It's You [Chapter 1]



It’s You

Chapter 1

Your POV

Aku sedang berdiri di hadapan kelab malam yang diberi nama sebagai “Paradise Club”.Aku menarik nafas yang panjang.Betul ke keputusan aku ni?Patut ke aku melangkah masuk ke dalam kelab malam itu dan menyerang dia?

Aku membelek pakaian yang kupakai ini.Urghh!Sungguh menyeksakan!Itu pun selepas Ji Hyun menyuruh aku memakai yang sesuai untuk berkunjung ke kelab malam.Eii...bajunya macam pelacur je aku tengok,desisku dalam hati.

“Hai,boleh berkenalan?” seorang lelaki yang umurnya dalam pertengahan 30-an menegurku dengan senyuman miangnya.

Aku hanya diam dan menjeling lelaki itu.

“Sombonglah,awak ni...” kata lelaki itu.

“Saya sombong ke,apa ke,kenapa awak nak kisah?!” cepat-cepat aku membalas.Geram di dalam hati cuba ditahan.

“Oh,kau nak jual mahal ya?” lelaki itu mungkin menahan marahnya dengan sikapku ini.Dia merentap tanganku dengan kasar,sebelum aku bertindak menendang bahagian ehem-ehemnya itu.

Kemudian,jeritannya yang kuat membuatkan semua orang memandang dia,dan aku pula terus melangkah masuk ke dalam kelab itu.

*****

Aku melangkah naik ke tingkat atas kelab itu,dan aku mendapati Young Jae sedang melihat aksi-aksi para pengunjung yang sedang menari tidak ingat dunia.Dia nampak lain...tanpa cermin matanya,dia nampak lebih kacak,walaupun,kadangkala dia juga tidak memakai cermin mata.

Aku mengeluh kecil.Ini kali pertama aku melihat Young Jae sebegini,kerana setahu aku,dia tidak pernah melangkahkan kakinya ke mana-mana kelab malam sebelum ni...

Takkanlah dia sedang mengalami perubahan hormon kot?

“Cik nak minum apa-apa ke?” seorang pelayan kelab malam itu menanyaku.Aku menggeleng.

Sewaktu aku sedang melayan pelayan itu,aku terlihat seorang wanita sedang berjalan ke arah Young Jae,dan dia nampaknya hendak menggoda teman lelaki aku!Arghh!Apa yang harus aku lakukan sekarang ini?

Sedang aku sibuk memerhatikan mereka berdua,bahuku dipegang oleh seseorang.Erk?Siapa pulak yang berani pegang bahu aku ni?Ni nampaknya memang nak cari nahas dengan aku...

Aku memegang lengan lelaki itu,namun,nampaknya lelaki itu lebih kuat daripadaku.Oh tidak!Young Jae!Help me!aku berharap dia dapat mendengar suara hatiku yang memerlukan pertolongan daripadanya...

Matilah aku...

“Min Jung?” suara seorang lelaki yang menegurku membuatkan aku mendongakkan kepalaku.

Eh?Gikwang?Sejak bila pulak mamat ni boleh ada dekat sini?

“Urmm,Gikwang...kau buat apa dekat sini?” sengaja aku berbahasa.Cehh!

“Kau buat apa dekat sini,Min Jung?” tanya Gikwang sambil memerhati tubuh badanku.Serentak itu,aku menampar pipinya. “Ouch!Sakitlah,ngok!”rungut Gikwang padaku. “Padan muka!Yang kau tengok tubuh aku apa pasal?!” marahku dengan hati yang membengkak.

“Ish,aku tengok bukannya nak buat apa!Aku cuma pelik dengan pakaian yang kau pakai tu...” tunjuk Gikwang pada pakaian yang kupakai ini. “Macam pelacur kan?Semuanya si Ji Hyun punya pasallah!” aku menghamburkan ketidakpuasan hatiku pada Gikwang.

“Kau datang sini buat apa?Bukan ke kau ni bukan jenis yang suka pergi tempat-tempat macam ni?” soal Gikwang sekali lagi.

“Aku tengah mengintip pakwe akulah,” jawabku.

“Eh?Young Jae datang sini ke?” Gikwang seperti pelik.

“Haah,kau pun mesti pelik dan terkejut kan?”

Gikwang mengangguk.

“Tapi...setahu aku,Young Jae mana suka tempat macam ni,lebih baik dia pergi perpustakaan daripada pergi tempat yang tak ada faedah ni...” ujar Gikwang sepertinya dia tu baik sangat.

“Eh,tak ada faedah ek?Habis tu,kenapa kau datang sini?” sindirku dengan pedasnya.

“Err...aku...aku...”

“Tak payahlah kau nak terangkan pada aku,macamlah aku tak kenal sikap kau macam mana,” kataku dengan senyuman sinis di bibir.

Gikwang hanya mampu tersengih.

“Mana Young Jae?” tanya Gikwang lagi.

“Ermm,yang tengah duduk kat situ kot,” tunjukku dengan rasa yang ragu-ragu.

“Dia?” aku terdengar bisikan Gikwang.

“Kenapa?”

Gikwang menggeleng. “Kau baliklah,nanti omma risau,” kata Gikwang. “Tak nak!Aku nak tunggu sampai Young Jae keluar!” kataku dengan bentakan.

“Jangan nak buat perkara bodoh,Min Jung...”

“Aku cuma nak tahu,sama ada benar atau tidak yang dia tipu aku,”

“Masalahnya...” Gikwang tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Masalahnya apa?” aku ingin tahu.Mungkinkah Gikwang mengetahui sesuatu tentang Young Jae?

“Tak ada apa,kau balik.Nanti omma cari kau,kau tahu kan...walaupun kita ni hanya adik beradik tiri,aku masih anggap kau macam adik aku sendiri,” perlahan Gikwang membalas.

Aku tersentuh dengan kata-katanya.Benar katanya,walaupun kami adik-beradik tiri,kami harus saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Gikwang sebaya denganku,tetapi,dia adalah abang tiriku,setelah appaku mengahwini mama Gikwang iaitu Puan Lee Yoo Jin.

Aku pandang ke tempat duduk yang diduduki oleh Young Jae.Mataku membulat.Gikwang yang pelik melihatku,memandang ke arah sama,tempat aku sedang pandang.

Young Jae sedang bercium dengan perempuan itu!

Tiba-tiba hatiku terasa membahang dan sakit.Dua rasa dalam satu masa...aku melangkah ke arahnya,namun,Gikwang sudah menghalangku. “Don’t do it,” larangnya.

“Kenapa?Kau nak aku biarkan teman lelaki aku curang depan mata aku?!” aku cuba melepaskan diriku dari pelukannya.

“Dengar Min Jung...kau balik,dan esok kau selesaikan hal korang dekat sekolah,” nasihat Gikwang dengan lebih tegas.Wajahnya kali ini serius.

Aku membatukan diriku.

Gikwang menarik tanganku,dan membawa aku keluar dari kelab itu.

Teksi yang ditahan olehnya berhenti di hadapanku,dan dia mendesak aku pulang ke rumah.Dia juga mengugut yang dia mahu memberitahu omma yang aku berpeleseran di kelab malam.

Sambil memikirkan omma,aku juga memikirkan kesihatan omma yang di tahap sederhana.Ah...susahnya!

Aku akhirnya mengalah,aku pulang ke rumah.

*****

Gikwang POV

Aku memegang wajahku menggunakan kedua belah tanganku. “Yah!Kenapa ni?” tanya Jaejoong. “Hmm?Perempuan tadi tu siapa?” tanyaku dengan mood yang terganggu. “Oh,kau nampak ke tadi?”

“Taklah,aku ternampak masa aku nak naik tingkat atas,” balasku.

“Oh...biasalah...mangsa malam ni,dorang datang dekat aku,so,baik kita layan daripada kita rugi...” selamba sahaja dia menuturkan.

Aku mengeluh.

Kalaulah Min Jung tahu yang Jaejoong tu ada kaitan dengan Young Jae...aku terasa sesak dada apabila memikirkan hal ini.

“Kau ni kenapa?Masalah dengan girlfriend ke?” tanya Jaejoong sambil tersenyum.

“Tak...aku cuma fikirkan pasal adik tiri aku,” jawabku sambil menutup mata.

“Adik tiri kau?Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan,tapi jangan haraplah kau nak tackle dia.Dia tu dah ada yang berpunya.Kalau dia still single pun,dia takkan layan kau,sebab hati dia tu keras!” aku siap memberi amaran apabila melihat wajah Jaejoong yang seperti miang keladi.

Hisy...

“Hek eleh,kau takutlah tu...entah-entah,sekali je dah cair!” Jaejoong nampaknya tidak mahu mengalah.

“Kau jangan nak mengada-ngada...dia tu nampak je sweet,tapi garang macam singa tau?!” sekali lagi aku memberi amaran.

“Iyalah sangat,” dia masih tidak mahu mempercayai kata-kataku.

“Jomlah balik,” ajak Jaejoong.Aku mengerling jam tanganku,sudah menghampiri ke pukul 12 tengah malam.

“Jomlah,esok kan sekolah...” aku bangun.

“Hmm...” aku tahu Jaejoong sebenarnya tidak suka mendengar perkataan sekolah.Alergik sangat dengan perkataan itu.

“Apa khabar abang kau?”

“Eh,kenapa kau tanya?Bukan ke korang satu sekolah?”

Aku tersengih.

“Saja nak tanya pun tak boleh?”

“Bukan tak boleh,cuma soalan tu,biar yang logik sikit!Ada ke patut,abang aku yang satu sekolah dengan kau pun nak tanya khabar dia!” perli Jaejoong.Aku hanya ketawa.

 Haha ._. poster takde -.- malas nak buat 

Comments

Woo Hyunnies said…
AAAAAA !!!! Gi Kwang !!! Thanks thanks thanks 100x unnieeee ! Ni yang excited bila baca .
Lina Azhar said…
Hehe,welcome Nadhira :)
actually unnie tak expect pun nak letak gikwang dlm fanfic ni,sebab ianya datang secara tiba2 XD
thanks sebab sudi komen dan baca ya? :D hehe
Wana said…
hai lina. AHAHA aku tengah baca *O*

Popular Posts