Eternal Love : Chapter 2








I'm sorry,if lagu tu loading lambat...

Chapter 2

Your POV

“Kenapa kau blah macam tu je?” tanya Min Jung dengan tidak puas hati.Aku mengangkat bahu.

“Tak baik kau buat macam tu dengan cikgu.Mesti kecil hati dia,” kata Min Jung. “Hmm...”

“Kenapa kau macam ni?Selalunya kau riang je,hari ni,masa Cikgu Kim mula ajar,kau buat perangai,kau tak suka dia ke,In Young?” tanya Min Jung lagi. “Entah.Aku tak tahu.Cikgu tu macam...dia buat aku ingatkan seseorang yang buat aku...macam hanya sebagai mainan,” balasku.

“Siapa?”

“Tak payahlah kau tahu.Aku tak bersedia lagi nak ceritakan hal tu.Actually semua tu cerita lepas,sebelum aku masuk sekolah menengah tinggi,” aku membalas lagi.Tidak sanggup hendak menceritakan sekarang.

“Okey.Aku faham.Aku pun ada cerita masa lepas jugak.Aku pernah jatuh cinta sebenarnya,tapi ianya berakhir setelah tiga tahun berlalu,” tanpa diminta,Min Jung membuka cerita.

“Kau nak ceritakan jugak ke?” tanyaku.

“Mungkin.Aku dengan dia,berjumpa sewaktu kami sama-sama belajar di sekolah menengah rendah,mula-mula tu kitorang bertembung masa waktu kelas.Kemudian,lama-kelamaan kami sering berjumpa.

Selepas itu,perasaan yang cuma ingin sebagai kawan menjadi kepada kekasih.Aku pun sukakan dia.Dia seorang yang baik.Dulu,aku aktif dekat sekolah.Aku selalu masuk pertandingan olahraga.

Omma dan appa aku pun tak kisah.Hubungan kami ada pasang surutnya,tapi,kami sering cuba untuk memahami diri masing-masing.Pada suatu hari,waktu tu,aku baru je sembuh dari kemalangan sewaktu pertandingan.

Dia mintak putus dengan aku.Dia kata,dia dah bosan dengan aku.Aku memang rasa dunia aku gelap waktu tu.Aku cuba bina semangat,lupakan dia,dan mulakan hidup baru.

Masuk je sekolah menengah tinggi,aku dah dapat lupakan dia.Sepanjang cuti tahun lepas,aku banyak berfikir pasa diri aku sendiri.Aku cuba untuk menghadapi hari seterusnya tanpa dia,akhirnya aku berjaya.

Kalau tidak,aku rasa...aku macam takde kehidupan dah.Semuanya macam dah tak berharga bagi aku.Aku mungkin akan menghadapi tekanan emosi.” panjang lebar Min Jung menceritakan hal dirinya.

Aku sebak juga mendengar kisahnya.Bagiku,kisahku lebih perit darinya.Ahh...aku tidak mahu mengungkapkan kisahku sekarang,aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mentalku.

“Kesian betul.Tapi,aku rasa kisah aku lebih perit,sebab dia tinggalkan aku tanpa sebab.Kemudian,dia buat-buat tak kenal aku.” sedikit saja aku ceritakan.Bukan lebih.

“Okay,take your time.Aku tahu,kau mesti kecewa kan?” ujar Min Jung.Aku mengangguk.Young Woong...aku membisikkan namanya...

*****

Jaejoong POV

Aku melangkah ke kelas 4-A.Oleh kerana guru bahasa inggeris yang mengajar kelas itu tidak hadir,aku terpaksa menjadi guru ganti.Aku menarik nafas,dan masuk ke dalam kelas itu.

“Selamat pagi,Cikgu!” Hyun Ki,ketua kelas itu memberi ucapan hormat padaku. “Selamat pagi,pelajar.Sila duduk,” aku mengangguk. “Saya menggantikan Cik Han yang tidak hadir hari ini,jadi kalau ada kerja sekolah,boleh siapkan dalam waktu ni,kalau tidak,buat hal sendiri,” aku menjelaskan.

“Baik,cikgu...” mereka membei respon.

Aku tersenyum,dan duduk di tempat guru duduki.Aku pandang ke arah In Young.Dia termenung di luar tingkap.Macam ada masalah je...

Min Jung,kawan kepada In Young,sibuk membaca buku.Rajin sungguh budak sorang ni...aku tersenyum melihat kedua pelajar itu.In Young masih statik,memandang ke arah luar tingkap.

Entah apa yang seronok sangat pandang ke luar tingkap tu...desisku.

Pandangannya yang sayu itu menggentarkan hati lelakiku ini.Seperti ada sesuatu yang sedang menghimpit fikirannya.Pastinya dia sedang memikirkan hal yang membebankan fikirannya.

Wajahnya mengingatkanku pada dia...dia yang aku lukakan hatinya tanpa sengaja.Tanpa sengaja,aku meninggalkan dia tanpa sebarang kata,tanpa sengaja jugalah,egoku yang meninggi membuatkan dia disakiti...

Dia juga bernama In Young.

Umurnya...mungkin sebaya dengan pelajarku itu.

Apa khabar dia sekarang ini?Masihkah dia mengingati aku?Atau,dia sudah benci,kerana perbuatanku itu?Ah!Pastinya dia membenciku,kerana aku membuatkan dia disakiti dan dilukai!

“Cikgu...”

“Cikgu...” In Young sudah berdiri di hadapanku.Pandangannya padaku,tetap dingin. “Ya?”

“Saya nak ke tandas,” kata In Young.Aku mengangguk. “Terima kasih,cikgu,” ucap In Young,yang kemudiannya,melangkah keluar.

Suaranya seakan dia...walaupun dingin,ada kelembutannya yang tersendiri...aku merumuskan,tentang Park In Young,pelajarku itu.Mungkin,aku perlu lebih mendekatkan diriku dengan In Young.

Untuk mendalami lebih mendalam tentang dirinya...getusku dalam hati.

*****

Your POV

Selepas Cikgu Kim menyuruh kami semua duduk,aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap.Aku malas hendak membuat apa-apa perkara.Di luar tingkap,aku terlihat pelajar di kelas lain,sedang bermain di padang...

Young Woong...sebakku dalam hati mengingatkan dia.

Dia pada mulanya,baik...kemudian...entah mengapa dia berubah,menjadi orang yang ego,mementingkan diri sendiri.

Mungkinkah aku ini yang terlalu lurus,mempercayai setiap kata-kata yang dia ucapkan?Walaupun begitu,aku masih mencintai dia.Sepenuh hatiku ini.Kenapa dia buat aku begini?

**
3 tahun yang lalu...

“Young Woong!” aku memanggil namanya.

Tiada reaksi.Aku lihat,dia,Micky,Max,Xiah dan U-know sedang berjalan ke arah dewan itu.

“Hero!” aku menjerit,memanggil namanya.Masih tiada reaksi.Aku berlari ke arah mereka.Namun,malangnya aku dihalang oleh para pegawai yang bertugas mengawal di situ.

“Lepaskan!Saya kenal dia!” aku menjerit.

“Cik tak boleh masuk tanpa pas masuk!” kata salah seorang pegawai itu.Aku tetap hendak masuk ke dalam dewan itu.Aku tetap mahu berjumpa dengan Young Woong aka Hero!

Sudah lama aku tidak bertemu dengan dia.

Mujurlah aku datang ke Jepun,kerana aku mendapat tahu yang Tohoshinki akan membuat konsert di Tokyo Dome.

“Please...saya tetap nak masuk...” aku merayu,hampir menangis.

“Maafkan saya cik,seperti yang saya cakap tadi,cik boleh masuk kalau cik ada pas masuk,” katanya lagi.Aku mengetap bibir. “Lepaskan saya.Saya akan pergi dari sini,” aku mengarahkan.

Kedua orang lelaki itu melepaskanku.

Aku melangkah pergi dari situ,dengan perasaan yang terluka.Cukup terluka sekali.

Percutianku di Jepun yang kuanggap bakal indah,dan seronok,bertukar menjadi satu malapetaka,apabila aku dilanggar oleh sebuah kereta yang dibawa oleh pemandu yang mabuk.

Aku tidak sempat mengelak kereta itu,kerana fikiranku melayang entah ke mana.

Dumm!!!

**

Aku tersedar semula.Aku bangun,dan berjalan ke meja guru.

“Cikgu,” aku memanggil Cikgu Kim.

Tiada reaksi daripadanya. “Cikgu,” aku memanggil dia sekali lagi.Dia pandang ke arahku.

“Ya?”

“Saya nak ke tandas,” ujarku,dengan dingin.Dia mengangguk. “Terima kasih,cikgu,” aku mengucapkan,sebelum melangkah keluar ke tandas.

DI dalam tandas,aku melihat figura wajahku.Aku pandang cermin itu.

Dahulunya,aku senang tersenyum.Aku senang bergaul dengan orang.Aku mudah memberikan pertolongan pada orang.Aku tidak pernah menjadi kurang ajar.

Namun,sejak kemalangan itu,aku menjadi seorang yang dingin,keras kepala.Sikap kurang ajarku mula menampakkan belangnya.Walaupun tidak sepenuhnya,aku tetap dilabel seperti gadis kurang ajar.

Aku membuka pili air.Aku membasahkan wajahku.Realitinya...aku sudah berubah.Park In Young yang dahulu,sudah mati terkubur,kini Park In Young dengan sikap yang tidak baik menjadi diriku.

Comments

AmyZana said…
Awesome and daebak ! Tak sabar nak tahu apa jadi dekat next chapter ! ^^

Popular Posts