Eternal Love : Chapter 8






Maaf kalau lagunya lembab nak loading -.-

Chapter 8

Your POV

Kami semua sampai di tempat yang kami tujui.Aku bersama Min Jung,melangkah masuk ke dalam kafe itu.Sementara mereka yang lain,mengikut kami dari belakang.

“Cantiknya kafe ni...” kata Na Eun yang berada di belakangku.Aku mengangguk.Kafe ini nampak moden,aku sukakan suasana di dalamnya,nampak santai...

“Apa yang korang berdua tercegat dekat situ lagi?” tegur Hyun Ki.Aku dan Na Eun tersengih.Terpesona dan kagum dengan dekorasi kafe ini.Aku dan Na Eun mengikut Hyun Ki.

“Cikgu Kim lah wei!” suara Seohyun dan Hyuna menyebabkan aku memandang ke belakang.Cikgu Kim dan kawannya!Mereka pun makan dekat sini juga...

Aku memandang hadapan semula.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Na Eun.Taemin dan Hyunchul duduk menghadapku.Ish!Apa kes ni?Kenapa mereka pula yang nak duduk depan aku?

Aku membisikkan sesuatu pada Hyuna.Dia mengangguk kemudiannya.Aku bangun dan duduk di tempat Hyuna.Hyuna pula duduk di tempatku.Na Eun tidak berkata apa pun.

Aku pandang ke belakang.Opss!Cikgu Kim!Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.Fuhh!Hampir-hampir!

“Hai,Hyun Ki,” tiba-tiba aku terdengar suaranya menegur Hyun Ki. “Hai cikgu!Jumpa lagi kita!” Hyun Ki ketawa kecil.

“Ya.Korang semua nak makan dekat sinilah,ya?” dia berbasa-basi.

“Yup!”

“Baguslah,kafe ni makanannya memang sedap.Cikgu selalu makan dekat sini dengan kawan-kawan cikgu.” ujarnya.Aku hanya mendengar setiap butir percakapannya.

“In Young,” panggil Min Jung.Aku pandang ke arah Min Jung. “Kenapa kau duduk situ?” tanyanya.Aku tidak menjawab pertanyaannya.Takut pula jika Hyun Chul dan Taemin akan terasa hati.

Nothing,” balasku.

“Korang!Nak pesan apa?” laung Key.Kuat.Amboi...macamlah kitorang semua ni sebatu jauh daripada dia,sampai semua orang pun pandang dia.Dia cuma tersengih.Cehh,coverlah kononnya.

Mereka yang lain terus memesan menu yang mereka hendak makan.Aku pula hanya membelak buku menu itu.Tidak tahu memilih apa.Fikiranku di saat ini hanya terbayangkan Young Jae.

Agaknya,dapat tak Hye Young pujuk dia?

“In Young?” bahuku disentuh.Aku tersentak kecil.Semua kawan-kawanku memandang ke arahku.Cikgu Kim duduk di hadapanku.Eh?Sejak bila pula tempatnya di sini?

Aku pandang ke arah sebelahku.

Yunho dan Changmin sedang makan.Hyun Ki duduk di depan Yunho.Maknanya di sebelahku...kan?

“Apa?” aku pandang Key.

“Kau nak makan apa?” tanya Key padaku.Aku membuka buku menu itu.Semuanya nampak sedap,namun aku tidak tahu hendak membuat pilihan.

“Apa kata,awak pilih spaghetti Bolognese?” cadang Cikgu Kim padaku.Spaghetti bolognese?Hmm...not bad.Aku terus mengangguk.Key menunjukkan ibu jari kanannya.

“Minum?” tanya Key lagi.

“Ermm,latte ice?” aku memesan. “Okey,set!” katanya.Aku tersenyum kecil.

“Cikgu selalu pergi makan dekat sini?” tanyaku,sebenarnya aku tak tahu nak menanya apa padanya.Jadi,aku meringankan mulutku untuk bertanya. “Hmm?” dia kelihatan blur.

“Saya tanya,cikgu selalu makan dekat sini ke?” aku mengulangi pertanyaanku. “Yup,cikgu selalu makan dekat sini.” dia membalas.Aku mengangguk.Janggal.

Aku meramas kedua belah tanganku.Aku sedang gelisah.Aku masih memikirkan tentang Young Jae.

Baby sky

All the dreams and hopes your eyes

Ashiita mo kitto waraeru

Sonomama no kimi de ite with me

Aku membuka inbox mesej.

From:Hye Young

Help unnie!I can’t manage Young Jae!
Dia mula menjerit-jerit panggil kamu!
Junjin pun dah merengek...unnie tak dapat
pujuk dia...mianhae L

Aku mengeluh.

Kenapa begini?Kenapa Young Jae membuat perangainya pada waktu ini. “Kenapa In Young?” Hyun Ki menyoalku.Aku menggeleng.Aku memegang dahiku.

Aku bangun,dan memberitahu sesuatu pada Key.Key mengangguk.Aku melangkah keluar dari kafe itu.Aku cuba menahan teksi.Aku perlu memujuk Young Jae dengan segera.

“In Young!” Cikgu Kim memanggilku.Aku tidak dapat mendengar katanya,kerana aku ingin menahan teksi.

Dia menarik tanganku. “Jom,saya tumpangkan awak,” katanya dengan bersungguh-sungguh.Aku memandangnya.

“Bawa saya ke shopping mall tadi tu,” aku memberitahu dia.Dia membawaku ke keretanya.

Dia memandu keretanya ke shopping mall tadi.

Sampai di tempat parking lot.Aku keluar dan berlari naik ke shopping mall itu. “Unnie?Unnie dekat mana sekarang ni?In Young dah sampai!” aku menelefon kakakku itu.

“Tingkat tiga,dekat bahagian baju kanak-kanak!” balasnya.Suasana di tempat itu agak hingar-bingar.Tanpa membuang masa,aku ke tingkat tiga,menaiki eskalator.

“Tak nak!Nak mama!” jerit si kecil itu.

“Young Jae-ah,janganlah macam ni...” pujuk kakakku.Junjin pula sudah menarik baju kakakku.Kasihan aku melihat kakakku yang sedang kesusahan. “Young Jae,” aku memanggil.

Young Jae mengalihkan pandangannya ke arahku.Matanya sudah dibasahi dengan air mata. “Mama!” dia terus meluru ke arahku.Dia memeluk pehaku,kerana dia masih lagi pendek.

Aku mendukung Young Jae,dan membelai belakangnya. “Young Jae,kenapa susahkan omma?” aku menanya dengan perlahan. “I want mama,” jawabnya,dengan tulus.

Aku tersentuh dengan jawapannya.

I know,but...jangan buat omma susah hati...kesian dia.Junjin pun sama.” aku berkata.Dia memandang Junjin yang sudah berada di pelukan Hye Young.

Dia melepaskan pelukan.Dia berjalan ke arah kakakku.

“Omma,mianhae,” ucap Young Jae dengan memandang kakakku. “Okey,dear.Lain kali jangan buat macam tu lagi,” balas Hye Young,dengan mengusap rambut Young Jae.Young Jae mengangguk.

“Arraso,omma,”

Good boy,” kakakku tersenyum dengan puas hati.

Aku juga berpuas hati dengan tingkah Young Jae itu.

“Ahjusshi?” Young Jae memanggil.Aku pandang ke belakang.Cikgu Kim?Sejak bila dia berada di sini?

“Annyeong,Young Jae,” kata Cikgu Kim. “Apa ahjusshi buat dekat sini?” tanya Young Jae. “Oh,tadi mama kamu tumpang ahjusshi,” balas Cikgu Kim sambil melirikkan pandangannya ke arahku.

Young Jae memandangku pula.Aku mengangguk,mengiyakan kata-kata Cikgu Kim.

“In Young.Unnie tak sempat beli baju untuk dia,sebab dia buat perangai tadi,” kakakku memberitahuku. “Hmm,okay.Nantilah,baru In Young belikan baju untuk dia,” aku memutuskan selepas berfikir.

“Okey.Unnie nak balik dulu,sebab suami unnie dah tunggu dekat rumah,” senyumnya. “Jadi,Young Jae ikut mama,ya?” sambung Hye Young,sambil memegang pipi Young Jae.

Young Jae menepuk tangannya.Gembira.

Aku lihat Cikgu Kim ketawa melihat reaksi Young Jae itu. “Unnie balik dulu,ya?” Hye Young meminta diri.Aku senyum.Young Jae melambai tangannya.

So,what we want to do now?” aku bercekak pinggang.Memandang Young Jae dan Cikgu Kim. “Nak beli baju!” cadang Young Jae dengan riang. “Amboi,happynya dia!Tadi buat perangai...” aku mencubit pipinya.

Young Jae tersengih.

“Cikgu,saya nak bawa dia pergi beli baju,” kataku pada Cikgu Kim. “Boleh.” balas Cikgu Kim.

“Cikgu tak kisah ke?Kan kawan cikgu dekat kafe?” aku menyuarakan kebimbanganku.

“Mereka boleh balik sendiri.” selamba Cikgu Kim menjawab,senyuman terukir di bibirnya. “Kalau macam tu,ermm,cikgu temankan kami boleh?” aku meminta,dengan sebuah senyuman.

“Ne.I will,” balas Cikgu Kim.


Comments

Popular Posts