Eternal Love : Chapter 37



http://www.youtube.com/watch?v=Ref4MTLUNC0 (Listen to:Hello Again-DBSK)

Chapter 37

Recap:

Mengapa Jae Kyung juga ada di sini?Mungkinkah dia adalah anak kepada salah seorang daripada kenalan daddy?Hmm...mungkin...eh!Bukan ke dia adik Jaejoong?

Adakah ini bermakna,yang Jaejoong juga ada di sini?


*****

Your POV

“Siapa ni,In Young?” tanya Hye Young yang agak hairan dengan kehadiran Jae Kyung. “Unnie,ini Kim Jae Kyung,rakan sekelas In Young.Jae Kyung,ni kakak saya,Park Hye Young,” aku memperkenalkan Jae Kyung dan Hye Young pada diri mereka masing-masing.

“Hi,unnie!” sapa Jae Kyung dengan ceria.Hye Young tergelak kecil melihat telatah Jae Kyung yang sungguh ceria. “Tak sangka yang awak ni anak bongsu keluarga Park!” kata Jae Kyung.

Aku tersenyum kecil.

“Kalau macam tu,saya anak bongsu keluarga Kim!” kata Jae Kyung lagi.

Hye Young yang berada di sebelahku hanya setia mendengar. “Ne.Tapi,saya tua setahun daripada awak,” aku berkata. “Huh?Tua setahun?” dia nampak keliru.

“Macam ni...sebenarnya,umur saya bukan 17 tahun,tapi umur saya 18 tahun,” aku menjelaskan.

“Mwo?Jadi,kenapa awak still belajar dalam gred 11?” aku sudah menjangkakan soalan ini. “Ermm,dulu,masa saya umur 16 tahun,saya terpaksa skip sekolah.Jadi,saya ulang semula.Tahun lepas saya masuk gred 10,sekarang ni 11.” aku menerangkan hal yang sebetulnya.

“Ohh...kalau macam tu,boleh panggil unnie!Aigoo,unnie!” Jae Kyung membalas,dan memanggilku sebagai unnie. “Manja betul!” kataku dengan tawa.

“Mestilah!” ujar Jae Kyung.

“Ne,arasso,”

“Jae Kyung?” seorang lelaki memanggil Jae Kyung. “Oppa!” Jae Kyung memegang lengan lelaki itu dengan manja.Aku hanya memandang lelaki itu dengan pelik.

“Unnie,ni Hyun Joong oppa,abang sulung Jae Kyung,” dia memperkenalkan lelaki itu padaku.Aku mengangguk. “Park In Young kan?” tanya lelaki itu. “Yes,saya In Young,”

“Finally,I met you.” kata Hyun Joong dengan senyuman di bibirnya.

Aku mengangkat kening. “Mwo?”

“Oppa!Janganlah nak mengorat dia!Nanti Jae Kyung cakap dekat Eun Hye unnie!” ugut Jae Kyung pada abangnya.Aku dan Hyun Joong tertawa kecil mendengar ugutannya.

“Mianhae,saya bukan nak mengorat awak,cuma...saya ada dengar cerita pasal awak,” ujar Hyun Joong. “Ohh...okey,”

Tapi,siapa pula yang tahu tentang aku?Jika Jae Kyung,mungkin...namun,dia baru sahaja mengenali aku.

“Hyung!Jae Kyung!”

Aku,Jae Kyung dan Hyun Joong memandang ke hadapan.Mataku serta-merta membulat.Jaejoong!

Jaejoong juga terkejut dengan kehadiranku di situ. “In Young...”

Aku memegang kedua belah tanganku. “Err...Hyun Joong,Jae Kyung,saya minta diri dulu,ya?” aku meminta diri,dan berjalan ke tempat dudukku semula.

Ahh!Aku segan hendak bertemu dengannya.

Setelah hampir dua hari kami berdua tidak bertemu,aku berasa segan,janggal dan...mungkin malu kerana hal itu.Yang berkenaan dengan aku yang cemburu buta kerana Jae Kyung yang manja dengan dia.

Hye Young memandangku dengan pelik. “Waeyo?”

“Tak ada apa-apa...” balasku.Aku mengambil gelas yang berisi air mineral sejuk,lalu meneguk air itu.Aku ingin menghilangkan rasa terkejutku,setelah bertembung dengannya.

*****

Jaejoong POV

“Oppa,waeyo?” tegur Jae Kyung. “Ahh,tak ada apa-apa,” aku berdehem untuk seketika. “Tadi kamu jumpa siapa?” tanyaku. “Aigoo,oppa!Takkanlah tak kenal kot!Itu In Young lah!”

Aku tersenyum.

Aku tidak menyangka kami bertemu di waktu ini.Walaupun aku baru sahaja tahu yang dia adalah anak kepada Tuan Park Seung Min.

Kenapa dia meminta diri untuk duduk di tempatnya semula?Aku baru sahaja hendak berbual dengannya,setelah dua hari kami tidak bertemu,kerana In Young cemburu dengan adikku sendiri...

“Jaejoong,mari sini sayang,” omma memanggilku.Aku berjalan ke arah omma yang sedang bersembang dengan seorang wanita yang sebaya dengannya.

“Maria,inilah anak lelaki kedua saya,selain Hyun Joong.Nama dia,Kim Jaejoong,” omma memperkenalkan aku pada wanita itu.Wanita itu tersenyum.

“Annyeong,” aku berkata. “Annyeong,Jaejoong-ah.Kamu tak ingat saya,ya?”

“Huh?”

“Saya Puan Park.Ibu kepada In Young,pelajar kamu.” Puan Park memberitahu.Puan Park!Ya...dia ibu kepada In Young.Mungkin aku sudah terlupa.

“Mianhae,Puan Park.Saya tak ingat...” aku meminta maaf daripadanya. “It’s okay.Lagipun,kita baru je jumpa sekali.” balas Puan Park.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Nenek!” seorang kanak-kanak lelaki memanggil Puan Park dengan panggilan nenek. “Eh,Junjin?Kenapa datang sini?” tanya Puan Park dengan lembut.

“Nenek...” panggil seorang lagi kanak-kanak lelaki.Aku seperti kenal dengan wajah kanak-kanak lelaki itu. “Young Jae?”

Kanak-kanak lelaki di sebelah kanak-kanak lelaki yang bernama Junjin mendongakkan wajahnya. “Ahjusshi!” dia kelihatan riang melihat wajahku. “Kamu kenal cucu Puan Park ke,Jaejoong?” tanya omma.

Aku mengangguk.

“Mesti In Young yang kenalkan pada kamu,kan?” tanya Puan Park. “Ne,” aku mengiyakan.

“Bercakap pasal In Young,mana dia?” omma menanya Puan Park. “Sekejap ya?Saya suruh Young Jae panggilkan,” Puan Park membisikkan sesuatu pada Young Jae dan Young Jae terus berlari bersama Junjin.

*****

  “Mama!Nenek panggil!” muncul Young Jae bersama Junjin. “Hmm,kenapa?”

  “Tak tahu...tapi nenek suruh Young Jae cari mama...” balas Young Jae.Aku bangun,dan aku bersama-sama Young Jae, dan Junjin berjalan untuk berjumpa dengan mummy.

  “Dah sampai pun!” mummy menyambutku.Aku tersenyum. “Ga In,inilah In Young,” perkenal mummy pada seorang wanita yang aku yakini adalah rakan baiknya.

  “Annyeong,choneun Park In Young imnida,” aku menunduk sebagai tanda hormat padanya.

  “Aigoo...you’re so beautiful!Kan,Jaejoong?” aku mengangkat wajahku selepas terdengan nama Jaejoong.Jaejoong mengangguk,dan memandangku.

  Aku mengigit bibir. “In Young-ah...dialah anak kawan daddy yang daddy nak kenalkan pada kamu tu...” beritahu mummy dengan gembira.Aku mengangguk.

  Rupanya dialah orangnya...aku tidak dapat mengawal senyumanku yang terus terukir dengan lebarnya...rupanya,dunia ini sungguh kecil...bertemu juga kami di sini.

  “Ga In,jomlah kita pergi tempat lain.Kita biarkan anak-anak kita saling mengenali antara satu sama yang lain,” ajak mummy.Aku sudah mula terasa segan.

  “Jomlah!” Puan Kim dan mummy melangkah ke tempat lain.Young Jae dan Junjin pula masih berada bersama kami.Err...

  “Hai,” aku menyapa Jaejoong.Suasana menjadi janggal untuk seketika.Young Jae dan Junjin melihat kami,seperti mereka adalah penonton di situ.

  “Hai,” dia membalas dengan perkataan yang sama.

  “Saya Kim Jaejoong,berusia 23 tahun.” kata-katanya itu membuatkan aku hendak tergelak padanya.Aku menutup mulutku,supaya gelak yang kutahan itu tidak tersembur.

  “Saya Park In Young,berusia 18 tahun,nice to meet you,” aku memperkenalkan diriku,sambil menahan gelak.Tiba-tiba aku terdengar gelak daripada Young Jae dan Junjin yang tidak tahu apa-apa.

  Aku tidak dapat mengawal gelakku,dan terus ketawa dengan sepuas hatiku. “Yahh!” Jaejoong kelihatan marah,namun dia masih comel,dengan bibirnya yang dimuncungkan ke hadapan.

  “Semua ni salah Young Jae dengan Junjin,” aku menyalahkan kedua kanak-kanak lelaki di hadapan kami ini,setelah aku berhenti gelak.

  “Kitorang gelak je,mama!Kan Junjin?” ujar Young Jae pada Junjin yang terangguk.Junjin dan Young Jae berbeza setahun,jadi mereka terlalu rapat.

  “Hmm...arasso...” Jaejoong berkata. “Children,please let adult talk,okay?” ujarku pada mereka berdua.

  “No!” balas Young Jae dan Junjin.Aku memandang Jaejoong.Jaejoong memegang tanganku. “Siapa nak aiskrim?” Jaejoong memancing perhatian mereke berdua.

  “Saya!” Young Jae dan Junjin terus mengangkat tangan mereka.Kanak-kanak...

Comments

Popular Posts