Eternal Love : Chapter 26






Dbsk - Begin



Chapter 26

Selepas Jaejoong menghantar aku pulang ke rumah.Aku terasa bersalah pula padanya.Aku berbaring di katilku.Aku masih memikirkan tentang Jaejoong yang hanya diam sewaktu perjalanan tadi.

Mungkinkah dia kecil hati denganku.

“Mama!” Young Jae melompat naik ke katilku,aku mengusap dadaku,sebelum memandang Young Jae. “Kenapa Young Jae terkejutkan mama macam tu?” aku berpura-pura marah.

Dia menunduk.

Aku memeluk Young Jae,dan mencium dahinya. “Kamu budak baik kan?Jangan buat macam tu,ya?Kalau tak sayang mama,dah...buatlah selalu,nanti mama cepat-cepat mati...” kataku dengan tanpa perasaan.

Aku terdengar esakan kecil dari Young Jae.Aku memandang wajah Young Jae.Air matanya mengalir dengan laju. “Kenapa mama cakap macam tu?Mama nak tinggalkan Young Jae ke?” dengan esakan,dia bertanya.

Aku memegang pipinya,mengelap air matanya.

“Sorry...tadi mama gurau je,saja nak acah kamu...dah jangan nangis dah...” aku memujuk dia.Kasihan melihat dia menangis begitu.Nampaknya aku sudah membuat gurau dengan melampau.

Dia memeluk leherku,masih menangis.

Aku menepuk belakangnya dengan lembut. “Jangan nangis,Young Jae...nanti,mama belanja aiskrim tau?” aku memancing perhatiannya.Young Jae mengangkat wajahnya.

“Betul ke mama?” soal Young Jae,dengan kepastian.

Aku mengangguk. “Kita pergi makan aiskrim,okay?”

“Okay!Mama,kita makan dekat Time Out tau?!”

Aku mengangguk saja.Dia menjerit dengan riang. “Mama!Kita pergi sekarang!” ajak Young Jae,sambil menarik tangan kiriku. “Nantilah...mama penat,” aku baring semula di katil.

Young Jae menarik tanganku dengan berkali-kali.

Aku mengeluh,sebelum bangun semula. “Okey.Kita pergi sekarang.” putusku.

“Yay!I love you,mama!” ucap Young Jae dengan gembira.Aku senyum,dengan puas hati.Aku menyuruh Young Jae tunggu,kerana aku hendak membersihkan diriku,dan menukar pakaianku.

*****

Jaejoong POV

Aku mengeluh di sofa yang aku duduki.

“Hyung,janganlah asyik mengeluh je.Biarkanlah In Young nak temankan anak saudara dia tu...” kata Changmin,yang sedang memegang snek.Aku mengeluh lagi.

Yoochun turun dari tangga.Dia berpakaian kasual. “Nak ke mana,hyung?” tanya Changmin. “Time Out.Nak tolong Yoohwan,sebab hari ini pekerja tak cukup,” balas Yoochun tanpa memandang kami.

“Hyung!Boleh tak kalau saya nak ikut?” Changmin membuat aegyo pada Yoochun.Yoochun mengangkat keningnya,sebelum mengangguk. “Kalau macam tu...apa kata kita semua pergi lepak dekat Time Out je?” cadang Yunho.

Changmin menepuk tangan. “Apasal kau tepuk tangan?” tanya Junsu yang hairan melihat Changmin.

“Saya setuju dengan cadangan hyung tu!” balas Changmin.

Aku diam.

“Aku setuju je.” kata Yunho.

“Hyung?” mereka semua beralih padaku.Aku menggeleng.

“Hyung,kan hyung suka makan aiskrim?” soal Changmin. “Apa kata hyung release tension?” cadang Changmin.Aku tidak membalas,sebaliknya mengeluh.

“Hyung...jomlah...” rayu Changmin dengan merengek manja padaku. “Yahh!Kenapa macam budak-budak kecil ni?” aku memarahi dia.Changmin memuncungkan bibirnya.

Aku menggeleng. “Betul cakap Changmin tu,baik kau ikut kitorang pergi Time Out.” Yunho menepuk bahuku.

“Hyunggg....” Changmin merayu,dia menunjukkan aegyonya padaku.

“Okay!Hyung ikut!” aku berkata,sebelum mencapai bantal kecil ke arah Changmin yang sudah tersenyum.Kami semua bersiap,dengan pakaian pilihan masing-masing.

Aku mengambil keputusan untuk membawa keretaku sendiri.Yoochun pula membawa Junsu,Yunho,Changmin bersama.

*****



Sampai di kedai Time Out,kami berlima di sambut oleh Puan Park,iaitu ibu kepada Yoochun.Yoohwan menyapa kami.

“Hyung nak order apa?” tanya Yoohwan pada kami semua.

“Ermm,chocolate,” aku memberitahu.Mereka yang lain juga memesan aiskrim yang mereka kehendaki.

Yoochun pula menolong ibunya mengambil stok aiskrim.Suasana di kedai itu masih lagi lengang.

“Dah sampai pun!” jerit satu suara yang agak comel. “Young Jae!Jangan larilah!Nanti kamu jatuh!” ujar satu suara itu pula.Aku pandang ke belakang. “In Young!” Yoochun menegur dia.

In Young memandangku,dengan pandangan terkejut.Kemudian,dia memberikan senyuman yang manis padaku.Aku tidak membalas,sebaliknya hanya membiarkan dia tersenyum.

“In Young?” Puan Park muncul. “Ahjumma!” In Young memeluk Puan Park,dengan erat.

“Tak sangka kamu datang ke sini!” Puan Park berkata.In Young hanya tersenyum. “Saya selalu datang dekat sini.Selalu sangat teman Young Jae.” balas In Young.

Young Jae sudah memanggil In Young,kerana hendakkan aiskrim. “Mama?” Puan Park agak pelik,kerana Young Jae memanggil In Young sebagai mama.In Young membisik sesuatu pada Puan Park,sebelum Puan Park mengangguk,dan menyentuh lengan In Young dengan lembut.

“In Young-ah...kenapalah aku tak perasan kau selama ni?” tanya Yoohwan. “Mungkin sebab aku lebih cantik dari 3 tahun dulu kot!”

“Perasan betul mak cik ni!” kata Yoohwan.In Young ketawa. “Bagi aiskrim coklat!” Young Jae menunjukkan ke arah menu aiskrim yang ada di depannya.

“Okey,nanti uncle bagi kamu aiskrim coklat...” Yoohwan mengambil mangkuk,dan mencedok aiskrim coklat.In Young membelai rambut Young Jae.

“In Young...kenapa tak tegur kami?” ujar Junsu,sambil mencubit pipi Young Jae.

Young Jae bersembunyi di belakang In Young. “Don’t afraid,Young Jae.He is a nice person,” kata In Young.Young Jae mengangguk. “Aigoo...kenapa comel sangat budak ni?” Junsu mendukung Young Jae.

Aku melihat mereka berdua.

Patutkah aku menegur In Young.In Young memandangku,dengan pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan.

*****

Your POV

Kami berdua sampai di Time Out.Young Jae berlari-lari anak masuk ke kedai aiskrim itu. “Young Jae!Jangan larilah!Nanti kamu jatuh!” aku berkata dengan kuat.

“In Young!” panggil Yoochun.

Aku pandang orang yang ada di hadapanku.Jaejoong!Aku memberikan senyuman yang manis pada dia.Namun,dia langsung tidak membalas senyumanku itu.

Mesti dia marah lagi,sebab aku nak balik cepat sangat tadi...kataku dalam hati.

“In Young?” ibu Yoochun dan Yoohwan,yang juga ibu saudaraku menegurku.Aku tidak sangka dia ada di kedai itu.Untuk hari ini. “Ahjumma!” aku memeluk dia.

“Tak sangka kamu datang ke sini!” kata ibu Yoochun. “Saya selalu datang dekat sini.Selalu sangat teman Young Jae.” balasku. “Mama!Cepatlah!” panggil Young Jae.

“Sekejaplah,Young Jae!” aku membalas.

“Mama?”

“Itu anak saya,ahjumma,tapi...Jaejoong tak tahu Young Jae tu anak dia,hanya keluarga saya je tahu.” bisikku pada ibu Yoochun.Ibu Yoochun mengangguk,dan menyentuh lenganku.

Aku meminta diri,untuk menemani Young Jae.

“In Young-ah,kenapalah aku tak perasan kau selama ni?” tanya Yoohwan.Yoochun entah ke mana dia pergi. “Mungkin sebab aku lebih cantik dari 3 tahun dulu kot!” aku membuat lawak.

“Perasan betul makcik ni!” Yoohwan agak meluat dengan jawapanku itu. “Bagi aiskrim coklat!” kata Young Jae. “Okey,nanti uncle bagi kamu aiskrim coklat...”

Aku membelai rambut Young Jae. “In Young...kenapa tak tegur kami?” tegur Junsu.Dia mencubit pipi Young Jae.Young Jae yang memang tidak biasa dengan orang luar,terus bersembunyi di belakangku.

“Don’t afraid,Young Jae.He is a nice person,” aku memberitahu dia.Young Jae mengangguk. “Aigoo...kenapa comel sangat budak ni?” Junsu mendukung Young Jae.

Aku pandang ke arah Jaejoong yang aku tahu,sejak tadi dia memandangku.Aku memberi pandangan yang sayu padanya.Aku berjalan,mengambil tempat duduk.

Aku duduk menghadap luar tingkap.Aku menongkat daguku,mengeluh...dan memandang luar tingkat. “Oppa...” kataku dengan perlahan.

Aku teringatkan abangku,Jin Young.Kini dia sedang belajar di universiti.Jadi,dia jarang pulang ke rumah.Dia hanya akan pulang apabila cuti semester tiba.

Aku merasakan ada seseorang duduk di sebelahku,dan memegang bahuku.Aku mengalihkan pandanganku.Jaejoong memandangku,dia mengusap pipiku.

“Sorry,” satu perkataan itu sudah membuatkan aku gembira.Aku meletakkan kepalaku ke bahunya.Dia memeluk pinggangku. “Kenapa awak marah saya?” tanyaku.

“Tak,saya cuma kecewa,sebab tak dapat luangkan lebih masa bersama dengan awak,” balas Jaejoong. “Sorry,” ucapku pula. “Okey.Saya tahu awak nak jaga hati Young Jae,” kata Jaejoong.

Aku mengangguk.



A/N:Puan Park tu,ialah ibu Yoochun,but...dlm chapter di mana Jaejoong jumpa mummy In Young tu,aku gunakan sebagai Puan Park jugak,tapi jangan confuse,ya?^^ Also Yoohwan is Yoochun's real lil bro...keke...he is Ricky Park :) {Refer to picture}~

Comments

Popular Posts