Eternal Love : Chapter 23






Chapter 23:I need an explanation...

Your POV

“Park In Young!” lamunanku hilang dengan sendirinya,selepas namaku dipanggil.Min Jung merenungku dengan pelik.Eh?Tadi adalah mimpi ke?Aku menggaru kepalaku.

“Kau berangan...” kata Min Jung.Aku tersenyum cuma.

Kenapa aku teringatkan kenangan itu,ya?

Aku lihat bilik gim yang sudah kosong. “Mana semua orang?” tanyaku.

“Semua orang dah masuk kelas dah!Jenuh aku tunggu kau!Berangan sampai ke planet Pluto ke?” perli Min Jung.Aku tersengih.Aku bangun,dan berjalan bersama Min Jung ke kelas.

“Kita pergi salin bajulah,” ajakku.Min Jung mengangguk,kami tidak jadi masuk ke kelas,sebaliknya ke bilik persalinan perempuan.

Selepas itu,aku menuju ke loker.Aku teringatkan janjiku pada Cikgu Kim. “Min Jung-ah,hari ni aku tak rehatlah,” aku terpaksa menipu rakan baikku sendiri,aku tidak mahu dia tahu yang aku akan makan bersama Cikgu Kim.

“Oh,okey.Aku rehat dengan Seohyun jelah,” balas Min Jung.Aku mengangguk.Min Jung melangkah ke kantin.Aku membuka lokerku,dan mengambil bekal yang kusimpan.

Aku ke tempat tadi,tempat aku dan Cikgu Kim janjikan.

“Mianhae sebab lambat,” aku menunduk.Pastinya Cikgu Kim sudah lama menunggu. “It’s okay.Cikgu pun baru sampai,” balasnya.

Aku duduk di sebelahnya.Bekas makanan diletakkan di antara kami berdua.Aku membuka penutup bekas itu. “Wah!Nampak macam sedap je!” kata Cikgu Kim.

Aku tersenyum kecil.

Aku memberikan chopstick padanya.Aku mengeluarkan bekas yang ada di dalam plastik.

“Makanlah,” ujarku.Cikgu Kim mengambil makanan itu.Aku melihat dia. “Ermm...mashita!” itu yang aku dengar daripadanya. “Gomawo,makanlah lagi,” kataku.

“Awak pun makanlah,In Young,” kata Cikgu Kim.Dia mengambil ddeobokki dan menyuruh aku membuka mulut.Aku membuka mulutku,dan menelan ddeobokki itu.

Seperti pasangan kekasih pula aku rasakan di saat ini.Aku teringatkan apabila aku bersama Young Woong dulu,dia sering menyuap makanan untukku.

“Cikgu reti masak?” tanyaku.Cikgu Kim mengangguk. “Wahh!Nanti saya nak cuba masakan cikgu pulak,” kataku dengan girang. “Aish...cikgu tak pandai mana pun,” dia merendah diri.

“Aigoo...mesti sedap kan?Lebih sedap daripada masakan saya,”

“Awak macam tahu je saya suka makanan ni,” tunjuk Cikgu Kim menggunakan chopstick miliknya. “Saya main teka je,sebab boyfriend saya suka makan makanan ni,” balasku dengan senyuman.

“Ohh...dia mesti ada citarasa yang sama dengan saya,”

Aku hanya mengangkat bahu.

“Cikgu reti masak bubur tak?” entah mengapa,soalan itu terluncur daripada bibirku.

“Reti,masakan yang paling senang.Dulu,cikgu tambat hati girlfriend cikgu dengan bubur.Mungkin sebab tu dia suka dekat cikgu,” ujar Cikgu Kim dengan gembira.

“Eh?Saya suka kalau lelaki pandai memasak.Boyfriend saya tu pandai masak.Saya suka dekat dia,sebab tu,dan sebab dia baik.Sebab tulah saya masih ingat dia sampai sekarang,walaupun,ingatan saya tak berapa jelas,” aku mengingati bubur yang kumakan itu.

“Oh ya?Kenapa cerita kita sama juga?” soal Cikgu Kim.Aku tidak menjawab.

Aku hanya ketawa,tidak tahu membalas apa.

“Kebetulan,” jawabku.Dia mengangguk. “Ah,saya lupa nak beli airlah,cikgu,” aku menepuk dahiku. “Tak mengapa,cikgu belikan.” dia bangun,dan meninggalkan aku untuk seketika.

Aku makan ddeobokki yang tinggal lagi sikit.Aku tinggalkan sedikit untuk Cikg Kim. “Nah,” Cikgu Kim muncul,dengan menghulurkan latte padaku. “Latte!My favourite!” aku membuka penutup tin.

“Girlfriend cikgu suka latte,cikgu pula suka Americano.Tapi,sekarang ni,cikgu dah mula suka minum Latte,” ujar Cikgu Kim,tanpa aku tanya. “Kenapa sama jugak,cikgu?Young Woong pun suka Americano!” kataku.



Dia ketawa.

“Entah.macam kebetulan je...semua ni,” balasnya.

“Warna kegemaran cikgu?”

“Hitam,”

“Gosh!Saya suka biru!” aku berkata.

“Girlfriend cikgu pun suka warna biru!” dia berkata pula.

“Eh?” aku keliru.

“Cikgu,cikgu kata nama girlfriend cikgu tu In Young kan?” tanyaku.Dia mengangguk,sebelum meneguk latte. “Apa nama keluarga dia?”

“Park,sebab sepupu dia Park Yoochun.” jawab Cikgu Kim.Tin berisi Latte hampir jatuh,namun,cepat-cepat Cikgu Kim memegang tin itu. “Kenapa?” dia hairan melihatku.

“Cikgu kenal Park Yoochun?”

“Ya.Sebab dia kawan cikgu sejak sekolah menengah,eh,semalam kan kamu keluar dengan Yoochun?Dialah Yoochun...”

Aku memegang pipiku.Jadi,apa yang Cikgu Kim tanya semasa waktu kami lepak di sini...adalah tentang aku ke?

“Park Yoochun?Micky?Adik dia Park Yoohwan?Kan?” aku semakin ingin tahu.Dia mengangguk.Aku semakin terasa sesak nafas.Nafasku seakan tersekat.

“Kawan-kawan Micky oppa,Max,U-know,Xiah...kan?”

Sekali lagi dia mengangguk. “Dan...awak ni ialah?Young Woong?” aku cuba meneka.

Yes.Nama sebenar cikgu ialah Kim Jaejoong.Tapi,masa sekolah menengah dulu,kawan-kawan panggil sebagai Young Woong,” kata-katanya menyebabkan aku ingin saja menjerit.

Kim Jaejoong ialah Young Woong?!

Adakah aku sedang bermimpi?!

Aku pantas mengambil telefon bimbit,menelefon Yoochun. “Oppa!Bawa kawan-kawan oppa!Sekarang!Dekat Shinhwa High School!” jeritku.Kemudian,aku pandang Cikgu Kim.

“Sekejap lagi,Yoochun oppa akan datang,” kataku.Aku meminta diri ke tandas.

*****

Yoochun POV

Aku mendapat panggilan daripada In Young.Aku masih bingung,kenapa dia menjerit.Adakah dia di dalam bahaya?!Aku terus menggerak rakan-rakanku.

“Hyung!Kenapa ni?” Junsu menanya,dengan mata yang masih tertutup. “In Young!Dia macam dalam bahaya je!” balasku dengan cemas.Serentak itu,Junsu terus masuk ke bilik air.Bersiap.

Changmin sudah siap,namun dia terlena di sofa di ruang tamu.Yunho pula di dapur,sedang minum.

Kami berempat segera menaiki kereta,aku memecut laju keretaku ke Shinhwa High School.

“Encik nak jumpa dengan siapa?” tanya pengawal di sekolah itu. “Park In Young,” beritahuku.Pengawal itu membenarkan aku memandu keretaku masuk.

Selepas memparkirkan kereta,aku menelefon In Young.Namun tidak berjawab.Hanya mesej dihantar oleh In Young.

From:In Young

Oppa terus jalan ke belakang sekolah,ada taman bunga dekat sana.

Aku mengajak mereka ke taman bunga belakang sekolah In Young.Aku lihat Jaejoong di situ.Dia kelihatan terkejut dengan kemunculan kami. “Hyung!” tegur Changmin.

In Young berjalan ke arah kami,dengan pandangan yang tajam.

Oppa,I need your explanation,” mendatar suara In Young.

Aku meneguk liur,pandangan dilontarkan ke arah mereka yang lain.

He is Young Woong,right?” kata In Young.

Aku diam.

“Yoochun-ah,” panggil Jaejoong. “In Young?” Jaejoong menunjukkan ke arah In Young.

Junsu,Changmin dan Yunho berdiri di sebelahku.It’s a long story...

 Aaa...again...aku tak cerita pasal apa Young Woong tinggalkan In Young...LOL ~.~

Comments

Popular Posts