Eternal Love : Chapter 32
Dbsk- You Only Love
Chapter 32:Past 2 [Flashback]
No One POV
Selepas dia menonton persembahan Tohoshinki di televisyen,In Young menjadi salah seorang peminat Tohoshinki.Dia juga berkongsi minatnya itu dengan kakaknya,Hye Young.
“In Young!Jom makan!” ajak Hye Young.Mereka sejak tadi menonton DVD All About Tohoshinki yang In Young beli,selepas pulang dari sekolah.
Mummy dan daddy mereka tiada,kerana mereka sedang menguruskan bisnes di Jepun.Jin Young pula jenis yang suka melepak keluar bersama rakan-rakannya.
In Young bangun,dan ke ruang makan.Dia melihat kakaknya yang sudah pun mula makan.Pasti kakaknya terlalu lapar.
Hari ini In Young tidak makan,kerana dia berasa loya dan pening.Dia diberikan pelepasan untuk berehat di bilik sakit.Walaupun ada doktor bertugas mahu memeriksa dia,In Young menolak.Dia hanya perlukan rehat.
In Young menghidu bau makanan yang ada di situ.Dia menekup mulutnya secara tiba-tiba.Dia berlari ke dapur,dan memuntahkan isi perutnya di singki. “In Young?Kenapa ni?” Hye Young berdiri di belakangnya.
In Young menjawab,sebaliknya hanya muntah sejak tadi.
“Pagi tadi,kamu sarapan ke tak?” tanya Hye Young.In Young menggeleng. “Hmm...mungkin perut kamu masuk angin kot,” komen Hye Young.In Young cuma diam.
Dia mengambil air mineral,dan meneguk dengan rakus.Tekaknya masih terasa perit. “Nak makan apa-apa tak?” tanya Hye Young lagi,dia mengusap belakang In Young.
In Young menggeleng perlahan.
“Pergilah tidur.Nanti,unnie buat bubur untuk kamu.” arah Hye Young.In Young memuncungkan bibirnya. “Alah,DVD tu,kamu boleh tengok bila-bila masa.Bukannya lari DVD tu...” ujar Hye Young,tahu akan adiknya itu,walaupun hanya perbuatannya...
In Young melangkah dengan malas,dan naik ke biliknya.Dia berbaring di katilnya.Dia memandang sekitar bilik tidurnya itu.Dia memegang dahinya,dan mengeluh kecil.
Kenapa dengan aku ni?Tak pernah pula aku rasa loya macam ni...kata In Young dalam hatinya.
Dia cuba melelapkan matanya.Beberapa minit kemudian,dia sudah pun tertidur,tanpa menukar baju uniform sekolah yang dipakainya.
*****
“In Young,” In Young yang asyik dengan mimpinya,terjaga dengan sendirinya,apabila ada orang memanggil namanya.Dia membuka matanya.Muncul Hye Young yang sedang duduk di sebelah katilnya.
“Unnie...” perlahan dia berkata.
Hye Young tersenyum kecil.Dia memegang mangkuk berisi bubur.“Makanlah bubur.”
In Young bangun dan bersandar di katil.Dia menyuap bubur itu dengan perlahan.Dia tiba-tiba teringatkan bubur yang dimasak oleh Young Woong.Tanpa disedari,air matanya mengalir.
Hye Young terkejut melihat adiknya yang tiba-tiba saja menangis. “In Young-ah,waeyo?” tanya Hye Young dengan cemas,setahunya,tidak pula dia meletakkan bahan makanan pedas dalam bubur itu.
In Young mengesat air matanya. “Mianhae,unnie.In Young bukan menangis sebab bubur ni,cuma In Young rindukan mummy.” balas In Young,berbohong pada kakaknya sendiri.
Dalam keluarganya,tiada sesiapa pun yang tahu,tentang dia dan Young Woong,yang bercinta sewaktu mereka berjumpa di rumah Micky di Amerika.Hanya keluarga Micky saja yang tahu.Namun,mereka langsung tidak memberitahu tentang itu pada ahli keluarganya.
“Ohh,begitu.Mungkin lagi dua minggu,mummy dengan daddy akan balik.Sekarang ni mereka ada banyak kerja,” jawab Hye Young,tanpa menghidu pembohongan adiknya.
In Young mengangguk,sambil menyuap bubur ke mulutnya.Namun suapannya terhenti,apabila tekaknya terasa mual,dia terus meletakkan mangkuk bubur ke meja kecil di sebelah katilnya,dan berlari masuk ke dalam bilik air.
Sekali lagi,dia memuntahkan isi perutnya.Dia memegang dadanya. “Omo...In Young-ah.What happen to you?” Hye Young mengusap belakang In Young.Dia pelik melihat adiknya yang begitu teruk memuntahkan segala isi perut.
“Jom kita pergi jumpa doktor,ya?” cadang Hye Young.Dia risau dengan keadaan In Young.In Young bersandar dengan lemah di dinding bilik air.Dia kelihatan tidak bermaya selepas muntah.
Dia menggeleng.Dia tidak suka berjumpa dengan doktor.Bau ubat-ubatan sudah membuatkan dia hendak muntah.
“Unnie risau dengan kamu.” kata Hye Young dengan prihatin.
“Beli ubat jelah,unnie.Tak payah jumpa doktor.” balas In Young dengan lemah. “Hmm...jom,ikut unnie pergi farmasi,” ajak Hye Young.In Young menurut tanpa bantahan.
*****
Tiba di farmasi,Hye Young membawa In Young masuk ke dalam farmasi itu,walaupun pada mulanya,In Young agak keberatan untuk masuk.In Young melihat rak-rak yang berisi ubat-ubatan.
Seorang pekerja di farmasi itu menyambut mereka.
“Ya,cik nak beli ubat apa?” tanya pekerja itu.Tag namanya ialah Hyo Ri.
“Saya nak beli ubat sakit perut.” balas Hye Young.In Young memandang ke sekeliling farmasi itu.Pandangannya tertumpu pada rak yang terletaknya beberapa kotak pregnancy kit test.
Dia berjalan ke arah rak itu,dan melihat benda itu dengan minat.Dia teringatkan tentang sesuatu perkara.Hubungan dia dan Young Woong!Adakah...dia...akan mengalami suatu fasa baru dalam hidupnya?
In Young menekup mulutnya.Tidak mungkin!
“In Young?Kenapa kamu tengok rak ni?” tegur Hye Young,tanpa memberi isyarat.In Young yang tersentak dengan teguran kakaknya itu memegang dadanya.
“Unnie!”
“Mian!Unnie tak sengaja!” balas Hye Young,dengan senyuman.
“Kenapa kamu tengok rak ni?” tanya Hye Young sekali lagi.In Young mengangkat bahu. “Kamu tak layak lagilah,lagipun kamu belum berkahwin lagi!” usik Hye Young dengan gurauan.
In Young terdiam,setelah mendengar usikan yang berbaur gurauan daripada kakaknya.
“Unnie,kalau saya beli benda ni,boleh?” pertanyaan yang tidak disangka itu,tercetus dari bibir In Young.Hye Young memandang adiknya dengan tidak percaya.
In Young memandang wajah Hye Young yang jelas terkejut.Dia menganggukkan kepalanya. “I’m serious,unnie,” kata In Young dengan nada yang serius.
*****
Your POV
Aku menarik nafas dengan berat.Sekali lagi aku melihat garisan yang bertanda dua itu.Aku membaca kertas arahan itu semula.Benarkah semua ini?
Apa yang harus aku lakukan sekarang ini?Bagaimana dengan mummy,daddy,Hye Young unnie,dan Jin Young oppa?Juga,dengan saudara-maraku yang lain?
Mungkinkah mereka akan memarahiku,kerana leka dengan nikmat dunia?
Aku meletakkan kedua belah tanganku ke mukaku.
Pintu bilik air diketuk perlahan.Pastinya Hye Young unnie menunggu di luar.Tadi,dia masih memandang dengan perasaan yang sungguh terkejut dan pelik denganku.
Dia juga berkali-kali menanya,adakah aku...aku...mengandung...
“In Young?Apa keputusannya?Positif atau negatif?”
Aku tidak membalas,sebaliknya hanya diam. “In Young,jangan diam macam ni.Unnie nak tahu!” paksa kakakku.Aku terduduk di lantai bilik air.Tiba-tiba,aku merasakan,dunia ini tidak adil padaku...
Mengapa aku?Mengapa pada usiaku yang masih muda ini?Adakah aku terlalu mengikutkan kehendakku,sebagai seorang gadis dan remaja,menyebabkan aku mendapat balasan seperti ini?
Aku menangis di bilik air.Esakan mula kedengaran.Aku menundukkan wajahku,denganperlahan.
Mummy...daddy...unnie...oppa...mianhaeyo...ucapku dalam hati.
Pintu bilik air dibuka dengan luas.Seperti aku jangkakan,Hye Young terkejut dengan keputusan itu.Dia memandangku dengan perasaan yang kecewa,yang terpancar di wajahnya.
“Unnie...mianhae...” ucapku dengan tersedu-sedan menahan tangisan yang mulai kuat.Hye Young memelukku dengan erat. “Unnie tahu,ini bukan yang kamu mahukan...” kata Hye Young dengan tenang.
Aku diam lagi,hanya menangis.
“Un...unnie tak marah ke?” tanyaku. “Pada mulanya...unnie rasa marah,kecewa dan terkejut...tapi,bila unnie fikir semula,unnie tak patut salahkan kamu,mungkin...semua ini sudah ditakdirkan?” ujar Hye Young dengan persoalan.
Persoalan itu membuatkan aku terasa sesak di dada ini.
Betulkah semua ini sudah ditakdirkan?Atau,sekadar kebetulan?
“Nanti,kita pergi buat pemeriksaan dekat hospital,ya?” Hye Young berkata,sambil mengusap rambutku dengan lembut.Aku mengangguk.Aku harap...semua ini hanya mimpi ngeri semata-mata.
Comments