Eternal Love : Chapter 41


http://www.youtube.com/watch?v=HMI38aXMCx4 (Listen to:Yoochun-My Girlfriend)


Chapter 41

Your POV

Jaejoong membawa aku ke luar perkarangan sekolah.Namun,aku teragak-agak hendak melangkah bersamanya.Aku menghentikan langkah,setelah beberapa langkah.

“Waeyo?” Jaejoong menanyaku.

“Jangan takut,sebab hubungan kita akan tetap orang tahu juga,” kata Jaejoong,seperti dapat menebak apa yang terbuku dalam hatiku ini.Aku memandang dia.

“Kalau mereka tak setuju macam mana?” aku tahu,yang aku seperti takut yang perhubungan kami ini akan ditentang oleh semua peminat Tohoshinki,dan juga peminatnya.

“In Young-ah...jangan macam ni.Jangan jadi orang yang takut untuk hadapi perkara yang akan kita hadapi,trust me,kalau mereka tak setuju pun,kita tetap akan bersama kan?”

Aku mengangguk,bersetuju dengan kata-katanya.

“So,jangan terlalu risau,ya?” dia mengelus pipiku dengan lembut.Aku merasakan ada sesuatu yang menjalar ke pipiku,ya...mungkin perasaan malu yang kurasakan saat ini.

“Jom,kita pergi,” dia mengenggam tanganku dengan erat sekali.Aku perlukan dia untuk menenangkan perasaanku yang tidak tentu pada waktu ini...

Jeritan daripada para pelajar perempuan mula kedengar di telingaku,sungguh menakutkan. “Cikgu Kim ialah Young Woong Jaejoong?!” ada seorang pelajar perempuan menjerit,dengan sebuah persoalan.

Aku yang dari tadi tidak memandang mana-mana arah,hanya memandang wajah Jaejoong.Ya...aku sungguh terpesona dengan wajahnya itu.

Dari ekor mataku,dapat aku lihat senyuman terukir di bibir Jaejoong.Mungkinkah dia tersenyum dengan persoalan itu?

“Hyung!” panggil Junsu dengan suara dolphinnya.

“Junsu-ah!” Jaejoong membalas,dia mengerlingku.Sedari tadi,aku hanya menundukkan wajahku daripada pandangan orang ramai.Betapa aku segan,takut dan mungkin suka pada saat ini...mungkin juga,perasaanku menjadi bercelaru.

“In Young!” Yoochun memelukku,serentak itu,meleraikan pegangan tangan antara aku dan Jaejoong. “Oppa...” aku membalas pelukannya.Walaupun semalam dia juga ada bersama di hotel,aku tidak berpeluang untuk bertemu dengannya.

Aku terdengar suara deheman daripada seorang lelaki.

“Hyung,” Yoochun nampaknya mengenali lelaki itu. “In Young-ah,ni Manager Han,pengurus kami,” Yoochun memperkenalkan aku pada Manager Han.Aku mengangguk.

“Ermm,jomlah kita bergerak ke dewan,” kata Manager Han.Aku kebingungan.Nak buat apa pergi sana?Aku memandang Jaejoong,Yoochun,Yunho,Junsu dan Changmin dengan pandangan yang pelik.

“Actually kami datang sini sebab nak adakan press conference,” beritahu Yoochun,membalas bagi pihak mereka berlima.

Aku mengangguk,seperti burung belatuk.

“Jomlah,” ajak Manager Han.Nampaknya hari ini akan menjadi hari yang sukar...hmm...

Jaejoong mengajakku untuk bersamanya.Okey,aku tahu yang nanti semua pelajar perempuan akan pandang aku dengan jelingan maut.Yeah...aku akui,semua pelajar perempuan dekat sekolah ni tak suka aku.

Aku pun tak tahu apa sebabnya.Seperti yang aku pernah cerita dalam bab-bab yang lalu,aku memang berkawan  baik dengan kingkas dan queenka dekat sekolah ni.

*****

“Selamat pagi,semua pelajar,” Jaejoong memberi ucapan pertamanya.Semua pelajar menjerit,hampir-hampir histeria. “Saya,Kim Jaejoong.Atau lebih dikenali sebagai Young Woong Jaejoong,” beritahu Jaejoong dengan tenang.

“Omo!Kim Jaejoong ialah Young Woong Jaejoong?!” semua pelajar berkata dengan serentak.Mereka semua memandang Jaejoong dengan tidak percaya.

Aku hanya mampu tersenyum kecil.

Jaejoong mengiyakan andaian mereka. “Saya bertugas sebagai guru,setelah Tohoshinki membuat keputusan untuk berehat selama setahun kerana ada masalah yang berlaku,”

“Di sini...saya menemui dia,Park In Young,” Jaejoong menunjukkan tangan kanannya ke arahku.Aku membesarkan mataku,terkejut. “Dia...adalah orang yang saya cari sejak hampir tiga tahun lamanya,”

“Apa hubungan dia dengan oppa?!” jerit Jessica.Ish...minah ni...kacau line betul!

Watch your mouth,girl,” Jaejoong berkata dengan sebuah amaran.Aku ketawa kecil,namun,aku menyembunyikan tawaku.Junsu menyiku lenganku,dia tersenyum.

Aku hanya tersengih memandang dia,dan menunjukkan tanda peace.

Jessica memeluk tubuhnya,sebelum menjelingku.Walaupun Jessica jarang cari pasal dengan aku,dan aku sememangnya malas nak cari pasal dengan dia,dia ni memang saja nak cari nahas dengan aku kali ini.

Mungkin dia minat dekat Jaejoong?Hey!Itu boyfriend akulah!Don’t touch my boyfriend!

“In Young...she is special girl,” kata Jaejoong,sambil mengerling ke arahku,dengan senyuman yang memukau sesiapa sahaja.

“Hyung!Cepat beritahu semua orang pasal In Young!” cadang Junsu dan Changmin dengan bersemangat.

“Saya,dan In Young dah lama bercinta,” kata Jaejoong dengan tenang.

Suasana di dewan menjadi riuh-rendah untuk seketika. “Nooooo!” Jessica yang over,macamlah Jaejoong tolak cinta dia...

Aku mengangkat keningku.

“Kenapa oppa bercinta dengan perempuan ni?!” Jessica berdiri,sambil menangis,frust gamaknya. “Wae?Tak boleh ke?” selamba sahaja dia menyoal Jessica yang mukanya sudah comot,kerana eyelinernya sudah cair akibat air matanya.

“Perempuan ni!Dia tak sesuai dengan oppa!” kata Jessica dengan kuat.Hoi...nak cari publisti murahan nampaknya.Kamera mulai berkelipan.Wartawan-wartawan memandang Jessica dengan hairan.

Well,she’s mine.You’re not anyone to judge me,” tegas Jaejoong.Kali ini,dia tidak menganggap dirinya seorang guru dan Jessica bukan pelajarnya.Dia menganggap,dia sebagai manusia yang biasa,yang masih mempunyai perasaan.

Aku mencapai mikrofon yang dipegang oleh Jaejoong.Semua orang terkejut melihat tindakanku yang tiba-tiba itu. “Yahh,Jung Soo Yeon,kenapa awak nak menyibuk?Jaga tepi kain awak,sebelum nak menyibuk jaga tepi kain orang lain,” aku mengkritik,dengan ayat pedas dan berbisa.

Jessica menghentak kakinya,sebelum melangkah keluar dari dewan.

“Saya...Park In Young,dah lama berkenalan dengan Kim Jaejoong.Kami bercinta sebelum Jaejoong memulakan kariernya sebagai seorang artis,” aku memberitahu dengan senyuman.

Jaejoong menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kananku.Aku agak terpana dengan ciuman itu,namun,aku hanya membalas,dengan memeluknya dengan erat.

“Awww!So sweet!” kata Junsu,Yunho,Yoochun,dan Changmin.Semua orang di dewan itu memberikan tepukan gemuruh. “I’m glad to be yours again,and today everyone know about us,” bisik Jaejoong.

“Hmm,I’m grateful for now.” balasku.Seketika kemudian,aku teringatkan Young Jae.Aku perlu memberitahu tentang kewujudan Young Jae pada Jaejoong.

*****

“Jadi,korang memang dah lama bercouple sebelum oppa debut sebagai artis ke?” Jae Kyung mula menyoalku.Aku cuma tersenyum kecil.

“So,now...you’ll be my sister in law!” jerit Jae Kyung,sambil memelukku.

Aku tidak terfikir akan hal itu.Marriage?Mungkinkah Jaejoong akan melamarku pada suatu hari nanti?

“Jangan lupa panggil In Young,unnie...” pesan Jaejoong yang sudah selesai makan di kantin. “Yes,sir!” Jae Kyung menabik.Aku dan Jaejoong ketawa.

*****

Pulang saja dari sekolah,mummy menyambut kepulanganku dengan senyuman yang lebar. “Mummy dapat tahu tentang hubungan kamu dengan Jaejoong,” ujar mummy.

So?” aku agak keliru dengan kata-katanya.

“Mummy rasa,Young Jae tu anak Jaejoong.Betul kan?”

Aku mengangguk. “Ya.”

“Mummy tak marah ke?” aku menanya. “Tak,he is your destiny...dah tiba masanya kamu beritahu Jaejoong tentang Young Jae.Young Jae need his father,” mummy memegang lenganku,dan memandangku.

“Mama!” muncul Young Jae.Aku memeluk Young Jae.Tidak lama lagi,umurnya akan mencecah ke umur empat tahun.Lagi beberapa minggu saja lagi.

“Mama,mana papa?” tanya Young Jae padaku.Aku hanya terdiam.Pastinya dia sangat menginginkan papanya bersamanya saat ini...


Aaaaaa...update *.* sorry lambat reply...mood aku hilang...huhu

Comments

Popular Posts