Eternal Love : Chapter 31






Chapter 31:Past [Flashback]

No One POV

3 tahun yang lalu...

“Hyung!Kenapa hyung nak tinggalkan In Young?!” Micky tiba-tiba menyerang Young Woong di bilik mereka. “Maafkan hyung.Tapi,hyung terpaksa...” tunduk Young Woong.

“Hyung tahu tak,yang hyung dah buat In Young sedih?!” marah Micky,sambil menahan perasaan marah dan geramnya pada hyungnya sendiri.

“Kan hyung dah tandatangan kontrak tu.Jadi,hyung kena ikut segala syarat dalam kontrak tu.Takkan kamu dah lupa,Micky?” tanya Young Woong,dengan tenang.

Micky mengigit bibirnya,dan memandang Young Woong dengan tajam.Young Woong menarik nafas perlahan,dia sudah tahu yang perkara ini pasti akan berlaku juga.

In Young terlalu rapat dengan Micky,dan juga Ricky.Tidak mustahillah,In Young akan meluahkan rasa kecewanya pada mereka berdua.

“Hyung...hyung adalah cinta pertama dia.Hyung juga,dah kecewakan dia.Hyung tak ada perasaan ke?!” sekali lagi,Micky melontarkan katanya,dengan kuat.

“Hyung?Micky?” Max,U-know dan Xiah muncul.Mereka tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku antara Micky dan Young Woong.

“Kenapa korang bergaduh?” tanya U-know.

“Hyung...” Micky tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Kenapa dengan hyung?” Xiah semakin ingin tahu.

Young Woong diam.Dia juga tidak dapat berkata apa-apa. “Hyung...dia tinggalkan In Young.In Young kecewa dengan hyung.Aku pun kecewa dengan hyung...sangat-sangat kecewa,hyung...” beritahu Micky,suaranya semakin serak,menahan tangis.

“Betul ke ni,hyung?!” serentak U-know,Xiah dan Max menanya Young Woong dengan rasa terkejut.

Young Woong mengangguk dengan lemah.

U-know,Xiah dan Max saling berpandangan.Mereka bertiga tidak menyangka hal ini akan berlaku,dengan secepat ini.

“Micky-ah...jeongmal,jeongmal mianhaeyo...” ucap Young Woong dengan perasaan yang sebak di dadanya.Micky tidak membalas,mahupun memandang wajah hyungnya itu.

Dia hanya memalingkan wajahnya daripada pandangan Young Woong,U-know,Max dan Xiah.Dia tidak mahu mereka melihat dia menangis.Kali ini dia kecewa dengan hyungnya sendiri.

Dia tidak sanggup melihat kesedihan dan kekecewaan yang terpancar di wajah sepupunya itu.In Young menangis sewaktu bertemu dengan dia,selepas gadis itu menelefonnya.

*****

“In Young...” panggil Puan Park,mummy kepada In Young.Dia risau,kerana sejak tengahari tadi,In Young langsung tidak turun dari biliknya untuk makan. In Young yang berada di dalam biliknya menangis sejak pulang selepas bertemu dengan Young Woong dan Micky.

“In Young...marilah makan,sayang.Jangan buat mummy risau.” panggil Puan Park lagi.In Young tidak menyahut.Hanya sendu yang menemaninya kini.

Puan Park mengeluh. “Kalau kamu lapar.Makanan ada dekat dapur.Mummy dan papa nak keluar ni.Unnie kamu dengan oppa kamu tak ada dekat rumah.Jaga diri elok-elok,ya?” pesan Puan Park,sebelum turun meninggalkan In Young keseorangan.

In Young bangun dari pembaringannya.Dia duduk di meja soleknya.Wajahnya kelihatan sembap,selepas menangis untuk entah berapa lama.

Kenapa awak buat saya macam ni,Young Woong? rintih In Young dengan sedih.

Air matanya yang baru saja hendak kering jatuh lagi di pipinya.Bingkai gambar yang terletaknya gambar Young Woong dia pegang,dan meletakkan bingkai gambar itu ke dadanya,lalu dia memejam matanya dengan rapat.

Dia membayangkan seraut wajah Young Woong yang sedang tersenyum padanya.

“Saya nak kita berdua...berpisah.Saya tak dapat berikan sebabnya,tapi,saya harap awak faham,yang selepas ini,kita tak akan bertemu lagi...” kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.

In Young membuka matanya,sebelum membaling bingkai gambar itu ke lantai.Dia memeluk merapatkan dada dan kakinya,sebelum menutup telinganya.Dia menjerit dengan kuat.

“Tidak!!!” jerit In Young.

Kata-kata itu menjadi igauannya...dia hampir mahu gila setelah mendengar kata-kata yang mampu menghancurkan hatinya itu.

****

“Apa yang kau nak buat sekarang ni?” tanya Ricky di talian.In Young mengeluh.Sudah masuk 6 bulan dia secara rasminya berpisah dengan Young Woong.

“Mengeluh tak dapat selesaikan masalah,In Young.” kata Ricky.Dia risau dengan keadaan In Young,setelah abangnya,Micky memberitahu tentang In Young yang telah berpisah dengan rakan baik abangnya itu.

“Aku...aku tak dapat lupakan dia...” balas In Young.

“In Young-ah...kau kena teruskan hidup kau.Kau kena kuat,untuk kami semua.Ibu bapa kau pun risau jugak,walaupun mereka tak tahu tentang kau berpisah dan bercinta dengan siapa,tapi,mereka risau dengan keadaan kau sekarang ni,” ujar Ricky dengan panjang.

In Young diam.

“Cuba lupakan dia.Teruskan kehidupan kau.Kau ada masa lagi untuk cari pasangan hidup kau,In Young.Kau perlu habiskan pelajaran kau di sekolah tinggi.Lepas tu,kau akan masuk universiti,sebelum bekerja...dan selepas itu,barulah kau fikir tentang siapa yang layak untuk kau...” sambung Ricky dengan nasihat yang berguna.

Sekali lagi In Young terdiam.

“Hmm...aku akan cuba.” balas In Young perlahan. “Nanti,aku dan omma akan lawat kau,ya?” kata Ricky. “Okey,Ricky...gomawo.” ucap In Young.

“Ne,cheonmaneyo...fighting!”

In Young mengukir sedikit senyuman.Walaupun Ricky tidak dapat melihat senyumannya itu.

*****

“Nice job!” puji pengarah muzik yang menyusun atur lagu-lagu yang Tohoshinki akan nyanyikan untuk rakaman. “Kamsahamnida,” ucap mereka berlima.

“Oh ya,nanti selepas korang berlima dah habis buat promotion.Tuan pengarah suruh korang stay di Jepun untuk beberapa bulan,untuk rakam lagu di sana,” beritahu manager mereka,selepas itu.

Mereka berlima mengangguk.Mereka pulang semula ke dorm mereka,yang telah dikhaskan setelah mereka menjadi artis. “Ahh!Penatnya!” Max terus berbaring di katilnya.

Young Woong juga sudah terbaring di katilnya sendiri.

Dia memandang siling yang kosong itu.

Dia cuba melelapkan matanya.Namun,tidak berhasil.Dia mengalihkan pandangan ke katil Max.Max sudah tertidur!Tidak sampai beberapa minit,sudah ke alam mimpi.

U-Know pula sedang berbual dengan anaknya,iaitu Bambi.Err...bukan anak,tapi...anak patungnya yang dianggap seperti anaknya sendiri.Xiah dan Micky sedang berbual.Entah apa yang mereka bualkan.

Hubungan dia dengan Micky pulih seperti biasa,walaupun,mereka agak janggal dengan diri masing-masing.Selepas dia bergaduh dengan Micky,hampir sebulan juga Micky tidak mahu menegur dan mengelak daripada bertemu dengannya.

Dia juga berasa bersalah...sehingga kini.

*****

“Unnie!Apa yang unnie tengah tengok tu?” tanya In Young.Setelah beberapa bulan,dia cuba untuk menjadi seorang gadis yang ceria dan tidak lagi menangisi akan perpisahannya dengan Young Woong.

“Unnie tengah tunggu Tohoshinki perform...” balas Hye Young dengan teruja.

“Kita mempersilakan,Tohoshinki,dengan lagu popular mereka iaitu Hug!” MC yang mengacara memberitahu.Sorakan daripada para peminat membuatkan In Young ingin melihat,artis itu.

  Suara itu...

  In Young pandang ke arah televisyen itu.



  Wajah Young Woong,Max,U-Know,Xiah dan Micky sedang tersiar di dalam rancangan muzik itu.In Young tidak dapat menahan rasa rindunya pada Young Woong.

  Dia fokus,mendengar dan melihat gerak langkah Young Woong yang sedang menyanyikan lagu itu.Wajah Young Woong berputar di fikirannya. “Hansem betul U-Know tu!” puji Hye Young.

  In Young mengangguk. “In Young-ah...kamu suka siapa dalam kumpulan tu?” tanya Hye Young.In Young diam,dan memikirkan siapakah yang dia sukai dalam kumpulan itu.

  “Palli,In Young-ah!” Hye Young tidak dapat menahan sabar.

  “Ermm,Young Woong?”

  “Omo!Dia member paling tua,err,maksud unnie,bukan dia tua,cuma sepatutnya dia jadi leader,tapi,dia tak mahu,so,U-know oppa yang jadi leader...” ujar Hye Young.

  “Ohh...” In Young mengangguk.Hmm...kenapa ya?Tapi,dia merasakan bahawa Young Woong juga berpotensi untuk menjadi leader...Ah!U-know pun ada semangat leadership dalam dirinya!

  “Apa sebab unnie suka U-know?” tanya In Young. “Sebab...ada karisma!” balas Hye Young dengan tawa.In Young juga ketawa.

  “In Young,apa sebab kamu suka Young Woong?” In Young terus berhenti ketawa,dia memandang wajah kakaknya itu. “Betul ke unnie nak tahu?” dia inginkan kepastian.

  Hye Young mengangguk.

  “Sebab...dia lelaki idaman In Young.Walaupun,In Young rasa dia macam perempuan sebab muka dia tu...tapi,In Young suka cara dia...ekspresikan lagu tu...” jawab In Young,sambil memandang kakaknya itu.

  “Macamlah kamu pernah jumpa face to face dengan dia!Sampai dah tetapkan dia sebagai antara lelaki idaman kamu pula tu!” kata Hye Young.In Young mengangkat bahu.

  “Dah unnie tanya kan?In Young jawab jelah,apa yang In Young rasa...” balas In Young dengan selambanya.Hye Young mengangkat keningnya. “Cehh!” Hye Young mengangkat bahunya.


Dalam beberapa chapter nanti,aku akan tulis banyak flashback,kemudian...baru sambung yang seterusnya ^^

Comments

Popular Posts