Eternal Love : Chapter 36


http://www.youtube.com/watch?v=ljOBUP-UHAg (Listen to:Starlight Tears) 


Chapter 36:I’m sorry...(Past 6:Flashback)

  Your POV

Setelah selesai membuat pemeriksaan,kami beredar ke wad yang aku ditempatkan.Doktor Ayumi telah berjanji untuk menolongku.

Hye Young sedang menunggu ketibaan ibu bapaku.Abangku,Jin Young pulang ke hotel untuk menjemput ibu bapaku di sana.Aku memandang luar tingkap bilik itu.

Malam akan muncul,setelah senja melabuhkan tirainya.

“In Young,makanlah.Unnie rasa,dari pagi tadi kamu tak makan kan?” tanya Hye Young padaku.Aku mengangguk perlahan. “Tapi,In Young tak nak makan,unnie,” kataku padanya.

“Aigoo!In Young-ah!Kamu ni tak fikirkan nyawa yang ada dalam perut kamu tu ke?” Hye Young memarahi aku,namun,dia tidak meninggikan suaranya padaku.

Aku terdiam dengan kata-katanya.

Ya...aku masih tidak biasa dengan keadaan ini.Di mana ada nyawa baru yang hidup dalam tubuhku...

“Unnie,mianhae.In Young...akan jaga kesihatan dengan baik,” aku berjanji padanya.Hye Young mengambil mangkuk yang berisi bubur.Makanan itu telah diberikan oleh jururawat,namun,aku langsung tidak menyentuhnya,kerana aku tiada selera untuk makan.

Aku bangun sedikit,dan menyuap bubur ke mulutku.

“Sedap tak?” soal Hye Young.Aku menjelirkan lidahku. “Tawarnya!” kataku perlahan.Hye Young ketawa kecil melihat reaksiku itu.

Bubur yang Young Woong buat lagi sedap...kataku dalam hati.Tanpa disedari,aku tersenyum sendirian. “Kenapa senyum sorang-sorang ni?Kamu teringatkan seseorang ke?” tegur Hye Young.

Aku menggeleng,sebelum meneruskan suapan kedua.Selepas itu,aku menyuruh Hye Young menuang air untuk aku minum. “Unnie dah makan?”

“Dah.Unnie makan sebelum kamu sedar petang tadi.” jawab Hye Young.Aku mengangguk.

“Boleh unnie tahu siapa bapa kepada anak yang kamu kandungkan ni?”

“Nanti In Young akan beritahu,lepas kandungan ni selamat dilahirkan.Buat masa sekarang ni,biarlah rahsia...” aku membalas,dengan sebaik mungkin.Aku perlu bersedia untuk menerima apa sahaja reaksi mummy dan daddy.

“In Young!” pintu bilik terbuka luas.Mummy terus menerpaku,dia memelukku dengan seerat-eratnya. “Mummy...” aku membalas pelukan mummy.Mummy sedang menangis...

“Kenapa kamu tak hati-hati?Risau mummy dibuatnya,lepas abang kamu telefon yang kamu masuk hospital sebab kemalangan!” mummy sempat lagi membebel nampaknya.

Aku tergelak kecil. “Dah nak jadi,mummy.Siapa boleh halang...” kataku.

“Ish,kamu ni!Boleh pulak cakap macam tu!Boleh luruh jantung mummy ni!” mummy mencubit pipiku.Aku mendiamkan diri.Kalau begitu,apa akan mummy lakukan sekiranya dia dapat tahu yang aku sedang mengandung?

“Puan Park,Tuan Park...saya nak jumpa dengan anda berdua sebentar,” suara Doktor Ayumi membuatkan aku pandang ke hadapan.Mungkin...dia hendak memberitahu tentang hal itu.

Mummy bangun dan meleraikan pelukan antara kami.

Daddy sedang menunggu di luar bersama Jin Young.

Doktor Ayumi mengusap bahuku dan meninggalkan aku bersama Hye Young semula.

Aku menjadi risau...jikalau mereka kecewa dan menyesal kerana mempunyai anak yang tidak berguna seperti aku...

Hye Young memandang wajahku yang sedang gundah...

*****

Aku tertidur untuk dua jam lamanya.Hye Young pula mungkin sudah pulang ke hotel semula,kerana letih menjaga aku di hospital.Aku terdengar bunyi esakan kecil.

Perlahan,aku membuka mataku.Mummy sedang duduk di sebelahku,sambil menangis. “Mum...mummy...” dengan perasaan yang takut,aku memanggil mummy.

Mummy mendongakkan kepalanya dan memandangku. “In Young minta maaf mummy.Sebab dah kecewakan mummy,daddy,Hye Young unnie dengan Jin Young oppa...In Young tahu,In Young tak guna...” aku meminta maaf daripadanya.

“Mummy memang kecewa,lepas Doktor Ayumi cakap...yang kamu mengandung.Mummy rasa mummy ni bukan ibu yang patut dicontohi.Mummy jarang ada di rumah,mummy langsung tak ambil berat tentang kamu,”

“Mummy gagal menjadi ibu yang baik...I’m not a good mother.” mummy berkata dengan perlahan,air matanya mengalir deras di pipinya.

“Tak...you’re best mother ever.In Young yang gagal menjadi anak yang baik,” aku menolak kata-kata mummy itu.Sepatutnya aku yang dipersalahkan.Bukannya mummy.

“Jangan risau.Mummy akan terima anak kamu ni.Tak kiralah siapa bapanya,anak kamu ni adalah darah daging keluarga kita.Mummy tak nak jadi seorang ibu yang kejam,dengan menolak hakikat yang kamu ni mengandung...” ujar mummy dengan panjang.

“Betul ke,mummy?Macam mana dengan daddy?Mesti dia tak suka kan?Mesti dia marah sangat...”

“Tidak...daddy kamu seorang yang mudah menerima apa sahaja yang berlaku.Dia seorang bapa yang baik.Jadi,daddy menerima kehadiran bakal ahli keluarga kita ni...” mummy menyangkal kata-kataku.

Aku menahan sebak di dada.

“Thanks,mummy...” ucapku. “Welcome,my dear.Kamu perlu teruskan hidup kamu,bersama anak yang bakal  kamu lahirkan...” mummy memegang tanganku,dan memberikan semangat padaku.

Aku mengangguk.Aku akan mulakan hidup yang baru...

*****

Kini...

Your POV

“In Young?” lamunanku yang panjang terhenti,apabila aku terdengar suara mummy memanggilku. “Huh?” aku pandang mummy yang tersenyum melihatku.

“Jauhnya mengelamun...” kata mummy.Aku memberikan senyuman kecil.Aku tiba-tiba sahaja teringatkan peristiwa yang lalu. “Mana Young Jae?” aku lihat kerusi di sebelahk kosong.

“Dia pergi main dengan Junjin.” balas Hye Young yang duduk di hadapanku.Aku mengangguk.Hye Young duduk di tempat Young Jae. “Kamu berangan pasal apa tadi?”

“Past memories...masa kita bercuti di Tokyo,” balasku. “Ohh...kenapa?”

“Tak tahulah,unnie.Tiba-tiba aje teringatkan pasal tu.” aku menjawab. “Hmm...anak yang kamu kandungkan tu dah besar dengan sihat.” ujar Hye Young dengan tenang.

“Ya...dia yang buatkan In Young rasa ingin teruskan hidup,unnie,” aku memberitahu dia.Selepas aku ditinggalkan oleh Young Woong,iaitu...ehem...Jaejoong,aku terasa hidupku ini tidak berguna.

“Bila kamu nak beritahu siapa bapa Young Jae pada unnie?It’s been almost 3 years.Tak lama lagi,dah nak masuk empat tahun.” nampaknya Hye Young hendak tahu tentang siapakah bapa kepada Young Jae.

“Tunggulah unnie.Lagipun...In Young dah jumpa semula bapa Young Jae,” perlahan aku berbisik padanya.Hye Young menekup mulutnya,terkejut mungkin dengan apa yang aku katakan.

“Jinjja?!”

Aku mengangguk lagi.

“Jadi,dia dah tahu ke?”

“Huh?” aku keliru.

“Lelaki tu dah tahu ke pasal Young Jae?” kakakku menanya. “Tak,In Young tak bersedia lagi nak beritahu dia,” balasku dengan keluhan.Aku masih tertanya-tanya,jikalau Jaejoong dapat menerima apa yang aku beritahu padanya.

Tentang siapakah Young Jae padanya,dan kenapa aku merahsiakan semua ini daripadanya.

“Beritahu segera.Unnie nak sangat kamu,berikan sebuah keluarga yang bahagia untuk Young Jae.He is lonely,without his father.Dia pernah kata,yang dia cemburu bila Junjin dengan Jun Ki oppa,” beritahu Hye Young dengan nada yang prihatin.

“Unnie...Young Jae akan tahu juga.”

Hye Young mengangguk. “In Young!!!” jerit satu suara.Suara seorang gadis.Hye Young dan aku pandang ke belakang.Aku terbangun dengan sendirinya.

“Jae Kyung?” aku dengan nada yang ragu-ragu menyebut nama gadis itu.

Gadis itu berjalan ke arahku,dan memelukku dengan erat. “In Young-ah!Tak sangka kita jumpa dekat sini!” dia berkata dengan nada yang sungguh teruja.

Mengapa Jae Kyung juga ada di sini?Mungkinkah dia adalah anak kepada salah seorang daripada kenalan daddy?Hmm...mungkin...eh!Bukan ke dia adik Jaejoong?

Adakah ini bermakna,yang Jaejoong juga ada di sini?

Comments

Anis Zulhas said…
Hahaa . Jauhnya In Young mengelamun ! ^^ Btw , B2ST ! :)

Popular Posts