Eternal Love : Chapter 5






Chapter 5

Your POV

Aku menaiki teksi,selepas itu menunggu di tempat yang kami janjikan.Aku ternampak kelibat Hyun Ki dan Key.Nampaknya,si Key tu memang ajak Jonghyun dan Taemin sekali.

Aku mengigit bibir.

Taemin menyambutku dengan senyuman melebar.

Aku membalas senyumannya.Aku menjeling Key.Dia cuma mengangkat bahu.Min Jung juga muncul.Aku yang sungguh teruja terus memeluk dia.Tiba-tiba muncul wajah Hyun Chul aka Karam.

Biar betul diorang ni?

Tapi,aku menyabarkan hatiku. “Annyeong!” muncul satu suara.Aku pandang ke belakang. “Ah!Oppa!” aku menunduk tanda hormat padanya.Dia tersengih.

Aku memberikan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan kepada Min Jung.Dia menjelingku.Oh yeah!

“Siapa yang tak datang lagi?” Hyun Ki menanya. “Jo twins!Hyuna!Cho Rong!Na Eun!” laung Key. “Okey!” balas Hyun Ki.Eh,tak sangka pulak dorang ajak Hyuna,Jo twins,Cho Rong dengan Na Eun sekali...wah...mesti best!

“Hyun Ki,aku ajak Seohyun,tapi,Seohyun kata,dia nak ajak Yonghwa sekali,” kata Min Jung. “Aku okey je,” ujar Hyun Ki dengan senyuman.Macam nak pergi rombongan je...desisku.

Beberapa minit kemudian,muncul mereka semua yang kami tunggu sejak tadi.Aku memeluk Hyuna,Cho Rong dan Na Eun.Gembira dapat keluar bersama mereka.

“Weh,kita pergi shopping nak tak?” tanya Hyun Ki.Aku mengangguk saja.Aku tidak kisah ke mana pun. “Ha!Lepas tu kita pergi makan dekat Kafe Mirotic!Kafe tu memang superb!” cadang Youngmin.

“Lagi?Siapa ada cadangan?” Hyun Ki menanya mereka semua.

“Kita lepak dekat Seoul Tower nak tak?” aku mencadangkan. “Hmm...boleh jugak!” setuju Hyun Ki.

“Eh,kat situ kita boleh tangkap gambar kan?” tanya Chunji.Aku mengangguk. “Kita pergi situ jugak!” kata Chunji.Aku ketawa.Dia dari tadi tidak jemu memandang Min Jung di sebelahku.

“Kita pergi karaoke!” cadang Key.

“Ha!Yang tu memang boleh!” yang lain sudah bersetuju.Aku mengangkat bahu. “Kenapa,In Young?” Hyun Ki memandangku. “Aku mana reti menyanyilah,Hyun Ki...”

“Alah,kitorang ni nak pergi sana untuk lepaskan tensionlah!” laung Key. “Okeylah...” aku terus bersetuju.

Kami semua sudah bersepakat dan bersetuju untuk ke tempat yang telah dicadangkan.Kami menaiki bas untuk ke tempat-tempat tersebut.Mulanya,kami pergi membeli-belah di sekitar bandar Seoul.

Budak-budak lelaki pun ikut join sekali.Diorang pun shopping sakan!Mengalahkah kitorang yang perempuan ni...

“Weh!Baju ni okey tak?” tanya Hyun Ki dan Key.Aku yang sedang membelek baju kanak-kanak lelaki terus memandang ke arah mereka berdua. “Apahal korang tanya aku?” aku bercekak pinggang.

“Kitorang nak belilah,tapi tak tau mana yang sesuai,” kata Key,sambil menunjukkan baju berwarna kuning,manakala Hyun Ki pula menunjukkan baju berwarna merah jambu.

“Hyun Ki,kau kenapa ambik warna pink?” tanyaku.

“Aku sukalah,cantik warna ni!” jawapan daripada Hyun Ki membuatkan mulutku ternganga.Eh,lelaki zaman sekarang ni kan metroseksual...warna merah jambu pun boleh pakai...ish...

“Hmm,apa-apa jelah.” balasku kemudiannya.

“Eh,tolong pilih baju untuk kitorang!” pinta Hyun Ki. “Kau ingat aku ni mak korang ke?”

“Apa salahnya sekali sekala...lagipun entah bila pulak kita semua nak keluar sama-sama lagi,” jawab Key.Macam buat dialog drama pun ada jugak...

“Okey,” aku setuju saja.

“Hah!Baju ni okey tak,In Young?” tanya Hyun Ki,kali ini dia menunjukkan baju berwarna yang sama,namun dengan rekaan yang berbeza. “Okey,”

“In Young!Baju ni okey tak?” tunjuk Key padaku.

“Okey,” balasku.

“Eh,aku rasa,better korang try baju tu dulu,” cadangku.

“Okey jugak cadangan kau tu!Bijak betul kau ni,In Young!” kata Key.

Well,korang tak tau ke aku ni memang bijak?” aku sengaja mengangkat kening,kononnya nak berlagaklah...hehe

“Hek eleh...baru puji sikit dah kembang sana kembang sini,” perli Key.Aku ketawa besar,namun,aku masih mengawal tawaku,nanti orang pandang aku ni perempuan tak tahu malu pula.

“Kau tunggu tau!Kitorang nak try baju-baju ni,” kata Hyun Ki.Banyak juga baju yang dorang nak cuba.

Aku mengangguk.

Sepatutnya aku berada bersama kawan perempuanku,tapi,entah macam mana aku tersesat,ikut si Key dengan Hyun Ki,shopping dekat bahagian pakaian lelaki.

Aku membelek baju kanak-kanak lelaki.Alang-alang dah masuk bahagian lelaki,baik aku tengok mana-mana baju yang sesuai untuk Young Jae,dan kalau aku berkenan,boleh belikan untuk dia.

Aku mengambil baju berwarna hijau,lalu membayangkan Young Jae memakai baju itu.Hmm...comelnya...

“Cik?” panggil seorang jurujual di situ.

“Ya?”

“Cik nak beli ke?” tanyanya.Aku tersenyum. “Saya nak tengok dulu,kalau saya nak beli,baru saya pilih,” balasku.Dia mengangguk,dan tersenyum padaku.

Aku membelek lagi pakaian yang berada di situ,tapi yang untuk kanak-kanak lelakilah...

Telefonku berbunyi.

“Hello?” aku menanya. “Hello,In Young,” suara kakakku,Park Hye Young. “Ahh,unnie wae?”

“Unnie nak bawak Young Jae pergi keluar boleh?” tanya Hye Young. “Boleh jugak.Ermm...unnie,sekarang In Young dekat shopping mall,kebetulan In Young dekat section pakaian lelaki,then terjumpa bahagian kanak-kanak lelaki,boleh tak unnie bawak dia ke sini,nak try baju tu,” aku memberitahunya.

“Hmm,okey.Kebetulan,unnie pun nak beli baju untuk Junjin.” katanya.

“Okey!Unnie call tau!Kalau dah sampai!” balasku. “Okey.” dia tergelak kecil.Kami menamatkan perbualan selepas itu.

Aku mencari kelibat Key dan Hyun Ki,lama betul dorang cuba pakaian,ke dorang dah blah tinggalkan aku dekat sini berseorangan?

“Bahh!”

“Mummy!” aku terjerit kecil.Ada suara yang ketawa berdekah-dekah kerana aku menjerit terkejut.Key dan Hyun Ki rupanya.Aku terus memulas telinga mereka berdua.

“Aaaa...sakitlah In Young!” mereka berdua mengaduh.

“Korang ni takde kerja lain ke,hah?Nasib baik aku cuma terkejut,kalau aku kena serangan jantung macam mana?” aku menggumam dengan geram.

“Aaaa...sorry!Kitorang janji takkan buat lagi!”

Aku melepaskan keduanya.Mereka menunduk melihatku. “Dah cuba ke?” tanyaku.Mereka mengangguk. “Pergilah bayar!” kataku.Dengan terkulat-kulat,mereka melangkah ke kaunter pembayaran.

“In Young?” aku ditegur oleh seseorang.

Aku pandang ke belakang.Eh?Muka dia macam Young Woong.Takkanlah Young Woong.Aku memandang lelaki itu dengan perasaan yang bingung.Di sebelahnya ada dua orang lelaki.

Macam kenal je dua orang lelaki tu...

“Ini cikgulah,” dia berkata. “Cikgu Kim?”

Dia mengangguk.Aku tersenyum kecil. “Cikgu nampak lain.Saya ni bukan cam orang sangat,” kataku,dingin.Oh...aku buat macam tu lagi.

Dia senyum. “Ni kawan cikgu.Yunho dan Changmin,” perkenal Cikgu Kim padaku.

“Saya In Young.Park In Young,” aku memperkenalkan diriku pada diri mereka,dengan nada yang dingin juga.Mereka mengangguk. “Awak datang dengan siapa?” tanya Cikgu Kim.

“Dengan Key dan Hyun Ki.Kawan yang lain pun ada jugak,” balasku.

“In Young!” Key dan Hyun Ki memanggilku.Mereka pelik melihatku berbual dengan tiga orang lelaki.

“Eh,cikgu ke ni?” tanya Hyun Ki.Cikgu Kim mengangguk lagi. “Lainnya cikgu.Kan dekat sekolah cikgu pakai cermin mata,” komen Key.Cikgu Kim hanya ketawa.

“Saya pakai dekat sekolah jelah.” balasnya.

“In Young!” aku mendengar suara kakakku.Aku beralih ke depan.Oh tidak...harapnya Young Jae tidak menjerit mama padaku.

“Unnie...” aku berjalan ke arah Hye Young.

Young Jae memandang ke arah Cikgu Kim.Pandangan yang tak dapat aku pastikan.

Hye Young memegang tangan anaknya,Junjin.

“Comelnya budak ni!” Key mencubit pipi Junjin dan Young Jae.Namun,Young Jae mengelak.Young Jae memang takut dengan orang luar.

“Sorrylah,dia takut dengan orang luar,” kataku.

Key mengangguk. “Hey,what’s your name?” tanya Cikgu Kim,dia duduk mencangkung,sambil memandang Young Jae.Young Jae memandangku. “Just answer it.” balasku.

“Park Young Jae,” balas Young Jae,dengan teragak-agak.

“Young Jae?Such a nice name...my name is Kim Jaejoong,” Cikgu Kim membelai rambut Young Jae.

Young Jae ketawa kecil,menandakan dia suka.

Pelik...namun Young Jae memang susah hendak bergaul dengan orang lain selain keluargaku.Hye Young memandangku dengan pandangan yang pelik.Begitu juga yang lain...

Comments

AmyZana said…
Park Young Jae ? Itu bukan anak Jaejoong ? o.O
Lina Azhar said…
@AmyZana hoho,kena baca dulu baru tau sape Young Jae pada Jaejoong XD

Popular Posts