Eternal Love : Chapter 12









Aaaa....kalau korang tak nak baca chapter ni pun takpe x.x Gambar tu cuma...aaa... *speechless* kbaii


Chapter 12

Jaejoong POV

Sejak aku masuk ke kelas 5-A,fikiranku hanya tertumpu pada In Young.Dalam beberapa hari ini,dia sering mengelakkan dirinya daripadaku.Aku juga cuba mencari silapku.

Aku pandang In Young yang sedang membaca.Namun,aku pelik,sudah 15 minit berlalu,In Young masih membaca muka surat yang sama.Wajahnya ditunduk,jadi,aku tidak dapat melihat wajah In Young.

Aku bangun,dan berjalan ke tempat Min Jung. “Min Jung,” aku panggil Min Jung. “Ne?”

“In Young tengah baca ke?” tanyaku.Dia mengangkat bahu.

“Cuba awak panggil dia,” aku mengarahkan Min Jung memanggil In Young. “In Young.” panggil Min Jung.Tiada reaksi daripada In Young. “Park In Young!” panggil Min Jung lagi.

“Young Woong...saranghae,” suara In Young yang lembut itu berbisik kecil,dan jelas aku mendengar kata-kata itu.Young Woong?

“Aish...dia ni mesti mimpi pasal Hero tu...ish...” Min Jung menyimpan buku ke dalam beg In Young,dan meletakkan kepala In Young di meja.Aku memandang wajah In Young.

“Tohoshinki?” aku meneka.Min Jung mengangguk.. “She loves Young Woong,” beritahu In Young.Aku tersenyum kecil.Salah seorang peminat kumpulan Tohoshinki rupanya...

Aku ke meja guru semula.

*****

No One POV

Yunho dan Changmin duduk di ruang tamu.Junsu tiada di rumah,kerana dia pulang ke rumah ibu bapanya.Yoochun pula keluar,membantu adik lelakinya,Yoohwan,di kedai aiskrim,Time Out!

“Hyung,” panggil Changmin.

“Wae?” Yunho membalas.

“Kan,kawan In Young ada cakap pasal Young Woong kan?” kata Changmin. “Hmm...kenapa?” Yunho pelik.

“Tak ke hyung rasa,yang si In Young tu...macam In Young yang kita kenal dulu?” tanya Changmin.Yunho mengangkat bahunya. “Mungkin,tapi,manusia kan ada tujuh orang yang sama,” ujar Yunho.

Changmin mengangguk,mengiyakan kata hyungnya itu.

“Agaknya...apa yang In Young tengah buat sekarang ni,ya?” Changmin berkata. “Mungkin,dia sambung belajar.Dia mungkin juga dah lupakan dia,” Yunho membalas lagi.

“Hmm...andaian hyung tu mungkin betul jugak,” setuju Changmin.

“Tak pun...dia...masih mengharapkan dia,” sekali lagi Yunho membalas,juga berandaian.

“Kalau ya,mungkin dia akan cari...dan mengharap agar mereka ditemukan semula.” sambung Changmin. “That’s right!” Yunho bersetuju dengan kata-kata Changmin.

*****

Your POV

Aku terjaga dari lenaku.Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh tertidur.Mungkin kerana memori itu,begitu menenangkan jiwa,sehinggakan aku terlena dengan sendiri.

Aku menggeliat kecil.

Aku pandang sekeliling kelas.Eh?Mana semua orang?Aku pandang jam tanganku.Sudah menginjak ke pukul 12 tengahari.What?!Mana Min Jung?Kenapa dia tak tunggu aku?

“Dah bangun?” tegur seseorang. “Mummy!” aku terjerit kecil.Terkejut.

“Hey,ni cikgulah.” balasnya.Aku pandang ke hadapan.Cikgu Kim tersenyum. “Lama betul kamu tidur.” kata Cikgu Kim.Aku tidak tahu hendak memberi reaksi apa padanya.

Segalanya menjadi janggal.

“Kenapa cikgu tak balik lagi?” tanyaku,sekadar berbasa basi dengannya.

“Saya tunggu awak.” balas Cikgu Kim.Mulutku ternganga selepas mendengar jawapannya.

“Saya dah suruh Min Jung balik dulu,sebab dia kan nak kerja.” kata Cikgu Kim. “Saya pun kerja,cikgu,” aku memberitahu.Aku bangun dan berjalan keluar dari kelas.

Namun,langkahku terhenti,apabila tangan kananku direntap,aku yang terkejut,terus memandang ke belakang,dan jarak antara bibirku dan bibir Cikgu Kim sungguh dekat.

Aku menelan liurku.Gementar.

“Cc..cikgu...” aku memanggil.Dia merenungku.Hatiku berdegup kencang.Aku takut,jikalau dia mendengar degupan yang sepertinya jelas kedengaran di telingaku.

Dia masih statik,anak matanya merenung mataku.

In Young...bertahanlah...

“Kenapa awak sering elakkan diri daripada saya sejak beberapa hari ni?” tanya Cikgu Kim.Aku tidak menjawab. “Saya sibuk belajar,cikgu.” balasku,setelah mendiamkan diri.

“Hmm...ya ke?” nampaknya,dia ragu-ragu dengan jawapanku itu.Aku mengangguk.Walaupun,itu bukan yang jawapan yang sebenarnya. “You’re lying to me.Mata awak berkelip,jelas tunjukkan yang awak sedang menipu saya.” dia berkata.

Aku menunduk ke bawah.

Ah!Kenapa dia tahu yang mataku akan berkelip,jika aku sedang berbohong?

“Mana...ada...saya tipu...cikgu...” kataku.

Dia dengan tiba-tiba memegang kedua belah pipiku,menyebabkan aku terpaksa memandang dia. “Kenapa?”

“Kenapa apa?” aku tidak faham dengan pertanyaannya.

“Kenapa awak elakkan diri daripada saya?Am I doing something wrong to you?” soal Cikgu Kim dengan pandangan yang tajam. “Nothing.I’m just...” aku tidak dapat meneruskan kata-kataku.

Just what?” dia memotong ayatku.

Just forget it,” aku terus melepaskan diriku daripadanya,aku mencapai beg sekolahku,dan berjalan keluar dari kelas.



Sekali lagi,tanganku direntap,namun,kali ini,bibir kami berdua bertemu.Mataku membulat.

Tanpa disedari aku turut membalas ciumannya.Ciuman itu membuatkan aku tenggelam dalam duniaku sendiri.Dia memegang pinggangku dengan erat.

Aku mengigit bibirku,selepas kami berciuman.Kami berdua memandang ke arah lain.

“Mianhae...” serentak kami berdua mengucapkan kata yang sama.Dia menggaru kepalanya,manakala,aku memintal-mintal rambutku.Semakin janggal.

“Saya balik dulu!” aku meminta diri. “Nanti!” aku terhenti,dan memandang dia.

“Biar saya hantar awak balik,” ujar Cikgu Kim. “Tak menyusahkan cikgu ke?” aku teragak-agak.

Dia menggeleng. “Tak.” sepatah dia membalas. “Okay,tapi,saya turun dulu,ya?Sebab saya takut kalau kita berdua sama-sama turun,ada orang akan kaitkan kita berdua...ermm...maybe bercinta?”

“Okey,saya faham.”

Aku mengangguk,dan berjalan keluar.Aku berjalan ke arah parking lot.Ramai pelajar sudah pulang,hanya tinggal beberapa orang sahaja yang menunggu di tepi pagar sekolah.

Cikgu Kim sudah datang,dengan begnya.Dia menghidupkan keretanya,sebelum menyuruhku masuk ke dalam kereta.Aku memandang tingkap kereta.

“Jangan risau,orang luar takkan nampak orang di dalam kereta,cuma orang yang ada dalam kereta je boleh nampak orang dekat luar,” sepertinya,dia tahu aku sedang berfikir tentang tingkap itu.

Aku mengangguk.

Aku menguap kecil.Masih ada sisa rasa mengantuk.Aku memejam mataku.

**

“In Young,” aku dipanggil.Aku terbangun,aku pandang ke luar tingkap.Vila keluargaku tersergam indah itu kulihat.

“Macam mana cikgu boleh tahu rumah saya?” aku menyoal dia. “Saya lupa nak cakap dekat cikgu mana rumah saya,” sambungku.Dia ketawa kecil.

“Tadi,saya ada periksa alamat rumah awak,” balas Cikgu Kim.

“Ohh...”

Aku membuka pintu kereta. “Mama!” Young Jae menyambutku.Dia terus memelukku. “Hey,Young Jae!” aku terdengar Cikgu Kim memanggil Young Jae.

“Ahjusshi!” riang wajah Young Jae menyambut Cikgu Kim.Dia terus mendapatkan Cikgu Kim,sebelum cikguku itu memeluk Young Jae.Ada sesuatu perasaan pelik menyelinap di hatiku.

Bahagia.


Comments

Popular Posts