Eternal Love : Chapter 17
Chapter 17
Jaejoong POV
Fikiranku masih memikirkan tentang In Young yang mengenali Yoochun dan Junsu.Bagaimana mereka boleh berkenalan? “Minnie-ah,” aku memanggil Changmin yang sedang makan.
“Hmm?” Changmin memandangku.
“Macam mana Yoochun boleh kenal dengan In Young?” tanyaku,dengan berbisik. “Dorang sepupulah,hyung,” balas Changmin,juga berbisik. “Oh...” aku tidak tahu yang mereka sepupu.
Hmm...tapi,aku memang yakin juga yang mereka berdua adalah sepupu,kerana mereka mempunyai nama keluarga yang sama,iaitu Park.Wajah mereka tidak serupa,kerana In Young adalah kacukan,namun,aku merasakan Changmin tidak menipuku.
Aku memesan spaghetti bolognese dan latte ice,sama seperti yang dipesan oleh In Young.Nampaknya kami berkongsi makanan dan minuman kegemaran yang sama.
Hmm...
Aku lihat In Young sedang berbual dengan Junsu dan Yoochun.Dia sungguh gembira,apabila Yoochun menanya sesuatu tentang dirinya.Aku hanya memandang mereka.
*****
Your POV
Aku mengalihkan pandanganku ke sebelah.Cikgu Kim sedang makan.Aku teringatkan tentang barang-barang yang kubeli untuknya,yang akan kuguna untuk memasak untuknya.
Aku ingin dia memaafkan kekasaranku,aku pasti,dia mesti berkecil dengan sikapku.
Aku melihat jam yang kupakai di tangan.Sudah hampir ke pukul 8 malam. “Oppa,dah habis makan ke?” tanyaku pada Yoochun dan Junsu.Mereka berdua mengangguk.
“Hmm,kalau macam tu,kita balik terus,ya?” aku mahu pulang secepat yang mungkin.
“Okey,oppa pergi bayar,korang pergi tunggu dekat parking lot,” kata Yoochun.Aku dan Junsu bangun. “Bye-bye,hyung!Changminnie!” Junsu berkata dengan kuat.
Aku ketawa kecil.
“Bye,Yunho-ssi,Changmin-ssi,Jaejoong-ssi,” aku menunduk pada mereka,dan mengikut Junsu dari belakang.Ini kali pertama aku memanggil Cikgu Kim sebagai Jaejoong-ssi.
“In Young-ah,macam mana kamu tahu nama Jaejoong hyung?” tanya Junsu,di luar kafe itu.
“Ah...urmm...dia mengajar dekat sekolah yang saya belajar,” balasku. “Oh...begitu.Shinhwa High School kan?” tanya Junsu lagi. “Yup!” aku membalas dengan anggukan.
“Macam mana oppa kenal dengan Cikgu Kim?” aku ingin tahu. “Oppa kenal dengan Jaejoong hyung tu,sejak kami berlima belajar di satu sekolah,masa sekolah tinggi,” ujar Junsu.
“Oh,korang memang rapatlah,ya?” aku membuat andaian.
“Ne.Memang rapat,Jaejoong hyung memang ambil berat pasal kami,dia macam abang kami semua,memandangkan dia lebih tua dari segi jarak bulan lahir...hehe...” Junsu berkata,dengan sengihan.
“Cikgu Kim lahir bulan berapa?”
“Bulan Januari,26 Januari,” jawab Junsu.
“Hmm,sama dengan Young Woong,” ujarku perlahan.
Yoochun sudah pun keluar dari kafe itu,dia terus membuka kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta.
“Oppa masih ingat rumah saya ke?”
“Ingat...sebab oppa selalu lalu depan rumah kamu,” balas Yoochun dengan senyuman. “Eh?Kalau macam tu,kenapa tak datang rumah je?I’m still thinking that you’re in America until now,” ujarku.
“Haha...jinjja?Oppa segan nak melawat auntie dengan uncle,” jawab Yoochun,dengan perlahan. “Oppa...you’re like a girl,okay?” aku ketawa dengan jawapannya.
“Yahh,Park In Young!” dia memarahiku.Aku sambung ketawa lagi.
“Junsu oppa,Jaejoong-ssi macam Young Woong kan?” aku menanya Junsu yang duduk di belakang.
“Ahh...ne,”
Yoochun memandangku,dengan senyuman kecil.
*****
Yoochun POV
She have to know it soon...she have to face the truth...kataku dalam hati,sambil memerhatikan dia.
*****
Junsu POV
Nampaknya,dia memang perlu tahu apa yang terjadi pada tiga tahun yang lalu,dan In Young...harus menerima apa yang akan diberitahu padanya nanti...bisikku.
*****
Your POV
Aku sampai di depan rumahku.Aku keluar dari kereta,dan menekan loceng.Pintu vila dibuka.Muncul mummy dan daddy yang sedang tersenyum padaku.
“Yoochun-ah!” daddy menegur Yoochun yang sudah berdiri di sebelahku,serta Junsu. “Uncle,” Yoochun memeluk daddyku.Junsu tetap berdiri di sebelahku.
“Marilah masuk!” ajak mummy.Ahh...mummy memang seorang yang peramah.Aku menyuruh Junsu mengambil barang di dalam kereta.Kemudian barang yang kubeli berada di tanganku.
Aku mengucapkan terima kasih pada Junsu.
“Tak mengapalah auntie,kami dah nak balik,” Yoochun menolak ajakan mummy. “Aigoo,janganlah macam tu,auntie dah lama tak jumpa kamu,” mummy berkata.
Yoochun memandangku.Aku hanya mengangkat bahu.
“Okeylah,” dia berkata selepas itu.Kami semua masuk ke dalam rumah. Aku ke dapur dan menyimpan barang yang kubeli tadi.
“Kamu Junsu kan?” tanya mummy.Junsu mengangguk. “Dah lama juga korang tak datang kan?” tanya daddy pula.
“Ya.Kami sekarang ni sibuk,” balas Junsu.
Dulu,Junsu dan Yoochun sering datang ke rumah kami,sewaktu mereka masih bergelar seorang pelajar.Mummy hanya mengenali Junsu seorang,kerana Yoochun dan Junsu rapat sejak kecil.
“Sibuk?” daddy agak hairan. “Ermm,Junsu sibuk dengan kelab bola sepak dia.Saya pula sibuk tolong Yoohwan jalankan perniagaan aiskrim,” ujar Yoochun.
“Kamu tubuhkan kelab bola sepak ke,Junsu?” soal daddy.Agak berminat.Hehe...
“Yup,dah hampir dua tahun saya tubuhkan kelab tu.Saya memang minat main bola sepak,” balas Junsu.
“Kamu sebut aiskrim kan,Yoochun?” mummy menyoal Yoochun.
“Ya.”
“Kamu buka sejak bila?Omma kamu tak cakap pun.Kalau Young Jae tahu,mesti dia nak pergi makan aiskrim.” mummy memandangku.Aku membalas pandangan.
Ish...kenapa mummy menyebut tentang Young Jae?
“Young Jae?” serentak Yoochun dan Junsu menanya,dengan kehairanan. “Oh,Young Jae tu,cucu kami,” balas daddy dengan senyuman.Aku mendiamkan diri.
Aku tidak bersedia untuk memberitahu mereka berdua akan kewujudan Young Jae.
“Oh,”
Aku menarik nafas,mencari sedikit ruang untuk bernafas untuk ketika ini.
“Young Jae anak siapa?” tanya Yoochun pada mummy.Shit!Kenapa Yoochun nak tanya juga siapa ibu bapa Young Jae?Aku mencengkam sofa,menggunakan tangan kananku.
“Mummy,mana Young Jae?” cepat-cepat aku mengalihkan tumpuan mereka. “Young Jae?Dia keluar dengan kakak kamu,Hye Young.Tadi Young Jae kata nak makan aiskrim.” balas mummy,tanpa mengesyaki apa-apa.
“Aiskrim?Bukan ke dalam peti sejuk tu ada banyak aiskrim?” aku berkata. “Young Jae...biasalah...dia nak makan aiskrim dekat Time Out jugak,” balas mummy lagi.
“Time Out?Itu kedai aiskrim yang saya dengan Yoohwan usahakan,” sampuk Yoochun.
“Ya ke?Tak perasan pulak kamu dekat kedai tu,kalau kami selalu pergi,” ujar mummy. “Saya ada tolong,tapi,saya selalunya duduk dalam pejabat je,” sengih Yoochun.
“Ricky apa khabar?” tanyaku. “Yoohwan?Dia baik je,sekarang ni tengah sambung belajar,nanti dia kata nak cuba ujibakat untuk jadi pelakon.Haish,dia tu memang nak sangat jadi pelakon,” kata Yoochun dengan keluhan.
“Wow!Baguslah tu,” daddy berbangga.
“Jin Young mana?”
“Jin Young belajar dekat universiti.Dia balik dua hari lagi,sebab nanti ada majlis untuk syarikat uncle kamu,” ujar mummy.Yoochu mengangguk.
Kami berbual dan bercerita tentang itu dan ini,sehinggakan apabila Young Jae pulang bersama kakakku,Hye Young,barulah Yoochun dan Junsu meminta diri untuk pulang.
-..- Merapu je aku ni...haha -.-
Comments