Eternal Love : Chapter 13
Chapter 13
Jaejoong POV
Sesi persekolahan untuk hari ini sudah tamat.Min Jung memandang In Young,sebelum memandangku dengan wajah yang risau.Para pelajar yang lain sudah meninggalkan kelas.
Begitu juga,Key dan Hyun Ki.
“Cikgu,saya ada kerja lepas ni,” kata Min Jung,dia agak serba-salah.
“It’s okay.Saya akan teman dia,sampai dia bangun,” aku membalas.Min Jung memberikan senyuman,sebelum dia meminta diri untuk pulang.Aku duduk di hadapan Min Jung.
Aku hanya merenung dia yang sedang nyenyak tidur.
Kemudian,dia bangun.Dia menggeliat kecil,dan bagiku,ianya kelihatan comel. “Dah bangun?” aku menegur dia.Dia terjerit kecil melihatku. “Hey,ni cikgulah,” kataku.
Dia memandangku.Aku memberikan senyuman. “Lama betul kamu tidur.” aku berkata lagi. “Kenapa cikgu tak balik lagi?” tanya In Young. “Saya tunggu awak,” jujur aku membalas.
Mulut In Young ternganga,dia nampak terkejut lagi dengan jawapanku.
“Saya dah suruh Min Jung balik dulu,sebab dia kan nak kerja.” aku memberitahu In Young. “Saya pun kerja,cikgu,” kata In Young dengan perlahan.
In Young bangun dan berjalan keluar dari kelas.Entah perasaan apa yang menyuruhku,agar memegang tangannya.Dia terhenti,dan mengalih pandangannya ke arahku.Jarak antara kami menjadi dekat.
Bibir kami semakin dekat.Aku menelan liurku.
“Cc...cikgu...” dia memanggilku.Aku dapat mendengar degupannya yang kencang.Hatiku juga berdegup kencang ketika ini.Aku merenung In Young.
“Kenapa awak sering elakkan diri daripada saya sejak beberapa hari ni?” aku bertanya pada dia.Dia diam.Aku mengharapkan sebuah jawapan daripadanya.
“Saya sibuk belajar cikgu,” balas In Young.Matanya berkelip. “Hmm...ya ke?” aku ragu-ragu dengan jawapannya.Dia mengangguk.
“You’re lying to me.Mata awak berkelip,jelas tunjukkan yang awak sedang menipu saya.” aku memberitahu dia,aku tahu,dia menipuku.Dia menundukkan wajahnya.
“Mana...ada...saya tipu...cikgu...” katanya,dengan lambat-lambat.Aku memegang kedua belah pipinya,memaksa dia memandangku.
“Kenapa?” tanyaku.
“Kenapa apa?”
“Kenapa awak elakkan diri daripada saya?Am I doing something wrong to you?” aku menyoal,dengan merenung dia dengan pandangan yang tajam. “Nothing,I’m just...”
“Just what?” aku memotong kata-katanya. “Just forget it,” dia terus mencapai beg sekolahnya dan melangkah keluar dari kelas.Sekali lagi,aku merentap tangannya.
Dan,kami bercium,kerana bibir kami bertemu.Aku terus mencium bibirnya.Biarpun aku tahu,dia bakal marah padaku.Namun,sangkaanku meleset,dia juga membalas ciumanku itu.
Selepas itu,kami berdua memandang ke arah lain.
“Mianhae,” serentak kami mengucapkan ucapan yang sama.
Aku menggaru kepalaku,manakala In Young pula memintal-mintal rambutnya yang panjang itu. “Saya balik dulu...” In Young meminta dirinya. “Nanti!” aku cepat-cepat bersuara.
Dia memandangku. “Biar saya hantar awak balik,” aku mempelawa dia. “Tak menyusahkan cikgu ke?” dia teragak-agak.
Aku menggeleng. “Tak,”
“Okay,tapi,saya turun dulu,ya?Sebab saya takut kalau kita berdua sama-sama turun,ada orang akan kaitkan kita berdua...ermm...maybe bercinta?” dia berkata.
“Okey,saya faham,” aku membalas.Dia keluar dan meninggalkan kelas.Aku juga melangkah keluar dari kelas 5-A.Aku berjalan ke bilik guru.Aku membuka buku rekod pelajar kelas 5-A.
Aku memeriksa alamat rumah In Young,selepas itu,aku mencapai begku dan turun menuju ke parking lot.In Young sudah menunggu di parking lot.Aku menghidupkan kereta,dan menjemput dia masuk ke dalam keretaku.
Dia memandang tingkap keretaku. “Jangan risau,orang luar takkan nampak orang di dalam kereta,cuma orang yang ada dalam kereta je boleh nampak orang dekat luar,” aku memberitahu.Dia mengangguk.
Beberapa minit kemudian,aku terdengar dia menguap kecil.
Aku memandang dia.Dia sudah pun tertidur.Aku tersenyum kecil.Dia nampak begitu comel sewaktu tidur.Tangan kananku menyentuh pipinya yang lembut,manakala tangan kiriku memegang stereng.
**
“In Young,” aku memanggil In Young.In Young terjaga dari lenanya.Dia pandang ke luar tingkap keretaku.
“Macam mana cikgu boleh tahu rumah saya?” tanya In Young. “Saya lupa nak cakap dekat cikgu mana rumah saya,” sambung In Young.Aku ketawa kecil.
“Tadi saya ada periksa alamat rumah awak,” balasku.
“Ohh...”
Dia keluar dari keretaku.Young Jae terus menerpa ke arah In Young.In Young memeluk Young Jae.Aku hairan kenapa Young Jae juga berada di situ.
Di mana kakak In Young?
Aku juga keluar dari kereta. “Hey,Young Jae!” aku memanggil Young Jae. “Ahjusshi!” dia berlari ke arahku dan aku memeluk Young Jae.
“Cikgu tak nak masuk dulu ke?” ajak In Young.
“Ermm...tak mengapalah,” aku menolak. “In Young!” muncul seorang wanita yang berwajah seperti orang inggeris.Mungkin dia ibu kepada In Young.
“Mummy!” In Young berlari ke arah wanita itu.
“Ni siapa yang hantar kamu balik ni?Boyfriend ke?” tanya wanita itu. “Mummy!Dia cikgu yang ajar In Young!” manja In Young membalas.Aku tersenyum melihat dia.
“Annyeong.Kim Jaejoong imnida,” aku memperkenalkan diriku. “Annyeong.Terima kasih sebab hantar In Young balik...saya Puan Park,” wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Sama-sama,Puan Park,” balasku.
“Kalau macam tu,saya minta diri dulu,ya?” aku meminta diri.Aku juga melepaskan pelukanku.Young Jae memandangku.Aku melambai tanganku.
“Bye ahjusshi!” Young Jae berkata,dan melambai tangannya.Aku membalas lambaiannya.
Aku masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan vila keluarga In Young.
*****
“Hyung!” Changmin menyambutku.Aku terus masuk ke dalam bilik. “Hyung!” panggil Changmin lagi.Lambat-lambat aku memandang dia. “Waeyo?” tanyaku.
“Lapar...” sengih Changmin.
“Aishh!Pergilah masak sendiri!” kataku.
“Yunho-ah!Masak untuk budak kecik ni!” laungku pada Yunho yang berada di dapur. “Mwo?!” Yunho yang sedang memegang sudip terkejut.
“Hyung masaklah!” desak Changmin.
Aku menggeleng.Mataku semakin berat,hampir terpejam mataku ini.Perasaan mengantuk mulai menguasai diri. “Hyung mengantuklah,” kataku pada Changmin.
Aku membuka pintu bilikku,sebelum menutup semula.Aku membaringkan diri di atas katilku yang empuk itu.Untuk beberapa saat,aku sudah terlena.
**
3 tahun yang lalu...
Aku membaca kontrak itu.
1.Mesti mengikut segala perjanjian di dalam kontrak ini.
2.Dilarang untuk mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana orang luar.
3.Dilarang bercinta.
4.Sekiranya terdapat bantahan,anda boleh keluar dari syarikat rakaman ini,dalam masa yang terdekat.
Aku membaca kesemua syarat-syarat kontrak perjanjian itu.
Di saat itu,fikiranku hanya tertumpu pada In Young yang kini sudah pun pulang ke Korea semula,setelah lama menghabiskan cuti musim panasnya di Los Angeles bersama aku,Yunho,Changmin,Junsu dan Yoochun.
“Kau nak ke tandatangan kontrak ni?” bisik Yoochun padaku.Aku mengeluh kecil.
Apa yang harus aku lakukan sekarang ini?
Salah seorang pengurus syarikat itu merenungku.
Aku mengenggam pen.Yunho,Changmin,Junsu dan Yoochun sudah selesai menandatangan kontrak perjanjian itu.Aku menarik nafasku...
Maafkan saya,In Young...
Aku menandatangan kontrak perjanjian itu.Impianku bakal tercapai,juga impian mereka berempat.Kami berlima berjabat tangan dengan pengurus itu.
Aku tahu,aku terlalu pentingkan diri sendiri...kerana impianku itu...
Wajah putih bersih In Young muncul di mataku....rasa bersalah tiba-tiba hadir di hatiku...
Comments