Eternal Love : Chapter 35








Chapter 35:Past 5 [Flashback]

Hye Young POV

Aku lihat sekeliling bilik.Di mana In Young pergi?Aku mengerling jam di telefon bimbitku.

Sudah hampir ke pukul  tiga petang!Lama benar aku tidur!Pastinya In Young bosan duduk di hotel.Mungkin dia keluar bersama Jin Young.

Aku bersiap,untuk turun ke kafe.

Beberapa minit kemudian,aku turun ke kafe.Aku ternampak Jin Young yang sedang duduk di kafe berseorangan,tanpa In Young. “Jin Young,mana In Young?” aku menegur dia.

“In Young?Tak nampak dia pun,” balas Jin Young.Aku memegang kepalaku.Pelik.Jika dia tidak bersama dengan Jin Young,ke mana dia pergi? “Langsung tak nampak dia ke?” tanyaku,inginkan kepastian.

Jin Young menggeleng.

Aku mengeluh.Ke manakah dia pergi?

Aku menelefon telefon bimbitnya,namun hanya panggilan peti suara yang menjawab.Aku mendial sekali lagi nombor telefonnya.Sekali lagi,peti suara yang menyapa telingaku.

In Young...mana kamu pergi?Jangan buat unnie risau...aku berkata dalam hati.

*****
A/N:Part ini adalah sambungan di chapter 3;flashback

Your POV

  Aku melangkah pergi dari situ,dengan perasaan yang terluka.Cukup terluka sekali.

  Percutianku di Jepun yang kuanggap bakal indah,dan seronok,bertukar menjadi satu malapetaka,apabila aku dilanggar oleh sebuah kereta yang dibawa oleh pemandu yang mabuk.

  Aku tidak sempat mengelak kereta itu,kerana fikiranku melayang entah ke mana.

Dumm!!!

Aku terbaring di jalan raya.Aku tidak sedarkan diri selepas itu.Aku hanya sempat memikirkan tentang kandungan,yang mungkin ada dalam perutku ini,dan Young Woong...

Suara orang menjerit-jerit,adalah benda terakhir yang aku dengar...

*****

No One POV

Young Woong terdengar suara seorang gadis memanggil namanya,namun dia dapat memalingkan wajahnya,kerana konsert akan bermula sebentar saja lagi.

Suara gadis itu...seperti dia...

Adakah dia berada di sini ketika ini?

In Young...saya rindukan awak,saya tahu saya buat awak kecewa dan menderita kerana saya...maafkan saya...

*****

Hye Young menjawab panggilan yang berbunyi dari telefon bimbitnya. “Hello?” tanpa melihat siapa pemanggilnya,dia terus menjawab. “Hello,adakah ini ahli keluarga Cik Park In Young?” si pemanggil menanya.

“Ya,saya kakakknya.Kenapa ya?” perasaan cemas menyelubungi dirinya.Adakah sesuatu terjadi pada adiknya?

“Kami dari pihak hospital hendak memberitahu bahawa Cik Park In Young dimasukkan ke hospital kerana kemalangan,” beritahu pemanggil itu lagi.Hye Young tidak dapat mengawal rasa cemasnya.

“Boleh saya tahu apa nama hospital yang dia dimasukkan?” tanya Hye Young dengan cemas.

“Hospital Besar Tokyo.Saya harap cik dapat datang dengan kadar segera,” kata pemanggil itu lagi. “Baiklah!” Hye Young yang sebenarnya hendak naik ke biliknya,terus melangkah turun semula ke kafe,dan mencari Jin Young.

“Jin Young!” panggil Hye Young. “Unnie?Kenapa ni?”

“In Young...” sebut Hye Young dengan senafas. “Kenapa dengan dia?”

“Dia...ke..kemalangan...kita kena pergi hospital sekarang juga!” beritahu Hye Young dengan perasaan yang berbaur.

Jin Young membesarkan matanya.Dia terus mengajak kakaknya ke hospital,mereka menahan teksi untuk ke sana.In Young...jangan tinggalkan kami...kata Jin Young dalam hatinya.

*****

Your POV

Aku terjaga dari lena yang agak lama.Aku membuka mataku,dan melihat sekeliling tempat yang sedang aku duduki ketika ini.Putih.Itu saja yang aku lihat.

Semuanya berwarna putih...adakah tempat ini adalah hospital?

“In Young...kamu dah sedar,” seseorang menegurku.Aku pandang ke sebelah,Hye Young sedang duduk di sebelah.Dia kelihatan lega melihatku. “Unnie,” suaraku agak serak.

Dia memegang tanganku. “Unnie risau lepas dapat panggilan dari pihak hospital,mujurlah kamu tak cedera parah,cuma dahi kamu yang terhantuk sedikit,tapi,doktor kata tak serius mana pun.” panjang lebar Hye Young memberitahu.

Aku mengangguk.

“Selamat pagi Cik Park,” sapa seorang wanita yang memakai kot putih yang panjang.Pastinya dia adalah doktor yang merawatku.

“Selamat pagi,doktor,” balasku.Dia menanyaku dengan bahasa korea,bukannya bahasa jepun. “Awak bukan orang jepun ke?” tanyaku. “Saya memang orang jepun,tapi saya belajar cakap bahasa korea,” balas doktor itu.

“Ohh...baguslah.Sekurang-kurangnya,saya tak perlu pening untuk fikirkan nak balas apa kalau dalam bahasa jepun,” kataku dengan sengihan.

Doktor itu tersenyum.Tag namanya ialah Ayumi Tanaka.

“Saya nak periksa keadaan awak,” dia berkata,sebelum menggunakan stetoskop yang dipakainya,dan memeriksa dadaku.Dia mencatatkan sesuatu,dan memandangku.

 “Hmm...petang nanti,awak akan jumpa doktor pakar sakit puan.Dia akan periksa awak,” ujar Doktor Ayumi.

“Doktor,teman saya boleh?” aku tahu,permintaan aku seperti kebudak-budakan,namun aku memerlukan semangat yang lebih. “Baiklah,saya akan teman awak,” jawabnya.

Aku tersenyum,dan memandang Hye Young. “Unnie pun kena teman In Young,ya?”

Hye Young mengangguk.

Selepas itu,Doktor Ayumi meminta diri untuk keluar,meninggalkan aku dan kakakku di bilik ini. “Mummy dan daddy dah tahu?” tanyaku.Dia mengangguk. “Petang nanti,mungkin mereka akan lawat kamu,”

Aku mengeluh. “Unnie...apa reaksi diorang nanti?”

“Hisy...kan belum periksa lagi?Kita belum tahu apa keputusannya!” kakakku berkata.Aku mengetap bibirku.

“Tunggulah petang nanti,kita tunggu dan lihat,” Hye Young memandangku.Aku menutup mukaku menggunakan selimut.

*****

Pada petang itu,aku ditemani oleh Doktor Ayumi dan kakakku,Hye Young untuk berjumpa dengan seorang doktor yang bernama Doktor Hitomi Yamada.

Doktor itu adalah seorang doktor pakar dalam bidang pakar sakit puan.

“In Young,saya rasa kamu patut duduk di kerusi roda,sebab keadaan kamu masih lagi lemah,” cadang Doktor Ayumi,yang membawa kerusi roda bersamanya.

Aku hanya menurut,dan duduk di kerusi roda itu.

“Park In Young?” seorang doktor wanita sedang menunggu aku di dalam sebuah bilik yang mempunyai alat yang aku kira,untuk wanita mengandung.

Aku mengangguk. “Jangan risau,saya akan tolong awak terjemahkan apa yang Doktor Hitomi katakan pada awak,” katanya,dengan yakin.Aku pandang ke arah doktor itu.

Entah kenapa,aku berasa takut.

Aku disuruh untuk melakukan ujian urine test,untuk memastikan sama ada aku benar-benar mengandung atau tidak.Aku menarik nafas yang panjang.

*****

Doktor Hitomi keluar dari sebuah bilik,dia tersenyum pada kami semua. “Congratulations,Miss Park.You’re pregnant.It’s already about two months already,” beritahu Doktor Hitomi.

Aku menekup mulutku.Aku berasa gembira,dan...sedikit gementar.Hye Young mengusap bahuku dengan lembut.Doktor Hitomi berkata sesuatu pada Doktor Ayumi,dan dia mengangguk.

“In Young,Doktor Hitomi nak periksa kandungan awak,so,awak kena baring dekat situ,” Doktor Ayumi menunjukkan sebuah katil yang di sebelahnya ada alat yang aku ketahui,namanya ialah ultrasound.

Aku baring di katil itu,dan Doktor Hitomi sedang meletakkan gel di perutku,sebelum dia menggunakan alat ultrasound itu.

Ada sesuatu di skrin itu,kelihatan kecil,namun masih jelas di mataku.

“This is your fetus look like.You need to take care it until your pregnancy reaching to fourth month,” katanya,dengan bercakap dalam bahasa inggeris,memandangkan aku agak sukar untuk memahami bahasa jepun.

Aku mengangguk.

Ini adalah anakku dan Young Woong.Kandungan ini akan menjadi satu ikatan yang kuat antara aku dan Young Woong.

Selepas ini...aku harus memberitahu perkara yang sebenar pada kedua ibu bapaku,dan abangku,Jin Young.Hye Young yang seperti tahu akan kerisauanku,memegang tanganku dengan erat.

-__- Btw,HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED JAEJOONG BABY *O*

Jangan tergoda! *AMARAN KERAS* luls 

Comments

Popular Posts