Eternal Love : Chapter 6
Chapter 6
Jaejoong POV
Aku tidak jadi membawa mereka ke restoran,namun membawa ke pusat membeli belah. “Hyung,kenapa pergi shopping mall pulak?” tanya Changmin dengan tidak puas hati.
“Mianhae,Changmin-ah.Hyung nak beli bajulah,” kataku.
Yunho ketawa. “Kau tengok muka dia yang dah monyok semacam je,” ujar Yunho. “Lepas habis shopping kita pergi makanlah...” aku memberitahu Changmin.
Changmin mengangguk dengan terpaksa.Kesian pulak tengok dia ni...
Kami terus bergerak masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.Kami menuju ke bahagian baju lelaki.
“Hyung,nak beli apa?” tanya Changmin setelah diam.
“Kan hyung kata dia nak beli baju?Kau tak dengar ke Minnie?” balas Yunho. “Yahh...saya laparlah hyung,semua dah tak dengar,” kata Changmin dengan selamba.
Aku tersenyum dengan telatah Changmin itu.
Aku memilih baju yang hendak kubeli.Sebenarnya aku ingin membeli pakaian untuk aku bekerja.Seperti baju kemeja,tali leher dan seluar slack.Aku meninjau sekeliling tempat itu.
Aku mengambil tali leher berwarna biru.Warna kegemarannya.In Young memang sukakan warna itu.Katanya warna itu menenangkan jiwanya. “Kenapa kau senyum?” tegur Yunho.
“Oh,aku teringatkan sesuatu,” balasku.
“In Young?” teka Yunho.Aku mengangguk.
“Kau dah cuba cari dia?”
“Aku dah upah penyiasat persendirian,siasat mana dia sekarang ni,rumah yang dekat Amerika tu,dah ada orang lain duduk.” aku memberitahu Yunho.Dia mengangguk,sebelum menepuk bahuku.
“Aku harap,kau dapat jumpa dia semula,” ujarnya. “Thanks,” ucapku. “No biggie,”
“Hyung!Tali leher ni pun cantik jugak!” tunjuk Changmin.Tali leher berwarna merah berbelang menjadi pilihannya. “Merah?No!” aku menyerahkan tali leher itu kepada Changmin semula.
Aku terpandangkan seseorang yang kurasakan aku kenali,melalui caranya berdiri.
Aku berjalan mendekati gadis itu.
“In Young?” aku menegur,dalam hati,aku mengharapkan tekaanku itu betul.Gadis itu beralih pandang.Dia memandangku dengan pelik.
“Ini cikgulah,” kataku. “Cikgu Kim?”
Aku mengangguk.In Young tersenyum kecil,namun senyumannya itu tampak ikhlas dari hatinya. “Cikgu nampak lain.Saya ni bukan cam orang sangat,” katanya,dengan dingin.
Hmm...dia memang dingin dengan orang ke?
“Ni kawan cikgu.Yunho dan Changmin,” aku memperkenalkan Yunho dan Changmin kepada dia. “Saya In Young,Park In Young,” giliran In Young pula memperkenalkan dirinya.
Yunho dan Changmin mengangguk.
“Awak datang dengan siapa?” aku menanya dia. “Dengan Key dan Hyun Ki.Kawan yang lain pun ada jugak,” balas In Young. “In Young!” munculnya Key dan Hyun Ki.
Mereka memandangku.
“Eh,cikgu ke ni?” tanya Hyun Ki.Aku mengangguk. “Lainnya cikgu.Kan dekat sekolah cikgu pakai cermin mata,” Key berkata.Aku hanya ketawa. “Saya pakai dekat sekolah jelah,” ujarku.
“In Young!” ada seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an memanggil In Young.Dia pandang ke hadapan.Wanita itu bersama dua orang kanak-kanak lelaki.
Salah seorang daripada mereka mempunyai wajah kacukan korea-inggeris.
“Unnie,” In Young berjalan ke arah wanita itu.
Kanak-kanak lelaki itu memerhatikan aku.Comelnya... “Comelnya budak ni!” Key cuba mencubit pipi kanak-kanak itu,namun kanak-kanak lelaki itu mengelak daripada Key.Dia hanya dapat mencubit pipi kanak-kanak lelaki yang berada di sebelah wanita itu.
“Sorrylah,dia takut dengan orang luar,” beritahu In Young pada Key.Key agak hampa,kerana tidak dapat memegang pipi comel kanak-kanak lelaki itu.
Aku cuba mendekati kanak-kanak lelaki itu.
“Hey,what’s your name?” tanyaku,sambil memandangnya.
Kanak-kanak lelaki itu memandang In Young. “Just answer it,” arah In Young. “Park Young Jae,” dengan teragak-agak dia memberitahu namanya. “Young Jae?Such a nice name...my name is Kim Jaejoong,” aku memuji namanya,dan memberitahu namaku pula.
Aku membelai rambutnya.
Young Jae ketawa kecil.Aku tersenyum lebar melihat kecomelannya. “Can I call you ahjusshi?” tanya Young Jae. “Of course you can!Good boy!” balasku dengan sebuah persetujuan.
“Mama...” dia memanggil mamanya.Oh ya,siapa mamanya?
“Yes,Young Jae?” wanita itu memberi respon. “Not omma,mama,” Young Jae menunjukkan ke arah In Young.
“Yes,my dear?Wae?” tanya In Young. “Can I hug ahjusshi?” tanya Young Jae dengan polos. “Cikgu,boleh tak,ermm,Young Jae peluk cikgu?” dengan menunduk,In Young meminta izin.
Dia nampak segan. “Okey,” aku membalas. “Come here,Young Jae,” aku mendepangkan pelukan.
Young Jae memelukku.
“In my dream,I’m always saw my papa,” kata Young Jae padaku dengan perlahan. “You haven’t see your father?” tanyaku dengan perlahan. “No,” dia menjawab.Aku mengusap rambutnya.
Kemudian,dia melepaskan pelukan.
“Gomawo,ahjusshi!” dia senyum padaku. “Cheonmaneyo,Young Jae-ah,”
Dia berjalan ke arah In Young,lalu memegang tangan In Young dengan erat.Mungkin dia lebih rapat dengan In Young,berbanding dengan ibunya sendiri...aku mengandaikan pendapatku.
“Hmm,cikgu minta diri dululah ya?Cikgu sebenarnya nak beli baju je,lepas ni nak teman budak ni makan,” aku berkata,dan menepuk bahu Changmin.Changmin hanya tersengih.
Mereka semua hanya mengangguk.
Aku membeli tali leher berwarna biru,lima helai baju dan lima helai seluar slack.
“Hyung,kenapa satu je tie?” tanya Changmin.
“Yang lain pun ada dekat rumah,” aku berkata.
Kami keluar dari pusat membeli belah itu,dan aku memandu ke Kafe Mirotic.Changmin sudah menepuk tangan,kerana permintaannya akan tercapai.
“Hari ni,hyung treat kamu,” aku memberitahu Changmin. “Great!” Changmin menunjukkan ibu jarinya padaku.
“Chicken chop,spaghetti carbonara,fish and chip,” pesan Changmin kepada pelayan itu. “Just latte ice,” aku memesan. “Chicken chop,orange juice,” pesan Yunho pula.
“Oh,also...apple juice!” Changmin memesan air.
Pelayan itu menyuruh kami tunggu sebentar sementara menunggu pesanan sampai.
“Hyung,perempuan tadi tu kan,dingin semacam je,” kata Changmin. “Dia mungkin macam tu kot,” aku membalas. “Tapi,dia okey je dengan kawan-kawan dia,nanti hyung nak cuba jadi kawan dia,” aku memberitahu Changmin.
“In Young.” sebut Yunho.
Aku memandang wajah Yunho.Pelik.
“Apa nama keluarga In Young,bukan pelajar kau,tapi dia,”
Aku diam.Sebenarnya aku memang tidak tahu,kerana dia hanya memperkenalkan dirinya sebegai In Young sahaja. “Entah,dia tak cakap nama keluarga pun,”
“Pelajar kau tu,kalau dia warnakan rambut dia ke warna perang,i mean chocolate,mesti nampak sama dengan In Young kau tu,” ujar Yunho.
Aku ketawa.
“In Young tetap In Young,Yunho...no one will change her,”
“If she does?”
Aku mengangkat bahu.Aku akan menemui In Young juga.
Comments