Eternal Love : Chapter 18
Chapter 18
Yoochun POV
“Siapa budak lelaki tu,ya?” aku menanya diriku.
“Anak Hye Young noona kot,” balas Junsu tanpa kupinta.Aku mengangkat bahu.Benarkah?Tapi,mengapa kanak-kanak lelaki itu agak manja dengan In Young,sehinggakan memanggil In Young sebagai mama.
“Rapat betul In Young dengan anak Hye Young noona,” ujar Junsu.Aku mengangguk.
“Tapi...kenapa muka dia hampir nak sama dengan Jaejoong hyung masa dia kecil,ya?Walaupun budak tu kacukan,” soal Junsu.Aku mengangkat bahu sekali lagi.
“Mungkin suami Hye Young tu lelaki inggeris kot,” aku membuat andaian.
“Comel betul budak tu...” puji Junsu sambil tersenyum.Aku juga tersenyum,setuju dengan kata-katanya.
Kami sampai di rumah.
Pintu rumah tidak berkunci,jadi aku terus menolak pintu dan masuk bersama Junsu.Changmin sedang duduk di ruang tamu,sambil tangannya memegang plastik snek.
“Oh,hyung berdua dah balik...” Changmin perasan akan kehadiran kami.Aku mengangguk,dan naik ke bilikku.
*****
Jaejoong POV
Aku masih teringat akan panggilan yang digunakan oleh In Young,sewaktu aku sedang makan di Kafe Mirotic tadi. “Jaejoong-ssi...” aku menyebut.Aku tersenyum sendirian.
Selalunya,In Young akan memanggilku sebagai CIkgu Kim,kali ini,kali pertama dia memanggilku sebagai Jaejoong-ssi.
“Kalau boleh panggil Jaejoong-ssi,tak mustahil kalau dia nak panggil aku sebagai oppa kan?” kataku sendirian.
Ah!Mungkin lebih sedap kalau dia panggil aku sebagai oppa!Aku berkata dalam hati.
“Hyung!” aku tersentak,lamunanku hilang begitu saja.
“Yahh!Shim Changmin!Kenapa panggil?!” aku memarahi Changmin yang tersengih di depan pintu bilikku.Menganggu ketenteraman orang je...ish...
“Hyung...” panggil Changmin.
“Apa?”
“Hyung...” sekali lagi Changmin memanggilku. “Waeyo?!” aku menanya dia,dengan nada menyampah.
“L.A.P.A.R!” Changmin mengeja perkataan lapar.
“Ish!Kamu ingat hyung tak reti eja ke?Kenapa nak makan?Masaklah sendiri!” aku berkata,dengan dingin. “Hyung,takkanlah hyung tak tahu macam mana dongsaeng kesayangan hyung ni macam mana...” perlahan Changmin membalas.Mulalah nak buat drama...kononnya merajuk...cehh!
“Okey!Hyung akan masak untuk kamu!” aku bangun dari katil,dan keluar.Changmin mengikutku dari belakang,dan bersorak dengan riang,tanda dia menang.
Aku mengeluh kecil.Susah juga bila ada dongsaeng macam Changmin ni...kerjanya nak makan aje,selain bermain game.Itu pun dia ajak si Kyuhyun,member Super Junior join dia sekali...
Aku menggeleng kepala.Changmin duduk di kerusi,tempat kami semua makan.
“Nak makan,tapi,bukannya nak tolong masak,” perlahan aku mengadu.
“Apa dia,hyung?” tanya Changmin.
“Tak ada apa,” balasku.Harapnya Changmin tak dengar.Aku memotong sayur yang kuambil dari peti sejuk.
*****
Your POV
Aku duduk di katil.Young Jae sudah pun tidur,selepas dia dengan riuhnya bercerita tentang aiskrim yang dia makan di Time Out.Aku dengan gembiranya setia mendengar setiap kata-katanya.
“Nanti...mungkin mama akan bawa kamu jumpa Yoochun ahjusshi,” kataku dengan perlahan,sambil membelai rambut Young Jae.
Aku juga lupa untuk menunjukkan gambar Young Woong.Mujurlah Young Jae tidak menanya tentang hal itu,walaupun aku sendiri berat hati untuk menunjukkan gambarnya.
Aku membuka almari pakaianku.Sebuah album gambar kuambil.Aku duduk di sofa yang ada di bilikku.Aku membuka album itu dengan perlahan.Perlahan-lahan,aku memejamkan mataku.
Wajah Young Woong sedang tersenyum menyapa pandanganku,sewaktu aku membuka mataku.
Sudah lama aku tidak menatap album gambar ini.Dua tahun...aku langsung tidak mengusik benda itu,meskipun aku ingin menatap album itu setiap hari.Aku takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku.
Aku menyelak halaman yang lain.Ada gambar sewaktu Young Woong berada di luar rumah Yoochun,di mana waktu itu,di Amerika,musim salji sedang melanda.
Aku tersenyum sendiri.
Dapatkah aku bertemu dengannya semula?
Mungkinkah aku dapat membelai rambutnya?Bagaimana rupanya yang kini?Adakah gaya rambutnya juga berubah?
Aku ingin Yoochun menemukan aku dengan Young Woong.Aku mahukan sebuah penjelasan daripadanya.Penjelasan selama tiga tahun,yang membuatkan aku ditinggalkan keseorangan.
Aku menutup semula album itu,dan menyimpannya semula dalam almari pakaianku.Aku menutup lampu bilikku.Aku baring di sebelah Young Jae.Esok,aku perlu bangun awal,untuk masak.Khas untuk Cikgu Kim.
*****
Pagi ini,aku bangun seawal jam 6:30 pagi,waktu yang sering aku bangun.Aku turun ke dapur.Aku membuka peti sejuk dan mengambil bahan-bahan yang akan aku gunakan untuk memasak.
“In Young?”
Aku pandang ke belakang.Mummy berada di belakangku.Aku senyum dan meneruskan kerjaku.
“Nak masak untuk apa?” tanya mummy.
“Untuk kawan,” balasku,dengan bohong.Aku tidak mahu mummy tahu aku memasak untuk Cikgu Kim.
Mummy mengangguk.
Mummy sudah pun meninggalkan aku keseorangan di dapur.
*****
Setelah siap memasak,aku menyediakan bekas untuk mengisi makanan yang kumasak.
Aku meninggalkan sedikit makanan yang kumasak untuk mummy,daddy dan Young Jae.Aku meletakkan bekas itu di meja,sebelum aku naik ke bilik untuk bersiap ke sekolah.
*****
Sampai di sekolah,aku terus melangkah ke kelas.Bekas makanan yang kubawa,kusorokkan di dalam loker milikku.Selepas itu,aku duduk di tempatku.Min Jung masih belum sampai.
Min Jung memang selalu datang lambat.Namun,dia tidak pernah sekali pun tertangkap,kerana datang lambat ke sekolah.
Key menegurku.Aku senyum pada Key.
“Mana Hyun Ki?” tanyaku.
“Hyun Ki demam...tapi,dia kata,dia dah okey.Mungkin kalau dia larat,baru dia kata dia nak datang,” balas Key,yang sudah duduk di tempat duduk Min Jung.
“Mesti dia tension pasal kelas ni kan?” tanyaku lagi.
“Mungkin...tapi,dia kata dia tension sebab mak dengan ayah dia nak bercerai,” beritahu Key.
“Oh...kenapa Uncle dengan Auntie Shin nak bercerai?”
Key mengangkat bahu.Setahuku,ibu bapa Hyun Ki memang tidak pernah bergaduh,kerana mereka saling mesra,sewaktu aku,Key dan Min Jung melawat Hyun Ki di rumahnya.
Mustahil untuk aku menerima berita itu.
Namun,siapalah aku untuk mengambil tahu tentang keluarga Hyun Ki,kerana aku hanya orang luar,bukannya sesiapa dalam keluarganya.
Kemudian,aku lihat Min Jung dan Hyun Ki muncul di depan kelas.Aku dan Key terus menyapa mereka berdua.Wajah Hyun Ki tidak segembira seperti selalu,wajahnya muram.
Aku melihat Hyun Ki.
Aku teringat,selepas waktu kelas Bahasa Inggeris,waktu kedua,selepas itu ialah kelas Pendidikan Jasmani.Mungkin aku boleh berbual dengan dia pada waktu itu.
Comments