan keliru dengan kami berdua.Sudahlah sama.Rambut pun sama!Namun,perangai
kami memang berbeza.
“Sudahlah tu,nanti awak
kan nak masuk kelas.” tegur guru wanita itu.Cikgu Seung Gi hanya
tersengih.Nampaknya cikgu ni suka kat cikgu tu...haha...
“Jaejoong,nanti ikut
saya ke kelas,ya?Young Jae,kamu boleh masuk ke kelas kamu,” ujar Cikgu Seung Gi
kepada abangku.Young Jae meminta diri.
“Have a nice
day,dongsaeng!” dia menepuk bahuku sebelum beredar dari bilik guru.
“Thanks hyung,” aku
membalas dengan tawa.
“Nampaknya nanti saya
akan ajar awak untuk subjek Bahasa Inggeris,” guru wanita itu berkata.
“Saya Cikgu Rin.Joo Yoo
Rin,” dia memperkenalkan dirinya.Aku mengangguk.
“Mari saya bawa kamu ke
kelas,” ajak Cikgu Seung Gi.Aku menuruti langkahnya.Aku mendapati ramai pelajar
memerhatikan aku.Ya.Mungkin mereka hairan,dan terkejut dengan kehadiranku di
sekolah ini.Mereka mungkin menganggap aku ialah abang kembarku,Kim Young Jae.
Sampai di sebuah
kelas,Cikgu Seungi Gi mengajakku masuk,namun aku menolak.Seganlah pulak.Cehh...
Aku mendengar apa yang
sedang Cikgu Seung Gi perkatakan.Sememangnya aku pada asalnya bersekolah di
Seoul Academy.Siapa yang tidak mengenali sekolah itu?Sekolah itu merupakan
saingan terdekat Shinhwa High School.
Aku ada sebab mengapa
berpindah ke sekolah ini.
“Kim Jaejoong,silakan
masuk dan perkenalkan diri awak,” jemput Cikgu Seung Gi.Aku melangkah masuk ke
dalam kelas 2-A2 dengan hati yang tenang.Cool man!Buat relaks sudah...
Kedengaran semua
pelajar mulai kecoh. “Kim Young Jae?!Macam mana pulak dia boleh masuk kelas
ni?Bukan ke dia kelas 2-A1?!” seorang pelajar perempuan menanya dengan kuat.
“Yang Jihyun,kawal
suara kamu,” tegur Cikgu Seung Gi.
“Mianhae,seongsangnim,”
ucap pelajar perempuan yang bernama Yang Jihyun itu,
“Ehem.” aku berdehem.
“Annyeong,Kim Jaejoong
imnida.Saya ialah adik kembar kepada Kim Young Jae,pelajar kelas 2-A1.Sila beri
tunjuk ajar,” segera aku memperkenalkan diriku.Sekali lagi kelas 2-A2 kecoh.
“Kelas,jangan
bising!Baiklah,kamu boleh duduk di sebelah Choi Min Jung.Min Jung,sila bangun,”
ujar Cikgu Seung Gi.Choi Min Jung?Macam kenal saja nama itu.Siapa ya?Seorang
pelajar perempuan yang bernama Choi Min Jung bangun.
Aku terus berjalan ke
tempat duduk di sebelah Min Jung. “Cikgu harap kamu semua boleh berkawan baik
dengan Jaejoong,” senyum Cikgu Seung Gi.Aku memerhatikan gadis yang duduk di
sebelahku.
“Hai,” tegurku.
Gadis itu tidak memberi
reaksi.Pekak ke?Kesian betul.
“Min Jung-ah,”
bisikku.Gadis itu menjelingku.Lalu dia menulis sesuatu di sehelai kertas
nota.Kertas itu diserahkan padaku.
Are you crazy?Awak tak
nampak ke cikgu tgh cakap? -_- - Min Jung
Aku tersenyum.Kelakar
pulak.
Nampak.Alah,saya nak
berkenalan dengan awak,boleh ;) - Jaejoong
Kertas itu diserahkan pada Min
Jung.Kemudian dibalas olehnya.
Wekk :P like I care -.-
awak ni such a flirter lah. – Min Jung
Hampir aku hendak ketawa melihat baris
ayat-ayatnya itu.Comel je.
Yes,you need to care
<3 ahaha...saya suka awak - Jaejoong
Gila ke?!Eii...benci! –
Min Jung
Yes,I’m crazy because
of you <3 – Jaejoong
</3 wekk *muntah* -
Min Jung
Haha ._. updated~lol omg2 >.< aku pulak yang enjoy baca fanfic sendiri X) btw,Jae is in the house!XD There's gonna be a lot of drama after this ~.~ I hate drama actually.Pfttt
Comments