Eternal Love : Chapter 20 (A Truth?) Part 1








Chapter 20:A Truth?(Part 1)

Your POV

Selepas aku dan Hyun Ki berbual,aku dan dia bangun dan berjalan ke bilik gim semula.

“Hyun Ki,ermm,aku ingat aku tak nak masuk kelas gim lah.Aku nak lepak.” kataku dengan tiba-tiba. “Waeyo?” Hyun Ki pelik.Aku jarang ponteng kelas gim.

Walaupun aku memang tak suka Pendidikan Jasmani.

“Kau tau kan,aku memang tak minat.” ujarku,dengan alasan.

“Oh,okey,” Hyun Ki menerima alasanku.Aku pusing ke belakang,berjalan ke tempat tadi semula.

“Takkan aku dah mula sukakan In Young?” aku terdengar kata-kata itu.Aku menekup bibirku,dengan rasa terkejut.

“Cikgu Kim?” tegurku.

“Uh...In Young?” dia memandangku.Dia menggaru kepalanya. “Kamu ada kelas Pendidikan Jasmani ke?” tanya Cikgu Kim.Aku mengangguk. “Saya tak suka bersukan...” ujarku.

Aku duduk di sebelah Cikgu Kim. “Bukan ke sekarang ni semua cikgu ada mesyuarat?” tanyaku. “Yeh...tapi,cikgu boring,” kata Cikgu Kim dengan ketawa.

“Oh...”

“Tadi cikgu ada sebut something,kan?” sengaja aku mengungkit tentang hal tadi.

Cikgu Kim menarik nafasnya.

“Hmm...saya...ermm,ah...takde apa-apalah.Oh ya,tadi saya nampak awak dengan Hyun Ki,kenapa dengan dia?” Cikgu Kim menukar topik perbualan kami.

“Dia tension,sebab ibu bapa dia bergaduh,dan nak bercerai,tadi saya teman dia,nak tahu apa yang jadi...” balasku.Cikgu Kim mengangguk. “Cikgu sukakan saya ke?” pertanyaan itu terkeluar dari bibirku.

“Ah...ermm...bukan.Sebenarnya,girlfriend cikgu nama dia In Young jugak,”

“Cikgu teringatkan kenangan masa kami bercinta dulu.” sambung Cikgu Kim.Aku menutup mukaku. “Maafkan saya cikgu.Saya ingat cikgu cakap pasal saya,” aku bangun dan meminta maaf padanya.

“It’s okay.” dia senyum.

“Cikgu ada girlfriend ya?” aku menanya dia. “Hmm...tapi,cikgu terpaksa tinggalkan dia,sebab...ada sesuatu perkara yang menghalang hubungan kami,” jawab Cikgu Kim.

“Dia tak contact cikgu ke?”

“Tak.Cikgu...hmm...terpaksa.Kali terakhir kami berjumpa,dekat Jepun.Masa tu...cikgu ada hal dekat sana.Cikgu tak dapat berbual dengan dia.Tapi,cikgu rasa bersalah sangat pada dia,” sambung Cikgu Kim dengan nada agak sedih.

“Girlfriend cikgu tu...umur dia berapa?” aku masih lagi ingin tahu. “Ermm,18 tahun?Masa kami mula kenal,umur dia baru je 15 tahun.Kami kenal masa dekat Amerika.Masa tu,cikgu bercuti dengan kawan-kawan,” cerita Cikgu Kim lagi.

“Samalah dengan umur saya...” kataku. “Eh?Bukan ke umur kamu 17 tahun?” dia pelik.

“Sebenarnya,dulu masa umur saya 16 tahun,saya tak dapat belajar,sebab tahun tu,ada perkara yang tak dapat saya elakkan.Jadi,tahun lepas,saya masuk gred 12.” aku memberitahu dia.

Usiaku kini,sepatutnya aku menjadi senior kepada rakan-rakanku,dan mungkin aku sepatutnya sama seperti Chunji oppa.

“Kamu dengan Yoochun memang sepupu,ya?” tanya Cikgu Kim. “Yeah.Kami memang rapat sejak kecil.Dulu,masa saya umur 15 tahun,saya ada bercuti dekat Amerika.Dekat sana,saya jumpa cinta pertama saya.”aku tersenyum,mengingati kisah cinta pertamaku itu.

“Cerita kita macam sama je.” kata Cikgu Kim.

Aku ketawa. “Macam kebetulan je,” balasku.Dia mengangguk,bersetuju dengan kata-kataku.

“Apa nama teman lelaki awak tu?”

“Rahsia!” aku tidak mahu dia tahu.Aku bercinta dengan seorang penyanyi yang terkenal yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

“Aigoo...” Cikgu Kim mengeluh apabila aku tidak mahu memberitahu dia. “It’s secret,” kataku lagi.

“Kenapa?Boyfriend awak tu,hallyu pop star ke?” teka Cikgu Kim.Aku ternganga. “Cikgu ni reti baca fikiran orang ke?” nada terkejut dalam pertanyaanku.

“Entah.Mungkinlah kot.Awak ni sama macam girlfriend cikgu.Muka pun sama,cuma...perangai kot yang lain,awak kelihatan dingin kalau bercakap dengan orang yang tak rapat dengan awak,”

Aku mengangkat bahu.

“Perangai saya bukan macam tu,dulu,saya tak pernah langsung bersikap dingin dengan orang lain,tapi,lepas kemalangan di Tokyo,saya cuba ubah sikap saya,kepada dingin,tapi,mungkin sekarang ni dah okey,sebab dulu,tak semua orang suka dengan saya,mereka mesti tuduh saya bukan-bukan,” aku teringat selepas aku masuk sekolah ini,tidak semua orang menyukai sikapku yang dingin.

“Awak menghadapi waktu yang sukar ke?”

Perhaps.Sebab lepas boyfriend saya tinggalkan saya sebarang kata,saya hampir separuh gila.Lepas kemalangan di Tokyo,saya lebih suka menyendiri,sambil jaga Young Jae,” aku ketawa kecil.

“Young Jae?Awak jaga Young Jae sejak dia kecil lagi ke?” Cikgu Kim memandangku.

Ah!Aku terlepas cakap lagi!

“Hmm...” aku menggumam.

“Kakak awak kahwin dengan orang Inggeris ke?”

Aku menggeleng. “Anio.Suami dia orang korea.Err...mungkin sebab mummy saya orang Inggeris,darah Inggeris tu mengalir pada Young Jae,” cepat-cepat aku membalas.

“Dalam keluarga awak,saya tengok awak sorang je muka Inggeris-Korea.Nanti anak awak mesti ikut macam Young Jae kan?” dia senyum. “Haha...mungkin...” aku cuba untuk ketawa,menutup rasa gugupku.

“Boyfriend awak tu orang Amerika atau Korea?” setelah kami diam,Cikgu Kim menanya lagi.

“Korea.Dia ada iras macam cikgu.” jawabku. “Jinjja?”

“Ne,”

“Awak minat lelaki macam cikgu ke?” dia mengangkat kening. “Perasanlah,cikgu ni!” aku memukul tangannya.

“Kenapa awak suka boyfriend awak tu?”

“Sebab...dia pandai memasak.Dia selalu buat lawak,dia macam lelaki 4-D.Dia macam budak-budak.Sekarang ni saya dah tak ambil tahu pasal dia,sejak dia tinggalkan saya.

Mula-mula,masa saya kenal dia,saya benci dekat dia,sebab dia macam dingin je.Tapi,lepas lama kenal,baru saya tahu,kenapa dia dingin...

Dia memang macam tu...dan...dia romantic jugak.” jelasku.

“Kenapa sikap dia macam cikgu,ya?” Cikgu Kim memegang dagunya.

“Cikgu pandai masak?!Cikgu macam dia ke?”

Cikgu Kim mengangguk perlahan. “Lebih kurang je perangai cikgu.Oh ya,girlfriend cikgu,dia pernah cakap dia benci kalau cikgu buat muka dingin.Dulu dia pernah cakap,muka cikgu nampak macam perempuan...kalau cikgu pakai baju warna pink,nampak sangat cikgu macam pondan!” dia menceritakan,dan ketawa dengan kuat.

“Omo!Saya pun pernah cakap macam tu dekat dia!Dulu...masa saya bercuti di Amerika,saya memang tak suka tengok muka dia,sebab saya ingat dia pondan!” aku teringatkan kisahku,sewaktu kali pertama aku mula mengenali Young Woong.

“Apa nama panggilan yang awak beri pada dia?”

“Hero!Young Woong!” jawabku dengan riang. “Dia hero di mata saya!”

“In Young?” Cikgu Kim memegang kedua belah bahuku.

“Ya?”

“Apa nama sebenar teman lelaki awak tu?”

Aku mengangkat bahu. “Saya lupalah cikgu...” aku tidak dapat mengingati nama asal Young Woong,kerana aku sering memanggil nama samarannya itu.

“Dulu...awak pernah masak untuk Young Woong tak?”

“Pernah!Masa dia merajuk.Asalnya saya yang merajuk,sebab,dia mainkan saya depan kawan-kawan dia.” jawabku,tanpa memandang Cikgu Kim.

“Micky Yoochun tu...sepupu awak?Kan?Dulu...dia ada kawan-kawan,yang bernama U-know,Xiah,Max dan Hero kan?”

Aku mengangguk.Bagaimana dia tahu?

“Awak pernah tak...cakap dekat Hero,Saya benci awak,Young Woong?”

Aku mengangguk lagi.Apa maksudnya?

 Aaaa...it's revealed...ish...ada byk part lagi secret ni XD Just wait for next chapter :) Aku tahu aku ada merepek,buat aku harap korang paham :P

Comments

Popular Posts