Eternal Love : Chapter 43
Chapter 43
Jaejoong POV
Selepas aku berbual dengan Hyun Joong,ada satu mesej masuk di dalam inbox mesejku.
Wajahku berubah untuk seketika selepas membaca mesej itu.
“Waeyo?” tanya Hyun Joong. “Aniyo.Hyung jangan risaulah,” aku cuba mengawal perasaanku.
Aku bangun dan mengambil kunci keretaku sebelum menghidupkan enjin kereta.
*****
Changmin POV
“Dah hantar ke?” tanya Junsu.Aku mengangguk kepala. “Rasanya hyung mesti dalam perjalanan,” balasku dengan yakin. “Tapi...kau tak takut ke kalau hyung marah kita nanti?” Junsu agak ragu-ragu.
“Kenapa pulak?”
“Kan kita ni macam nak rosakkan hubungan dia dengan In Young,” kata Junsu.Aku terdiam,dan mengangkat bahu.Yunho dan Yoochun hanya memandang kami berdua.
*****
Your POV
“Kenapa awak ajak saya keluar,Taemin?” aku menanya dia.Taemin yang sedang menyuap aiskrim ke mulutnya memandangku,sebelum meletakkan sudu ke sebelah mangkuk aiskrim.
“Saya nak beritahu awak sesuatu,” kata Taemin. “Apa dia?” aku ingin tahu.
“Saya...sukakan awak,In Young,dah lama saya pendam.Tapi,saya tahu,awak adalah kepunyaan Cikgu Kim.Jadi,saya luahkan sekadar untuk...meluahkan rasa hati saya yang terpendam selama ni.” ucap Taemin dengan serius.
Aku menekup mulutku.Terpaku dan terkejut.
“Oh...okey.” aku tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.Aku sebenarnya tidak menjangkakan perkara ini.
“Eh,Cikgu Kim?” kata-kata Taemin itu membuatkan aku membeku untuk seketika.Jaejoong ada dekat sini ke?
“Hai,Taemin.Buat apa dekat sini?” suara Jaejoong membuatkan aku semakin berdebar. “Ermm,saya saja ajak In Young pergi keluar,” balas Taemin dengan tenang.
Bagaimana dia begitu tenang saat Jaejoong nampak aku dan dia?
*****
“Jaejoong oppa,” aku memanggil Jaejoong.Namun tiada reaksi daripadanya.Kami berdua sedang duduk berduaan di dalam kedai aiskrim Time Out.
Untuk mengelakkan peminat tahu akan kemunculan Jaejoong,Yoohwan telah menutup kedai awal.Aku terasa sudah menyusahkan Yoohwan dan ibu saudaraku.
“Oppa,janganlah marah.Tadi Taemin cuma beritahu luahan perasaan dia aje.Tapi In Young takkan terima,sebab I have you,”aku cuba menjelaskan padanya.
Taemin sudah pun pulang,setelah dia meminta diri kerana ada hal yang perlu dia hadiri.
“Oppa,kalau saya tak cintakan oppa,dah lama saya balas tahu tak?” kataku lagi.
“Hmm,mungkin oppa tak cintakan saya lagi,ya?”
“It’s okay.We’re done.Mungkin bagi oppa,tiga tahun tu macam tak ada apa-apa makna,tapi,it’s too precious to me...I’m waiting for you.Also,In Young reject semua luahan cinta pelajar lelaki dekat sekolah,sebabnya,kerana In Young menunggu oppa,you know that?Huh,oppa langsung tak tahu,”
“Oppa langsung tak tahu...akan kesusahan In Young,semasa mengandungkan Young Jae,betapa peritnya hendak melahirkan dia,dan I’m almost dead for it.Kalau bukan keluarga yang beri semangat pada In Young untuk teruskan hidup,mungkin,sekarang ni oppa takkan jumpa In Young,”
“Maybe I’m already died.” aku memberitahu dengan hati yang sungguh sebak.
Biarlah apa yang semua orang hendak kata,tapi,aku ingin Jaejoong tahu apa yang aku rasakan sepanjang beberapa tahun itu.Keperitan yang ditanggung.
Aku mengambil beg tanganku,dan melangkah keluar dari kedai,tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Jaejoong dan yang lain-lain.Air mata mula mengalir.
Aku menaiki teksi untuk pulang ke rumah.
*****
Jaejoong POV
Aku hanya terdiam sewaktu In Young memberitahu semua perkara yang dia alami sepanjang tiga tahun itu.
Aku akui,aku memang cemburu apabila mendapat mesej daripada Changmin yang mengatakan In Young ada di Time Out bersama seorang lelaki.
Tidak kusangka,yang In Young sedang bersama dengan Taemin,salah seorang pelajarku,dan lebih mengejutkan,Taemin dengan beraninya meluahkan perasaan pada In Young.
In Young sudah meninggalkan kedai ini.Aku meraup mukaku dengan sebuah keluhan yang berat.
“Hyung,” panggil Changmin.Aku mendongakkan kepala,memandang Changmin yang nampak seperti serba-salah.
“Maafkan saya,hyung,” ucap Changmin.
“Hmm,” aku tidak mahu berkata apa-apa lagi.
“Hyung,apa maksud In Young tu eh?” tanya Junsu. “Apa dia?”
“Pasal Young Jae,mengandung tu...hyung ada anak ke?” soal Changmin pula.
“Hah?” aku kebingungan.
“Korang...pernah tu ke?” Yoochun memandangku dengan sebuah pandangan yang menakutkan.Aku mengangguk.Yoochun dan Yunho saling berpandangan.
“Omma!” laung Yoochun. “Wae,Yoochun-ah?” Puan Park berjalan ke arah kami. “Auntie ada cakap ke,yang In Young ada anak?” Yoochun menanya Puan Park.
“Kamu kenalah tanya In Young sendiri.Perkara ni sangat sulit.Auntie Maria kamu pun tak nak orang tahu pasal kehidupan peribadi keluarga dia,” kata Puan Park dengan senyuman.
“Macam mana nak tanya In Young,bila Jae hyung gaduh dengan dia,” ujar Yoohwan yang sedang makan aiskrim.
Young Jae?Bukankah Young Jae itu anak kakak In Young,iaitu Hye Young?
“Kalau Young Jae tu betul-betul anak hyung,memang sesuai gila!Sebab muka dia pun ada seiras dengan hyung masa dia kecil!” kata Junsu dan Changmin serentak.
“Haish...macam manalah kau boleh jadi ayah kepada anak In Young?Mustahil betul,” Yoochun menggelengkan kepalanya. “Yahh!Kenapa?Kalau betul tak boleh ke?” aku geram dengan kata-katanya.
“Haah,memang tak boleh!” ketawa Yoochun.
“Yoochun!Tak baik cakap macam tu!” tegur Puan Park.
Satu sahaja yang aku perlukan,untuk mengetahui tentang Young Jae...
*****
Your POV
“Mama,kenapa mama menangis ni?” muncul Young Jae sewaktu aku membuka pintu rumah.Mummy dan daddy memandangku dengan serentak.
Aku memeluk Young Jae dengan erat.
Dialah penguat semangatku selama ini...selain Jaejoong.
“Mama dah jumpa papa kamu,sayang...” beritahu dengan perlahan pada Young Jae.
“Jinjja?Mana papa?!” dia begitu teruja nampaknya.
“Nanti bila dia ada masa,mama akan temukan kamu dengan papa kamu,” kataku. “Okay!” senyum Young Jae.
Aku perlu temukan Jaejoong dengan Young Jae.
Aku duduk di sebelah mummy,aku bersandar di bahu mummy. “Kenapa nampak macam baru lepas gaduh?” soal mummy.
“Untuk kali pertama lepas hampir tiga tahun lebih,In Young gaduh dengan Jaejoong,mummy.Semuanya cuma salah faham je.Taemin bukannya nak In Young balas cinta dia...tapi Jaejoong ingat macam tu,” aduku dengan manja.
Aku terdengar mummy tergelak kecil.
“Biasalah tu...jangan risau,nanti okeylah tu,” balas mummy. “Tadi,In Young terlepas cakap pasal Young Jae.” aku memberitahu mummy dengan perasaan yang agak takut.
“Really?Baguslah...dia dah tahulah yang Young Jae tu anak dia?”
Aku menggeleng. “Rasanya dia takkan percaya,”
“Tak mengapa,sayang.Serahkan semua ni pada mummy,” senyuman mummy yang agak misteri itu membuatkan aku hairan.Apa yang mummy sudah rancangkan?
Dah ada video trailernya!:DDD
Comments