Eternal Love : Chapter 50 - Proposing In Young (Part 2)







Chapter 50: Proposing In Young... (Part 2)

Jaejoong POV

          Aku tersenyum selepas Jae Kyung memberitahu tentang rancangan yang kami rancangkan telah berjaya.Aku dan Jae Kyung telah berjanji untuk berjumpa di kedai barang kemas di sebuah shopping complex.

          “Oppa!Sorry lambat!” Jae Kyung muncul di depan Tiffany & Co.Aku memandangnya.Termengah-mengah gadis itu dibuatnya.

          “Hmm,it’s okay.Tak lambat mana pun.” kataku.

          “Jom masuk!” dia terus menarik tanganku dan kami berdua melangkah masuk.

          “Selamat datang...oh...Omo!Kim Jaejoong!” seorang pekerja perempuan di situ terkejut dengan kehadiranku.Aku hanya memberikan senyuman.

          Aku pakai sunglasses dengan mask pun orang boleh cam,getusku dalam hati.

          “Hai.Boleh tak kami nak tempah cincin lamaran dan perkahwinan?” Jae Kyung menanya tanpa menungguku.Pekerja perempuan itu sekali lagi memberi reaksi terkejutnya.

          “Ermmm,ah...boleh!Boleh sesangat.” dia membalas.

          “Oppa,dia mesti terkejut gila.” bisik Jae Kyung padaku.Aku menahan gelak.

          Kami mula mencari reka bentuk yang sesuai untuk cincin lamaran dan perkahwinan untuk aku dan In Young. “Kalau boleh,saya nak cincin tu ada ukiran nama saya dengan bakal isteri saya,” aku memberitahu.

          “Ya...ya...baiklah,” pekerja perempuan itu mencatat.

*****

          Selesai membuat pembayaran dan tempahan,aku dan Jae Kyung beredar keluar dari Tiffany & Co. “Oppa,lepas ni jom pergi makan,” ajak Jae Kyung.Aku melihat jam tanganku.Sudah hampir masuk waktu tengahari.

          “Oppa dah tempah tempat dinner tu ke?” tanya Jae Kyung.Aku mengangguk.Semalam aku sudah membuat tempahan khas untuk aku dan In Young.Tidak sabar untuk aku menunggu lagi dua minggu itu.

            “Oppa,nak tahu tak...In Young unnie ada simpan satu album gambar khas untuk oppa.Semuanya gambar dalam album tu gambar oppa masa muda-muda dulu,” cerita Jae Kyung.

            “Jinjja?Hensem tak oppa?” aku teruja untuk tahu.Tak sangka In Young ada album khas untukku...

            “Ermm,bolehlah...” dia membalas.

            “Yah!!!Apa tu dengan maksud bolehlah?Ingat oppa tak hensem ke?” aku pura-pura memarahi adik bongsuku itu.

            “Oppa dah tualah.” selamba dia berkata.Mataku membulat.Budak ni memang nak kena!
            “Ala,oppa ni memang dah tua.Macamlah dia tu muda lagi...” giat Jae Kyung lagi. “Kim Jae Kyung!!!” aku memanggil namanya.Kuat.

            “Aaaa,orang tua mengamuk!” Jae Kyung pantas melarikan dirinya.

            Budak ni memang...tsk.


*****

Your POV

            Seperti biasa,Jaejoong datang ke rumah keluargaku. “Papa,bila papa dan mama nak bawak Young Jae pergi rumah kita?” tanya si kecil.Ketika itu,Jaejoong dan anak kami sedang menonton kartun.Tak sangka Jae pun layan kartun.Kalah Young Jae.

            “Nantilah.Tunggu bila mama dah sedia,” balas Jaejoong.

            Aku yang sedang menghendap dari dapur hanya tersenyum.Saya dah lama bersedia,Jae,kataku dalam hati.

            “In Young,menghendap apa tu?” tegur daddy.Aku cuba mengawal rasa terkejutku.

            “Daddy!Terkejut In Young.Syhhh!In Young tengah menghendap anak-beranak tu,” tunjukku pada Jaejoong dan Young Jae yang sedang duduk di sofa di ruang tamu.

            Daddy tersenyum. “Tak sangka anak bongsu daddy ni dah ada anak.Macam baru semalam je daddy lihat kamu berjalan,” suaranya agak terharu.

            “Daddy...janganlah cakap macam tu.In Young tahu yang In Young dah buat satu kesilapan.I’m sorry,daddy,” aku cuba untuk mengawal rasa sebakku.

            “No,apa yang daddy maksudkan ialah,daddy tak percaya yang kamu dah besar panjang.Dalam usia ni,kamu berkorban untuk Young Jae.Jaejoong pula berusaha untuk kembalikan kepercayaan dan rasa cinta kamu pada dia,” jelas daddy.Aku diam.

            Baru faham akan maksud daddy itu.Aku pernah membuat kesilapan namun,kesilapan itu akan membuatkan aku belajar akan erti kehidupan,kasih sayang dan pengorbanan.

            Jaejoong,awaklah saya cintai,bisikku dalam hati.

            “Mama!Atuk!Buat apa ni?” tanya Young Jae.Entah bila pula si kecil itu muncul.Jaejoong pula memandangku. “Tak ada apa-apa,” balas daddy pada Young Jae.

            Young Jae didukung oleh daddy,lalu mereka ke luar rumah.

            “Awak okey?” tanya Jaejoong padaku.Aku mengangguk.

           “Kenapa mata awak merah?” tanyanya lagi. “Mata saya masuk habuk,” balasku,bohong.

            “Tipulah.Ayat tu klise sangat.Apa yang awak sedihkan?” dia tahu yang aku berbohong padanya. “Saya mulai faham,tentang kesilapan yang saya telah lakukan.Hasilnya,saya akan mengecapi kebahagiaan,” beritahuku.

            Lenganku dipaut. “Siapa kata awak bakal mengecapi kebahagiaan?Sekarang ni awak tak bahagia ke?” Jaejoong menyoalku.

            “Bahagia,” senyumku. “Tapi,mungkin akan lebih bahagia bila awak dah propose saya untuk kahwini saya.” sambungku lagi.

            Jaejoong tersenyum lebar. “You will,jagiya...”

*****

Dua minggu kemudian...                      

            Ketika aku sedang bermain-main dengan Young Jae,telefon bimbitku berbunyi. “Tunggu kejap ya?Mama nak jawab call,” aku menyuruh Young Jae bermain sendirian.

            Aku berlari naik ke bilik tidurku. “Hello?” panggilan dijawab.Tidak sempat aku melihat si pemanggil yang menelefonku.

            “Unnie!” suara Jae Kyung kedengaran agak sedih.

            “Wae?” tanyaku.Risau.

            “Oppa!”

            “Hah?Kenapa dengan Jaejoong oppa?!” aku mulai cemas.

*****

            Selepas sahaja mendapat panggilan dari Jae Kyung.Aku terus bergegas menuju ke apartment milik Tohoshiki bersama Young Jae. “Kita nak pergi mana,mama?” tanya Young Jae yang kehairanan.

            “Papa sakit.Tadi Auntie Jae Kyung call,” balasku.Pemandu keluargaku sedang memandu keluar dari kawasan rumah keluargaku.

            Young Jae mengangguk.Faham. “Kesian papa,”

           Perjalanan ke apartment Tohoshinki menjadi begitu lama.Jae...hatiku menyebut namanya.

*****

Jaejoong POV

            “Korang ni tak payahlah bagitau dekat In Young.” aku tidak berpuas hati dengan ahli kumpulanku dan adikku,Jae Kyung.Mereka semua berkumpul di bilikku.

            Semalam aku bermandi hujan kerana keretaku rosak secara tiba-tiba di tepi jalan.Terpaksalah aku meminta bantuan Yunho dan Yoochun yang berada di rumah.

            Hari ini,aku terasa lemah sahaja.Nak makan pun tiada selera.Badan terasa sejuk semacam aje. “Oppa,cincin tu dah siap ke?” tanya Jae Kyung.Aku mengangguk.

            “Sudah,” balasku dengan lemah.

            Semalam juga aku telah membawa pulang dua kotak cincin yang mempunyai sepasang cincin yang aku tempah dua minggu lalu.

            “Oppa nak makan apa-apa tak?” tanya Jae Kyung lagi.Aku menggeleng. “Tak ada selera,”

            “Kalau oppa tak makan,macam mana oppa nak sihat?Ubat dah makan ke belum?” Jae Kyung mendemah dahiku. “Belum.” balasku. “Panasnya!Oppa!Makanlah sikit,” Jae Kyung memujuk.

            “Nak makan apa kalau apa pun tak ada untuk dimakan?” tinggi sedikit suaraku pada Jae Kyung.Jae Kyung membuat muka. “Hyung,apa yang patut kita masak untuk orang sakit?” Changmin yang sejak tadi memerhati menyoal.

            Aku yang duduk di katil hanya mampu menepuk dahi.

            Ting tong!Bunyi loceng rumah berbunyi.

            Jae Kyung dan Yoochun keluar dari bilik untuk melihat siapa yang datang.Aku cuba untuk berehat.Rasa tak larat pulak...

*****
Your POV

            “Unnie!”

            “In Young!” Yoochun dan Jae Kyung menyambut kami berdua. “Mana Jaejoong oppa?” tanyaku dengan rasa cemas.Yoochun dan Jae Kyung saling berpandangan dengan senyuman di bibir mereka.

            “Korang ni janganlah nak senyum!Kan Jaejoong oppa tengah sakit?!” aku terasa menyampah pula dengan senyuman mereka berdua itu.

            “Aigoo...Young Jae-ah,tengok mama kamu ni.Risau benar dengan papa kamu sampai uncle nak usik pun dia dah hangin,” Yoochun berkata pada Young Jae.

            Young Jae hanya tersenyum.Aku dan Young Jae terus masuk ke dalam apartment tersebut. “Mana bilik papa?” tanya Young Jae padaku. “Bilik oppa dekat sebelah tangga,” balas Jae Kyung.

            Aku menaiki tangga dengan pantas sebelum bertindak menolak pintu bilik tersebut.Semua yang berada di bilik itu terkejut melihat kemunculanku yang tiba-tiba ini.

            “In Young-ah?Awak buat apa kat sini?” Jaejoong yang baru sahaja hendak melelapkan matanya terus terbangun semula.Aku duduk di sebelah katil dan memegang dahi Jaejoong.

            “Kenapa awak tak jaga diri tu?Kan dah demam!” aku membebel.Jaejoong ketawa. “Orang marah dia sengih pulak,” sambungku lagi.

            “Ehemm!Ni belum kahwin lagi ni,kalau dah kahwin nanti mesti lagi kuat bebelnya tu!” usik Yoochun.Semua orang yang berada di bilik itu menghamburkan tawa,termasuk Young Jae yang tidak mengerti apa-apa.Aku termalu sendiri.

            “Dah makan ubat ke?” tanyaku.Jaejoong menggeleng. “Tak ada seleralah...” manja Jaejoong membalas.

            “Manjanya!” kata Junsu.Jaejoong menjelingnya. “Jealous lah tu!”

            “Jomlah kita turun,kita biarkan pasangan ni berlovey-dovey,” ajak Yunho.Jae Kyung menarik tangan Young Jae. “Bye-bye mama!Papa!” Young Jae menayang sengih.

            Bila duduk berdua ni,rasa segan pulak.Gruuu...bunyi itu datang dari perut Jaejoong.Kuat...haha...

            Aku memandang Jaejoong. “Awak lapar ke?Tak makan lagi?”

            “Hmm...dah tak ada selera nak buat macam mana?”

            Aku senyum. “Nanti saya buatkan bubur untuk awak,”

*****

            Setelah berhempas-pulas di dapur memasak bubur,aku membawa semangkuk bubur dan air masak bersama ubat menggunakan dulang. “Sedapnya!” Changmin menjengul dari ruang tamu.

            “Haaa!Laparlah tu!” tekaku. “Mestilah!” Changmin menunjukkan tanda peace.
           
            “Layan dirilah ya?Nak pergi bagi tuan putera yang sakit dekat bilik tu.” aku meminta diri.

*****

Jaejoong POV

            Aku membelek dua bentuk cincin yang sudah siap ditempah itu.Senyuman terbit di bibirku tanpa sedar.Entah boleh ke tak malam ni nak pergi dinner tu,keluhku dalam hati.

            “Cincin apa tu?” aku tidak sedar bila pula In Young masuk ke dalam bilikku. “Aa...cincin ni...” aku tidak mampu berkata apa-apa.

            “Cantik betul cincin ni.Awak tempah untuk siapa ni?” tanya In Young.Dia meletakkan dulang yang dibawanya di tepi meja.Patutkah aku melamar dia sekarang?

            Aku bangun dari katil dan melutut padanya. “Jaejoong?Kan awak sakit?Kenapa nak melutut?” dia agak terkejut dengan tindakanku yang tiba-tiba.

            Bekas cincin yang kupegang itu aku ambil.Sebentuk cincin dikeluarkan. “In Young-ah,will you be my wife and my lover forever?” aku melafazkan lamaran itu pada In Young.

            “Oh my...seriously Jaejoong?” dia menekup mulutnya. “Yes,jagiya.”

            “I do,with all my heart...” In Young membalas.Suaranya agak kelam.Ada air mata yang mengalir di tubir matanya. “Aishh,air mata mengalir pulak,” In Young mengelap air matanya.

Aku menyarungkan cincin itu di jari manisnya.

            “Perfect,” ujarku. “Gomawo,” ucap In Young.

            “Tahniah!” semua ahli kumpulanku,adikku,dan Young Jae,anak kami berkumpul di luar pintu. “Demam ni spoilkan plan asal.Sepatutnya saya nak lamar awak masa dinner,tapi,plan tak jadi.Saya dah tak sabar nak kahwin dengan awak!” tanpa segan aku mengaku.

            “Eiii!Gatal betul bunyinya!By the way,cara awak melamar saya tu lain.Unik.Hehehe...masa tengah sakit pulak tu,” In Young mencubit pipiku.

            “Hachoo!” aku bersin.

            “Hah,awak sakit.So,kenalah makan ubat ya?” aku duduk di katil dan In Young mula menyuap bubur ke mulutku tanpa mempedulikan mereka semua yang melihat kami.

            “Demi In Young,saya sanggup sakit,asalkan awak bersama saya,” ucapku.

            “Mengada!” In Young berkata.


Omooo...akhirnya dah sampai chapter 50 ._. *tak mampu cakap apa-apa* kbaii


Comments

Popular Posts