Eternal Love : Chapter 1
I'm sorry,if lagunya loading lambat sikit...
Eternal Love
Chapter 1
Your POV
Aku berjalan masuk ke dalam kelas.Pagi ini aku bangun awal,kerana semalam aku tidur awal,selepas membuat ulang kaji pelajaran. “Selamat pagi,cikgu.” ketua kelas memberi ucapan hormat pagi guru yang masuk.
Aku sedikit pun tidak ambil peduli,cuma mengikut arahan ketua kelas. “Baik,sila duduk,” Aku terus duduk.Hari ini bermula dengan matapelajaran sains,selepas itu subjek sejarah.
“Baiklah,mulai hari ini,saya akan memberikan tugas saya sebagai guru subjek sains kepada cikgu baru,” ujar guru itu.Aku mendengar,namun pandanganku ke luar tingkap kelas.
“Saya perkenalkan,Encik Kim sebagai guru subjek sains kamu yang baru,”
“Selamat pagi,pelajar,” suara itu...aku pandang ke hadapan.Takkanlah...ah!Mungkin aku berhalusinasi ketika ini.Mungkin juga aku terlalu mengingati dia.Jadi,mungkin sebab itulah aku terbayangkan guru baru itu sebagai dia.
Min Jung yang duduk di sebelahku,tekun membaca buku sains.Dia memang rajin mengulang kaji pelajaran,sejak mula mengenali dia,aku sering melihat dia suka membaca,tidak membazirkan masa dengan perkara lain...
“Saya Kim Jaejoong.Awak boleh panggil saya sebagai Cikgu Kim,” dia memperkenalkan dirinya.Para pelajar perempuan di kelasku bersorak kecil.Huh...pantang nampak cikgu yang kacak lah tu...
Aku membelek buku teks sains.Menyelak halaman buku itu tanpa arah.
“In Young,” panggil Min Jung.Aku pandang Min Jung. “Giliran kau,” bisik Min Jung.Aku bangun.Bagaimanalah aku tidak sedar. “Buat apa?” tanyaku,dengan nada berbisik.
“Kenalkan diri awak.” kata Cikgu Kim.
“Park In Young imnida,boleh panggil In Young,” aku memperkenalkan diriku,dengan nada dingin.Mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan sikapku ini,sejak setahun yang lalu.
“Okey,sila duduk,” balas Cikgu Kim.Aku tidak tahu kenapa,aku langsung tidak memandang wajah Cikgu Kim.
Selepas selesai sesi perkenalan diri,dia memulakan pelajaran.
*****
Jaejoong POV
“Kenalkan diri awak,” aku berkata.
“Park In Young imnida,boleh panggil In Young,” pelajar itu membalas dengan dingin,aku pun tidak tahu jika itu adalah sikap naturalnya sejak kecil atau dia sengaja berbuat begitu.
“Okey,sila duduk,” aku mengarahkan.
Kemudian giliran pelajar lain pula.In Young...aku menyebut namanya,seakan terbayang wajah si dia,yang juga bernama In Young.Aku meninggalkan dia dalam keadaan terpaksa.
Apa khabar dia sekarang ni,ya?
Selepas itu,aku mula mengajar.Pelajar yang bernama In Young itu seperti mengelamun,dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajaranku.Dia tidak sihatkah?
“In Young,” aku mendekati mejanya.
“Ya,cikgu?” dia pandang wajahku.Wajahnya menunjukkan reaksi dingin. “Tumpukan perhatian,jangan buat kerja lain...” aku menegur dia.Dia mengangguk.
Aku kembali mengajar semula.
“Baiklah pelajar,hari ni siapkan kerja sekolah pada muka surat 45,esok awak mesti hantar.” aku memberitahu mereka,tentang kerja sekolah yang perlu mereka lakukan.
Sebelum aku keluar daripada kelas itu,aku sempat memandang wajah In Young yang tidak bereaksi itu.Langsung tiada perasaankah gadis itu?
*****
Your POV
Selepas menyimpan buku,aku duduk dan termenung di tempatku sendiri.Aku perasankan,wajah guru itu memang ada rupa seperti dia.Entah kenapa,aku pun menyampah nak tengok wajah cikgu tu.
“In Young,” Min Jung menegurku. “Hmm?”
“Kenapa kau macam tak sihat je hari ni?”
“I’m okay.” balasku.
“Semalam kau okey je,kalau sehari tak riuh memang tak sah kan?” tanya Min Jung.Aku cuma tersengih. “Mood aku down sikitlah hari ni.” balasku. “Kau datang bulan ke?” usik Min Jung.Aku menggeleng,sebelum mencubit lengannya.
*****
Pada waktu rehat,aku turun ke kantin,bersama Min Jung.Dia menolongku membeli makanan,manakala aku pula mengambil tempat untuk kami berdua duduk.
“Chunji oppa!” aku menegur Chunji.Chunji yang sedang berbual dengan Niel memandang ke arahku,sebelum melambaikan tangannya,sambil tersenyum. “Hey,In Young!Mana Min Jung?” soal Chunji.Niel ikut serta,bersama Chunji.
“Dia tengah beli makanan,” balasku.
Dia mengangguk kecil. “Ermm,In Young...Min Jung tu dah ada girlfriend ke?” tanya Chunji,dengan perlahan.Aku menggeleng. “Dia pernah bercinta,tapi...hmm...dorang berpisah,kenapa?” aku membalas,lalu memberi soalan padanya.
“Hyung suka dialah,In Young!” ujar Niel tanpa berselindung.Chunji memukul bahu Niel.Aku pula ketawa.
“Oppa kena try tackle dia...but,I think...tak payahlah,sebab status oppa sebagai playboy di sekolah ni akan menjejaskan dia,” aku berkata selepas itu.Chunji adalah salah seorang ‘Kingka’ di sekolah kami.
Dia membawa status sebagai seorang playboy,dan diminati oleh ramai gadis di sekolah ini.
Chunji mengeluh kecil.Dia membetulkan rambutnya.Min Jung sudah datang dengan membawa makanan dan minuman. “Ah,annyeong Chunji sunbaenim,” Min Jung menegur Chunji.Chunji tersenyum.
“Annyeong Choi Min Jung,” dia membalas.
Cehh...sukalah tu...hatiku berdesis.
Chunji meminta diri untuk ke perpustakaan bersama Niel.Kami berdua mengangguk,sebelum melambai tangan ke arah mereka.
“Kenapa sunbae sembang dengan kau?” soal Min Jung selepas mereka berdua hilang dari pandangan. “Takde apalah.” aku membalas,dan mengambil sandwich,lalu mengigitnya.
“Kyaaa!” ada sekumpulan pelajar perempuan menjerit.
Aku mengeluh.Perkara yang biasa berlaku di sekolah ini,malahan aku sendiri sudah lali dengan perkara itu,sejak mula memasuki sekolah ini.
Kemunculan Cikgu Kim tidak dijangka.Dia sedang membeli sesuatu di kantin.Namun aku tidak mahu mengambil kisah. “Cikgu!Biar saya belanja cikgu!” dia dikerumuni oleh ramai pelajar perempuan.
“Cikgu!Saya ada bawak bekal yang sedap!” seorang pelajar perempuan menawarkan padanya.
Aku hanya melihat mereka.Tak sangka pulak,yang CIkgu Kim dikejar oleh peminatnya pada hari pertama dia mengajar di sekolah ini.Macamlah dia tu budak sekolah ni,dan macam para pelajar yang menjadi ‘kingka’ dan ‘queenka’ di sekolah ini.
“Dashyatnya,” ulas Min Jung di sebelahku.Mungkin dia pun terkejut dengan hal ini.
Aku mengangkat bahu.
Selesai makan,aku dan Min Jung bangun.
Kami berjalan keluar dari kantin.Cikgu Kim masih dikerumuni oleh peminatnya.Kasihan pula aku lihat dia.
“In Young!Min Jung!Tolong cikgu!” dia menjerit,memanggil nama kami berdua.Aku dan Min Jung beralih pandangan ke belakang.Aku yang masih bingung,menunjukkan jari telunjukku ke arah diriku sendiri.
“Yelah!Awak berdualah!” dia seperti bengang.
Min Jung dan aku ke arahnya.Para peminatnya memberi laluan pada kami berdua.
Lantas,aku terus merentap lengan baju Cikgu Kim. “Perhatian,aku rasa korang berdua patut layan cikgu seperti seorang cikgu,bukannya macam kingka dan queenka dekat sekolah kita ni,” aku berkata dengan dingin.
Min Jung membulatkan matanya,apabila dia melihat aku selamba saja menarik lengan baju Cikgu Kim itu.
Mereka membuat bunyi ‘boo’ kerana tidak berpuas hati denganku.Aku buat tak tahu jelah.Min Jung mengekori aku dan Cikgu Kim.Seketika kemudian,aku melepaskan pegangan,lalu beredar menuju ke kelas.
“Terima kasih,In Young,Min Jung,” ucap Cikgu Kim. “Sama-sama,cikgu!” Min Jung membalas bagi pihakku,aku mendengar hanya sayup-sayup suara mereka berdua itu.
*****
Jaejoong POV
Aku rimas dengan para pelajar yang mengerumuniku.Aku terlihatkan kelibat In Young dan Min Jung yang sudah hendak beredar dari kantin.
“In Young!Min Jung!Tolong cikgu!” aku menjerit meminta pertolongan.
Mereka berdua beralih padangan ke arahku.In Young menunjukkan dirinya sendiri. “Yelah!Awak berdualah!”
Mereka berdua berjalan ke arahku.
In Young dengan selamba saja merentap lengan bajuku. “Perhatian,aku rasa korang berdua patut layan cikgu seperti seorang cikgu,bukannya macam kingka dan queenka dekat sekolah kita ni,” ujar In Young dengan dingin.
Pelajar perempuan yang lain terus merespon dengan ‘boo’. Macam tak puas hati je.In Young terus membawa aku keluar dari kantin,bersama Min Jung.
Kemudian,dia melepaskan pegangan,sebelum beredar dari situ.
“Terima kasih,In Young,Min Jung,” aku mengucapkan pada mereka berdua. "Sama-sama,Cikgu!” balas Min Jung,bagi pihak dirinya dan In Young.
Aku hairan dengan pelajar yang bernama Park In Young itu.Dingin saja pandangannya itu.Adakah dia benci padaku?
Comments