Eternal Love : Chapter 10









Chapter 10

Jaejoong POV

Selepas aku menyoal In Young tentang Young Jae.Dia terus mendiamkan diri.Hanya melayan Young Jae yang hendak itu dan ini.Aku berasa bersalah pula.

Tapi,bukankah Young Jae itu anak kepada kakak In Young?

Bila aku teringatkan seorang lagi kanak-kanak lelaki,yang berada di pelukan kakak In Young,membuatkan aku hairan.

Kanak-kanak itu berwajah seperti pure Korean,berbeza pula dengan Young Jae,yang mempunyai darah campuran.

“Suami kakak awak tu berdarah campuran ke?” tanyaku.

Dia menggeleng.Aku berfikir lagi.

“Habis tu?”

“Cikgu tak ada hak nak tanya,just shut your mouth,” keras dia memberitahu.Nampaknya,dia marah dengan pertanyaanku ini.Suaranya juga sudah mulai dingin.

Selesai membayar pakaian yang dibeli.Young Jae dan In Young berjalan turun ke tingkat bawah.Aku mengikut langkah mereka. “Kenapa cikgu ikut kami?” marah In Young.

Aku mengangkat bahu. “Awak tak nak balik?”

“Saya nak baliklah ni.Cikgu boleh balik sekarang,” balas In Young dengan dingin.

Senyumannya sudah pudar.

“Awak nak balik dengan apa?”

“Naik teksilah!” jawab In Young dengan nada yang marah.Aku menahan dia. “Balik dengan saya,” kataku.Dengan tegas.Dia mendengus kecil.Dia terus berjalan dengan Young Jae.

“In Young!” aku mengejar In Young.

“Jom,saya hantar awak balik,” aku memegang lengannya.Dia merentap peganganku. “No!Just mind your own business!” tengking In Young.Wajahnya kemerahan.

“Mama?Kenapa mama marah ahjusshi?” Young Jae pelik melihat kami berdua.

“Nothing,” perlahan In Young berkata.

Dia menarik nafas,kemudian,dia merenungku. “So?” dia menanya. “So?” aku kurang jelas dengan pertanyaannya.

“Cikgu nak hantar kami balik kan?” kata In Young dengan perlahan.Aku senyum.Aku mencubit pipinya. “Okey.” aku mendukung Young Jae.Tanganku menarik lengan In Young.

Kami berjalan menuju ke parking lot.

*****

Your POV

Aku geram,kerana Cikgu Kim mengasakku tentang tadi.

Aku terus mendiamkan diri.Menahan rasa geram dan marah padanya.Selepas membuat pembayaran di kaunter,aku membawa Young Jae turun ke tingkat bawah.

Cikgu Kim berterusan mengikut kami.

Aku tidak mahu mempedulikan dia. “Kenapa cikgu ikut kami?” aku memarahi dia.Dia mengangkat bahu. “Awak tak nak balik?” tanya Cikgu Kim. “Saya nak baliklah ni.Cikgu boleh balik sekarang,” balasku,dengan nada menghalau.

“Awak nak balik dengan apa?”

“Naik teksilah!” jawabku dengan marah.Dia menahanku. “Balik dengan saya,” katanya.Aku mendengus kecil.Aku berjalan dengan Young Jae,tanpa mempedulikan kata-katanya.

“In Young!” panggil Cikgu Kim.

“Jom,saya hantar awak balik,” dia memegang lenganku.Aku merentap pegangannya. “No!Just mind your own business!” aku menengking dia.Moodku mula berubah.

“Mama,kenapa marah ahjusshi?” suara Young Jae membuatkan aku tersedar.Dia memandang kami berdua. “Nothing,” perlahan aku menjawab.Aku sudah melampaui batas.

Aku sedar yang aku sudah menengking cikguku sendiri.Aku mengetap bibir.Aku menarik nafas,dan memandang Cikgu Kim. “So?”

So?” dia menanya soalan yang aku tanya.

“Cikgu nak hantar kami balik kan?” aku menanya dia.Cikgu Kim mengukir senyuman.Dia mencubit pipiku.Aku tersentak kecil.Tidak menyangka yang dia akan membuat perkara itu.

“Okey,” dia mendukung Young Jae,dan memegang tanganku.Kami berjalan beriringan ke parking lot.

Cara dia mencubit pipiku membuatkan aku teringat lagi pada Young Woong.Hmm...

“Awak tak nak singgah mana-mana?” Cikgu Kim bersuara. “Nak singgah ke mana?” tanyaku. “Mana-mana,awak tak lapar ke?” soal Cikgu Kim,sambil menumpukan perhatiannya pada pemanduannya.

Mengingatkan tentang makan,aku terasa lapar pula.

“Urmm...cikgu.Saya lapar,” aku tersengih.Malu pula.

“Kan?Cikgu pun dah lapar sebenarnya,dekat kafe tadi cikgu cuma minum je,” ujar Cikgu Kim,dengan ketawa.Aku pun ikut ketawa.Rasa marahku padanya hilang dengan secara tiba-tiba.

Aku teringatkan tentang kawan-kawanku.Apa yang mereka sedang lakukan sekarang ini,ya?Mungkin mereka sedang berseronok di pusat karaoke.Menyumbangkan suara mereka di sana.

Kecewa pula kerana tidak dapat bersama dengan mereka.

*****

No One POV

Sementara itu...

“Yeah!Kini,kita menjemput Shin Hyun Ki!Dengan mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk...Nobody!” Key,menjadi mc untuk acara nyanyian di pusat karaoke yang mereka kunjungi.

“Gomawo!” Hyun Ki dengan bangganya,menyanyikan lagu yang akan dinyanyikan oleh dia.

Semua yang lain bersorak,termasuk Yunho dan Changmin.

“I want nobody,nobody but you!I want nobody,nobody but you!~” Hyun Ki mula menyumbangkan suaranya.

Tamat nyanyian,Key menyuruh para juri,tidak rasmi,iaitu Taemin,Jonghyun dan Chunji. “Ehem,vokal awak bagus,tapi...pitching tu larilah...” komen Chunji dengan selamba.

“Suara awak,dah mantap.Cuma,masalah pitching je yang awak perlu perbetulkan.” komen Jonghyun pula. “Err...kalau awak berusaha lebih lagi,mungkin awak akan lebih bagus dalam nyanyian,” komen Taemin.

Mereka yang lain hanya ketawa,melihat gelagat Key,Chunji,Taemin,Jonghyun dan Hyun Ki itu.Changmin dan Yunho juga begitu. “Selepas ini...giliran...Yunho hyung!” Key melihat senarai nama di tangannya.

“Kyaaa!Oppa!Fighting!” Hyuna,Na Eun,Cho Rong,Min Jung dan Seohyun bersorak.Yunho menunduk.

“Saya akan menyanyikan sebuah lagu,yang bertajuk,She...berduet dengan Changmin!” kata Yunho.Changmin juga bangun,mengambil mikrofon di sebelah Key.

Even when I close my eyes,I can see

Even when I am far away,I know.

How beautiful of a person she is.

I don’t want to let go of her hands.

It feels as if we’ll shatter.

How delicate of a person she is.

The person who is laughing amongst those people

That angel is my lady.

Selesai lagu itu dinyanyikan.Mereka semua menepuk tangan. “Whoaa...daebak,hyung!” puji Chunji,Key,Hyun Ki,Jonghyun dan Taemin. “Kamsahamnida!” tunduk Changmin dan Yunho.

“Aigoo...oppa!Pandai betul oppa nyanyi!” ujar Cho Rong. “Ne,thanks,” balas Yunho dengan senyuman.

“Rupa oppa berdua ni macam Max dengan U-know,dari kumpulan Tohoshinki,” komen Min Jung.Yunho dan Changmin mengangkat bahu. “Kalau In Young ada,mesti dia akan support oppa habis-habisan,” sambung Min Jung lagi.

“Wae?” tanya Yunho.

“In Young minat kumpulan tu.Dia minat sangat dengan Young Woong,” balas Min Jung dengan jujur.

Yunho dan Changmin saling berpandangan.

Comments

Popular Posts