Eternal Love : Chapter 3






Chapter 3

Your POV

Selepas itu,aku melangkah masuk ke dalam kelas semula.Aku membaringkan kepalaku di atas meja.Min Jung di sebelahku,tetap seperti tadi.

Dia seorang yang rajin.Aku dan dia mula berkawan,sewaktu,aku dan dia mula menjadi pelajar di sekolah ini.

“In Young.” panggil Hyun Ki.

“Kenapa?” aku mengangkat mukaku. “Petang nanti kau nak pergi keluar tak?” tanya Hyun Ki. “Boleh jugak,” aku tersenyum pada Hyun Ki.Hyun Ki juga membalas senyumanku.

“Kau ajak siapa lagi?” tanyaku padanya.

“Min Jung-ah,kau nak pergi tak?” Hyun Ki mengajak Min Jung. “Tak bolehlah.Aku kan kerja,” balas Min Jung. “Alah...hari ni tak payahlah pergi.Hari ni aku pun tak pergi kerja,” aku memujuk.Hyun Ki pula mengangguk.

“Mana bolehlah,In Young.Kenapa kau tak kerja hari ni?”

“Aku dapat cutilah.Lagipun semalam aku kerja overtime,” aku mencubit pipi Min Jung.Min Jung memukul lenganku.Aku ketawa.

“Ah!Kalau aku ajak senior Teen Top pun boleh kan?” sengaja aku tanya Hyun Ki.

“Yahh!Apahal pulak sampai ajak diorang?” Min Jung tidak berpuas hati.

Aku mengangkat bahu,sambil tersengih ke arah Hyun Ki.Hyun Ki juga tersengih.

“Kau ajaklah Taemin!” cadang Kibum aka Key dengan tiba-tiba.

“Apahal pulak?” aku pula yang tidak berpuas hati.

“Budak tu dah lama sukakan kau,In Young!” kata Key. “Ish!Kau ni!Ada jugak yang patah leher karang!” aku membalas dengan geram.Sebenarnya aku pun tahu,tentang Taemin,yang sering menghantar surat cinta padaku.

“Ajak Jonghyun jugak!Lepas tu,Youngmin dengan Kwangmin!” Hyun Ki juga sudah mula merapu.

“Hoi,korang ni,macam nak ajak satu kelas je pergi melepak!” aku memarahi Hyun Ki. “Apa salahnya!Lebih meriah!” selamba Hyun Ki.Pecah ketawaku,Key dan Min Jung.

“Sudahlah wei.Kau baik serius,nanti aku ketuk kepala kau,tujuh hari tujuh malam kau sakit,” aku memberi amarah pada Hyun Ki.

“Okey,janganlah wei.Kesiankanlah aku yang hansem ni,” Hyun Ki buat muka kesian dia.Jangan harap aku nak cairlah...

Aku pandang ke depan,kelihatan Cikgu Kim sedang merenung kami.Aku hanya buat tak tahu.

“Jadi ke tak ni?” tanya Key.

“Tanyalah Hyun Ki yang perasan hansem ni!” aku menepuk bahu Hyun Ki dengan kuat.

Hyun Ki mengerang kesakitan.Aku ketawa lagi.

Min Jung juga ikut ketawa.

“Okey.Kali ni aku serius.Hmm...kau ajaklah sesiapa je.Boyfriend kau ke,ex-boyfriend kau ke,bakal tunang kau ke,suami kau ke,girlfriend ke,mak cik kau ke...” belum sempat Hyun Ki menghabiskan kata,aku sudah memulas telinganya.

“Aaaa...adoi!Sakitlah In Young!” dia mengaduh.

“Nak lagi?Aku suruh kau serius,kau buat loyar buruk,kan dah kena...” aku menggumam dengan geram.Aku melepaskan tanganku selepas itu.Key menunjukkan ibu jari kanannya pada Hyun Ki,bermaksud biar padan dengan muka.

Kami duduk di tempat Min Jung,kerana dekat sikit dengan tempat kami. “Sorry...aku takkan cakap macam tu lagi.”

“Hari ni,kita pergi lepak dekat mana-mana jelah.Kita jumpa dekat...ermm,subway?Kalau tak pun,dekat perhentian bas depan sekolah?Tempat yang kita nak pergi,nanti masa nak pergi baru decide,” cadang Hyun Ki.

“Okey.Pukul berapa?” aku dan Key menanya. “Dalam pukul 3 petang.Boleh?”

Aku mengangguk,menandakan aku bersetuju dengan cadangan dia.Key juga mengangguk,cuma Min Jung seorang saja yang tidak membuat sebarang keputusan lagi.

“Nanti aku ajak senior Chunji lah!” aku mencadangkan.Min Jung memandangku. “Boleh ke?” tanya Hyun Ki. “Of course lah boleh!Aku boleh pujuk dia,” kataku,sambil menjeling Min Jung di sebelah.

“Okey je.Jangan lupa ajak Taemin tau!” Hyun Ki membalas pula.Aku memukul bahunya. “Ah!Kau ajaklah Hyun Chul!Mamat tu suka jugak dekat kau!” tiba-tiba Min Jung mencadangkan nama Hyun Chul.

“Hyun Chul?Siapa pulak tu?” aku pelik

“Karam!Park Hyun Chul!” balas Min Jung. “Gila!Tak naklah aku!Dahlah muka dia tu hampir sama macam...”

“Macam siapa?” Min Jung,Hyun Ki dan Key seakan ingin tahu.

“Nothing.Tapi,aku tak nak ajak Karam.” aku tidak bersetuju.Karam...salah seorang Kingka di sekolah ini.Dalam kumpulan Dae Guk Nam Ah,ataupun dipanggil sebagai The Boss.

Pertama kali aku bertemu dengannya,aku hampir-hampir terkena serangan jantung.Wajahnya hampir serupa dengan Young Woong.Bukanlah 100 % sama,cuma ada persamaan antara mereka.

“Kau rapat ke dengan Kingka kat sekolah ni?” tanya Hyun Ki.Aku mengangguk. “Aku kenal semua kingka dekat sekolah ni.Kalau Queenka,cuma A Pink,SNSD dengan 2ne1 jelah yang rapat dengan aku.Tapi,dalam kumpulan 4 minute,aku rapat dengan Hyuna sorang je,” aku memberitahu.

Secara kebetulan aku rapat dengan mereka.Mulanya aku hanya rapat dengan kesemua Kingka di sekolah ini.Aku mengenali Cho Rong dan Taeyeon,sebelum mereka memperkenalkan aku dengan yang lain.

“Wah...aku tak rapat sangat dengan semua queenka dekat sekolah ni,cuma aku rapat dengan Seohyun,Yoona dengan Jessica je,” ujar Min Jung.Aku mengangkat bahu.

“Eh...dahlah,melalut pulak kita semua ni!” Hyun Ki berkata.Aku tergelak kecil.

“Nanti ajaklah sesiapa,asalkan kawan-kawan dalam sekolah ni.” kata Hyun Ki lagi.Aku,Min Jung dan Key mengangguk.Selepas itu,kami berbual tentang hal lain.Cuma Min Jung saja yang belum membuat keputusan,kerana katanya,dia kena tengok keadaan dulu.

*****

Jaejoong POV

Aku melihat gelagat In Young bersama rakan-rakan sekelasnya.Mesra sungguh mereka dengan In Young!In Young nampak begitu peramah,senyumannya juga terukir di bibirnya.

Melihatkan dia ketawa,aku jadi begitu asyik melihat dia.Entah apa yang mereka sedang bualkan,sehingga Hyun Ki dimarahi.

In Young memandang ke arahku,kemudian,dia memandang ke arah rakan-rakannya semula.

Dia nampak baik,memang dia baik,namun denganku,sikapnya tidaklah seperti sekarang ini,sentiasa tersenyum,peramah,suka bergurau...semuanya dingin.Sepertinya ada sesuatu yang pelik.

Hmm...

Serentak itu,terbayangkan wajah si dia...yang menatapku,dengan penuh rasa sayu...aku telah melukakan hatinya.

Aku tahu yang aku tidak melakukan perkara itu...aku tahu,yang tidak patut mementingkan diri sendiri.

Sekarang ini,aku masih mencari dirinya.Aku ingin menebus kesalahanku,kalau boleh aku mahu meneruskan perhubungan kami yang telah terputus.

**
3 tahun yang lalu

Aku memandang wajah putih bersih itu...dia sungguh cantik sewaktu tidur.Aku membelai pipinya yang lembut itu.Dialah yang berada di hatiku ini.Sejak mula,aku berjanji untuk setia padanya...

In Young...

Dia sering membuatkan diriku sentiasa ceria.Dia selalu menceriakan suasana.Aku terpikat dengan keramahan dan kesopanannya.

Namun,fikiranku gusar.

Kontrak itu...aku perlu bersetuju dengan semua syarat di dalam kontrak itu.Aku pandang wajahnya sekali lagi.Aku bimbang akan hal ini,kerana aku perlu mematuhinya.

Jika aku berbuat begitu,aku takut jikalau dia terluka dan kecewa.Aku tahu aku bakal menjadi orang yang sungguh kejam dan mementingkan diri sendiri,namun aku tetap menyayangi dia.

In Young...maafkan saya kalau nanti,saya tidak akan mengenali awak lagi.Saya terpaksa melakukannya.Saya sangat menyayangi awak.Kalau 100 tahun berlalu pun,saya tetap sayangkan awak.

Awaklah bidadari di hati saya...awaklah yang saya dambakan selama ini...

In Young,saya tahu awak mungkin bakal terluka dengan sikap saya yang pentingkan diri,sungguh!Saya perlu melakukannya,untuk mencapai cita-cita saya yang saya impikan selama ini...

Comments

Miss Oat 익명 said…
unnie~ buat oneshot boleh? cerita unnie best lah ^^,
AmyZana said…
Kontrak apa dan cita-cita apakah ?! :O

Popular Posts