Eternal Love : Chapter 7
Chapter 7
Your POV
“Can I call you ahjusshi?” tanya Young Jae.Aku sebenarnya terkejut dengan soalan yang ditanya oleh Young Jae. “Of course you can!Good boy!” balas Cikgu Kim.
“Mama...” panggil Young Jae.Aku terdiam.
“Yes,my dear?” kakakku,Hye Young menanya. “Not omma,mama...” dia menunjukkan kepadaku.Aku tersentak kecil. “Yes,my dear?Wae?” aku menanya dia.
“Can I hug ahjusshi?” tanya Young,dengan mengharap. “Cikgu,boleh tak,ermm,Young Jae peluk cikgu?” aku meminta izin daripada Cikgu Kim.Malu hendak memandang mukanya...
“Okey,” setujunya. “Come here,Young Jae,” Cikgu Kim sudah mendepangkan pelukannya,Young Jae terus meluru ke arah Cikgu Kim.Kemudian,entah apa yang dikatakan oleh Young Jae pada Cikgu Kim.
Cikgu Kim juga membalas apa yang dikatakan oleh Young Jae.Aku,Key,Hyun Ki,kakakku,dan kawan Cikgu Kim hanya melihat apa yang mereka lakukan.
Setelah pelukan terlerai,Young Jae mengucapkan terima kasih pada Cikgu Kim. “Cheonmaneyo,Young Jae-ah,” balas Cikgu Kim.Young Jae berjalan ke arahku,lalu,dia memegang tanganku.
“Hmm,cikgu mintak diri dululah,ya?Cikgu sebenarnya nak beli baju je,lepas ni nak teman budak ni makan,” ujar Cikgu Kim,sambil menepuk bahu kawannya.
Kami semua mengangguk.
Key dan Hyun Ki memandangku pula. “Hmm...pelik kan,In Young?” kata Key. “Wae?”
“Young Jae suka dekat cikgu tu sorang je,aku ni dia tak suka,” ujar Key,dengan rasa terkilan. “Sorry sangat ya?Dia memang macam tu...” aku memohon maaf.
“It’s okay.” kata Key.Hyun Ki di sebelah hanya mendiamkan diri. “In Young nak pergi dengan kawan-kawan ke?” tanya kakakku,Hye Young.Aku mengangguk.
“Eh,Min Jung tak call kau ke?” soal Hyun Ki tiba-tiba.Aku memeriksa telefon bimbitku. “Ada!Aku tak perasan pulak dia call!” aku lihat,ada lima miscalled.Pastinya dia sudah menunggu bersama yang lain.
“Hello?Min Jung-ah,kau telefon aku ya?Sorry sebab tak jawab,lagipun aku tak perasan kau telefon akulah,” aku menelefon Min Jung. “Oh?Korang dah habis shopping ke?”
“Hmm...kitorang?Dah,tapi unnie aku ada dekat sini,” aku berbual dengan Min Jung. “Okey,hmm...”
“Apa Min Jung cakap?” Key ingin tahu.
“Dia kata,diorang semua dah habis shopping,cuma nak tunggu kita jelah,sebelum pergi makan dekat Kafe Mirotic,” aku memberitahu apa yang aku bualkan dengan Min Jung.
“Kau nak ikut kitorang ke?” Key menanyaku.
“Of courselah!” jawabku. “Takpelah,unnie bawak Young Jae beli baju,” sampuk kakakku,Hye Young.Aku mengangguk. “Young Jae,ikut omma tau?I have to go with my friends,” aku mengusap lembut pipinya.
“Mama...” sayu suaranya memanggilku.
“No,I need to go,” kataku padanya.Wajahnya kelam,tiada senyuman di bibir comelnya itu.
“Hey,don’t be sad.Nanti mama beli apa-apa untuk kamu,ya?” aku memujuk,aku memegang tangannya.Dia tidak memberi reaksi. “Unnie,saya pergi dulu,ya?” aku berkata pada kakakku.
Young Jae masih tidak membalas.Dia diam sahaja.
Aku,Key dan Hyun Ki melangkah keluar dari situ,meninggalkan Hye Young,Junjin dan juga Young Jae,walaupun aku sebenarnya tidak sampai hati untuk pergi.
“Kesian pulak aku tengok Young Jae,” kata Hyun Ki.Aku diam.
“Rapat betul kau dengan anak saudara kau tu,” komen Key.Aku senyum.Kalaulah mereka tahu apa hubungan yang sebenar antara aku dengan Young Jae...
Kami berjalan ke arah rakan-rakan kami yang lain.Mereka sedang menunggu ketibaan kami. “Min Jung-ah!” aku memanggil Min Jung.Min Jung mengangkat wajahnya.Dia menyambutku.
“Lama betul korang,shopping,” kata Chunji.
“Tadi kitorang ter...” aku menutup mulut Hyun Ki,dan membuat isyarat mata supaya jangan memberitahu apa-apa tentang Young Jae ataupun tentang Cikgu Jaejoong.
“Ter apa?” tanya Na Eun.
“Takde apa...jumpa mamat hansem je,” aku membalas,dengan sengihan. “Hansem ke?” Na Eun seakan berminat. “Bolehlah,tapi,aku rasa,Hwang Chansung,dari kumpulan 2PM lagi hansem,” aku memberi komen.
Na Eun terlopong.
“Habis,kalau Cikgu Kim tu,tak hansemlah ya?” tanya Cho Rong.
“Not my taste,” aku berkata dengan gurauan.Terbuntang mata Cho Rong,Hyuna,Seohyun,Min Jung,dan Na Eun kerana gurauanku itu.
“Biar betul kau ni,In Young?” soal Min Jung dengan tidak percaya.Aku membuat muka serius,kemudian,terletus tawa dari bibirku.
“Gilalah,kalau aku cakap dia tak hansem!Okey,aku gurau jelah tadi!” sengihku.Cho Rong,Hyuna,Seohyun,Min Jung dan Na Eun mengeluh lega. “Hey,kenapa korang ni takut sangat bila aku cakap macam tu?”
“Aku takut,kalau-kalau mata kau tu rabun...” ujar Hyuna.
Aku ketawa lagi.
“Hey girls!Kitorang ni yang terpacak dekat sini,tak hansem ke?” Key menyoal,dengan tidak puas hati.Aku,Cho Rong,Hyuna,Seohyun,Min Jung dan Na Eun serentak mengangkat kening.
“Hansem ke?” tanya Hyuna pada Cho Rong.Cho Rong pula memandangku.Aku mengangkat bahu.Yang lain juga mengangkat bahu. “Weh!Apa ni?Kitorang ni dahlah hansem-hansem belaka,boleh pulak korang tak hairan?” kata Hyun Ki dengan tidak puas hati.
Budak-budak lelaki yang lain juga mengangguk,bersetuju dengan kata-kata si Hyun Ki itu.
“Whatever,” serentak kami di pihak perempuan membalas.
“Yahh!Apahal korang ni?” Key bercekak pinggang.Nampak sangat riak wajahnya tidak berpuas hati.
Kami ketawa selepas itu. “Korang ni emosi sangatlah!Lain orang,lain citarasanya!” ujar Na Eun.Aku mengangguk,setuju dengannya.
“Dahlah tu,malas aku nak layan korang ni!Jomlah kita pergi makan!” ajak Hyun Ki dan Key.
Kami semua terus beredar dari pusat membeli belah itu.Kami menaiki bas untuk ke Kafe Mirotic. “Eh,Key...kau dah buat tempahan untuk tempat karaoke ke?” tanya Hyuna yang duduk bersama Hyun Ki di belakangku.Key duduk di sebelah kanan mereka.
“Alamak!Aku lupalah!” Key menepuk dahinya.
Hyuna menunjukkan penumbuknya pada Key. “Dah ajak,tapi tak buat tempahan pulak!” perli Hyuna dengan jelingan.Hyun Ki hanya mengangkat bahu,tidak mahu menyampuk.
Aku hanya menggeleng kepala melihat Hyuna dan Key.Aku pandang Hyun Chul di sebelah Taemin.Mereka hanya diam,tidak berborak apa-apa.Kami yang lain pula,tidak jemu menyoal itu dan ini.
Min Jung,aku suruh dia duduk dengan Chunji.Hehe...aku sengaja nak rapatkan hubungan diorang,dan,aku duduk berseorangan.Walaupun rasa sunyi,tapi aku tetap gembira...macam tak betul pula aku ni...
Bunyi lagu,Kiss The Baby Sky menggangguku.Aku mengeluarkan telefon bimbitku.
1 message received
From:Hye Young
In Young...Young Jae buat perangai!Unnie dah cuba pujuk dia...Dia tetap nak In Young...sampai hentak kaki dekat depan orang ramai...
Jelas aku terkejut dengan mesej itu.Kenapa pula Young Jae hendak membuat perangai di depan orang ramai.Pasti kakakku sedang menghadapi kesusahan.
Young Jae...aku menggumam namanya.
Kalaulah Young Woong ada ketika ini...
Apa yang harus aku lakukan?Patutkah aku menyuruh kakakku membawa pulang Young Jae ke rumah?Atau,menyuruh Young Jae ikut bersamaku?Aku buntu hendak memikirkan cara yang sesuai...
Aku membalas mesej itu...harapnya Young Jae tidak membuat perangainya lagi...
To:Hye Young
Unnie bawak dia pergi kedai aiskrim...Unnie tahu tak kedai aiskrim Time Out?Young Jae sukakan aiskrim...Unnie pujuk dia pergi kedai tu ya? J
Young Jae sama seperti Young Woong.Aiskrim adalah kegemaran mereka berdua.Kedai aiskrim Time Out memang menjadi tempat kegemaran Young Jae,sejak aku memperkenalkan kedai itu padanya.
Comments