Eternal Love : Chapter 21 (A Truth?) Part 2
Chapter 21:A Truth? (Part 2)
Jaejoong POV
Aku tersedar suatu perkara.Tentang apa yang kami berdua bualkan.Persamaan antara cerita kami berdua.Tentang percutian kami di Amerika.
“Kenapa cikgu?” tanya In Young. “Awak betul-betul tak ingat nama dia?” aku menanya dia,untuk kepastian.Dia mengangguk.Aku mengetap bibir. “Tak mengapalah,” aku bangun.
“Cikgu!” panggil In Young.
Aku pandang ke belakang. “Nanti...kita makan sama-sama ya?Saya ada masak untuk cikgu,” ujar In Young,dengan menundukkan wajahnya.Aku senyum,dan mengusap rambut panjangnya.
“Ne.”
“Kita jumpa dekat sini,” kata In Young.Aku mengangguk.
Aku berjalan naik semula ke bangunan,ke bilik mesyuarat semula.Ada sesuatu yang aku ingin tahu tentang In Young.Mungkinkah dia In Young?Yang aku rindui?
Kalau dialah In Young...mengapa dia tidak menegurku?Dia nampak seperti tidak mengenaliku.
*****
Your POV
“Kenapa Cikgu Kim tanya pasal tu,eh?” aku menggaru kepala.Aku melangkah ke bilik gim.Rakan-rakan sekelasku sedang membuat hal mereka sendiri.
“Kau pergi mana,In Young?” sapa Min Jung yang sedang bersembang dengan Hyun Ki dan Key.
“Aku...hmm...pergi jalan-jalan,” balasku.Tidak mahu Min Jung tahu yang aku berjumpa dengan Cikgu Kim tadi. “Cikgu tak habis mesyuarat lagi ke?” tanya Key.Aku mengangkat bahu.
“Boringnya,” keluh Key.
“Lebih bagus.Aku tak minat nak main apa-apa,” kataku. “Kau ni...ish...eh...tak lama lagi,sukan dah nak mula!” Key memberitahu.Aku merenung dia,dengan tidak percaya.
“Aku nak buat surat.Aku tak nak join mana-mana acara sukan,” kataku dengan perlahan. “Takkan kau nak mengelak macam tahun lepas?Kalau Min Jung takpelah,sebab dia dah berhenti jadi olahragawati lepas kemalangan masa dia masih di menengah rendah...kau tak sakit kan?” Hyun Ki menyoalku,dengan panjang lebar.
Aku mengeluh.
Sejak masuk sekolah menengah tinggi,aku memang tidak berminat dalam acara sukan.Aku pandang Min Jung.Aku tahu dia memang tidak akan menyertai mana-mana acara sukan,kerana dia pernah mengalami kemalangan sewaktu acara larian.
“Kau tak nak banggakan sekolah kita ke?” tanya Min Jung.Aku diam.
“Kenapa kita cakap pasal sukan,ya?Kita cakap lain kali jelah,” aku tidak mahu memanjangkan topik itu.Min Jung mengangguk. “Hari ni aku tak kerja,” kata Min Jung.
“Eh?Aku kerja...eii...bila kau cuti aku kerja.Aku cuti,kau kerja...ish...” aku menggeleng kepala. “Aku baru je nak ajak kau pergi jumpa Chunji oppa,” perlahan dia membalas.
“Apa?” aku buat tidak mendengar.
“Aku ada janji dengan Chunji oppa,nak keluar dengan dia...” bisik Min Jung.Aku menekup bibir. “Date?!” jeritku.Cepat-cepat Min Jung menutup bibirku.
Hyun Ki dan Key mengangkat kening.Ingin tahu apa yang berlaku.
Aku menggeleng,tidak mahu Min Jung memarahiku,kerana aku terkejut sangat dengar kata-katanya.
“Kau pergilah.Buat apa nak ajak aku?Kan kalau date cuma dua orang je,aku tak nak jadi penyibuk!” aku membalas,sambil menepuk kedua belah bahunya dengan dua tanganku.
“Tapi...”
“Aku tahu kau suka dia.Pergi jelah.Mungkin korang boleh cakap pasal perasaan korang masa date tu nanti,” aku senyum.
Min Jung menunduk. “Dia tu kan playboy,”
“He’s a playboy,but,maybe he found his true love.And it is you!” aku memberikan kata-kata semangat padanya. “In Young-ah,thanks,” ucap Min Jung,sebelum memelukku dengan erat.
“Yeah,welcome...” aku membalas.Mungkin...Min Jung dan Chunji oppa ditakdirkan untuk bersama.
Mungkin...
Kim Jaejoong
Nama Cikgu Kim muncul di fikiranku.
Kenapa ya?
Pelukan kami terlerai.Min Jung senyum padaku.Aku membalas senyumannya.Dialah rakan baikku sejak aku masuk ke sekolah ini.Semua kisah tentang diriku,aku beritahu padanya,kecuali tentang Young Jae.
Tentang Young Woong,aku cuma memberitahu tentang aku meminati Young Woong aka Hero yang menjadi salah seorang ahli kumpulan Tohoshinki.
Mungkin aku akan memberitahu dia,tentang Young Jae,sekiranya aku sudah bersedia...
Aku duduk di sebuah kerusi di bilik gim,bersama Key dan Hyun Ki.Min Jung keluar entah ke mana.
Aku pandang sekeliling bilik gim ini...
*****
3 tahun yang lalu...
“Oppa!” aku menegur Micky. “In Young?” Micky memandangku,dengan pandangan tidak percaya.Aku mengangguk.Micky mencubit kedua belah pipinya.
“Yahh!Park In Young!Kenapa tak cakap nak datang?!” Micky agak terkejut,dengan kemunculanku yang tiba-tiba di kediaman keluarganya.Aku ketawa. “Suprise!”
Micky menggosok rambutku. “Oppa!” aku memukul tangannya.Aku membetulkan rambutku yang berserabai. “Micky-ah!Kau tengah cakap dengan siapa tu?” ada seorang lelaki muncul.
Dia mempunyai wajah yang agak keperempuanan,rambut hitamnya ke paras bahu.Matanya berwarna coklat cair,bibirnya kemerah-merahan.Alis matanya yang melentik...menarik perhatianku.
Macam perempuan...itu reaksiku,untuk pertama kali bertemu dengan lelaki itu.
“Young Woong hyung,ni adik sepupu saya,In Young.In Young,ni kawan oppa,panggil je dia ni Young Woong...” Micky memperkenalkan kami berdua,pada diri masing-masing.
Aku mengangguk.Dia memandangku.Pandangannya dingin.Agak menakutkan...
“In Young...” aku menghulurkan tangan.Namun dia hanya mengangguk. “Young Woong...” balasnya,sebelum masuk ke dalam rumah semula.How rude he is?!
Aku mengetap bibir.
“Ermm...In Young-ah.Maafkan Young Woong oppa tu,ya?Dia memang macam tu.Tapi,kalau korang dah kenal dengan lebih lama,dia mesti okay dengan kamu,” ujar Micky,dengan menepuk bahuku.
Aku mengangguk,menyedapkan hatinya yang rasa terkilan.
Micky mengangkat begku,dan aku mengikut dia masuk ke dalam rumah.
Aku disambut oleh lagi tiga orang kawannya.U-Know,Xiah dan Max.Aku lebih senang dengan mereka bertiga,dan sepupuku,Micky...berbanding dengan Young Woong.
Selepas Micky menunjukkan bilik yang akan aku duduki,kami ke dapur.Aku mendapati,Young Woong sedang memasak sesuatu di dapur.Aku berdiri,tanpa berjalan lagi setapak.
“Kenapa?” hairan Micky denganku.Aku menggeleng.
Aku berjalan ke ruang tamu,menyertai Xiah dan Max.Mereka sedang sibuk berlawan bermain game di skrin televisyen,aku ketawa melihat mereka.Macam budak-budak.
“Yay!” Max bersorak riang,Xiah pula mendengus.Max menang dalam game yang mereka main. “Young Woong hyung!Saya menang!” jerit Max,dengan kuat.
“Oh...okay,nanti hyung masak untuk kamu...” balas Young Woong.
Aku memuncungkan bibir.Kenapa Young Woong tak cakap macam tu dengan aku?Aku ni budak jahat ke?
Aku memeluk bantal kecil yang diletakkan di sebelah sofa.
Max sudah hilang ke dapur.
Xiah pula bersembang dengan entah siapa di telefon.
Aku mengingati semula tujuan aku datang ke Amerika.Aku ingin melawat Micky oppa yang sudah lama tidak aku temui,sejak dia dan keluarganya berpindah ke Amerika.
“Hey,In Young!” Micky duduk di sebelahku. “Mana Ricky?” aku teringatkan adik Micky oppa,Ricky. “Dia keluar dengan omma dan appa.Jangan risaulah,nanti kamu dapat jumpa dia,” balas Micky.
“Dah lama tak jumpa ahjusshi dengan ahjumma,dorang sihat ke?” tanyaku. “Dorang sihat.Nanti bila dorang dah balik,sembanglah puas-puas,” balas Micky dengan sengihan.
Aku membaling bantal yang kupegang padanya.Dia ketawa dengan kuat.
Teaser:
“Nah,” Young Woong menyerahkan mangkuk yang berisi bubur pada In Young.In Young teragak-agak hendak mengambil mangkuk itu. “Jangan risau,saya tak letak racun pun,lagipun saya bukan kejam,” mendatar suara Young Woong berkata.
In Young mengambil mangkuk itu,dan makan. “Sedapnya!” In Young berkata,selepas hanya satu suapan.
“Ne...gomawo,” dia membalas,dan tersenyum.Itulah kali pertama In Young melihat senyuman ikhlas daripada Young Woong.Dia juga membalas senyuman, pada lelaki itu.
Aaaa...sambungannya aku buat nanti :P Btw,Happy New Year 8D //late wish
Comments