Eternal Love : Chapter 22








Chapter 22:Young Woong

Tiga tahun yang lalu...

No One POV



Young Woong memerhatikan In Young yang sedang bergelak ketawa dengan Micky.Dia ingin mendekati In Young,seperti rakan-rakannya yang lain.Dia kesal sedikit,kerana berkasar dengan In Young.

Sepanjang hari,dia asyik memikirkan silapnya.

Pastinya In Young terasa hati dengannya.

“Hyung!” Max memanggil Young Woong. “Kenapa?” tanya Young Woong. “Hyung dah masak ke belum?” tanya Max dengan membuat aegyo padanya.

“Hmm...kejaplah...” Young Woong membalas.

“Saya tolong hyung!” kata Max.Young Woong tidak menghalang,sebaliknya membiarkan Max menolongnya.

“Hyung,kita makan bubur nak tak?” cadang Max.Young Woong hanya mengangguk saja,tidak membantah dengar cadangan Max itu. “Nak letak apa?” Young Woong menyoal,sambil mengeluarkan bahan yang akan digunakan untuk memasak dari peti sejuk.

“Ayam,sayur...itu je kot,” balas Max.

Young Woong mengambil ayam cincang,sayur campur.

Mereka mula memasak.

*****

Setelah selesai memasak,Young Woong menyuruh Max memanggil rakan-rakan mereka untuk makan.Meskipun dia hanya masak untuk Max,tidak bererti hanya Max seorang saja yang akan makan,kerana dia perlu utamakan rakan-rakan yang lain.

“Hyung!Jomlah makan!” laung Max dengan kuat.Young Woong menekup telinganya.

Micky,U-Know,Xiah muncul di dapur,mereka mengambil tempat duduk di meja makan.

“Mana sepupu kau?” tanya Young Woong.Micky mengangkat bahu,sebelum terus makan.

Young Woong membawa dua mangkuk bubur yang telah diletakkan bersama sudu.Dia melangkah ke ruang tamu.Dia mendehem kecil.In Young kelihatan terkejut.

“Nah,” Young Woong menyerahkan mangkuk yang berisi bubur pada In Young.In Young teragak-agak hendak mengambil mangkuk itu. “Jangan risau,saya tak letak racun pun,lagipun saya bukan kejam,” mendatar suara Young Woong berkata.

In Young mengambil mangkuk itu,dan makan. “Sedapnya!” In Young berkata,selepas hanya satu suapan.

“Ne...gomawo,” dia membalas,dan tersenyum.Itulah kali pertama In Young melihat senyuman ikhlas daripada Young Woong.Dia juga membalas senyuman pada lelaki itu.

“Awak dah makan?” In Young memandang Young Woong.Young Woong menunjukkan semangkuk bubur yang dipegang.In Young tergelak kecil,sebelum makan bubur yang dimasak oleh Young Woong.

“Awak yang masak kan?” tanya In Young.Young Woong mengangguk. “Bagusnya!Nanti bolehlah saya belajar dari awak!Lagipun,saya suka lelaki yang pandai masak...” puji In Young dengan ikhlas.Ada senyuman di bibirnya.

Dengan secara tiba-tiba,hati Young Woong berdegup kencang.Kata-kata In Young itu membuatkan dia semakin tidak keruan.Jatuh cintakah dia pada sepupu Micky itu?

“Young Woong?” tegur In Young,sambil memegang tangan Young Woong.Hatinya semakin laju berdegup.Adakah petanda itu akan membuatkan dia akan mati awal?Oh tidak!

“Ahh...awak makanlah,” Young Woong cuba berlagak biasa.

In Young mengangguk,dan menghabiskan bubur itu.

*****

Pada malam itu,kediaman keluarga Park meriah dengan gelak tawa In Young,Young Woong,U-Know,Micky,Xiah dan Max.Tidak ketinggalan,ibu bapa Micky dan adik Micky,Ricky.

“In Young-ah...kamu makin cantik sekarang ni.” puji Puan Park.Wajah In Young memerah. “Aniyo...saya biasa-biasa jelah,ahjumma,” In Young cuba menepis pujian itu.

“Beruntung mummy kamu,dapat kamu yang cantik ni,dengan kakak sulung kamu,Hye Young...” sambung Puan Park lagi.

In Young menundukkan wajahnya.Wajahnya semakin memerah.

“Omma...jangan puji sangat budak ni,dia ni dahlah mudah perasan!” usik Micky dan Ricky.In Young mencubit Ricky,kemudian memijak kaki Micky.Mereka berdua mengaduh kesakitan.

In Young ketawa.

Young Woong yan duduk di sebelah Ricky hanya tersenyum melihat telatah gadis itu dengan sepupunya.

Gadis itu nampak comel apabila wajahnya mula memerah.Hendak saja dia mencubit pipi gebu milik gadis itu,namun,Young Woong cuba mengawal perasaannya.

In Young membuatkan dia semakin gila.Walaupun baru sehari dia mengenali gadis itu,dia merasakan gadis itu lain daripada gadis-gadis yang pernah dia kenali sebelum ini.

In Young berbeza,kerana gadis itu tidak mudah tertarik dengannya,tidak seperti gadis-gadis yang pantang melihat lelaki yang mempunyai wajah yang elok rupanya.

In Young memandangnya,dan menghadiahkan sebuah senyuman padanya.Sekali lagi,hatinya berdegup dengan kencang,tidak terkawal.

Kenapa begini?Mungkinkah hatinya mempunyai masalah?!

“Young Woong,kenapa tak makan?” tegur Puan Park.Young Woong meneguk air dan sambung makan.

Selesai makan malam,mereka bertujuh,termasuk Ricky dan In Young duduk di balkoni.

“In Young-ah...” panggil Max.

“Ne?”

“Berapa umur awak?” tanya Max. “15 tahun,” balas In Young. “Jinjjayo?” mereka semua di situ agak terkejut dengan jawapan In Young.Kecuali,Ricky dan Micky,mereka berdua hanya ketawa.

“Saya ingatkan awak tua daripada saya...sebab muka awak nampak matang dari usia yang sebenarnya,” ujar Max dengan senyuman. “Haha...saya budak-budak lagi,” In Young berkata.

“Yeah...Alice Park In Young memang macam budak-budak,sebab dia manja dengan parents dia,” selamba Ricky menyampuk.

“Ricky-ah!” In Young memukul bahu Ricky.

“Betullah!Dia ni,suka nangis depan kitorang,kalau dia tak dapat apa yang dia nak,” sambung Micky.

“Oppa!” In Young memeluk tubuhnya,tidak berpuas hati.

Young Woong terpesona melihat perlakuan manja In Young itu...Alice Park In Young...sedap nama tu...

“Oppa,nanti...masa cuti ni kita pergi Jepun nak tak?” cadang In Young selepas mendiamkan dirinya,kerana diusik oleh dua orang sepupunya. “Jepun?Buat apa?” tanya Micky.

“Kita pergi main dekat pantai!Dekat Osaka ada pantai yang best!” dengan riang,In Young membalas.

“Haah,kan?Sekarang ni kan tengah musim panas...” sampuk Xiah.

“Wahh...boleh mengorat perempuan cantik!” ujar Micky.Max memukul kepala Micky. “Yah!!Kenapa kau pukul hyung!Maknae tak guna!” Micky bangun,dan menyerang Max.

Mereka mula berkejar-kejaran di kawasan balkoni.Mereka yang lain ketawa.

*****

Selepas beberapa hari...

“In Young!” panggil Young Woong. “Ne,oppa?” In Young yang sedang membaca majalah mengalihkan pandangannya pada Young Woong. “Ermm...oppa nak minta maaf pasal hari mula-mula kamu dekat sini,” ucap Young Woong.

“Oppa tahu oppa berkasar dan berkelakuan biadab pada kamu.Tapi,memang oppa macam tu,kalau bukan dengan orang yang oppa kenal.Oppa betul-betul rasa bersalah pada kamu,” sambung Young Woong.

“Harapnya kamu janganlah simpan perasaan marah pada oppa...” katanya lagi.

In Young tidak berkata apa-apa pun.

Dia bangun dan meninggalkan Young Woong sendirian di ruang tamu.

Sepanjang hari itu,In Young langsung tidak bercakap dengan Young Woong.Young Woong menjadi risau dengan diam gadis itu.Adakah gadis itu benar-benar terasa dengannya?

“In Young-ah,” panggil Young Woong.

Tiada reaksi.

“In Young,” sekali lagi dia memanggil In Young.

Dia mendekati gadis itu.Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah In Young.In Young langsung tidak membuat apa-apa.

Desah nafas In Young begitu dekat,mengenai wajahnya.

In Young mengetap bibirnya.In Young menolak Young Woong dan Young Woong jatuh di sofa.In Young bangun,namun,dia tersepak bola tenis yang berada di lantai.

Menyebabkan bibir mereka bertemu.Kedua-duanya agak terkejut.

In Young menutup seluruh wajahnya.Manakala,Young Woong pandang ke arah lain.

“Oo...oppa...” panggil In Young.Young Woong memandang In Young. “Urmm...saranghae,” perlahan In Young berkata.

“Mwo?!” Young Woong terkejut yang amat.Benarkah apa yang dia dengar?In Young mengucapkan kata-kata cinta padanya?

In Young menutup wajahnya sekali lagi.Jadi...mereka berkongsi perasaan yang sama.Dalam beberapa hari,dia jatuh cinta pada Park In Young,adik sepupu kepada rakan baiknya,Park Yoochun.

Dalam beberapa hari juga,In Young juga sukakan padanya.

“Nado saranghae,Park In Young.” balas Young Jae,dan dia merapatkan In Young,memeluk gadis itu di pelukannya.

 Aaaa...dah siap pun chapter 22...aaa...kalau korang tak paham takpe,sbb dlm chapter lain,nanti aku akan terangkan satu persatu =.=

Comments

Popular Posts