It's You [Chapter 3]










Chapter 3

No one POV

“Jaejoong-ah,bangunlah!” panggil Young Jae.Jaejoong hanya menggumam.Young Jae bercekak pinggang,dan mengeluh kecil. “Hei,hari ni sekolahlah!” ujar Young Jae,menahan sabar yang makin menipis.

“Hmm...nantilah...”

“Okeylah,hyung kena pergi sekolah dulu!Dah lewat ni...tapi kamu kena pergi sekolah jugak!” pesan Young Jae sebelum turun ke bawah meninggalkan Jaejoong di bilik tidurnya.Jaejoong memejam celikkan matanya.

Beberapa minit kemudian,dengkuran kedengaran.Nampaknya dia kembali tidur semula.Pesanan Young Jae sudah tidak dihiraukan lagi.

*****

Your POV

“Min Jung,” aku disapa oleh Young Jae.Dia tersenyum padaku.Namun,senyumannya itu langsung tidak bermakna pada diriku lagi.Setelah apa yang kulihat semalam,semuanya seperti mimpi ngeri.

Aku terasa seperti diperbodohkan dalam diam.

“Hmm,kenapa?” acuh tidak acuh sahaja aku menanya dia.

“Kenapa awak tak tunggu macam biasa?Kan kita selalu pergi makan bersama-sama?” tanya Young Jae dengan lembut.Hatiku yang cuba dikeraskan hampir sahaja hendak mencair.Aduhai...sukarnya untuk menepis suaranya yang begitu lembut pada pendengaranku itu.

“Saya tak ada mood,” balasku.Masih lagi dengan nada yang biasa-biasa.

“Awak tak sihat ya?”

Aku menggeleng. “Saya sihat aje,”

“Kalau saya ada lukakan hati awak,maafkan saya...” ucap Young Jae dengan sebuah ucapan maaf.Memang dia sudah melukakan hatiku!Cuma dia yang tidak sedar sahaja akan kesalahannya itu!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.Aku bangun dan memandang Young Jae yang hairan dengan sikapku yang berubah secara tiba-tiba ini. “Lepas sekolah nanti,kita jumpa dekat kafe yang dekat dengan rumah saya,saya ada hal yang perlu dibincangkan,” beritahuku sebelum meninggalkan dia.

Hari ini...aku perlu berbincang dengan dia tentang hal semalam...

*****

Di kelas,aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran yang diajar oleh guru.Fikiranku melayang ke tempat lain...ada sesuatu yang membelenggu fikiranku saat ini.

Patutkah aku memutuskan kami yang terbina hampir dua tahun?Atau sebaliknya,aku meminta penjelasan daripadanya tentang semalam?

Aku buntu!Ianya terjadi dalam sekelip mata!

Hati perempuan mana yang tidak tenang,apabila orang memberitahu bahawa teman lelaki mereka sedang berulit dengan perempuan lain...Aku mengeluh kecil.Jikalau ada kapsul masa,ingin sahaja aku undurkan masa.

Namun,mustahil bukan?Kerana ianya hanya wujud dalam kartun Doraemon...

Young Jae.Dia merupakan lelaki pertama yang aku cintai.Hanya dia seorang sahaja yang mengerti akan sikapku yang degil,selain daripada Yuri dan Ji Hyun.Mungkin juga Gikwang,walaupun aku tidak rapat dengan abang tiriku itu.

“Choi Min Jung!”

“Choi Min Jung!Kamu dengar tak?!” aku tersentak apabila terdengar suara garau Encik Daesung yang membuatkan aku kembali ke dunia realiti.Aku bangun.

“Maafkan saya cikgu,” aku memohon maaf kerana kelekaanku.

“Hmm,lain kali saya tak nak perkara ini berulang lagi,faham?” amaran diberikan oleh Encik Daesung. “Baik,cikgu,” aku akur.Aku duduk semula dan cuba menumpukan perhatian pada pembelajaran.

*****

Waktu persekolahan telah tamat.Sewaktu aku hendak keluar dari kelas,muncul Young Jae di hadapan pintu kelasku.Dia memberikan senyuman.Namun tidak aku balas.Aku sedang berperang dengan perasaanku sendiri.

“Kita nak pergi sekarang ke?” tanya Young Jae.Aku mengangguk,tidak membuka mulut.Malas.

Aku mula melangkah meninggalkan Young Jae di belakang.Young Jae mengejar langkahku yang laju.Aku bukan sengaja,tetapi aku tidak mahu berjalan beriringan dengan dia.Aku takut aku akan terasa sayu apabila melihat wajahnya.

“Min Jung!Saya nak pergi ke pejabat dulu,ya?Saya ada hal yang nak ditanya pada kerani sekolah,” beritahu Young Jae.Aku menghentikan langkah,lalu berpaling dengan perlahan. “Okey.Saya pergi ke kafe dulu.Kemudian,awak ke sana,”

Young Jae mengangguk.

*****

Young Jae POV

“Puan,saya nak tanya boleh?” aku menanya wanita yang sedang menaip sesuatu di skrin komputer. “Ya,ada apa?”

“Ada tak pelajar bernama Kim Jaejoong daftar masuk ke sekolah ni hari ini?” tanyaku.Wanita itu menggeleng. “Setahu saya tiada.Kenapa,ya?” wanita itu menyoalku.Aku menggeleng.

“Oh...saya ingatkan ada.Sebab dia sepatutnya mendaftarkan diri ke sekolah hari ini.Kalau begitu terima kasih sajalah,maaf menganggu,” aku meminta diri sebelum menunduk hormat pada wanita itu.

“Tak mengapa.” wanita itu hanya senyum.

Aku keluar dari pejabat sekolah dengan perasaan yang hairan.Mana Jaejoong?Takkanlah dia tidak hadir ke sekolah hari ini?

Aku mengerling jam tangan.Aku perlu cepat-cepat ke kafe.Nampaknya Min Jung seperti hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting sahaja...Hari ini wajah Min Jung tidak seriang dan seceria hari-hari yang berlalu.

Adakah dia sakit?Hatiku berasa resah.

*****

Your POV

“Maaf sebab lambat,” Young Jae mengambil tempat di hadapanku. “Hmm,” aku sekadar menggumam kecil.

“Awak dah order air dan makanan ke?” tanya Young Jae.Seperti biasa,sikap prihatinnya sering menyenangkan hatiku.

“Sudah,” pendek aku membalas. “Untuk awak pun saya dah pesan,” sambungku.Dia tersengih. “Saya tahu awak sayangkan saya,sebab tulah awak sentiasa ingat pada saya.” kata-katanya itu menyebakkan hatiku.

Ada sesuatu yang terasa di hatiku ini...pedih...

“Saya nak tanya sesuatu pada awak,saya harap,awak jujur dengan saya...” dengan nada yang serius,aku memandang Young Jae. “Baiklah.Saya akan cuba,” balas Young Jae. “Bukan mencuba,tetapi memang akan jujur dengan setiap jawapan yang awak berikan,” tegasku.

“Boleh saya tahu,malam semalam awak ke mana?”

“Malam semalam?Saya tak keluar ke mana-mana pun.Sebab saya ada banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.Lagipun,awak tahu kan yang saya tak pernah keluar malam,kecuali kalau saya keluar dengan awak,” jawab Young Jae.

Aku diam.Riak wajahnya kelihatan jujur.

“Habis tu,boleh awak terangkan,kenapa awak pergi ke kelab malam pada malam semalam?!”

Young Jae tidak menjawab.Pandangan wajahnya sedang keliru dengan soalanku.

Please answer me!Don’t just shut up your mouth!” desakku dengan ingin tahu.Meja diketuk dengan kuat.Perasaan ingin tahu,dan geram bercampur menjadi satu.Young Jae menarik nafasnya dengan perlahan.

You don’t know anything,Min Jung...” tenang dia membalas.

Aku hampa.Apakah maksudnya? “Habis tu?Selama ini awak tak jujur dengan saya ke?” tanyaku dengan geram.

“Siapa kata?!Saya jujur dengan awak!Saya tak pernah tipu awak!” Young Jae sepertinya cuba mengawal tahap kesabarannya.Aku mendengus kecil. “Really?Or...do you cheated behind me?” aku memprovok Young Jae.

Young Jae mengetap bibirnya.

“Kenapa awak tanya soalan ni?” perlahan dia menanya. “Saya mahukan sebuah jawapan yang jujur daripada awak.Itu sahaja.” balasku. “Saya tak pernah nak curang dengan awak,dan langsung tidak terlintas daripada fikiran saya yang saya nak curang!” ujar Young Jae dengan sepenuh hatinya.

Aku memandang luar kafe.

“Saya nak kita berpisah,saya tak rela ditipu dan dipermainkan oleh awak lagi.Walaupun sayang saya terhadap awak sangat menggunung...perkara yang saya nampak semalam tu sudah pun merobek hati saya ni,” aku berkata,sambil menunjukkan jariku ke dada.

“Sakitnya tidak tertanggung,” kataku lagi dengan sebak.

“Mulai hari ini...saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak.Cukup-cukuplah dengan penipuan yang awak telah lakukan...saya bukan perempuan murahan,Young Jae...”

Aku bangun,dan meninggalkan Young Jae yang tercengang-cengang dengan kata-kataku.Selamat tinggal,Young Jae...saya harap awak dapat cari pengganti saya,bisikku dalam hati sebelum melangkah keluar dari kafe.

*****


Young Jae POV

Semuanya berlaku dengan begitu pantas.Aku langsung tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Min Jung.Kelab malam?Setahu aku,aku langsung tidak pernah menjejakkan kakiku ke tempat yang sebegitu.

Kecuali...Jaejoong.

Adakah Min Jung tersilap orang?Mungkinkah dia menyangka lelaki yang dia lihat di kelab malam itu ialah Jaejoong?Aku tahu akan kekerapan Jaejoong yang sering berpeleseran di mana-mana kelab malam.

Aku meraup mukaku dengan sedikit rasa kesal.Aku tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan perkara yang sebetulnya.Min Jung sudah tersalah faham.Orang yang dia lihat itu bukan aku...mungkin adikku,Jaejoong.

Aku bangun dan bergerak ke kaunter untuk membayar pesanan yang dipesan oleh Min Jung. “Encik tak nak bungkus pesanan ni ke?” tanya penjaga kaunter itu.Aku memandang pesanan yang dipesan.

Aku mengangguk. “Tolong bungkuskan.”

Kemudian,aku melangkah pulang ke rumah dengan hati yang berkecamuk.Perasaanku menjadi berbaur,antara sedih dan marah dengan tindakan Min Jung yang terburu-buru itu.Aku perlu menyelesaikan salah faham yang berlaku antara kami.

Haha ._. aku dah update,walaupun secara terpaksa -.- mood aku tak menentu sekarang ni...also,aku mungkin terpaksa panjangkan deadline untuk siapkan endless love yang tinggal lagi 2-3 chapter,sebab aku kena study untuk exam ._. *peace* harapnya korang paham dengan storyline it's you ni =="

Comments

Wana said…
-_______________________________- oh mai god. AHAHAH sambung sambungg

Popular Posts