Eternal Love : Chapter 9
Chapter 9
Jaejoong POV
Aku terlihat kelibat Hyun Ki di Kafe Mirotic. “Hai,Hyun Ki,” aku menegur Hyun Ki.Hyun Ki beralih ke belakang. “Hai,cikgu!Jumpa lagi kita!” Hyun Ki ketawa kecil.Aku mengangguk.
“Ya.Korang semua nak makan dekat sinilah,ya?” aku menanya dia.Dia mengangguk.
“Yup!” balas Hyun Ki.
“Baguslah,kafe ni makanannya memang sedap.Cikgu selalu makan dekat sini dengan kawan-kawan cikgu.” aku memberitahu dia akan bagusnya kafe ini.
“Cikgu tak nak join kami ke?” tanya Hyun Ki padaku. “Boleh ke?” aku memandang kesemua kawan-kawan Hyun Ki. “Boleh,ada lagi tempat duduk,” jawab Hyun Ki,dengan beria-ia.
“Changmin,Yunho...kita join student aku.” aku memberitahu Yunho dan Changmin yang sedang makan.Mereka hanya mengangguk.Kami bertiga bangun,dan mengambil tempat di tempat yang ditunjukkan oleh Hyun Ki.
Aku duduk di hadapan In Young.
Fikirannya seakan melayang,bukannya di sini.Sepertinya ada sesuatu yang dia sedang fikirkan.
“In Young?” Hyun Ki menyentuh bahu In Young.In Young tersedar,dia memandang depan,ke arahku,sebelum memandang Hyun Ki di sebelahnya. “Apa?” dia memandang Key.
“Kau nak makan apa?” soal Key pada In Young.
In Young membuka buku menu itu,kelihatannya dia agak keliru dengan semua menu-menu itu.
“Apa kata,awak pilih spaghetti Bolognese?” aku mencadangkan pada In Young.Dia mengangguk. “Minum?”
“Ermm,latte ice?” balas In Young.Latte ice?Dia suka minum latte ice juga ke?Sama seperti dia.Aku juga terikut dengan minuman kegemaran dia.Begitu juga dengan spaghetti bolognese.
“Cikgu selalu pergi makan dekat sini?” tanya In Young padaku.Oleh kerana aku sedang berfikir dan bercakap dalam hati,aku tidak perasan yang dia sedang menanyaku.
“Hmm?” aku tersedar.
“Saya tanya,cikgu selalu makan dekat sini ke?” dia mengulangi soalannya padaku. “Yup,cikgu selalu makan dekat sini.” aku menjawab.In Young mengangguk.
Aku lihat In Young sedang memegang kedua belah tangannya.Aku pelik melihat tingkahnya itu.Apa yang sedang dia fikirkan?
Baby sky
All the dreams and hopes your eyes
Ashiita mo kitto waraeru
Sonomama no kimi de ite with me
In Young memegang telefon bimbitnya.Aku terdengar keluhan dari bibirnya. “Kenapa In Young?” Hyun Ki menanya dia.Dia menggeleng kepalanya,kemudian,dia memegang dahinya.
In Young tiba-tiba bangun,dan menuju ke arah Key.Dia berbicara sesuatu pada Key,dan Key mengangguk,selepas itu,dia keluar meninggalkan kafe ini.Entah apa yang mendorongku,untuk mengejar dia.
Kakiku sudah melangkah keluar dari kafe.
Aku lihat In Young sedang menahan mana-mana teksi di luar kafe. “In Young!” aku memanggil dia.Namun panggilanku tidak diendahkan.Aku menarik tangannya.
“Jom,saya tumpangkan awak,” aku mempelawa In Young.In Young merenungku. “Bawa saya ke shopping mall tadi tu,” kata In Young.Aku terus membawa dia ke keretaku.
Kereta kupandu ke shopping mall itu.Pasti ada sesuatu yang tidak kena.Mungkin tentang Young Jae.Anak saudara In Young itu.
Aku memarkirkan keretaku di parking lot,di kawasan dalam shopping mall itu.In Young terus keluar.Dia nampak risau.Aku jugak mengekori langkah In Young.
Aku lihat semuanya,dengan mataku sendiri.
Apabila Young Jae dengan manja,memeluk In Young.Nampak seperti ada sesuatu antara mereka.Kemesraan antara mereka berdua berlainan.Tidak seperti Young Jae dengan ibu kandungnya.
“Ahjushhi?” Young Jae perasan akan kehadiranku di situ.
“Annyeong,Young Jae.” ucapku.In Young juga memandangku.Dia nampak terkejut dengan kehadiranku. “Apa ahjusshi buat dekat sini?” tanya Young Jae. “Oh,tadi mama kamu tumpang ahjusshi,” aku membalas pertanyaannya.
Young Jae memandang In Young,In Young mengangguk.Sepertinya mereka sangat rapat.
Kakak kepada In Young,berkata sesuatu pada In Young.Dia hendak meminta diri untuk pulang.Kenapa kakakknya tidak membawa Young Jae pulang ke rumah?
“Jadi,Young Jae ikut mama,ya?” ujar In Young,sambil memegang pipi Young Jae.Young Jae menepuk tangannya,nampaknya dia sungguh gembira dengan kata-kata In Young itu.
Aku ketawa kecil.
“Unnie balik dulu,ya?”
Young Jae melambai tangannya.Aku masih hairan dengan Young Jae dan In Young. “So,what we want to do now?” tanya In Young,sambil bercekak pinggang.Dia memandang aku dan Young Jae.
“Nak beli baju!” cadang Young Jae dengan riang.
“Amboi,happynya dia!” In Young mencubit pipi Young Jae.Comel.Itu yang dapat aku katakan di saat ini.Young Jae tersengih.
“Cikgu,saya nak bawa dia pergi beli baju,” ujar In Young padaku. “Boleh,” balasku.
“Cikgu tak kisah ke?Kan kawan cikgu dekat kafe?” dia berasa agak bimbang. “Mereka boleh balik sendiri,” aku membalas dengan selamba.Nampak macam kejam,tapi mereka pasti boleh balik sendiri.
“Kalau macam tu,ermm,cikgu temankan kami boleh?” pinta In Young. “Ne.I will,” jawabku.Dia tersenyum.Kali ini senyumannya nampak menarik di mataku.
*****
No One POV
“Hyung,macam mana kita nak balik nanti?” bisik Changmin.Yunho yang sudah lepas makan hanya mengangkat bahu.
Dia memandang mereka yang lain. “Ermm,hyung.Memandang Cikgu Kim teman In Young,apa kata...hyung berdua join kami pergi karaoke?” cadang Hyun Ki.Key yang duduk di tempat In Young duduk tadi mengangguk.
“Lagi ramai lagi meriah,hyung!” tambah Key.
“Boleh ke?” Changmin teragak-agak.
“Kitorang okey je,hyung.Macam Key kata,lagi ramai lagi meriah!” laung Chunji di sebelah Min Jung.Tersengih.Yang lain juga mengangguk.Yunho dan Changmin saling berpandangan.
“Hmm...alang-alang korang dah ajak,kitorang setuju jelah!” jawab Yunho dan Changmin,serentak. “Yay!” Key dan Hyun Ki bersorak.Mereka bertepuk tangan sesama mereka.
Memang macam budak-budak kalau dilihat...
*****
Your POV
“Mama!Nak baju ni!” jerit Young Jae.Dia menunjukkan sehelai baju berwarna biru dan putih,berserta sehelai seluar berwarna kelabu.Aku membelek baju itu. “Blue?” tanyaku.Dia mengangguk. “Young Jae minat warna biru?” tanya Cikgu Kim.
“Ya!Warna putih dengan hitam pun Young Jae suka!” balas Young Jae pada Cikgu Kim. “Wow,ahjusshi pun suka tiga warna tu,” ujar Cikgu Kim dengan senyuman.
“Yay!” Young Jae membuat ‘high five’ pada Cikgu Kim.Aku melihat telatah mereka.
“Ahh...comelnya!” seorang wanita berkata.
Aku dan Cikgu Kim memandang wanita yang bersama dua orang anaknya. “Comelnya anak kamu berdua,” puji wanita itu.Aku termalu sendiri. “Kami bukan...” belum sempat aku membalas,Cikgu Kim menyampuk.
“Ya,memang comel,” balasnya.Aku merenung Cikgu Kim.
‘Pretend’
Aku mengangguk.Aku memegang tangan kanan Young Jae.Manakala Cikgu Kim memegang tangan kiri Young Jae. “Aigoo...anak kamu ni kacukan.Kamu ni berdarah campuran ke?” tanya wanita itu.
Aku mengangguk. “Ya,ibu saya half Korean-British.Ayah saya pure Korean,” balasku,sambil memberitahu akan bagaimana aku mendapat darah campuran mengikut ibu bapaku.
“Ohh...untungnya.Anak kamu pun dapat darah campuran,sebab maknya Korean-British,ayahnya pula pure Korean...” ujar wanita itu dengan rasa kagum.
Segera aku teringatkan Young Woong.
Wanita itu berkata sesuatu padaku.Aku hanya tersenyum.Kemudian,dia meminta diri bersama anak-anaknya. “Young Jae ikut rupa siapa?” soal Cikgu Kim.
Aku mengangkat bahu.
Ini bukan masanya...
Comments