Eternal Love : Chapter 14












Chapter 14

Your POV

“In Young,” panggil mummy.Aku yang sedang menyuap Young Jae makan,mengalihkan pandangan,ke arah mummy yang sedang memandangku.

“In Young,kan mummy ada cakap pasal daddy punya kawan nak kenalkan kamu dengan anak dia?” mummy menanyaku.Aku sekadar mengangguk.Tidak memberi perhatian pada pertanyaan itu.

“Minggu ni ada majlis ulang tahun syarikat Park Corporations.Daddy dah jemput kawan dia...dan...”

“Dan daddy akan suruh anak kawan dia berkenalan dengan In Young?Begitu?” segera aku berkata.Mummy mengangguk.Aku mengeluh kecil.

I need to go,right?” aku menanya.

“Hmm...”

Okay.I’ll go,and meet him...” putusku.Aku berhenti menyuap makanan pada Young Jae,yang sedang bermain dengan permainannya. “Hari ni tak kerja?” tanya mummy lagi.

“Kerja.” pendek aku membalas.

“Sudahlah.Malam nanti kita bincang...” mummy berkata.Aku mengangguk.Ahh...nampaknya...aku mungkin perlu jumpa dengan lelaki itu.Aku membelai rambut Young Jae.Young Jae tersenyum padaku.

Masih ada harapan lagikah...untuk Young Jae bertemu dengan bapa kandungnya?

“Mama!Ahjusshi tu baik kan?” tanya Young Jae tiba-tiba. “Apa Young Jae tanya tadi?” aku memandang dia.

“Young Jae cakap...Ahjushhi tu baik kan?” dia mengulang soalannya.

“Ahjusshi?Yang mana satu?” aku pelik. “Alah...yang hantar mama tadi tu!” balas Young Jae.Aku tersenyum kecil. “Hmm...memang dia baik,” aku teringatkan Cikgu Kim.

“Young Jae nak sangat...jumpa papa...mama,kenapa tak tinggal dengan kita?” dia mengulangi soalan yang sama,sejak minggu lepas.Aku juga hairan,kenapa dia beria-ia berkata begitu.

“Dia...papa kamu kerja,sayang,” jawabku,berbohong.

“Oh...papa kerja apa?” tanya Young Jae lagi.Aku mengangkat bahu,aku juga tidak tahu apa kerja yang Young Woong lakukan,kerana waktu aku masih bersama dengan dia,dia masih belajar.

“Mama,muka papa macam mana,ya?” sekali lagi dia menanya.

Aku terdiam. “Kenapa Young Jae tanya?” aku menanya sebabnya.

“Young Jae selalu tengok orang lain dengan ibu bapa...Young Jae ni...macam takde papa pulak.” sedih dia memberitahuku.Aku mengetap bibirku.

Aku terus memeluk Young Jae.

Kamu masih ada papa,sayang...cuma...kami terpisah...atau,mungkin papa kamu dah tak sayangkan mama lagi...aku berkata dalam hatiku,dengan sedih.

“Mama,ada gambar papa tak?” dia meleraikan pelukan kami.Aku diam lagi.

Gambar Young Woong banyak dalam simpananku,kerana aku dan dia sering bergambar setiap kali ada masa terluang.Kami sukakan bidang fotografi,jadi kami berkongsi minat yang sama.

“Mama?” panggil Young Jae.

“Ada,”

Really?Young Jae nak tengok!” dia kelihatan riang.

Aku pandang jam di dinding ruang tamu.Sudah hampir ke pukul dua petang. “Sorry,my dear.Mama kena siap pergi kerja sekarang...malam nanti mama tunjuk,ya?” aku berkata.

Dia memuncungkan mulutnya.

Don’t sad.I’ll show it to you,” aku berjanji.Dia memandangku,dengan pandangan tidak percaya.Aku mengangguk.Kami membuat perjanjian Pinky Promise.

Aku mencium dahinya.Kemudian,aku masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

*****

Sampai di tempat kerja,aku memulakan tugasku.Aku bekerja di sebuah kedai buku.Oleh kerana,aku minat dengan buku-buku,aku memilih untuk bekerja di kedai ini.

“Hai,In Young!” tegur Key.Aku yang sedang menyusun buku di rak buku terkejut melihat dia muncul di kedai ini. “Key?Kau buat apa dekat sini?” aku menanya dia.

“Aku teman Taemin beli buku,” beritahu Key.Aku mengangguk.

“Mana Taemin?” aku mencari kelibat Taemin. “Dekat luar...tengah sembang dengan omma dia,alah...dia tu anak mak!” kata Key dengan sengihan.Aku ketawa kecil.

“Hyung!” panggil Taemin.Aku dan Key sama-sama memandang ke arah Taemin. “In Young?” dia terkejut. “Ne.Saya kerja dekat sini,” aku berkata.Dia kelihatan malu.Dia memegang rambutnya.

“Cepatlah beli buku!” desak Key.Aku meneruskan kerjaku.Hari ini,aku terpaksa bekerja seorang,kerana seorang rakan sekerjaku mengambil cuti sakit.

Taemin terus ke rak-rak buku yang dia kehendaki.Key memeluk tubuhnya.Menunggu Taemin membeli bukunya. “Eh,tadi...kau tidur dekat kelas kan?” tanya Key.

Aku mengangguk.

“Siapa teman kau?Sebab,setahu aku,Min Jung ada kerja lepas habis sekolah,” tanya Key lagi.Aku menarik nafas.Apa yang patut aku jawab? “Aku terjaga.Cikgu Kim ada dalam kelas,” balasku.

“Nasib baiklah.Kalau tak,kesian kau kena tinggal sorang-sorang dalam kelas,” balas Key.Dia senyum. “Hmm...nasib baik.Aku mengantuk sangat tadi,” aku berkata.

“Malam tadi kau study lagi ke?”

“Haah,lagi pun,exam bulanan kan dah nak dekat?Aku nak score semuanya straight A kali ni,” ujarku.

“Kau tak baca buku pun takpe,sebab kau ni pandai.Tak pernahnya kau tak dapat straight A,” komen Key,sambil mencubit pipiku.Aku memukul tangan Key. “Apasal tangan kau gatal sangat nak cubit ni?” aku memarahi dia.

Key tergelak.

“Kau comellah,” puji Key. “So what?Aku memang comel apa?Takkan kau baru perasan kot?” sengaja aku bernada angkuh.Key membuat muka nak termuntah dia.

“Baru puji sikit dah perasan!” kata Key.Aku menjelir lidah padanya.Dia ketawa.

“Hyung!” panggil Taemin.Aku dan Key memandang Taemin yang sedang memegang beberapa jenis buku.Aku melihat kesemua buku itu. “Dah ke?” tanya Key.Taemin mengangguk.

“Biar saya tolong awak,” aku mengambil beberapa jenis buku dari pegangannya,dan meletakkannya di kaunter.Aku mengira kesemua buku yang Taemin ingin.

Kemudian,aku menggunakan alat scan untuk memeriksa barcode buku-buku itu.

“Semuanya 75,000 won,” aku memberitahu.Taemin menghulurkan beberapa helai not wang kertas padaku.Aku mengira jumlah wang yang diberikan sebelum memulangkan baki padanya.

Aku memasukkan buku-buku itu ke dalam plastik.Aku menyerahkan beg plastik itu pada Taemin. “Terima kasih,sila datang lagi...” aku mengucapkan,dan menunduk pada Key dan Taemin.Itulah yang selalu aku lakukan pada pelanggan yang membeli di kedai ini.

“Ppyong,In Young!Kita jumpa dekat sekolah esok!” ujar Key,melambai tangannya.Aku mengangguk.Aku melambai mereka berdua.

*****

Taemin POV

Aku tersenyum sendirian.Aku suka melihat senyuman In Young.  “Yahh!Kenapa kau senyum sorang-sorang ni?” tegur Key.Aku menggeleng. “Eh,Jonghyun cakap,Minho hyung nak balik sini,betul ke?” tanyaku.

“Entah.Kena tanya Min Jung dululah,sebab Minho tu kan abang kembar dia...” balas Key,dengan mengangkat bahunya.

“Okey,” sepatah aku berkata.

Aku masih memikirkan tentang In Young.Aku mengenali dia sejak aku mula memasuki sekolah tinggi.Tahun lepas...kami bertemu.Dia sungguh denganku.Eksperesi wajahnya sungguh menggerunkan.

Lama kelamaan,In Young menjadi seorang yang mesra dan peramah.

Dia berkawan dengan Min Jung,kerana Min Jung adalah sahabat baiknya sejak mereka mula-mula memasuki sekolah tinggi.Kebetulan,Min Jung adalah adik kepada Minho,kawan kami sejak sekolah rendah.

Aku mula sukakan In Young,sejak dia mula menjadi seorang yang mesra dan peramah.Dia nampak cantik dengan senyuman di bibirnya.

Adakah...dia juga sukakan aku?

Aku mengharapkan dia membalas cintaku ini...

Park In Young...saranghaeyo...ucapku dalam hati.

Yay!Akhirnya Taemin ada POV dia sendiri!*clap hands* Btw,nanti Karam pun ada jugak~ u.u

Comments

Popular Posts