Eternal Love : Chapter 4






Chapter 4

Your POV

Aku melihat jam di dinding bilik tidurku.Masih ada sejam lagi untuk keluar bersama kawan-kawanku.Majalah dibelek untuk seketika,isi kandungannya langsung tidak menarik perhatianku.

Aku sudah menghantar mesej kepada senior Chunji,aku mengajak dia turut serta bersama kami keluar melepak.Nasib baik dia sudah bersetuju,sebab dia tahu,yang Min Jung juga mungkin akan ikut serta.

“Mama!” pintu bilikku dibuka,muncul seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menyerbu ke arahku.Aku mendepangkan pelukan,lalu memeluknya. “Hello Young Jae.How are you today?” tanyaku.

Okay,mama!” dia membalas dengan senyuman.

“In Young,kamu dah makan?” soal mummyku.Aku menggeleng. “Marilah makan.Mummy belikan makanan untuk kamu.” ajak mummy. “Tak mengapalah mummy,nanti In Young nak keluar,”

“Ish,makanlah sikit,kamu kan ada penyakit gastrik!” mummy mula membebel.

“Yelah,” aku akur.

Aku mendukung Young Jae,kami ke ruang makan.


Aku meletakkan dia di kerusi yang bersebelahan denganku.Dia leka dengan permainan yang dibeli oleh mummyku.

“Kamu tak kerja ke?” tanya mummy. “Tak,bos bagi cuti,kan semalam In Young kerja overtime?Hari ni,In Young nak keluar dengan kawan sekelas,” aku membalas.

“Oh...kamu nak keluar pukul berapa?”

“Lagi sejam.” balasku lagi.

Mummy mengangguk.Dia duduk di hadapanku. “Sebenarnya,daddy ada cakap,yang dia kawan dia nak kamu dijodohkan dengan anak lelakinya.” jelas mummy.Aku tidak jadi hendak menyuap makanan.

What do you mean?” aku merasakan sesuatu.

Well,you know,you have to engage with his son,” mummy membalas.Aku meletakkan sudu.Seleraku mati dengan tiba-tiba.




I’m gonna to talk with daddy,I don’t want to be engage to any guy who is related to his father,” aku bangun,serentak itu,mummy menghalangku. “In Young.My dear...jangan marahkan daddy.Dia juga dalam keadaan tersepit.Antara kebahagiaan kamu dan kawannya.Please do understand,” mummy berkata dengan rayuan.

Aku diam,memikirkan setiap katanya.

“Fine.” aku mengalah. “Oh ya,minggu depan,daddy nak buat majlis.Mungkin dia akan ajak kawan dia tu,dan mungkin juga dengan anak lelakinya.”

Aku mengeluh lagi. “I need to attend?

Mummy mengangguk. “Of course dear!Kakak kamu,abang kamu akan ikut serta.”

“Hmm...so,I need to bring my precious son?

“Kamu bercadang nak suruh orang jaga ke?Kamu kan mama dia?In Young,people will not stop to talk,but,you have to.” kata mummy,ada maksud yang tersirat di dalam katanya itu.

Mum,do you think I’m that stupid,let my precious son alone?He’s all my heart,mum...Of course I’m will gonna take him too,

Mummy tersenyum. “My good girl.Even you make mistake,you still my little daughter.Daddy also already forgiven your fault.Also...him...” katanya.Maksudnya...mereka memaafkan kesilapan kami berdua?

Aku memeluk mummy. “Thanks,mummy!

Welcome my dear...” mummy mengusap rambutku.Jika dia masih berada bersamaku,pastinya dia gembira dengan hal ini.Aku telah melakukan sebuah kesilapan,yang pernah menghampakan hati keluargaku.

“Mama,mana papa?” tanya Young Jae,dengan tiba-tiba.Aku tersentak dengan pertanyaannya,inilah kali pertama dia bertanyakan tentang papanya.

Aku pandang mummy di sebelah.

“Young Jae-ah...papa kamu sibuk.Dia bekerja.” balas mummy.Aku mengangguk,bagi menyakinkan si kecil.Dia memandangku,mencari sebuah keikhlasan dalam kata neneknya.

“Oh...okey.Did he loves me,mama?”’

Yes.He loves you.” balasku pula.

Young Jae tersenyum lebar.Dia bangun,dan memelukku. “If he loves you,I also love you mama,” ucap Young Jae,walaupun dia masih pelat dalam katanya.

Mengingatkan Young Woong,aku teringatkan sewaktu kami sama-sama belajar bahasa inggeris.Memang suasana dipenuhi dengan gelak ketawa.Young Woong memang akan menyebut setiap perkataan dengan aksen/accent Koreanya.

Dia pasti akan memuncungkan bibirnya,jika aku ketawa berlebihan dengan sebutannya.

I love you too,Young Jae,”

Also you,Young Woong.

Young Jae mencium pipi kananku.Aku kembali duduk di meja makan,menghabiskan makanan,walaupun hanya separuhku makan.Mummy hanya melihat kami berdua.

Kemudian,aku menemani Young Jae bermain di bilikku.Dia memang manja.

Beberapa ketika kemudian,dia sudah tertidur di pehaku.Aku membelai rambut hitamnya,sebelum mencium dahinya,lalu aku membaringkan dia di katilku.

Aku pandang jam di dinding.Hampir ke pukul tiga petang.Aku terus bersiap.Beg sandang kupegang.Aku mencapai telefon bimbit dan dompetku.

“Mummy,In Young keluar dulu ya!” aku melaung,sebelum melangkah keluar dari rumah. “Hati-hati!”

“Okey!Kalau ada apa-apa,mummy call In Young tau?”

Mummy mengangguk,sebelum meneruskan pembacaannya.

*****

Jaejoong POV

Aku bersandar di sofa.Kelihatannya,Yunho dan Changmin sedang menonton televisyen. “Eh,hyung!Tak perasan pulak hyung kat sini!” tegur Changmin.

Aku hanya senyum. “Jae!Macam mana dengan pagi tadi?” tanya Yunho. “Okey.Cuma,aku jadi sasaran budak perempuanlah masa aku turun pergi makan.Nasib baiklah ada student perempuan tolong aku,” aku membalas.

“Whoaa...dashyat betul,” Yunho menggeleng-geleng kepalanya.

“Hyung!Dekat sana ada student perempuan yang cantik-cantik tak?” tanya Changmin. “Banyak jugak!Kenapa?”

“Kalau saya nak try tackle boleh?” Changmin buat muka selamba. “Hoi!Ada hati pulak kau ni!” Yunho membaling bantal ke muka Changmin.Suasana baling-membaling bantal ke muka bermula...

Sehinggakan aku pun terkena. “Hey!Apahal aku yang kena jugak ni?” aku merampas bantal itu.Mereka hanya tersengih. “Hyung,rumah yang hyung beli tu,dah siap ke?” tanya Changmin selepas itu.

“Lagi dua minggu baru siap.” balasku.

“Rumah tu,dah lama kau nak beli kan?” teka Yunho. “Yup!Aku dah upah orang untuk reka design yang aku nak,jadi mungkin diorang tengah siapkan,sebab diorang kat lagi dua minggu,” jelasku.

Mereka berdua mengangguk.

Kroohhh....

Aku dan Yunho memandang wajah Changmin,dia sudah tersengih seperti kerang busuk.

“Budak ni kalau tak lapar memang tak sah!” perli Yunho. “Aigoo,hyung!Macamlah tak kenal saya ni macam mana orangnya!” Changmin memuncungkan bibirnya.

“Yelah!Kau ni kan food monster,semua makanan orang pun kau nak bedal!” selar Yunho.Changmin tersengih lagi,sambil menggaru kepalanya.

“Dahlah tu.Jom,kita pergi makan dekat luar,” aku bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik.

“Apa?Hyung nak belanja ke?” Changmin menanya,dengan tidak percaya lagaknya.

“Hmm...” aku menggumam.Kedengaran Changmin bersorak riang.

Aku menggeleng kepalaku dengan telatah Changmin yang seperti kanak-kanak itu.

Selepas bersiap,aku memandang diriku ke depan cermin.

Cermin mata yang kupakai dibiarkan di meja.

Aku melihat dompetku.Gambar In Young yang sedang tersenyum menjadi penemanku sejak tiga tahun yang lalu.Kerinduan ini entah bila akan terubat...aku juga sudah lelah menanggungnya.

Pintu bilikku diketuk.Aku menyimpan dompetku ke dalam poket seluarku.Aku membuka pintu bilikku. “Hyung,jomlah!” ajak Changmin.Cepat betul budak ni bersiap...

“Kau ni,kalau bab makan cepat ya?” usikku.Dia mengangguk,mengiyakan kata-kataku itu.

Aku,Yunho dan Changmin beredar keluar dari rumah.Kereta aku pandu menghala ke sebuah restoran.

Comments

AmyZana said…
Oh my god ! Ada Changmin lah dalam crite nih ! ahahahaha ! *spazz like an idiot* xDD

Popular Posts