Eternal Love : Chapter 19
Chapter 19
Your POV
Waktu bahasa Inggeris sudah tamat.Para pelajar di kelas semuanya keluar,untuk menukar baju di bilik persalinan.Aku dan Min Jung bergerak ke bilik persalinan perempuan.
Selepas itu,kami dan rakan-rakan turun ke bilik gim.
Guru Pendidikan Jasmani menyuruh kami semua membuat hal masing-masing,kerana dia perlu menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba diadakan oleh pengetua.
Aku mengambil peluang ini untuk berbual dengan Hyun Ki.
“Hyun Ki,” panggilku.
Hyun Ki memandang,dengan tidak bermaya. “Jom,aku nak sembang kejap dengan kau,” kataku,sambil memegang tangan Hyun Ki.Hyun Ki mengikut.Kami berjalan keluar dari gim,dan berjalan di sekitar kawasan sekolah.
Kami duduk di bangku yang terletak berhampiran dengan sebuah taman yang ada di sekolah itu.
“Kau ada masalah ke?” aku mulakan pertanyaan.Hyun Ki diam.
“Hyun Ki.” panggilku,dengan lembut.
Dia tetap diam.
“Tak mengapalah,aku tak nak paksa kau,kalau kau tak nak kongsi masalah kau dengan aku,” ujarku.Ada nada kecewa dalam kata-kataku itu.Aku bangun,ingin ke bilik gim semula.
“Nanti!” Hyun Ki memegang lenganku.
Aku pandang Hyun Ki. “Duduklah,” katanya.
Aku duduk,dan menantikan penjelasan daripadanya.
“Semalam,ibu bapa aku bergaduh.Tiba-tiba je.Aku pun memang tak sangka yang mereka akan bergaduh.Masa tu,aku tengah buat kerja sekolah,aku terdengar mereka cakap yang mereka nak bercerai...aku rasa macam...dunia aku gelap sepenuhnya...
Aku rasa macam perkara ni adalah perkara yang paling aku tak dapat terima,semuanya macam...bukan perkara yang aku nak dengar.Aku tak nak ibu bapa aku bercerai.
Aku tak nak mereka buat aku pilih antara mereka.Aku tak nak berpisah dengan mereka berdua,termasuk dengan kakak aku,Hye Rin.Kalau Hye Rin noona tahu,mesti dia kecewa jugak.
Hye Rin noona tengah belajar sekarang ni,aku tak nak dia tertekan dengan hal ni...aku tahu,yang perkara ni sangat serius...tapi...mereka patut fikirkan tentang aku dengan Hye Rin noona,” luah Hyun Ki dengan panjang lebar.
Aku mendengar setiap butir luahannya.Aku tahu dia kecewa.
Aku menepuk bahunya.
“Kau janganlah susah hati.Jangan terlalu ikutkan perasaan kau.Kau cubalah harapkan yang terbaik untuk keluarga kau.Aku yakin,mereka takkan berpisah,sebab ianya macam mustahil je,” balasku.
“Tak...tak mustahil,In Young...” dia menyangkal kata-kataku.
“Kenapa?Kenapa kau macam memang harapkan perkara tu berlaku?Kau nak ke semua tu berlaku?” soalku dengan keras.Hyun Ki memandangku,dengan tajam.
Dan...dia mengeluh selepas itu.
“Sorry...aku tahu aku agak melampau...” ucap Hyun Ki. “Okey,”
“Aku rasa macam orang bodoh je hari ni,dan semalam.Aku tak dapat nak ceria macam dulu...aku risau,dan aku terlalu risau pasal penceraian tu...” ujar Hyun Ki,dengan menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.
“Hyun Ki...macam aku kata tadi,jangan susah hati,dan...jangan terlalu fikirkan pasal tu.Kau ada tanggungjawab sekarang ni,sebagai seorang ketua kelas.Takkanlah kau nak abaikan benda tu?Pasal keluarga kau tu,kau cuma boleh berharap,kalau ya...mungkin kau perlu terima perkara tu...” aku berkata dengan panjang.
Dia mengeluh lagi. “Okey.Boleh aku peluk kau?Sekejap je,aku rasa terbeban dan tension sekarang ni...” pinta Hyun Ki.Aku mengangguk.
Dia memelukku dengan rapatku.Ada keluhan terkeluar dari bibirnya.Dia meletakkan dagunya di bahuku.Aku mengusap belakangnya,memberi semangat untuknya.
“In Young...aku rasa selesa bila kau ada untuk aku.Bila kau sudi dengar luahan dan masalah aku,” kata Hyun Ki perlahan. “Kita kan kawan?Aku sentiasa akan jadi pendengar untuk kau,” balasku.
“Kan bagus kalau aku ada teman wanita macam kau...” kata Hyun Ki lagi. “Carilah teman wanita.Yang prihatin,dan sudi mendengar setiap masalah kau,” ujarku,dengan senyuman.
Pelukan masih belum terlerai.
Aku tahu,Hyun Ki ingin dirinya bertenang untuk seketika,jadi aku tidak menghalang untuk dia memelukku dengan lebih lama.
*****
Jaejoong POV
Aku masuk ke bilik mesyuarat,kerana pengetua tiba-tiba mengadakan mesyuarat.Aku duduk di kerusi yang telah disediakan.Bilik mesyuarat itu berdekatan dengan taman yang ada di belakang sekolah.
Aku ingin melihat apa yang ada di luar,dan...aku terlihat In Young dan Hyun Ki sedang duduk di bangku.
Hyun Ki mendiamkan dirinya,manakala aku lihat In Young berkata sesuatu.Kemudian,aku lihat Hyun Ki memegang lengan In Young.Eh?Apa yang diorang buat dekat situ?
Hyun Ki berkata sesuatu pada In Young.In Young setia mendengar,tanpa berbuat apa-apa.
Aku hanya melihat apa yang mereka lakukan.
Mereka dating ke?
In Young dan Hyun Ki saling suka antara satu sama lain ke?
“Cikgu Kim,” tegur Pengetua Choi.Aku tersentak kecil.Aku senyum padanya dan menumpukan perhatian pada mesyuarat itu.Namun,aku masih ingin tahu apa yang mereka lakukan.
Hmm...
Pengetua Choi memulakan mesyuarat dengan agenda untuk awal tahun.Tentang hari sukan sekolah,kelab,dan lain-lain.Aku mendengar setiap butir isi mesyuarat itu,dan fikiranku masih terlayang tentang In Young dan Hyun Ki.
Aku menulis sesuatu di buku nota yang kubawa.
In Young + Hyun Ki = ?
In Young + Jaejoong = ?
Aku mengukirkan senyuman dalam diam.Mungkinkah aku suka pada dia?Oh tidak!Dia cuma pelajarku saja!
Mungkin kerana In Young hampir mempunyai wajah yang sama seperti dia.Mungkin kerana aku terlalu rindukan dia,sehinggakan aku menyimpan rasa itu pada In Young,pelajarku sendiri.
Aku memandang ke luar lagi,masih mendengar apa yang Pengetua Choi dan lain-lain sedang berbincang.
Oh My God!Aku menekup mulut.
Hyun Ki dan In Young berpelukan.Aku semakin ingin tahu apa yang mereka sedang lakukan.Love confession?Aku berasa ada sesuatu yang menyelinap di hatiku ini.
Cemburu?
Aku bangun,meminta diri,kononnya hendak ke tandas,namun aku terus turun menuju ke taman.
In Young dan Hyun Ki sudah meleraikan pelukan,mereka berjalan menuju ke bilik gim.Aku menarik nafas.Aku cemburu ke?
Yahh!Kim Jaejoong!Aku menjerit dalam hatiku.
“Takkanlah aku mula sukakan In Young?” bisikku sendirian.
“Cikgu Kim?” aku pandang ke belakang.In Young?!
Comments