Eternal Love : Chapter 15
Chapter 15
Jaejoong POV
Aku terjaga,setelah beberapa jam tidur.Aku melihat jam di bilikku.Sudah menghampiri ke pukul 5 petang.Aku lekas bangun dan membersihkan diriku,sebelum turun ke bawah.
“Hyung!” Junsu menegurku.Aku mengangkat tangan kananku,sebagai tanda hai padanya.
“Hyung baru bangun ke?” tanya Junsu. “Hmm,” kami sama-sama turun ke bawah.Aku melangkah ke dapur.Aku lihat pinggan dan mangkuk yang dtinggalkan di dalam singki.
“Hey!Siapa yang tak cuci pinggan dan mangkuk ni?!” aku bercekak pinggang,dan melaung.
“Changmin yang buat!” laung Yunho di ruang tamu.
“Hyung!Janganlah cakap!” kedengaran Changmin memarahi Yunho. “Eh,kau yang buatkan?Kau dah makan bukan nak basuh!” balas Yunho,dengan perlian.
“Yahh!Tak payah nak gaduh!Siapa yang rasa dia buat,cepat cuci pinggan dan mangkuk ni!” aku malas hendak mendengar alasan mereka.
Changmin berjalan masuk ke dapur,dengan menunduk.Nampak seperti terpaksa saja lagaknya.
“Tak payah buat muka kesianlah,aku takkan beri muka,” ujarku pada Changmin,sambil menepuk bahunya.Changmin mengeluh kecil.Aku membuka peti sejuk.Ingin mencari makanan yang boleh dimakan.
Malangnya,tiada satu pun benda yang bernama makanan.Cuma minuman yang ada di dalam peti sejuk itu.
Aku mengambil air mineral sejuk yang ada di dalam peti sejuk itu,lalu meneguknya dengan rakus.Dahaga yang mencengkam sejak tadi,sudah hilang.
“Tak ada sesiapa ke yang nak beli barang dapur?” aku berjalan ke depan,ruang tamu.
Junsu dan Yunho mengangkat bahu.
“Ish...apa nak jadi dengan korang semua ni...” aku menggelengkan kepala.
“Kan semua tu hyung selalu uruskan?” tanya Junsu,sambil memandangku. “Memanglah hyung selalu buat!Tapi,cubalah korang tolong ambil tahu pasal barang dapur!Takkan hyung je yang nak ambil tahu!” aku mula membebel.
“Nak pergi beli barang dapur ke?” Yoochun muncul dari muka pintu rumah.
Aku diam.Malas hendak berkata lagi.
“Korang,pergi bersiap.Pergi beli barang dapur!” aku mengarahkan Yoochun,Junsu,Yunho dan juga Changmin yang baru selesai membasuh pinggan dan mangkuk.
“Mwo?” mereka berempat serentak memandangku.
Aku mengangguk.
“I’m serious,” kataku.Mereka mengeluh.
“Now!” arahku,dengan tegas. “Hyung ikutlah kami,” kata Junsu.Aku merenung Junsu dengan tajam.Yunho mengangguk,bersetuju dengan kata-kata Junsu.
Aku mengangguk. “Yay!” Junsu bersorak. “Macam budak-budak je...” komenku.
“Dahlah!Cepat bersiap!” aku berkata lagi. “Hyung,nanti kita pergi makan tak?” tanya Changmin.
“Ish...budak ni...” aku mengetuk kepalanya.
“Hmm...nanti kita pergi makan,” putusku.Aku naik semula ke bilik dan bersiap.
*****
Your POV
Aku mengerling jam tanganku.Sudah hampir ke pukul lima lebih.Lagi setengah jam,kedai buku ini akan ditutup,kerana sudah ditetapkan masa operasinya sehingga ke pukul enam petang sahaja.
Aku teringatkan kejadian pada tengahari tadi.
Aku berciuman dengan Cikgu Kim!Serentak itu,aku memegang bibirku.Ah!Aku juga,teringatkan akan kekasaranku padanya.Jadi,aku ingin menebus kesalahanku itu.
Apa yang aku nak buat supaya dia maafkan aku,ya?
Masak untuk dia?
“Boleh juga tu...” aku tersenyum selepas itu.
Aku mencapai telefon bimbitku.
“Hello?” kedengaran suara mummy di talian. “Mummy,ni In Young,” kataku. “In Young...kenapa?”
“Ermm,In Young rasa,mungkin In Young balik lambat hari ni,nak beli sesuatu dekat pasar raya,” aku memberitahu mummy. “Okey.Jangan balik lambat sangat,ya?” pesan mummy.
“Ne,mummy!” aku patuh dengan pesanannya.Panggilan ditamatkan.
Lagi 15 minit je lagi...aku menggumam dalam hati.Aku lihat di luar kedai.Tiada tanda-tanda pelanggan akan datang.Kadang-kala aku akan terus menutup kedai,jika tiada pelanggan lagi.Bosku juga tidak kisah,kerana masa hampir tamat.
Tanpa membuang masa,aku terus menutup kedai.Aku terus menaiki teksi yang kutahan,yang akan membawaku ke pasar raya yang berdekatan.
*****
Jaejoong POV
Kami berlima melangkah masuk ke pasar raya itu.Aku membawa troli,bagi memudahkan urusan kami untuk membeli barang keperluan dapur. “Hyung,kita beli ni nak tak?” tunjuk Changmin.
Coklat Cadbury dan Fererro Rochere berada di tangannya. “No!” terus aku meletakkan kedua jenis coklat itu ke tempat asalnya semula.Aku terus membawa mereka ke tempat sayur-sayuran.
Mereka memilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka kehendaki.Changmin masih mahukan kedua jenis coklat itu.Aku terpaksa bersetuju,asalkan dia sendiri yang bayar coklat itu.
Aku menyuruh Junsu dan Yoochun mengambil makanan sejuk beku.Aku,Yunho dan Changmin membeli barangan lain.
*****
Your POV
Aku menolak troli yang kuambil.Aku memilih bahan-bahan yang akan kugunakan untuk memasak untuk Cikgu Kim.
Aku teringatkan makanan kegemaran Young Woong.Dia sukakan Kimchi Jiggae.Makanan pedas itu sering dia masak untukku,walaupun aku ni jenis yang tak tahan pedas.
Kalau aku buat Ddeobokki pun okey kan?
Aku tersenyum sendirian.Macam nak masak untuk kekasih sendiri pun ada...hehehe...
Aku pegang pipiku.Oh...mesti pipi aku merah balik...
Ish!Berangan je aku ni!
Aku mengambil bekas aiskrim coklat yang ada di dalam peti sejuk beku yang berada di hadapanku.Young Jae sukakan aiskrim...
Oleh kerana lantai di situ licin,aku hampir terjatuh.Pinggangku disambut oleh seseorang.Aku pandang dia.
“In Young?”
“Micky oppa?” aku terkejut.
“Hyung,kenapa ni?” seorang lelaki menegur Micky.
“In Young!” lelaki itu juga menegurku. “Xiah oppa?” aku semakin terkejut.Takkanlah...Young Woong juga berada di sini?
Aku meminat Micky melepaskan pegangan.Aku membetulkan baju yang kupakai. “Dah tiga tahun...” kataku.Micky mengangguk. “How are you?” tanya Micky.
“Hmm...biasa je.I’m fine.” balasku.Dingin.
“Hey,kenapa dingin sangat dengan oppa?Kan kita ni sepupu?” Micky hairan.Dahulunya aku memang mesra dengan dia.Namun...aku berubah,kerana hal itu.
“Micky oppa...” aku tidak dapat meneruskan kata-kataku.Wajahnya masih sama seperti dulu,walaupun gaya rambutnya sudah berubah.Begitu juga dengan Xiah.
“Panggil je Yoochun.Sekarang ni oppa guna nama tu,sebab...kami dah berhenti jadi artis,untuk sementara waktu,” aku tidak faham dengan maksudnya,tapi aku mengangguk.
“Yoochun oppa...saya tak dapat nak jelaskannya,” aku menunduk.
“In Young,” panggil Xiah. “Xiah oppa,” aku pandang dia.
“Hey,panggil Junsu jelah,dah lama oppa tak jumpa kamu.” dia terus memelukku.Aku senyum.
“Young Woong?” aku tanya dia.
“Dia...dia ada...tapi...” Junsu agak keberatan untuk memberitahuku.
“It’s okay.Cuma,I’m still love him oppa,” kataku dengan perlahan.Aku ingin bertemu dengan dia.
“Ne.Arraso,” Yoochun menepuk bahuku. “Kamu datang ke sini buat apa?” tanya Yoochun. “Oh...saya beli barang sikit,” balasku. “Bukan ke kamu ni anak orang kaya?Buat apa nak beli sendiri?” dia menyoalku.
“Ermm...saya nak masak untuk seseorang,” balasku dengan malu.
“Boyfriend?” Junsu terus berkata.Kuat.
“Ah...aniyo...” aku menggeleng. “Aigoo,In Young-ah...kamu dah berpunya rupanya.Chukkahae!” Junsu mengucapkan. “Yahh!” Yoochun mengetuk kepala Junsu.
“Hyung!” Junsu menggosok kepalanya.Aku ketawa.
“Lepas ni,kita pergi makan sama-sama,ya?” ajak Yoochun. “Takpelah,oppa.Saya dah janji dengan mummy nak balik lepas beli barang,” aku menolak.
“Alah...sekali sekala kan?” Junsu menyampuk.
“Yup!” Yoochun bersetuju.
“Okeylah.Tapi,nanti oppa kena cakap dengan mummy!” aku bersetuju juga. “Yeah,I will,lagipun dah lama oppa tak jumpa dengan mummy kamu.” dia mencubit pipiku.
“Apa cubit ni?” aku memarahi dia.
“Dahlah,cepat beli barang yang kamu nak beli tu!” kata Yoochun.Aku terus mengambil bahan yang hendak aku gunakan untuk memasak nanti.Junsu menolongku menolak troli.
Okay,mesti korang keliru right?Takpe,just read it...nanti secret will be revealed,dalam mana-mana chapter yg akan datang :)
Comments