Eternal Love : Chapter 16








Chapter 16

Yoochun POV

Aku tidak menyangka,bahawa aku akan bertemu dengan In Young di sini.Di pasar raya ini.Wajahnya seperti dahulu.Cuma,dia nampak lebih dingin,dan dia seperti melalui masa yang agak sukar.

Aku tidak tahu,apa yang telah membuatkan dia begitu.

Adakah kerana Young Woong meninggalkan dirinya untuk mengejar impian kami berlima sejak dahulu,menyebabkan dia berubah menjadi dingin,dan cuba untuk menguatkan dirinya sendiri,yang nampak goyah?

Mungkinkah salah kami berlima?

Aku mengecam dia,kerana aku tahu gerak geri dia,dia juga sepupuku yang paling rapat sejak kami kecil.

Walaupun,rambutnya sudah lain,dan dia berpakaian seperti orang dewasa.Dahulunya,dia seorang yang bersikap kebudak-budakan,walaupun umurnya sudah hampir melewati usia remaja.

Dia seorang yang degil.Seperti sekarang,dia masih degil.

Aku pandang Junsu.

“Mungkin,lambat laun,kita perlu beritahu dia pasal hyung,” kata Junsu padaku.Aku mengangguk.Lambat laun...pasti dia tahu apa sebab Young Woong meninggalkan dia,dan tidak mempedulikan dia.

Aku lihat senyuman In Young.Dia tersenyum sewaktu memilih bahan-bahan yang ingin dia beli.

Mungkin dia sudah mempunyai orang lain,yang lebih baik daripada Young Woong.Tiga tahun...tidak mustahil bukan?Dia masih muda,dia masih boleh mencari orang yang memahami dia.

Aku menghantar mesej pada Yunho

To:Yunho (U-Know)
Aku ada hal dengan Junsu,kitorang balik nanti,bukan
nak mengelak,tapi ada hal.Kau cakap dekat dia.

Beberapa saat kemudian,Yunho membalas

From:Yunho (U-know)
Okay.Korang nak pergi mana?

Aku membalas

To:Yunho (U-Know)
Rahsia...nanti aku cakap :D

Aku tersenyum kecil selepas itu.In Young sudah melangkah ke kaunter pembayaran bersama Junsu,aku mengikuti langkah mereka.

Selepas itu,aku mengajak In Young menaiki keretaku.Kami bertiga menuju ke Kafe Mirotic,untuk makan di sana.Mujurlah In Young tidak kisah.

*****

Jaejoong POV

“Mana Junsu dengan Yoochun?” tanyaku pada Yunho dan Changmin.Mereka berdua mengangkat bahu.Yunho sedang memegang telefonnya.

“Yoochun cakap,dia ada hal sikit.Bukan nak mengelak,tapi dia memang ada hal penting,dia suruh Junsu ikut sekali,” beritahu Yunho.Aku memegang dahiku.

“Okey,” aku terus berjalan ke tempat lain.

Changmin mula mengadu dia lapar.Aku terpaksalah mengikut kata-katanya. “Jomlah,rasanya dah cukup kot,” aku lihat troli yang sudah penuh dengan makanan dan benda lain.

Kami bertiga melangkah ke kaunter pembayaran.

Sewaktu aku sedang sibuk menunggu giliran,aku terlihat seseorang yang hampir serupa dengan In Young,pelajarku.Namun,dia sedang sibuk bersembang dengan dua orang lelaki.

Aku cuba melihat dengan lebih jelas,siapakah dua orang lelaki tersebut.

“Eh,tu Yoochun dengan Junsu hyung kan?” tidak sempat aku berkata,Changmin sudah berkata.

Yunho melihat mereka.

“Macam kenal je.Tu pelajar kau kan?She’s In Young alike look,” ujar Yunho,menanyaku.Aku cuba mengangguk.

“Tapi...rasanya mungkin aku yang tersilap pandang kot,” balasku.Aku pandang ke arah lain.Aku pandang ke arah tadi semula.In Young sedang tersenyum padaku,dan melambai tangannya.

“Comelnya pelajar hyung tu!Dulu masa mula-mula kita jumpa dia,dia nampak macam tak suka hyung je,” kata Changmin.Dia tersenyum melihat In Young.

“Hmm,betullah.Dulu dia macam tak nak senyum je.Sekarang dia nampak mesra dengan kau,” kata Yunho.

Aku membalas lambaian In Young.Sebelum dia memegang tangan lelaki yang kulihat seperti Yoochun.Mereka berdua,bersama seorang lelaki lagi,beredar keluar,selepas selesai membuat pembayaran.

*****

Your POV

Sewaktu aku sedang membayar segala barang yang kubeli,aku terpandangkan seseorang.Dia sedang bersembang dengan rakannya.Cikgu Kim!

Dia pandang ke arahku.

Aku memberikan sebuah senyuman dan melambai tanganku padanya.Dia juga membalas lambaianku.

“Dah selesai,” Yoochun berkata.Aku mengangguk.Aku memegang tangan Yoochun dan Junsu mengikut langkah kami.

“Kita nak pergi makan dekat mana?” tanya Junsu.

“Mana-mana je,” balasku.Yoochun mengangguk.Dia memandu ke Kafe Mirotic.Kafe ni juga yang dipilih oleh Yoochun.Aku tersenyum sedikit.

Kami bertiga melangkah masuk ke kafe itu.Kami mengambil tempat duduk.Seorang pelayan kafe itu datang ke arah kami. “Spaghetti bolognese,latte ice...” cepat-cepat aku memesan.

“Japchae,dua set,” serentak Junsu dan Yoochun berkata. “Also,orange juice,juga dua...” sambung Yoochun lagi.Pelayan itu mencatatkan sesuatu di buku nota,dan beredar.

“You’re still with your favourite dishes,huh?” tanya Yoochun.Aku mengangguk.

“It’s always be my favourite,” balasku dengan sengihan.

Yoochun mencubit pipiku.Manakala Junsu pula ketawa. “Yahh!Park Yoochun!” aku memukul lengan kanannya.Dia terus ketawa,kuat.Sehinggakan para pelanggan di situ memandang kami.

Aku menundukkan wajah.Malu.

Aku menyepak kakinya,menggunakan kasutku.

“Auww!Omo!” Yoochun mengaduh kesakitan.Aku ketawa kecil,berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan padanya.Junsu juga ketawa.

“Junsu!Yahh!” aku pandang ke depan.Kawan Cikgu Kim...Yunho? “Hyung!Makan dekat sini jugak ke?” tanya Junsu. “Ne.Dengan Changmin dan Jaejoong hyung,” balas Yunho,sambil memandangku.

“Ermm,In Young-ssi?” tegur Yunho.

Aku mengangguk. “Apa hubungan korang bertiga ni?” tanya Yunho. “Dia sepupu akulah,” balas Yoochun,bagi pihakku. “Mwo?Aigoo...aku tak tau pulak dia ni sepupu kau,” Yunho memukul bahu Yoochun.

“Yah!Yah!Kau ni kenapa?” marah Yoochun.

“Anio.Hehe...” sengih Yunho.Dia ke tempat duduk sebelah kami.Cikgu Kim dan Changmin muncul dan mereka agak terkejut melihatku bersama dengan Yoochun dan Junsu.

“Yah!Hyung!” sapa Changmin pada Junsu.

“Wae?” Junsu agak menyampah.Haha...aku ketawa dalam hati.

“Kenapa hyung berdua dengan In Young?” soalnya dengan hairan.

“She’s my cousin.” pendek jawapan Yoochun. “Jinjja?Oh my god!” Changmin menekup mukanya. “Aigoo,Minnie!Kenapa ni?” Yoochun pelik melihat reaksi Changmin.

“Muka dia sama betul...aigoo...” Changmin mengadu.Hmm...siapa?

Yoochun memandangku.Aku senyum.Yoochun merenung Changmin dengan tajam.Entah apa yang mereka katakan melalui isyarat mata itu.Changmin menggaru kepalanya,sebelum duduk di sebelah Yunho.

Cikgu Kim memandangku,tanpa aku sendiri sedari.Sewaktu aku pandang ke arah sebelahnya,baru aku perasan dia sedang memandangku.Sekali lagi,aku menghadiahkan sebuah senyuman padanya.

Pesanan yang kupesan sudah sampai di meja.Aku terus menikmati spaghetti itu dengan rasa yang sungguh lapar.Junsu dan Yoochun juga sudah mula menikmati pesanan masing-masing...

Deringan lagu Flower Lady mengangguku.

Aku mengambil telefon bimbit dari beg sandangku. “Annyeong?”

“In Young?Bila nak balik?” mummy menanya. “Ahh...mummy.In Young keluar makan dengan Yoochun oppa,” balasku,sambil memandang Yoochun yang sedang makan.

“Yoochun?Bila dia balik?” tidak aku sangka mummy terkejut apabila aku menyebut nama Yoochun. “Entah,tapi kitorang terjumpa dekat pasar raya,” balasku lagi.

“I see...okay.Nanti jangan lupa suruh Yoochun singgah rumah!” pesan mummy. “Arasso,”

Panggilan ditamatkan. “Auntie?” tanya Yoochun.Aku mengangguk. “Dia suruh oppa singgah kejap,” jawabku,sambil mengambil garfu. “Oh...okey.” dia berkata.

Kami terus sambung menikmati makanan.

Comments

Popular Posts