Eternal Love : Epilogue






Epilogue: Eternal Love

Your POV

4 tahun berlalu...

            Setelah hampir empat tahun,aku dan Jaejoong dikurniakan tiga orang anak.Sekaligus,menjadikan empat orang anak termasuk Young Jae.Anak kedua kami bernama Kim Jae In,berumur 3 tahun.Manakala,anak ketiga kami adalah sepasang kembar iaitu Kim In Jun dan Kim Ji Young,berumur 1 tahun.

            Young Jae telah masuk ke sekolah rendah.Dia menjadi seorang anak yang kacak dan comel seperti papanya.

            Setelah Jaejoong melamarku,perkahwinan kami berlangsung dua bulan kemudian.Walaupun aku bergelar seorang isteri,aku masih tetap ingin menyambung pelajaranku.

            Kini,aku telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal dan mempunyai kedai butik dan jenama pakaian sendiri.Jaejoong masih dengan ahli kumpulannya,namun,dia telah membuka sebuah restoran bersama seorang rakan kongsinya.

            “Jagiya...” terasa bahuku dipeluk.Jaejoong mencium dahiku. “Malulah sikit depan anak-anak ni,” aku menegur tingkahnya itu.Anak-anak kami hanya memerhati.

            “Alah,depan anak-anak pun kita boleh tunjuk kasih sayang.” Jaejoong mengambil tempat di sebelahku.Laptop kepunyaanku yang terpasang tidak lagi menjadi perhatianku.

            “I really love you,In Young.Eternal,” ucap Jaejoong.Tanganku dikucup.

            “Me too.Eternal love forever,” aku membalas ucapannya.Aku bahagia dengan kehidupanku yang kini lengkap bersama Jaejoong dan anak-anak kami.Semoga kebahagiaan kami ini akan berkekalan sehingga bila-bila.




End.
25th November 2012.
8:38 a.m.

Akhirnya...setelah hampir tujuh bulan setengah berhempas pulas menjalankan misi menulis fanfic 'Eternal Love' atau pada awalnya diletak tajuk 'Endless Love'
Sebenarnya,kisah fanfic ni aku tak rancang pun.Lagipun masa awal2 bab,aku taip masa kena denda dengan ayah aku -_- lol sedih betul time tu.
Mula2 rasa nak putus asa gak,yelah...blog ni jarang ada commenters >.< tsk
Lagipun ni first fanfic yang aku berjaya habiskan chapter nya -.-" teruk betul aku ni.Aku...rasa nak nangis mengenangkan masa2 yang berlalu tu ._. Insya-Allah,fanfic seterusnya yang akan dihabiskan bakal menyusul.Aku pun sebenarnya risau kalau aku tak mampu nak habiskan fanfic yang lain.Aku ni memang "pandai" merancang,idea sentiasa masuk,tapi pemalas yang amat -..- Oh ye,nama fanfic ni ditukar ke Eternal Love sebab Endless Love tu common sangat.Nama tu dipilih oleh kawan online aku,Lily.Hehehe...thanks chingu-ah! <3 
Akhir kata,aku mula malas -.- sebab sekarang ni tgh addicted dengan website manga ._." kalau nak update maybe seminggu sekali kot.Kalau aku rajinlah ;_; 

Comments

syafiqah said…
sy suka cite ni.bestt...
Lina Azhar said…
@syafiqah omo ;~~; thanksseuu sebab sudi baca fanfic yg tk seberapa ni TToTT

Popular Posts