Eternal Love : Chapter 11
http://www.youtube.com/watch?v=AV402-cKhJw&feature=related (for acapella version) :D
Chapter 11
Your POV
Beberapa hari telah berlalu...aku mengelakkan diri untuk bertemu dengan Cikgu Kim.Jika mengingati dia,pasti aku teringatkan diriku,yang sudah bercakap kasar padanya.
Waktu subjek Sains juga,aku mengelakkan diri daripada bertembung pandangan mata antara kami.Aku hanya menunduk saja.
“Min Jung,” aku memanggil Min Jung.
“Hmm?” Min Jung memandangku.
“Macam mana hubungan kau dengan Chunji oppa?” aku menanya. “Hmm...kitorang kawan je,” balas Min Jung.Kelas kami menjadi riuh-rendah,kerana guru yang sepatutnya masuk,masih tidak kelihatan.
Hyun Ki cuba mengawal kelas yang bising.
“Hoi!Diamlah!Korang ni tak reti bahasa ke?” tegur Hyun Ki pada sekumpulan rakan-rakan sekelas kami yang sedang bersembang tidak ingat dunia.Gelak tawa mereka membingitkan telinga.
Namun,mereka hanya buat endah tidak endah dengan kata-kata teguran daripada Hyun Ki.Hyun Ki mengeluh kasar,dan mengambil tempat di sebelahku.
“Sabar jelah,Hyun Ki,” kata Min Jung.Hyun Ki membaringkan kepalanya di atas mejaku.Aku menepuk bahunya. “Jadi ketua kelas ni memang ada banyak cabarannya,Hyun Ki,” aku pula berkata.
Hyun Ki mengeluh lagi.
Key memandangku,dia menunjukkan ke arah Hyun Ki.Aku mengangkat bahu.Kelas yang tadi bising menjadi senyap.Aku memandang mereka yang lain.
Hyun Ki mengangkat kepalanya.Kemudian,dia berdiri tegak.
“Selamat pagi,cikgu!” ucap Hyun Ki.Kami yang lain juga memberi salam hormat pada guru yang masuk ke kelas kami.Baru aku sedar,suara guru itu adalah suara Cikgu Kim.
Takkan dia masuk kelas untuk gantikan guru yang mengajar Matematik?Aku berdesis dalam hati.
Aku menggaru pipiku,entah sebab apa.
Aku mengeluarkan buku teks bahasa inggeris,lalu,aku membacanya.Aku juga menundukkan wajahku,agar tidak dilihat oleh Cikgu Kim.Segan dan malu dengan dia.
Meskipun,selepas moodku menjadi baik semula,aku masih berasa bersalah,kerana berkasar dengan Cikgu Kim.Jadi,apa yang harus aku lakukakan?
Aku perlu meminta maaf daripadanya.
Tapi...nak minta maaf dengan cara apa?Aku mengetuk kepalaku sendiri.Aigoo...
**
3 tahun yang lalu...
“Saya benci awak!Young Woong!” jeritku dengan sekuat hati.Sampai hati dia mempermainkan aku di hadapan rakan-rakannya.
Young Woong memandangku.Riak di wajahnya masih seperti tadi.Biasa.
Aku memeluk tubuh dan mendengus. “Awak dengar tak?Saya benci awak!” sekali lagi aku menjerit padanya.Dia tidak memberi sebarang reaksi. “Yahh!Young Woong!” aku memanggil namanya.
Oleh kerana dia masih tidak mahu memberi sebarang respon,aku membuat keputusan untuk berjalan pulang ke rumah semula,meninggalkan dia sendirian.
Pada hari itu juga,aku menempah tiket untuk pulang ke Seoul semula.Walaupun cuti musim panas masih panjang,aku tetap mengeraskan hatiku untuk pulang ke sana semula.
Beberapa hari kemudian...
“In Young!Young Woong dah beberapa hari berkurung dalam bilik dia!Dia tak nak makan langsung sejak kamu pulang ke Seoul,” beritahu Micky.Ketika itu,aku sudah pun pulang ke Korea.
Aku diam.
“Lantak dialah,” aku terus menamatkan panggilan.
“In Young!Young Woong sakit!” U-know menelefonku pula pada keesokkan harinya.
“Hmm...”
Aku masih lagi berdegil,juga tidak mempedulikan Young Woong.
“Yahh!In Young!!!Balik sini!Kalau awak sayangkan Young Woong!Hyung nampak macam tak bermaya!” Xiah dan Max pula menelefonku,dalam dua hari kemudian.
“Wae?” aku menanya.
“Hyung kata,dia nak bunuh diri!Dia kata,dia...tak nak hidup lagi,” ujar Max dengan nada yang sungguh sedih. “Mwo?!” aku tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Max.
“Betul!Kitorang selalu perhatikan dia.Dia selalu cakap nak mati...” tambah Xiah.Aku mengigit bibir. “Okay!Tapi,dari Seoul ke Amerika taking a long time...” kataku.
“Tak mengapa,asalkan awak sampai sebelum dua hari kemudian.” balas Max padaku.Aku terus menamatkan panggilan,dan menempah tiket penerbangan ke Los Angeles.
*****
Sampai di rumah keluarga Micky,aku terus menerpa masuk ke bilik Young Woong.Dia menyelimutkan dirinya dengan selimut yang tebal.Tak panas ke?Aku menyelak selimut itu.
Aku membuka lampu tidur.
Aku memegang wajahnya. “Young Woong...” aku memanggil dia dengan berbisik.
Aku mengusap rambutnya.
“Saya tahu.Saya terlalu ikutkan perasaan saya.Tapi,jangan buat macam tu lagi,ya?” aku mencium dahinya.Usia kami berbeza sebanyak lima tahun.Usiaku baru saja 15 tahun.
Dia pula...hampir masuk ke usia 21 tahun.
Aku melangkah keluar dari bilik tidurnya.Aku berjalan ke dapur.Max sedang makan di kaunter dapur.Ahh...dia memang seorang yang kuat makan...
“In Young?”
Aku pandang Max,dan tersenyum. “Saya nak masak untuk Young Woong,” aku memberitahu Max.Max tersengih. “Cook for us too!” katanya.Aku ketawa,dan mengangguk.
“I’ll help you,” kata Changmin lagi.
“Sure,” aku membalas.
*****
Selesai memasak,aku membawa makanan dengan minuman ke dalam bilik Young Woong. “Young Woong-ah,” aku mengusap lengannya. “Bangunlah,jangan buat saya risau,” aku merayu,dengan sepenuh hatiku.
Tiada reaksi.
“Young Woong...” aku menggoncang tubuhnya.
“Kalau awak tak nak pandang wajah saya pun makan jelah,saya nak awak terus sihat.Walaupun,awak dah tak sayangkan saya lagi,” suaraku,dengan rasa sayu.
Aku meletakkan makanan dan minuman di atas meja kecil di biliknya,lalu aku bangun untuk keluar dari biliknya.Namun,tangan kiriku ditangkap,aku terhenti dengan sendirinya dan pandang ke belakang.
“Young Woong?”
“Mianhae,” ucap Young Woong,dengan perlahan.Aku menahan air mata yang hendak jatuh.
Dia terus memelukku.Erat sekali.
“Mianhae,” aku juga meminta maaf. “Saya tak boleh hidup tanpa awak,In Young,I love you so much...” ucap Young Woong lagi.Air mataku jatuh.Sebak di hati semakin terasa.
“Saya sebenarnya saja nak buat lawak dengan awak.Tak sangka pulak awak terasa hati dengan saya,saya minta maaf sangat-sangat.” ujar Young Woong.Aku duduk di sebelahnya.
Dia menyeka air mataku.
Dia menyanyikan sebuah lagu,yang menenangkan jiwaku.Aku meletakkan kepalaku di bahunya,sambil mendengar alunan suaranya yang menusuk ke jiwaku dan juga hatiku.
How can I forget all the special memories of you?
I still remember,my little princess
What I’m feeling must be love.It’s hard to hide it,when a smile
appears on my face
I starts to miss you,vefore the day even ends.What should I do?
My heart is fallen ill.
You won’t see laziness in me anymore (you’re only my girl,my
love)
I only want to show you my best.
I’m going to fly high up into the sky,and tell the world that I
love you.
You’re aura last deep into the night,girl.I’ll become a star watching
over you.You’re my love.
Comments