Eternal Love : Chapter 30







Chapter 30
Your POV
Aku menarik nafas dengan panjang,sebelum melangkah turun ke bawah.Abangku,Jin Young sudah menunggu,bersama mummy,daddy,dan Young Jae.
Manakala kakakku,Hye Young,bersama suaminya dan Junjin,anak mereka.
“So,semua dah bersiap.Kita boleh bertolak sekarang,” ujar daddy dengan wajahnya yang sungguh gembira.
Kami semua menaiki kereta yang dipandu oleh pengawal peribadi yang diupah oleh daddy.
Aku membelai rambut Young Jae dengan lembut.Aku tertanya-tanya,apa yang akan berlaku di majlis ulang tahun syarikat Park Corporation...adakah ada sesuatu yang akan menggembirakan semua orang?
Atau yang akan mengejutkan semua orang?
Mummy memegang kedua belah tanganku.Sepertinya ada sesuatu yang ingin dia sampaikan dari isyarat matanya.
*****
Jaejoong POV
Aku memandu keretaku sendiri,tidak mahu menyusahkan pemandu yang sudah menjemputku.
Sebelum aku keluar tadi,Yoochun juga keluar,dia berpakaian seperti ingin menghadiri sesuatu acara.Begitu juga,Junsu,Changmin dan Yunho.
Oleh kerana keadaan di jalan raya yang tidak terlalu sesak,memudahkan aku untuk memandu dengan cepat untuk sampai ke Grand Hyatt Seoul Hotel.Sampai di depan hotel itu,seorang joki menungguku.
“Encik Kim?” tanya lelaki yang bekerja sebagai joki itu.Aku mengangguk.Aku keluar dari keretaku dan menyerahkan kunci kereta padanya.Aku lihat ibu bapaku,Hyun Joong dan Jae Kyung sudah sampai.
Aku mendekati mereka.Hyun Joong menyambutku dengan memeluk bahuku.
Cahaya lampu kamera yang tidak berhenti-henti berkelip membuatkan aku kurang selesa dengan keadaan ini.Hampir setahun juga Tohoshinki dibubarkan untuk seketika,jadi aku tidak biasa dengan keadaan ini,seperti mana waktu aku dan rakan-rakan disimbahi dengan cahaya lampu kamera.
“Jadi,Hero Jaejoong adalah anak kepada Pengerusi Kim?” tanya salah seorang wartawan yang berdiri di pintu masuk hotel itu.Aku tidak membalas,hanya tersenyum sebelum Hyun Joong dan aku masuk ke dalam hotel itu.
Your private life has been known by others,” bisik Hyun Joong padaku.Aku hanya mengangkat bahu.
“It seems like that,brother...” aku mengeluh. “Don’t worry.You’re still Kim’s Enterprise heir,and also Hero Jaejoong of Tohoshinki,” dia berkata. “Betul tu,oppa!” setuju Jae Kyung.
Kami berjalan ke bouquet hall yang terletaknya lokasi untuk majlis itu.Jae Kyung pula sudah melangkah dahulu sebelum kami berdua.
Park Corporation Annual Dinner
“Dengar kata,malam ni,Pengerusi Park nak perkenalkan anak bongsunya pada khalayak ramai,” aku terdengar bisik-bisik tentang desas-desus itu sewaktu melintasi pintu masuk.
Jae Kyung melambai tangannya,sewaktu aku dan Hyun Joong melangkah masuk ke tempat itu.Di tempat dia duduki,ibu bapaku sudah berada di situ,menantikan aku dan abangku.
Aku duduk di sebelah Jae Kyung.Manakala,Hyun Joong duduk di sebelah omma dan appa. “Dijemput,pengarah syarikat Park Corporation,Tuan Park Seung Min berucap,” pengacara majlis memberitahu.
Semua tetamu,termasuk aku,menepuk tangan,memberikan tepukan gemuruh pada Tuan Park Seung Min.
*****
Your POV
Aku memakai gaun simple yang berwarna biru cerah.Biru adalah warna kegemaranku sejak kecil.
Sewaktu sampai luar perkarangan hotel itu,suasana agak sesak,dengan kehadiran para tetamu,wartawan yang sentiasa mengerumuni luar pintu masuk hotel itu dan cahaya kamera.
Aku,Hye Young yang bersama dengan anak dan suaminya serta,Jin Young dan Young Jae terus melangkah masuk ke hotel itu,tanpa mempedulikan wartawan yang tidak berhenti hendak mengambil gambar kami.
Daddy dan mummy pula,sudah lama sampai di sana,kerana mereka akan menjadi orang penting untuk majlis ini.
Aku menarik nafas.
Jantungku berdegup dengan kencang.Aku sendiri pun tidak tahu apakah sebab jantungku berdegup. “In Young,kenapa ni?” tanya abangku,Jin Young. “Ahh..tak ada apa-apa,” aku membalas dengan senyuman.
Jin Young memegang tangan Young Jae yang segak dengan tuksedo hitam yang disertakan dengan reben berwarna merah gelap itu tersenyum padaku.
Aku tersenyum.Senyumannya itu mengingatkan aku pada dia...
Kami berjalan masuk ke bouquet hall yang telah ditempah khas untuk majlis ini. “Hello,Miss Park,Master Park,” beberapa tetamu yang hadir memberi ucapan hello pada kami.
Aku membalas,dengan ikhlas,supaya tidak kelihatan biadap di hadapan mereka,kerana  mereka adalah antara orang penting di dalam majlis ini.Aku juga tidak mahu memberi tanggapan buruk pada pandangan mereka terhadap kami.
Hye Young menarikku untuk duduk di tempat yang telah disediakan.Ianya dilabelkan sebagai Park,menandakan ianya untuk ahli keluarga kami.
Aku lihat di pentas,di mana,daddy sedang berdiri,dan berucap untuk syarikatnya.
Sebenarnya,ini bukan kali pertama aku ke majlis ulang tahun syarikat Park Corporation.Namun,tahun ini,berlainan sedikit,kerana aku membawa Young Jae sekali.
Bukannya aku berniat untuk menyembunyikan Young Jae daripada pandangan umum,tetapi,aku tidak bersedia untuk menghadapi sebarang perkara yang akan berlaku.
Aku pandang Young Jae yang sedang tekun melihat ke hadapan.
“Dan...pada tahun ini,sekali lagi,saya akan bekerja sama dengan rakan baik saya,iaitu Kim Hyuk Jin,iaitu pengarah syarikat Kim Enterprise.Berikan tepukan padanya!” ucap daddy dengan penuh bangga.
Seorang lelaki yang berusia,tidaklah terlalu tua,dia mungkin sebaya dengan daddy.Dia bangun dan tersenyum,kami semua memberikan tepukan gemuruh padanya.
“Juga...saya akan memperkenalkan anak bongsu perempuan saya,yang masih belajar.Mungkin anda semua pernah melihat dia,namun,pada malam ini,saya akan memperkenalkan dia secara lebih terperinci.”
Aku memandang daddy di pentas.
Hye Young mencuit bahuku,memberi isyarat untuk bangun dan naik ke pentas.Aku bangun,dan berjalan naik ke pentas.Daddy memandangku,dan memberikan senyuman.
Lampu spotlight tertumpu ke arahku.
“Saya memperkenalkan,anak perempuan bongsu saya,iaitu Park In Young,bakal pewaris Park Corporation selain Park Hye Young dan Park Jin Young...” perkenal daddy dengan bersemangat.
Aku memberikan senyuman,sebelum menunduk,memberi tanda hormat.
Daddy menyerahkan mikrofon padaku.
“Annyeong haseyo,choneun Park In Young imnida...” aku memperkenalkan diriku sekali lagi.
Tepukan gemuruh diberikan.Aku tersenyum dengan kegembiraan.Daddy memegang bahuku,mungkin dia berpuas hati dengan aku,yang memperkenalkan diri sebagai salah seorang pewaris Park Corporation.
*****
Jaejoong POV
“Annyeong haseyo,choneun Park In Young imnida...” suara gadis itu membuatkan aku mengangkat wajahku,memandang ke arah pentas itu.In Young!
Dia sedang tersenyum.Senyuman itu membuatkan aku juga tersenyum,tanpa disedari oleh diriku sendiri.Gaun biru yang dipakainya memang padan pada tubuhnya itu.
Wajahnya disolek tidak terlalu tebal,sekadar solekan natural yang tidak terlalu ketara.
“Eh,itu In Young kan,oppa?” tanya Jae Kyung.Aku mengangguk. “Ahh!Rupanya dialah anak kawan daddy tu!” kata Jae Kyung dengan perlahan,namun agak kuat pada pendengaranku.
Aku mengangguk lagi.
“Cantik betul In Young tu,oppa.Beruntung siapa dapat jadi teman lelaki dia...” puji Jae Kyung.Aku berdehem kecil.Hyun Joong memandangku dengan pelik.
“Mungkin ke In Young yang kau cerita dekat aku tu?Masa kau frust dengan keputusan kau tu?” pertanyaan itu,membuatkan aku tersentak sedikit.Ah...aku pernah memberitahu Hyun Joong tentang In Young.
Waktu itu...aku sendiri tidak dapat merasakan rasa menyesal tentang keputusanku itu.
3 tahun yang lalu...
“Hyun Joong-ah...” aku memanggil Hyun Joong di sebelahku. “Hmm?”
“Kau pernah menyesal tak dengan keputusan yang kau buat?” tanyaku. “Hmm...pernah juga.Masa aku buat keputusan untuk uruskan bisnes appa,dan lupakan impian aku untuk jadi seorang penyanyi.Tapi,sekarang ni aku dah tak kisah...”
“Ohh...tapi,aku rasa menyesal tentang sesuatu perkara...”
“Apa dia?”
“Aku cintakan dia.Tapi,sebab aku kena ikut perjanjian kontrak syarikat rakaman tu...aku tinggalkan dia.Dia...In Young,gadis yang menjadi cinta pertama aku...”
“Aku betul-betul cintakan dia.Cuma,sebab aku nak impian aku,dan rakan-rakan aku jadi kenyataan,aku terpaksa tinggalkan dia.Aku tahu,dia akan bencikan aku...tapi,suatu hari nanti...aku akan cari dia balik,dan perbaiki hubungan kami...” aku memberitahu pada Hyun Joong.
Hyun Joong berbaring di sebelahku,sambil memeluk bantal peluknya.
“Kalau kau betul-betul cintakan dia.Percayalah...yang suatu hari nanti,kau akan dapat cari dia,dan kau dapat perbaiki perhubungan korang tu...dan kau kena beritahu dia,sebab-sebab kau terpaksa tinggalkan dia...” Hyun Joong memberi cadangannya,setelah kami berdua diam dalam masa yang lama.
Aku menepuk bahu Hyun Joong. “Gomawo,Hyun Joong-ah.Kaulah abang yang paling baik.Aku akan tunggu hari itu...yang aku pasti...akan berlaku...” aku pandang ke luar tingkap bilik vila keluargaku,menghadap bintang yang berkelipan di langit.
Aaaa...sorry for late update >< Aku tension sepanjang beberapa minggu lepas...err... mungkin dalam minggu ni aku akan update sebanyak mungkin ^^ 

Comments

Popular Posts