It's You [Chapter 2]




Chapter 2

Jaejoong POV

Aku melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah gelap.Lampu terbuka dengan sendirinya selepas aku melangkah ke ruang tamu.Aku terlihat seseorang sedang duduk di sofa.Eh?

“Baru balik?” pertanyaan itu membuatkan aku tersengih.

“Hyung,takkanlah hyung tak biasa dengan sikap saya ni,” aku cuba menjawab dengan sebaik mungkin.Aku tahu,Young Jae tidak suka aku selalu berpeleseran di kelab malam.Namun,aku sering ingkar dengan ingatannya itu.

“Hyung tak suka.Kamu tu masih lagi seorang pelajar.Kamu tahu kan,tahun ni tahun terakhir kamu akan menjadi seorang pelajar sekolah menengah,sebelum masuk ke universiti.” ujar Young Jae.

Aku mengangguk.

“Hyung,jangan risau.I can take care myself,” kataku sebelum naik ke bilikku.

“Jaejoong!Esok jangan lupa,bangun awal!” pesan Young Jae dengan laungan. “Hmmm...”

*****

No one POV

Young Jae menggeleng kepala dengan sikap adiknya itu.Bilalah kau nak berubah,Jaejoong?Takkanlah nak tunggu aku mati baru kau nak sedar?bisik Young Jae dengan sebuah keluhan.

“Young Jae,sepanjang ketiadaan daddy dan mummy,kami harap benar yang kamu akan tolong kami jaga Jaejoong dengan sebaik mungkin.Kami tahu yang kamu adalah abang yang baik,jadi,jangan hampakan kami,ya?” terngiang-ngiang pesanan ibu bapa mereka sebelum mereka berangkat ke Australia untuk beberapa tahun kerana urusan kerja.

“Mampu ke aku jaga Jaejoong dengan baik?Seperti yang diharapkan oleh daddy dan mummy?” tanya Young Jae pada dirinya sendiri.

Dia bangun,dan menutup lampu ruang tamu sebelum naik ke biliknya.Oleh kerana esok adalah hari persekolahan,dia perlu bangun awal supaya tidak terlewat untuk ke sekolah.

*****

Your POV

Aku cuba melelapkan mataku,namun,langsung tidak berguna.Mataku tetap tercelik sehingga kini. “Betul ke dia curang dengan aku?” soalku pada diriku sendiri.

“Ah!Kan aku dah nampak buktinya!Dia bercium dengan perempuan murahan tu!” aku menjawab dengan sendirinya.Macam orang tak betul pun ada...hihi

Aku melihat jam loceng di meja solek yang terletak di sebelah katilku.Dah pukul 3 pagi,aku masih lagi terjaga,kataku dalam diam.Semuanya kerana mesej yang dihantar oleh Yuri!Yuri yang memberitahu aku tentang Young Jae di kelab itu.

Ji Hyun pula menghulurkan bantuan,untuk memilih pakaian yang sesuai untuk ke kelab itu.Tapi,pakaiannya itu membuatkan aku serik untuk mencuba,atau memakainya sekali lagi.Gayaku ialah santai dan selesa.

Young Jae!Awak dah buat saya separuh gila memikirkan hal ini tahu tak?!jeritku dalam hati.Kalau hendak jerit kuat-kuat,jangan haraplah,nanti pastinya omma mengesyaki aku sedang bermasalah.

Aku mengambil bantal peluk yang aku campak di lantai.

Aku membayangkan bantal peluk itu ialah Young Jae.Aku memandang bantal peluk itu dengan geram yang amat.Arghhh!Aku terus menumbuk bantal peluk yang tidak bersalah itu.Atau erti kata yang lain,aku sedang melepaskan kemarahanku terhadap Young Jae pada bantal peluk itu.

Setelah puas menumbuk bantal peluk itu,aku terlelap dengan sendirinya...

*****

Kringg!!!

Aku terjaga dari lena apabila mendengar bunyi bising dari jam loceng.Aku bangun dari pembaringan dan melihat jam loceng dengan mata yang kuyu.Mataku tiba-tiba membesar dengan sendirinya.

“Alamak!Aku dah lambat!” jeritku.

“Min Jung!Kenapa menjerit ni?” omma melaung.Aku cepat-cepat masuk ke dalam bilik air dan bersiap untuk ke sekolah.

15 minit kemudian...

Aku duduk di meja makan.Omma sedang menuang air teh ke dalam cawan. “Lambatnya bangun,kenapa tak bangun awal macam selalu?” soal omma sambil meletakkan sekeping roti ke pinggan.

“Ermm,semalam Min Jung tak boleh tidurlah.” kataku. “Jadi,kamu tidur lambatlah,ya?” tanya omma dengan senyuman.Aku mengangguk.Tertidur selepas melepaskan geram pada bantal peluk...bisikku dalam hati.

“Sempat ke tak kamu nak ke sekolah ni?”

“Sempat!Jangan risau,omma!” aku tidak mahu omma risau.Selepas menelan roti dengan satu suapan,aku mencapai beg sekolahku. “Tak nak minum ke?” omma menanya lagi.Aku menggeleng dengan laju sebelum memakai kasut sekolah.

“Min Jung!Tak senonoh betul cara kamu makan tadi!Kalau tercekik macam mana?” omma menegur dengan nada yang lembut.

“Min Jung nak cepatlah,omma!” kataku sebelum mencium dahi omma.

Aku berlari dengan pantas untuk memastikan aku sampai ke sekolah sebelum pintu pagar sekolah ditutup oleh pengawas yang sedang menunggu di sekolah.

“Min Jung!Cepat!” jerit Yuri dan Ji Hyun secara serentak.Dengan satu langkah seribu,aku masuk ke dalam perkarangan sekolah. “Fuhh!Nasib baik sempat!” aku mengelap peluh yang merintik di dahiku menggunakan sapu tangan yang aku simpan di dalam beg sekolahku.

Yuri dan Ji Hyun tergeleng-geleng melihat tingkahku itu.

“Kenapa?” tanyaku.

“Lambat pulak kau hari ni,” kata Yuri.

“Aku terbangun lambatlah,wei...” aku memberikan alasan.

“Hmm,yelah tu...”

“Betullah!” aku tidak mahu mengalah.

“Okey...jangan naik angin pagi-pagi ni,kalau kau nak naik angin pun,tunggulah waktu rehat nanti!” usik Ji Hyun dengan sengihan.Aku memberikan jelingan maut padan Ji Hyun.Sedap-sedap je dia mengata aku!

“Ji Hyun!Yuri!Min Jung!Buat apa tercegat dekat situ lagi?!Cepat masuk kelas!” arah Cikgu Rin.Kami bertiga mengangguk dan tersengih pada Cikgu Rin yang sedang bercekak pinggang. “Selamat pagi cikgu!” ucap kami bertiga.

“Selamat pagi!Cepat masuk kelas!” balas Cikgu Rin dengan muka garangnya,tapi sangat cantik.

Cikgu Rin adalah guru subjek Bahasa Inggeris.Walaupun dia garang,dia sangat diminati oleh para pelajar lelaki di sekolahku ini,kerana kecantikannya yang semula jadi itu.Aku menganggap Cikgu Rin sebagai kakak angkatku,kerana dia juga seorang yang prihatin pada pelajarnya.

*****

“Mana cikgunya?” tanya Ji Hyun yang duduk di sebelah Yuri.

“Entah,aku pun tak tahu...” balasku dengan mengangkat bahu.

“Perhatian!Hari ni Cikgu Han tak masuk,sebab isteri dia bersalin!” beritahu ketua kelas kami,Jang Geun Suk.

“Yes!Nampaknya kita ada free time!” sorak Yuri dengan gembiranya.

“Gembiralah sangat...nanti mesti Cikgu Han bagi kerja sekolah,walaupun dia tak datang,dia mesti akan bagi punya!” kataku dengan nada yang selamba.Cikgu Han memang begitu,jika dia tidak datang pun,dia akan meninggalkan pesan pada ketua kelas kami,supaya memberi latihan yang telah ditinggalkan.

Yuri menepuk dahinya. “Lupa pulak aku dengan pelajar terbaik kelas kita ni,tahu sangat dengan Cikgu Han yang sangat suka beri kerja sekolah pada kita semua...”

“Aik,perli nampak?” aku memandang Yuri.

“Eh,perli?Kau terasa ke?”

“Taklah!Terasa pedas aje!” balasku dengan kasar.Sebenarnya aku buat gimik je!Hehe...

Setelah beberapa minit aku tidak memberi reaksi,Yuri dan Ji Hyun datang ke tempatku. “Weh,minta maaflah...aku ingat nak berlawak aje tadi,” kata Yuri dengan pujukan.Aku mendengus kecil.

“Lawaklah sangat,”

“Serius aku tak sengaja nak lukakan hati kau,sorry eh?” Yuri beria-ia.Aku tidak dapat menahan tawa.Aku menghamburkan tawaku yang tidak tertahan sejak tadi.

Yuri mencubit lenganku.

“Auww!Sakitlah!” aku terjerit kecil.

“Oh,kau buat gimik lagi,ya?” teka Ji Hyun dengan gelak.Aku mengangguk dan ketawa lagi. “Hei,korang kat sana tu janganlah bising sangat!Sampai dekat tempat aku pun boleh dengar tau?!” marah seorang pelajar lelaki yang duduk di hujung sana.

Aku menjelirkan lidahku pada pelajar lelaki itu.

Namanya ialah Kim Myungsoo.Hansem,tapi berlagak!Wekk!Aku pun tak suka dia tu!Hansem lagi si Young Jae tu!Hehehe...

“Apahal kau tersengih sorang-sorang ni?” tegur Geun Suk.

“Huh?” aku jadi blur untuk seketika.

“Apahal kau tersengih sorang-sorang?Dah mereng ke?” sekali lagi dia menanya.

“Mana adalah!” aku membalas.

“Habis tu?”

“Three,” selambaku dengan jelingan.


Comments

Popular Posts