Eternal Love : Chapter 49 - Proposing In Young (Part 1)
Chapter 49:Proposing In
Young... (Part 1)
Beberapa bulan
berlalu...
Your POV
Aku
tersenyum selepas keluar dari dewan peperiksaan.Akhirnya!Aku bakal menamatkan
pelajaran jika lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. “Mama!” aku disambut
oleh Young Jae,dan Jaejoong.
Jaejoong
bersandar di tepi kereta Audinya sambil tersenyum memandangku. “Okey?”
tanyanya.Aku mengangguk,dan mengangkat ibu jari kanan.
“In Young
unnie,oppa!Young Jae!” Jae Kyung berlari ke arah kami bertiga. “Jae Kyung,behave yourself...” Jaejoong menegur.Jae
Kyung tarik sengih dan menjelirkan lidahnya pada abangnya.
“Mama,boleh tak kita pergi kedai aiskrim uncle
Yoochun?” tanya Young Jae padaku.Aku menjeling Jaejoong. “Mestilah boleh!Jomlah
kita pergi!” Jaejoong membalas.Young Jae dengan riangnya menarik tanganku dan
tangan Jaejoong bersama.
Jae Kyung mengejar kami di belakang.Kami berempat
masuk ke dalam kereta milik Jaejoong.Young Jae duduk di ribaanku.Dia bercerita
tentang pelbagai perkara yang dia lakukan bersama Jaejoong sepanjang hari
ini.Aku mengangguk dan senyum mendengar celotehnya.
Sampai di Time Out,Yoochun sudah pun berada di luar
kedainya.Dia sepertinya sudah tahu yang kami akan ke sini. “Hey yo,Young Jae!”
Yoochun menyapa Young Jae,sambil memberi ‘high five’ pada anakku itu.
Mataku membulat. “Oppa!Kenapa ajar Young Jae bersapa
dengan orang macam tu?” marahku.Yoochun tersengih. “Mianhae,In Young-ah...” dia
memohon maaf padaku.Young Jae membalas ‘high five’ Yoochun.
“Uncle!Young Jae nak aiskrim coklat!Tambah dengan
cream,” beritahu Young Jae dengan rasa teruja. “Boleh...jomlah masuk.Korang pun
masuklah.” Yoochun memegang tangan Young Jae dan mereka beriringan masuk ke
dalam kedai aiskrim tersebut.
Jaejoong memegang tanganku.Tiba-tiba aku terasa malu
pula bila dia memegang tanganku.Ah!Pelik betul aku ni...mungkin sebab sudah
lama tidak berdua-duaan kerana aku sibuk menelaah pelajaran untuk
peperiksaan,jadi kami jarang bertemu.Young Jae lah menjadi penghubung kami.
“Oppa,unnie...Jae Kyung nak pergi keluar dengan
kawan-kawan boleh tak?” tanya Jae Kyung pada kami berdua.Aku dan Jaejoong
mengangguk.Jae Kyung terus meninggalkan kami selepas menahan sebuah teksi.
“Awak sihat?” tanya Jaejoong selepas kami berdua
duduk.Suasana di kedai aiskrim Time Out tidak berapa sesak dengan kehadiran
pelanggan. “Macam awak tengok,” aku agak kekok. “Urmm...hehe...” Jaejoong
ketawa kecil.
“Sebenarnya saya nak tanya sesuatu.”
“Tanyalah,” kataku.
“Agaknya...kalau kita berkahwin nanti,awak nak wedding
dress macam mana?” Jaejoong menggaru pipinya.Mataku membesar.Hah?Wedding
dress?!
“Oppa?Apa maksud awak ni?” aku terkejut sedikit.
“Ermm...oppa tanya je.Kalau...kita berdua kahwin nanti...”
Aku diam.Lalu berfikir seketika.Aku mengeluarkan
telefon bimbitku,aku menunjukkan gambar wedding dress yang aku ambil ketika
mengunjungi sebuah butik perkahwinan beberapa bulan lalu.
Jaejoong hanya senyum apabila melihat gambar tersebut
di telefon bimbitku. “Cantik,kalau In Young pakai memang sesuai,” puji
Jaejoong.Aku menutup wajahku,tidak mahu Jaejoong lihat mukaku menjadi merah
akibat pujiannya itu.
Young Jae sedang makan bersama Yoochun sambil berbual.Entah
apa yang mereka bualkan...hmm...
Aku dan Jaejoong tidak berbual apa-apa selepas
itu.Rasa kekok dan janggal dibuatnya.Semangkuk aiskrim coklat ditabur dengan
cip coklat diletakkan di meja kami.Yoohwan terus berlalu selepas itu.Langsung
tak cakap apa!
“Makanlah,” Jaejoong mula menyudu aiskrim ke dalam
mulutnya.Aku mengangguk.Sedapnya... “Nganga mulut awak,” Jaejoong
mengarahkan.Aku yang kehairanan terus mengikut arahannya.Tiba-tiba terasa
cecair yang sejuk di dalam mulutku.
“Hmm?”
Jaejoong mengenyitkan matanya ke arahku.Aduhai...aku
juga menyuap aiskrim padanya. “Gomawo,jagiya...” ucap Jaejoong selepas itu.Aku
mengetap bibir.Geram dan malu!Aishh...kenapa kena sebut jagiya?Malu tahu
tak?Aigoo...
“Amboi sweetnya korang!” usik dua orang yang sedang
berdiri di hadapan kami.Aku dan Jaejoong mendongakkan wajah kami.Changmin dan
Junsu sedang tersengih.Ah malunya!
“Hyung,jom kita berbincang,” ajak Changmin.Aku diam.
“In Young-ah,saya pergi bincang sekejap okey?” Jaejoong sepertinya keberatan.
“Tak mengapa,” aku tidak kisah.
Jaejoong bangun dan berjalan bersama Junsu dan
Changmin ke bahagian dapur di kedai aiskrim itu.
*****
Jaejoong POV
“Hyung,macam mana dengan plan kita tu?” tanya Junsu
dengan nada yang teruja. “Ermm,kita ikut plan yang kita dah bincangkan tu,”
balasku dengan keluhan.
“Kenapa hyung mengeluh?” soal Changmin pula.
“Dia risaulah tu...” usik Yoochun.
“Risau?” Changmin bingung.
“Alah,kan dia terpaksa tinggalkan In Young dekat
luar,so,dia risaulah...” kata Yoochun dengan senyuman.Aku hanya tersenyum
kecil. “Hyung jangan risaulah,dia takkan larilah,” komen Changmin selepas itu.
Aku mengangguk. “Cincin!Siapa nak beli dan pilih
cincin?!” aku baru teringat.Kami berlima menepuk dahi. “Baru teringat...yang
itu je yang belum settle,” balas Yunho yang sejak tadi mendiamkan diri.
“Ah!Jae In!” cadang Yoochun. “Hah?” aku terkejut.
“Okey,macam ni caranya...” Yoochun mula memberitahu rancangannya yang
seterusnya.
*****
Your POV
Pada malam itu,Jae In datang ke rumah keluargaku
semata-mata ingin bermalam bersamaku dan Young Jae.Ketika aku sedang membaca
majalah,Jae In datang dan duduk di sebelahku.
“Unnie,” panggilnya.
“Hmm?”
“Unnie ada tak simpan apa-apa cincin?” tanya Jae
In.Aku menamatkan pembacaanku lalu beralih pandangan,memandangnya. “Kenapa?”
aku hairan.
“Ala...jawab jelah.Unnie ada tak simpan apa-apa
cincin?” sekali lagi dia menanyaku.Aku cuba mengingati cincin-cincin yang
kusimpan di dalam almari pakaianku.
“Kejap,” aku bangun dan menuju ke almari pakaian.
Bahagian laci dibuka dan aku mengeluarkan sebentuk
cincin permata yang diberikan oleh mummy sempena hari jadiku ke 16 tahun.
“Wah!Unnie ada simpan album gambar eh?Nak tengok!” hampir terjatuh cincin yang
kupegang di tangan.
“Aishh!Buat unnie terkejut je!” aku menggosok dada.
Jae Kyung tersengih.Dia mengambil album gambar itu
lalu duduk di katilku.
“Omo!Ni koleksi gambar-gambar oppa ya?” dia begitu
teruja.Aku mengangguk.Dia mula menyelak halaman demi halaman.Dia ketawa dan
senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Unnie start kumpul gambar ni masa unnie mula-mula
kenal oppa ke?” soal Jae Kyung selepas habis menatap album itu.Aku yang sedari
tadi memerhati hanya mengangguk.
“Sweetnya!Memang patutlah oppa sayang dan cintakan
unnie,” dia memuji.Aku tersipu malu.
“Ni cincin yang unnie paling sayang.Mummy berikan pada
unnie masa unnie sambut hari jadi ke enam belas tahun,” aku memberikan cincin
itu pada Jae Kyung.
“Nice!Ermm,unnie suka reka bentuk cincin yang macam
mana eh?” dia mula menanya,Jae Kyung suka betul menanya macam polis
pencen!Haha...
“Ermm...actually unnie suka yang simple-simple
je,asalkan sedap mata memandang dan senang nak dipakai.” jawabku.
Jae Kyung mengangguk sambil membelek cincin permata
tersebut. “Unnie,bila agaknya oppa nak propose unnie?” tanyanya.
Aku mengangkat bahu. “Entahlah,”
“Kalau oppa propose unnie dalam masa terdekat ni,macam
mana?” sekali lagi dia menanya. “Unnie terima je,” balasku tanpa berfikir
panjang.Jae Kyung menjerit kecil.
“Unnie!Cepat-cepatlah suruh oppa kahwin dengan unnie!”
riang dia berkata.Aku menutup wajahku.Segan.Aduhai...bila agaknya Jaejoong akan
melamarku?
Aaa...ok ._. Enam bulan ;~~; aku stop tulis Eternal Love masa nak dekat trial.Yeahh,aku boleh update fanfic sebab dah takde exam *goyang kaki* So,tinggal lagi dua chapter....asdfghjkl aku tahu aku merepek -.- sekian ;_;
Comments