Eternal Love : Chapter 40



http://www.youtube.com/watch?v=5jpiuVmY-dM (Listen to:Why Did I Fall In Love With You-DBSK)


Chapter 40:Rumor (Part 2)

Your POV

Waktu rehat.Semua pelajar sudah turun ke kantin,manakala,aku sedang berdiri di hadapan rakan-rakanku yang sedang menunggu sebuah penjelasan daripadaku.

Hyuna,Na Eun,Min Jung,Hyun Ki,Key dan lain-lain berdiri di hadapanku.Mereka memandangku dengan pandangan yang menggerunkan,bagiku.

“In Young-ah,spill it out,” kata Hyuna,dengan tidak sabar.

Aku diam.

Kemudian,aku menarik nafas dengan panjang.

“Aku...pertama sekali,aku nak cakap,aku nak minta maaf,sebab aku tak beritahu apa-apa pasal aku,aku tak suka dedahkan siapa aku yang sebenarnya.Aku suka low profile,”

“Aku memang anak kepada Park Seung Min,presiden Park Corporation.Aku ada seorang kakak dan seorang abang.Park Hye Young dan Park Jin Young.Bagi aku,aku lebih untuk diamkan saja,tentang hal aku.”

“Semalam,daddy aku buat kejutan,dengan memperkenalkan aku pada semua tetamu,aku tak tahu pula yang wartawan juga nak ambil tahu dan laporkan pasal aku.” aku terdiam untuk seketika,setelah terlihat kelibat Cikgu Kim,dengan Jae Kyung.

“Cikgu,” aku berkata.Semua orang yang berada di situ beralih ke arah Cikgu Kim.

“Kenapa korang tak rehat lagi?” tanya Cikgu Kim.

“Kami...”

“Kami nak tahu pasal In Young!” belum sempat aku menjawab,Hyun Ki sudah membalas.

“Kenapa korang nak tahu pasal dia?” tanya Jae Kyung pula.

“Kau tak tahu ke,Jae Kyung?Dia ni anak kepada presiden Park Corporation!” balas Key. “Ohh...” itu saja reaksi Jae Kyung. “Penting sangat ke?Yang korang ni nak tahu sangat ni kenapa?”

“Dia tak pernah cerita pasal diri dia pun!Perahsia betul dia ni!” kata Na Eun.Jae Kyung tersenyum. “Well,korang mungkin tak tahu.Dia ada sebab dia sendiri untuk simpan rahsia.People loves to take advantages,” serius Jae Kyung menjelaskan.

Aku mengangguk.

“Orang kaya,anak orang kaya.Semua orang nak ambil kesempatan.Aku faham perasaan In Young.Dia tak mahu orang berkawan dengan dia semata-mata kerana dia tu pewaris Park Corporation,” sambung Jae Kyung.

Mereka yang lain-lain tertunduk.Min Jung berjalan ke arahku.

“Apa-apa pun,aku tetap nak jadi kawan kau,In Young!” dia berkata.Aku mengangguk kecil,sebelum memeluk dia dengan erat. “Aww...sweetnya,” kata Hyun Ki.Aku menjelir lidah pada Hyun Ki.

Tiba-tiba aku rasa sesuatu.Nampaknya Hyuna,Na Eun,Hyun Ki dan Key memeluk kami. “Omo!Korang ni tak ajak aku pun!” Jae Kyung memeluk kami.Aku pandang Cikgu Kim yang teragak-agak.

“Cikgu!Cepatlah join kami!” ajak Hyun Ki dan Key.

Aku tidak dapat memintas kata-kata mereka berdua.Okey,aku rasa agak janggal bila Cikgu Kim juga menyertai kami.Beberapa minit selepas itu,aku merasakan,pelukan semakin longgar,dan tidak berapa sesak.

Eh?Kenapa pulak lengan Min Jung ada otot?

Kenapa dada dia leper?

Aku membuka mataku.Oh my god!Cikgu Kim!

Aku pandang ke arah lain,meleraikan pelukan dengan segera.Aku lihat Jae Kyung sedang tersengih-sengih.Yang lain pula mengangkat kening mereka.Erkk!

*****

Sewaktu kami semua turun ke kantin.Semua pelajar berkumpul di hadapanku.Mereka seperti tidak berpuas hati denganku.Kenapa pula ni?Ada apa-apa  yang berlaku ke?

“Kenapa korang ni?Ke tepilah!” marah Hyuna dengan memeluk tubuhnya. “In Young!Apa semua ni?!” marah Jessica,dengan tiba-tiba.

“Huh?” aku tidak mengerti.

“Benda ni!Kau jangan nak buat tak tahu,eh?!” dia mencampakkan helaian kertas ke mukaku.Jae Kyung hampir-hampir saja bertindak ingin menumbuk Jessica dengan mengepal penumbuknya,namun aku cepat-cepat menghalang dia.

Aku mengutip kertas itu.

Pewaris syarikat Park Corporation,Park In Young dan ahli kumpulan Tohoshinki,Young Woong Jaejoong bercinta?!

“Oppa?” Jae Kyung terkejut dengan kertas yang sedang kupegang.

“Bila masa awak jumpa dengan oppa,In Young?” tanya Jae Kyung dengan nada yang berbisik,tidak mahu yang lain mendengar. “Semalam,omma awak dengan mummy saya kenalkan saya dengan abang awak,” balasku,juga berbisik.

Dia mengangguk.

“Hey!Kenapa kau tak jawab,hah?Apa hubungan kau dengan Jaejoong oppa?!” tanya Jessica dengan marahnya yang semakin meledak. “Jaejoong?Young Woong Jaejoong tu ke?” soal Na Eun dan Hyuna dengan serentak.

Jessica hanya menjeling kami semua.Cehh...berlagak betul minah ni!Ada juga yang nak kena hentam dengan aku kejap lagi!

“Kyaaa!Tohoshinki!” tiba-tiba kami semua terdengar suara pelajar perempuan menjerit di luar kawasan sekolah.Oh tidak...takkanlah...mereka datang ke sini?!

Aku pandang Jae Kyung dengan perasaan cemas.

“Waeyo?” tanya Jae Kyung.

“Tohoshinki mungkin datang ke sekolah kita,” kataku dengan cemas.

“Jinjja?Omo!Yoochun oppa!” Jae Kyung mula menjerit seperti seorang fangirl.Aku menepuk dahi.Di manakah Jaejoong di saat ini?

*****

Jaejoong POV

Aku tersenyum apabila teringatkan perkara tadi.Dia nampak terkejut selepas membuka matanya,dan ternampak aku sahaja yang sedang memeluk dia.

Aku lihat di luar tingkap bilik guru.

Aku lihat sebuah van berwarna hitam masuk ke kawasan sekolah.Macam kenal je van tu...

Pintu van dibuka,munculnya Yunho,Changmin,Junsu dan Yoochun yang sedang memakai topeng.Kelihatannya,semua pelajar sudah mulai mengelilingi mereka.

Apa yang sedang terjadi sekarang ini?!

Aku membaca mesej yang baru sahaja masuk sebentar dia.

From:Manager Han

Jaejoong-ah,kami semua dah sampai di Shinhwa High School.Kita kena buat press conference dekat sini.Pasal kamu dengan gadis tu.Kita kena jelaskan tentang hal itu.Be ready.

Aku mengigit bibirku.

Nampaknya aku perlu berterus-terang pada semua orang hari ini.Aku melihat jam tangan yang kupakai di pergelangan tangan.Aku berjalan keluar dari bilik guru dan ke mengatur langkahku ke perkarangan sekolah.

Sewaktu aku sedang melintasi kawasan kantin,aku terlihat In Young bersama Jae Kyung dan rakan-rakan mereka yang lain.

“In Young!Jom pergi!” dengan pantas,aku memegang tangan In Young dan meninggalkan mereka yang lain di sana.Aku tahu,mereka akan berasa pelik dan terkejut mengapa aku tiba-tiba menarik In Young.

Sebelum kami melangkah ke perkarangan sekolah,aku mencium dahinya,dan memeluk dia dengan erat. “Apa-apa pun yang terjadi,saya tetap cintakan awak,” ucapku,sambil memegang kedua belah pipinya.

In Young merenungku,mungkin dia sedang mencari kebenaran dalam kata-kataku itu.Kemudian,dia tersenyum. “Arasso,oppa!” dia membalas,dan mencium pipiku.

Aku mencubit dahinya. “Naughty girl!” kataku dengan senyuman.Dia ketawa dan menjelirkan lidahnya padaku.Aku memegang tangannya,kami berdua berjalan menuju ke luar perkarangan sekolah.

Next chapter teaser: “Omo!Kim Jaejoong ialah Young Woong Jaejoong?!” semua pelajar berkata dengan serentak.Mereka semua memandang Jaejoong dengan tidak percaya. “Hyung!Cepat beritahu semua orang pasal In Young!” cadang Junsu dan Changmin dengan bersemangat. “Saya,dan In Young dah lama bercinta,” kata Jaejoong dengan tenang. “Jadi,korang memang dah lama bercouple sebelum oppa debut sebagai artis ke?” Jae Kyung mula menyoalku.Aku cuma tersenyum kecil. “Mama,mana papa?” tanya Young Jae padaku.
 

Ahhh...lagi beberapa chapter lagi je nak siap... *kesat peluh* well,dalam beberapa hari ni aku takkan post fanfic...sebab balik kampung ^^ So,rabu minggu depan mungkin baru start post chapter lain :) Also,lepas selesai fanfic ni,aku akan sambung You're My Melody.

Comments

Popular Posts